Anda di halaman 1dari 4

qaseh2u

anaedar

powergoat

Ana Edar Sdn. Bhd. (248768X/AJL93346) No. 9 Jln 6 Tmn Batu off Greenwood Park 68100 B. Caves, Sel T:03-61890484 F:03-61871530 H/P:0193388265

PRODUK JARIAH : KERJASAMA DENGAN ILUVISLAM.COM UNTUK TINGKATKAN SUMBANGAN DALAM TARBIYYAH & DAKWAH
lhamdulillah, perbincangan dengan rangkaian media Islamik tersohor ILuvIslam semakin membuahkan hasil dalam usaha melahirkan produk jariah yang akan memberi sumbangan berterusan kepada dana ILuvIslam Institute / School tidak lama lagi. Usaha ini adalah sangat penting sebagai satu langkah melahirkan sifat berdikari dalam usaha mengembangkan dakwah Islam. Melalui program ini, ILuvIslam dan Ana Edar Sdn. Bhd. akan bekerjasama dalam memasarkan produk pilihan dan daripada jualan tersebut, sebahagian dana akan diperuntukkan untuk Tabung ILuvIslam Institute, sekaligus mengurangkan pergantungan kepada pihak lain dalam operasi institut tersebut. Bermula dengan satu produk, projek produk Jariah ini diharapkan akan berkembang menjadi beberapa rangkaian produk yang sebahagian besar jualannya akan disalurkan kepada dana-dana yang diperlukan oleh umat Islam. Usaha ini juga amat selari dengan hasrat Ana Edar Sdn. Bhd. dalam memperkukuhkan lagi memartabatkan ekonomi Ummah serta menjadikan perniagaan sebagai medium untuk berdakwah. Adalah menjadi hasrat dan misi Ana Edar Sdn. Bhd. juga untuk mengedarkan produk-produk halal, suci dan bermutu yang memenuhi keperluan umat Islam serta merubah kehidupan mereka secara positif. Ana Edar yakin kerjasama dengan ILuvIslam akan membentuk satu saluran alternatif untuk memperkenalkan jenama Ana dan mendapatkan pasaran baru. Marilah kita warga Ana sama-sama berdoa semoga usaha yang tidak seberapa ini akan mendapat rahmat, bimbingan dan keberkatan Allah jua. Amin Ya Rabbal Alamin.

Seminar Istimewa, 9hb Jun 2012 (Tempat Terhad)

SUPERTEENS : FUTURE CALIPHS

Bersama Imran Koyube (Jutawan ILuvIslam.com) dan Imam Muda Nuri (Finalis Imam Muda), beri peluang kepada anak anda untuk mengenali diri serta membina imej diri yang lebih cemerlang, dinamis dan Islamik. Mereka tidak akan mampu menyerlahkan potensi diri sebenar sehingga mereka mengenali dan menghargai diri mereka. Lihat flyer yang dikepilkan untuk maklumat lanjut ATAU sila Hubungi Pn Zakiah : 019-3388274 /255 / 03-61890484!
Beritana 1

RM seunit 35/-

HANYA

Kupon Qaseh
* tertakluk kepada terma dan syarat

* istimewa untuk HARI BAPA

Istimewa!
Qaseh untuk

Ayahanda tercinta!

