Anda di halaman 1dari 1

KESIMPULAN

Dalam tugasan projek Bahasa Melayu Konstekstual ini, pelajar dapat mempelajari tentang kaedah penulisan teks dalam pengucapan awam iaitu Ucapan dengan berpandukan pada format Ucapan yang sebenar. Selain itu, dalam tugasan ini juga terdapat tugasan lisan yang bakal dinilai oleh pensyarah bimbingan untuk memenuhi skop dan sukatan subjek Bahasa Melayu Konstekstual. Tugasan lisan yang akan dinilai adalah membuat pengucapan awam yang sebenar di khalayak ramai dengan teks ucapan yang disediakan iaitu bertemakan Globalisasi Pendidikan yang memberi penekanan terhadap pemupukan minda kelas pertama. Dalam menyediakan teks ucapan, fakta dan maklumat perlu bertepatan dengan tema yang dikendaki agar pengucapan awam yang dilakukan tidak meninggalkan kesan buruk kepada audiens. Dalam pengucapam awam pula, gaya penyampaian dan penampilan pengucap awam diberi penekanan kerana ia akan mempengaruhi keyakinan seseorang pengucapan awam itu untuk berucapan di hadapan khalayak ramai. Usaha membangun modal insan adalah berasas kepada lima teras strategik utama, iaitu meningkatkan kualiti dan akses kepada pendidikan, menjadikan sekolah kebangsaaan sebagai sekolah pilihan utama, mewujudkan institusi pendidikan tertiari bertaraf antarabangsa, memupuk penyelidikan dan pembangunan yang berkualiti, memper tingkat keupayaan saintifik dan inovasi serta menyemai nilai toleransi dengan semangat kekitaan dan patriotik di kalangan masyarakat.