Anda di halaman 1dari 4

Contoh ayat bagi perkataan hampir sama bunyi. 1.

hemat - Pada hemat saya, mesyuarat hari ini amat perlu ditangguhkan dahulu. ....hemah - pelajar itu memiliki hemah yang terpuji. 2. kerangka - Kerangka bangunan itu hampir siap dibina dengan menggunakan kayu. ....rangka - Mereka menemui rangka manusia di tepi sungai itu. 3. perap - "Jangan perap daging ayam itu terlalu lama", kata ibu kepadaku. ....perah - "Tolong perah kain basah itu sebelum dijemur", kata emak kepada kakak. 4. melarik - Saya melarik buluh itu dengan pisau supaya licin dan kemas. ....melirik - Gadis itu melirik sambil tersenyum kepada Encik Santosh. 5. mentaksir - Pegawai itu mentaksir pendapatannya pada setiap tahun. ....mentafsir - Saya cuba mentafsir kata-kata yang diucapkan kepada saya tadi. 6. menjurus - Soalan itu menjurus pada soalan bentuk pilihan. ....menjirus - Hayati menjirus badannya dengan air untuk menghilangkan panas. 7. mengubah - Lin Cheng Heng mengubah meja itu ke belakang kelas. ....menggubah - Ajila Ajijul menggubah lagu untuk ibunya yang tersayang. 8. menghembuskan - Yow Weng Fei menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam. ....menghemburkan - Pemuda itu menghemburkan kata-kata kesat kepada pemandu bas. 9. menatap - Hamreesh menatap muka gurunya yang bengis itu. ....meratap - Jibon meratap dengan sedih apabila bapanya meninggal dunia. 10. meraung - Hak Le meraung kesakitan apabila kakinya tersepak batu. ......melaung - Mathew melaung dengan kuat sambil memanggil nama Jibon. 11. menyumpah - Peter menyumpah pelajar yang suka berludah di atas lantai itu. ......menyampah - Cikgu menyampah melihat pelajar yang suka berbual di dalam kelas. 12. rencam - Dia melakukan tugas-tugas rencam di pejabat pada setiap hari. ......rencah - Suka duka merupakan rencah kehidupan manusia di muka bumi ini. 13. diharap - Santoshlah yang diharap mewakili sekolah dalam acara badminton. ......digarap - Puisi itu digarap dengan penuh teliti dan kreatif. 14. laksana - Mukanya berseri-seri laksana bunga mawar yang sedang berkembang.

......laksamana - Hang Tuah menjadi laksamana semasa pemerintahan Sultan Muzaffar. 15. sering - Peter sering ponteng sekolah kerana berkunjung ke kafe siber. ......seiring - Tong Mang Kok berlari seiring dengan pelumba dari Johor itu. 16. menghidap - Yow Weng Fei menghidap selesema H1N1 sejak minggu lepas. ......menghadap - Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan burung berkicau. 17. secocok - Pasangan pengantin baru itu sungguh secocok. ......secucuk - Santosh makan secucuk sate yang dibelinya di kedai Pak Mat. 18. sasaran - Tendangan penalti pemain Mancister itu menepati sasaran. ......sesaran - Proses mampatan akan menghasilkan sesaran pada lapisan bumi. 19. tergolong - Malaysia tergolong dalam kumpulan negara sedang membangun. ......tergulung - Semasa saya tiba, tikar getah itu masih tergulung dengan rapi. 20. sepadan - Pasangan kekasih di atas kerusi itu amat sepadan. ......sempadan - Sungai Muar menjadi sempadan di antara Johor dengan Melaka. 21. persatuan - "Kamu mesti menghadiri aktiviti persatuan pada petang ini", katanya. ......penyatuan - Penyatuan masyarakat hanya akan terbentuk jika ada sikap menghormati. 22. menembuk - Cik Mat menembuk kertas itu dengan menggunakan jarum. ......menembok - Pihak sekolah akan menembok kawasan tepi sekolah dengan tembok batu. 23. sembang - "Buat kerja kamu dan jangan sembang sahaja", kata Encik Kulasingam. ......sumbang - "Suara nyanyian kamu tadi amat sumbang sekali", kata pengadil itu. 24. menyeluruh - Kemajuan di kampung ini akan dilaksanakan secara menyeluruh. ......menyeloroh - Sikapnya yang suka menyeloroh membuat kami tidak kering gusi. 25. belot - "Kami telah menangkap mereka yang belot itu", kata ketua tentera itu. ......belut - Pak Kasim berjaya menangkap tiga ekor belut di tepi sungai tersebut. 26. mengindahkan - Pihak kerajaan telah mengindahkan kawasan bandar bagi menarik pelancong. ......mengendahkan - Yow Meng Thoi tidak mengendahkan nasihat yang diberi oleh ibunya.