Raikan AYAH a dengan Qnda ase Kekanda! h

4 Tabiat Membinasa!
Anda sudah memulakan diet selama 2 minggu. So far so good! Semua nampak macam ok, tetapi semenjak dua menjak ni, rasa macam berat tak turun-turun. Lebih parah lagi, sekali sekala tengok macam makin naik pulak! Apa cerita ni? Seorang ahli perang yang masyhur Zun Tzu pernah berkata, anda perlu mengenali musuh anda untuk menang dalam peperangan. Maka dari satu segi, berdiet ertinya berperang dengan diri anda! Dan musuh anda ialah tabiat-tabiat buruk yang secara diam-diam mensabotaj usaha anda! Antara yang paling mengancam ialah : 1. Makan dalam Perjalanan Berlaku apabila kita memerangkap diri kita dan menyebabkan kita tiada pilihan; contoh, kita sudah lewat untuk pergi kerja, jadi kita berhenti tepi jalan untuk beli sebungkus nasi lemak dan segelas teh tarik; atau roti canai, atau beberapa keping donut. Lebih buruk, kita berhenti di kedai runcit atau convenience store dan membeli snek sebagai bekal...dan terpaksa berhadapan dengan rak demi rak makanan yang patut kita elak! Bolehkah kita mengelakkan diri daripada tergoda dengan oleh coklat favourite kita yang terpampang depan mata? Atau pejam mata dan beli sambil berkata dalam hati, Oklah, kali ini saja... Cara Mengatasi : Sentiasa siapkan snek yang sihat di dalam kereta, seperti buah-buahan dan air mineral. Kalau anda tahu anda biasa lewat atau minggu anda sememangnya sibuk dari awal pagi, cuba siapkan beberapa jenis makanan yang sihat lebih awal dan simpan dalam peti ais. Ini membolehkan anda memilih antara makanan yang sihat sebelum anda keluar, dan mengelakkan daripada terpaksa berhenti di gerai-gerai di tepi jalan atau kedai convenience store! 2. Meninggalkan Senaman Senaman sebenarnya sepenting diet dalam mengekalkan bukan sahaja berat badan yang optimum tetapi juga kesihatan yang berpanjangan. Sememangnya anda perlu membina tabiat bersenam, sebagaimana anda membina tabiat memakan makanan yang sihat. Jika anda dapati anda mula culas bersenam, ini bermakna anda perlu berusaha lebih gigih untuk menjadikannya tabiat, atau pun ada perkara lain yang lebih menyeronokkan yang membuatkan anda meninggalkan senaman.

Elakkan....

Anda dan Kesihatan :

Semasa umur dewasa, corak ini menjadi lebih terganggu lagi dengan perkara lain seperti masalah kerja, aktiviti sosial, tidur pada waktu siang dan makan terlalu lewat pada sebelah malam....

