Anda di halaman 1dari 2

KELEBIHAN SUJUD Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan

dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 Kelebihan Sujud Di Dalam Solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat. 1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya. 2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh. 3. Melegakan sakit hernia. 4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan. 6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 7. Meringankan bahagian pelvis. 8. Memberi dorongan supaya mudah tidur. 9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah. 10.Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 11.Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan. 12.Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut . (Convulsions). 13.Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 14.Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya. 15.Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang

Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?. Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. Tidak Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacammacam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu. Kemudian Jibrail as berkata: Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka? Lalu Allah berfirman yang bermaksud. Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Mawaa sebagai tempat tinggal Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Mawaa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan. . Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha melaakukannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Anda mungkin juga menyukai