27. menyerap - Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap gas Karbon Dioksida. ......mencerap - Pengetua sedang mencerap pelajar di kelas 5 Sains 2. 28. mengabaikan - Kita tidak boleh mengabaikan pelajaran kita. ......mengaibkan - Perbuatan buruknya itu telah mengaibkan keluarganya sendiri. 29. tapak - Tapak bangunan lama itu akan dimajukan sebagai pusat pelancongan. ......tepak - Encik Gundu memberi tiga biji tepak berisi sireh kepada tetamunya. 30. menyuraikan - Encik Chew telah menyuraikan pelajar yang berkumpul di kantin. ......menyuarakan - Dia menyuarakan kekesalannya kerana tidak dapat hadir semalam. 31. bertitah - Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana. ......bertatah - Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan permata. 32. gumpal - Kami menemui tiga gumpal wang kertas lama di dalam gua itu. ......gempal - Badannya kelihatan agak gempal dan kulitnya keputih-putihan. 33. mencolek - Adik mencolek sedikit kek itu dengan jarinya. ......menculik - Penjahat itu menculik anak Encik Tong untuk mendapatkan tebusan. 34. memerah - Hamreesh sedang memerah susu kambing di belakang rumahnya. ......memeras - "Jangan cuba untuk memeras pelajar yang lemah", kata Encik Chew. 35. melencong - Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain. ......melancong - Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok. 36. bertelur - Penyu itu sedang bertelur di tepi pantai. ......bertelor - Pemuda itu bertutur dengan bertelor Kelantan. 37. berkenan - Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu. ......berkenaan - Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah. 38. menempa - Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang karate. ......menempah - Puan Chong menempah makanan daripada pekerja di kantin itu. 39. menyurut - Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak semalam. ......menyorot - Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di buku lama itu. 40. melagakan - Dialah yang telah melagakan Ah Chong dengan Ayapan sehingga bergaduh. ......melegakan - Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering. 41. melayukan - Cuaca panas itu melayukan sayur-sayuran yang ditanamnya.

......melayurkan - Ibu melayurkan ulam-ulaman itu ke dalam air yang sedang mendidih. 42. mengibas - Chong Jun Nam mengibas habuk di badannya dengan menggunakan tuala. ......mengimbas - Hilmi mengimbas kembali kenangan manisnya ketika bersama Hayati. 43. pedalaman - Kawasan pedalaman di Sabah akan dilengkapi dengan jalan raya. ......pendalaman - Kerja pendalaman sungai itu menelan belanja yang amat tinggi. 44. merimaskan - Cuaca yang panas ini amat merimaskan para pelajar. ......meramaskan - beliau meramaskan limau itu kedalam air lalu digunakan sebagai air mandian. 45. benteng - Pasukan Chalsi membina benteng untuk menyekat kemaraan penyerang pasukan Mancister. ......beting - Beting di tepi pantai itu terhakis apabila dilanda ombak besar. 46. menuntun - Ibu menuntun tangan adik ketika melintas jalan. ......menonton - Setiap malam, dia akan menonton rancangan berita di televisyen. 47. pujuk - Budak yang sedang menangis itu telah kami pujuk. ......pojok - Di pojok bilik itu terdapat sebuah kerusi dan sebuah meja lama. 48. beradat - Hidup kita mestilah beradat agar dihormati oleh orang lain. ......beradab - Hong Wei seorang pelajar yang tidak beradab dan sombong. 49. hempas - Gelas itu saya hempas ke lantai sehingga pecah. ......hampas - Semua hampas kelapa itu boleh dijadikan makanan ternakan. 50. lengan - Lengan Foo Siow Wooi luka kerana terkena kaca. ......lengang - Pada Hari raya, jalan raya di bandar raya itu amat lengang. 51. tabik - Tentera itu memberi tabik ketika diperiksa oleh ketuanya. ......tabib - Dia bertemu tabib untuk mengubati penyakitnya. 52. resmi - Sudah menjadi resmi manusia, suka berbelanja apabila banyak duit. ......rasmi - Majlis hari ini ialah majlis yang rasmi dan kita mesti berpakaian kemas. 53. padan - Baju yang dipakainya itu amat padan dengan bentuk tubuhnya. ......pandan - Mereka menggunakan pandan supaya makanan itu bertambah harum.