Cara Mengatasi : Pastikan anda membina tabiat bersenam dengan cara bermula dengan betul, iaitu senaman yang tidak terlalu membebankan. Pastikan anda sentiasa mengukur perkembangan anda setiap hari, dan letakkannya pada tempat yang boleh anda lihat untuk memberi anda motivasi dan rasa berpuas hati apabila anda berjaya melakukannya. Pastikan juga anda meletakkan ganjaran yang munasabah untuk diri anda jika anda berjaya mencapai sesuatu sasaran, contohnya; jika anda berjaya bersenam selamat 15 minit 3 kali seminggu. 3. Makan Tanpa Ber kir atau Disebabkan Emosi Makan secara tak sedar? Macam mana tu? Pernah makan kerepek atau biskut kegemaran anda sambil menonton televisyen? Pasti anda tak perasan bila makanan itu habis. Dan kadang kala anda juga terkejut dengan jumlah yang anda makan...Sebalang? Sebungkus? Sekotak? Tau-tau je dah habis... Inilah yang dimaksudkan dengan makan secara tak sedar. Dan ini merupakan antara pembunuh diet yang utama. Patutlah timbang tak turun-turun. Begitu juga makan ketika anda sedang mengalami tekanan, atau bersedih, atau dipengaruh emosi-emosi lain. Bukan emosi yang negatif saja. Keseronokan makan bersama kawan juga akan membuat anda makan lebih daripada sepatutnya. Cara Mengatasi : Langkah pertama dalam apa diet sekalipun ialah : Kesedaran. Sedari apa tabiat anda. Sedari kelemahan anda. Sedari gaya hidup anda. Dan jauhi yang negatif serta ambil yang positif. Kalau hendak makan sambil menonton, janganlah bawa sebalang, dengan alasan malas nak berulang alik. Bawa sekadar yang anda patut makan; mungkin segenggam, atau semangkuk kecil. Juga kenalpasti langkah-langkah lain yang lebih sihat untuk anda menghilangkan tekanan dan pengaruh emosi, seperti mengambil angin (jangan berjalan ke restoran kegemaran anda ya!), membaca atau bersenam. 4. Terlalu Sedikit Tidur Tidak dapat dina kan bahawa tidur yang mencukupi adalah penting untuk tubuh dan minda kita berfungsi dengan baik. Namun yang penting di sini bukanlah kuantiti tidur, tetapi kualiti tidur itu sendiri. Pakar-pakar berbeza pendapat tentang jumlah tidur yang optimum, namun pendapat yang paling banyak disokong ialah sekitar 5-7 jam, berdasarkan umur kita dan gaya hidup kita. Cara Mengatasi : Bagi kebanyakan kita, corak tidur terbentuk semasa kita masih remaja. Kita biasa tidur lewat malam dan bangun awal pagi untuk pergi sekolah, atau menghadiri kelas semasa kita berada di universiti, atau keluar bekerja bagi mereka yang mula bekerja pada usia muda. Semasa umur dewasa, corak ini menjadi lebih terganggu lagi dengan perkara lain seperti masalah kerja, aktiviti sosial, tidur pada waktu siang dan makan terlalu lewat pada sebelah malam. Tidak ada cara mudah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti melainkan dengan proses pengamatan dan menganjak waktu tidur sedikit demi sedikit. Elakkan senaman atau makan lewat malam kerana ini boleh mengganggu waktu tidur anda. Sebolehnya tangguhkan sebarang masalah sehingga keesokan hari (susah, tapi anda boleh mendisiplinkan diri anda untuk melakukannya!), dan seperti kata pakar-pakar motivasi, maafkanlah semua orang sebelum anda tidur, insya Allah, hati anda akan menjadi tenang! Sekali lagi, tahniah kepada anda yang menjadikan diet yang sihat sebahagian daripada gaya hidup anda. Sentiasalah mengemaskinikan mpengetahuan anda tentang diet yang sihat, dan berwaspadalah terhadap anasir-anasir yang mungkin menggugat anda. Gantikan tabiat lama dengan tabiat baru yang lebih positif, insya Allah. Anda pasti lebih menghargai diri anda yang baru!

Nama : No. Ahli : Tarikh : Facebook : Email :


TERMA DAN SYARAT

H/P :

1. Ahli yang ingin menuntut kupon Qaseh perlu melengkapkan maklumat di atas untuk tujuan pentadbiran. 2. 1 kupon layak untuk belian 1 Qaseh dalam 1 resit. 3. Produk promosi tiada nilai mata. 4. Kupon promosi ini sah digunakan di

ibu pejabat atau cawangan Ana Edar / mana-mana PP/PPW/PPN yang sah. 5. Kupon promosi ini sah digunakan sebelum atau pada 30hb Jun 2012. 6. Kupon ini tidak boleh dipindah milik. 7. Pihak syarikat berhak meminda, menambah atau mengubah mana-mana terma dan syarat tanpa sebarang notis.

Bersama Memartabatkan Ekonomi Ummah

Beritana 2

diterjemah dan diadaptasi dari artikel http://www.sparkpeople.com/resource/wellness_articles.asp?id=1752

MENGINSAFI YANG LEBIH DAIF & MENCONTOHI YANG LEBIH HEBAT Daripada Abu Hurairah R.A. , bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu, dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu. Yang demikian itu adalah lebih baik untuk tidak meremehkan nikmat Allah yang dikurniakan kepada kamu. Dari segi harta dunia, lihat mereka yang lebih daif, termasuklah dari segi wang ringgit, harta seperti rumah, kereta dan sebagainya. Ini tidak bermakna kita tidak dibenarkan berusaha untuk mendapatkannya, sebagaimana dianjurkan dalam rnamnNya ...dan jangan kamu lupa habuan kamu di dunia.... Hadith ini adalah peringatan untuk tidak terlalu terpesona atau iri hati kepada mereka yang sudah memilikinya, lalu lupa kepada nikmat-nikmat yang sudah kita perolehi. Namun dari segi amalan kebajikan, kita dianjurkan untuk lihat mereka yang lebih hebat daripada kita agar teringin dan berusaha menjadi sehebat atau lebih baik daripada mereka. Ini termasuklah mereka yang memperbaiki amalan fardhu seperti solat, zakat, menjaga amanah dan berakhlak mulia, serta memperbanyakkan yang sunat seperti solat rawatib, bersedekah, puasa sunat melakukan perkara islah seperti membina sekolah, masjid dan keperluan masyarakat lain. Sebagaimana di nyatakan dalam sebuah hadith : Tidak boleh iri hati melainkan kepada dua jenis individu, iaitu seorang yang dikurniakan harta kekayaan lalu berusaha membelanjakannya pada jalan ayng benar, dan kedua seorang individu yang dikurniakan hikmah, lalu dia menghukum dengannya dan mengajarnya (kepada orang). Wallahualam. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Renungan
Agama itu adalah nasihat.

Alasan Menjadikan kita LEMAH!

Motivasi Minda :

Antara kunci penting kejayaan


iapa kata orang Melayu Muslim tidak bijak? Kalau melihat alasan-alasan yang diberikan untuk kesilapan dan kesalahan yang berlaku saban hari, rasanya umat Melayu Muslim lah yang paling kreatif dalam bidang ini! 'kiasu' (tidak mahu mengalah) semasa memandu...Bukan salah si polis yang menjalankan tugas... Tetapi mereka yang ber'skill' tinggi dalam ilmu putar alam bijak merumuskan suasana sehingga kita terpengaruh dengan penjelasannya itu... Pandai Putar Alam Tapi Akhirnya Kita Rugi... Namun seperti yang dijelaskan pada awal tulisan ini, alasan melemahkan kita. Bila kita selesa dengan kemampuan kita memberi alasan, bermakna ia sudah mula mencengkam di hati. Semangat kita mula lemah kerana jauh di sudut hati, kita tergoda dengan kebolehan melepaskan diri daripada tugas dan tanggungjawab kita. Maka bagi kita yang lazimnya melakukan sesuatu seperti belajar, bekerja atau bertugas bukan dengan kehendak sendiri tetapi disebabkan arahan atau permintaan seseorang seperti ibubapa kita, majikan dan rakan-rakan, maka alasan menjadi satu 'jalan keluar' yang mudah...Sehingga satu hari kita bangun dan mendapati memberi alasan itu sudah menjadi satu tabiat yang sangat sukar dikikis...Ibarat titik dosa dalam hati seperti yang diingatkan oleh Rasulullah SAW, lama kelamaan ia akan menutup hati kita daripada cahaya hidayah... Ingatlah, sebelum orang lain 'membeli' cerita kita, kita terlebih dahulu yang 'membeli' pembohongan itu. Maka hasilnya tidak lain dan tidak bukan, kita yang menipu diri kita sendiri...wal'iyazubillah... Maka Siapa Yang Kita Suka Berurusan Dengannya...?

Masalah dengan alasan ialah : ia melemahkan kita. Alasan membolehkan kita mempertahankan ego kita dengan berselindung di sebalik sebuah 'cerita' yang kita reka. Ataupun, mungkin sesuatu yang benar-benar berlaku tetapi kita pandai mengalihkan perhatian daripada kesalahan kita kepada suatu unsur yang sebenarnya tiada kena mengena dengan punca kesalahan itu. Kelemahan kita atau kesalahan orang lain? Mungkin juga kita membesarkan perkara lain yang sebenarnya adalah rentetan, ataupun natijah daripada kesilapan kita sendiri. Contohnya, kita sering mendengar (atau memberi!) alasan terlambat datang kerja disebabkan kesesakan, atau pun mungkin kerana ditahan polis tra k disebabkan memandu melebih had laju... Sesekali dengar, macam boleh pakai...tapi dua tiga kali lepas itu, mula lah pelik bunyinya pada telinga lagi menghairankan minda... Ada saja perkara yang berlaku yang menyebabkannya tidak sempat sampai 'on time'...Walaupun ceritanya bagus, namun naluri manusia agak sensitif kepada kepalsuan dan tipu daya....Lagi beriya-iya orang ingin meyakinkan kita, lebih berwaspada kita terhadap ceritanya...

Dan sememangnya kita akur sama ada secara terbuka atau rahsia, bahawa apabila kita melihat seseorang yang berjaya kita tahu beliau bukanlah seorang yang berselindung di sebalik Dalam kes si rakan yang datang lambat alasan. Dan kita dapat merasakan satu 'aura' kehebatan setiap tadi...Rasanya cara paling mudah ialah kali berurusan dengan orang berjaya itu. Aura itu ialah aura untuk mengelakkan masalah lewat ialah keyakinan diri yang timbul daripada keberaniannya Alasan menjadikan anda kelihatan lemah dan tidak boleh diharap! dengan memastikan kita keluar awal, bertanggungjawab atas kehidupannya dan kesilapan sendiri, lebih-lebih lagi kalau kita sudah tahu akan serta belajar daripadanya. Orang seperti ini sentiasa kelihatan berlaku kesesakan di jalan raya. Di Kuala Lumpur ni, siapa yang tak tahu bahawa 'kuat' dan 'boleh diharap' di mata kita dan sentiasa mendapat kepercayaan di hati kesesakan jalan agak teruk di tempat-tempat tertentu, pada masa-masa tertentu. kita...Kalau ada kerja penting yang perlu diselesaikan, tiada orang lain yang terlintas di Juga, dengan cara ini tak payah lah kita memecut sehingga ditahan polis minda kita... tra k...Memanglah diberhentikan polis tra k itu pasti melambatkan kita, namun itu lebih rentetan daripada kesalahan awal kita iaitu keluar lewat atau bersikap Nah bukankah sudah sampai masanya kita yang menjadi orang tersebut...?

Beritana 3

INFO PRODUK

REBUTLAH 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA : ...Kesihatan Sebelum Kesakitan...


Ramai yang inginkan tubuh badan yang sihat, tetapi tidak ramai yang berusaha untuk mendapatkannya. Ramai yang sekadar berharap agar dikurniakan kesihatan yang baik tetapi gagal mengambil langkah yang sewajarnya. Kesihatan sebagaimana kecantikan adalah anugerah Allah yang diberikan kepada setiap insan. Kesihatan menjadi satu aset yang tidak ternilai dan tidak mungkin dapat ditukarkan dengan wang ringgit.
Antara perkara asas dalam penjagaan kesihatan ialah memastikan tubuh badan kita mendapat bekalan air yang mencukupi. Secara umumnya kita disyorkan meminum 8 gelas air sehari. Ada juga yang memberi saranan bagaimana mengira keperluan air kepada tubuh badan kita iaitu berat badan kita (dalam kg) dibahagi dengan 30. Contohnya, berat kita 60kg dibahagi 30, maka keperluan air kita ialah 2 liter sehari. Jika badan kita cukup air, maka ini akan membantu menyampaikan oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh, membantu melawaskan sistem pembuangan dan perkumuhan, mengawal suhu badan dan berbagai lagi. Dikatakan juga bahawa 70% daripada tubuh badan kita adalah air, maka secara logiknya jika kita menjaga air yang kita minum setiap hari dari segi kuantiti dan kualitinya, maka kita juga akan menjaga 70% daripada tubuh badan kita, insya Allah. Perkara lain yang perlu kita titikberatkan dalam penjagaan kesihatan ialah soal pengambilan makanan dan minuman kita. Kita di Malaysia bertuah kerana dengan adanya masyarakat berbilang bangsa, maka kita berpeluang menikmati pelbagai juadah yang enak dan lazat daripada berbagai-bagai citarasa. Bukan itu sahaja, malah kita bebas makan di mana-mana dan pada bila-bila masa kerana warung 24 jam sentiasa terbuka! Adakalanya kita menjadi terlalu fokus kepada persoalan sedap atau tidak sesuatu makanan sehingga kita terlupa dengan soal manfaat makanan tersebut dan kesannya kepada tubuh badan. Tubuh badan kita yang hidup ini perlu dibekalkan dengan zat dan nutrien penting supaya sentiasa dapat berfungsi dengan baik. Selain daripada pengambilan suplemen yang banyak dijual di pasaran, apa kata kita kembali kepada sunnah Rasulullah SAW dengan menjadikan makanan kegemaran Rasulullah SAW ini sebahagian daripada diet harian kita. Makanan-makanan sunnah seperti madu, kurma, buah tiin, zaitun, delima dan air zam-zam bukanlah makanan bermusim, bukan juga makanan kaum-kaum tertentu apatah lagi ianya bukan makanan yang biasa-biasa. Malah kalau kita hayati perintah dan pengiktirafan yang Allah berikan dalam al Quran serta yang dianjurkan oleh Nabi kita SAW, pastinya kita tidak akan menoleh ke belakang lagi dengan menjadikan makanan sunnah ini menu wajib kita sekeluarga setiap hari! Firman Allah Taala dalam surah an Nahlu ayat 69 ..dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warna, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagaibagai penyakit) Allah telah memerintahkan Saidatina Maryam untuk memakan buah kurma saat beliau sedang berjuang ketika mahu melahirkan Nabi Isa AS sebagaimana dikisahkan dalam surah Maryam ayat 23-26 ...Dan gegarlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan Sabda Rasulullah SAW Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya Ya Rasulullah, apakah itu as Sam? Jawab Rasulullah, As Sam itu adalah mati Pastinya jika kita mencari dan mendalami, terdapat banyak lagi ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis Nabi SAW yang mengiktiraf dan memberi penegasan terhadap kelebihan dan kehebatan makananmakanan sunnah ini. Jelasnya makanan sunnah adalah makanan yang sangat baik diamalkan untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan. Persoalannya adakah kita mampu beristiqamah dalam mengamalkan makanan sunnah setiap hari dengan mengambil kira faktor seperti masa, kos dan rasa yang seringkali menjadi kekangan kepada kita? Satu pilihan yang terbaik ialah mengamalkan jus Qaseh yang menggabungkan makanan-makanan sunnah seperti madu dan pes kurma dalam kuantiti dan kualiti yang tinggi serta diperlengkapkan dengan buah tiin, minyak zaitun, habbatus sauda, air zam-zam dan yang terbaru sekali akan turut ditambah dengan delima dan gum Arabic. Jus Qaseh menawarkan satu konsep yang MUDAH untuk mengamalkan makanan sunnah, MURAH dengan harga serendah RM3 sehari untuk kebaikan yang tidak ternilai serta MUJARAB insya Allah untuk membantu membekalkan tenaga zikal dan minda, menstabilkan hormon, menguatkan sistem imun tubuh, melancarkan perjalanan darah, melegakan stress dan menenangkan perasaan serta pelbagai khasiat lain, insya Allah. Selain daripada faktor pemakanan dan minuman harian, meningkatkan hubungan dengan yang Maha Pencipta, Allah RabbulJalil, serta membina hubungan yang baik sesama manusia, senaman dan riadhah, kawalan dan pengurusan diri terhadap tekanan dan stress juga sangat perlu agar kita dapat menjalani kehidupan yang berkualiti serta meningkatkan kesihatan bukan sahaja dari segi zikal tetapi turut merangkumi kesejahteran mental dan emosi, insya Allah. Wallahu alam.

Beritana 4

Anda mungkin juga menyukai