P. 1
Peranan Efikasi Kolektif Guru Sebagai Mediator

Peranan Efikasi Kolektif Guru Sebagai Mediator

|Views: 21|Likes:
Dipublikasikan oleh Smart Tan
Teaching
Teaching

More info:

Published by: Smart Tan on Aug 27, 2013
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/12/2014

pdf

text

original

Pengaruh Kepimpinan Pentadbir Sekolah Terhadap Pembelajaran Pelajar : Peranan Efikasi Kolektif Guru Sebagai Mediator

Oleh Prof Madya Dr. Abdul Ghani Kanesan bin Abdulah (agk@usm.my) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang Dr K.Anandan SMK Lunas, Kedah

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan pentadbir sekolah terhadap efikasi kolektif guru dan pembelajaran pelajar. Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada efikasi kolektif guru menjadi mediator terhadap hubungan di antara kepimpinan transformasi dan kepimpinan pengajaran pentadbir sekolah dengan pembelajaran pelajar. Seramai 320 orang guru dipilih secara rawak dari sekolah menengah kebangsaan harian Kedah Darul Aman dan Pulau Pinang untuk menjadi responden kajian ini. Data bagi kajian tinjauan ini diperoleh melalui soal selidik yang diadaptasi dari instrumen yang digunakan oleh Leithwood dan Jantzi (1999); Ross dan Gray (2006); Kursunoglu dan Tanriogen (2009); Leithwood, Patten dan Jantzi (2010). Data kajian dianalisis dengan menggunakan AMOS 18. Keputusan analisis SEM (structural equation modeling) menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi (β=0.23, p<0.01) dan kepimpinan pengajaran (β=0.19, p<0.01) memberi kesan secara positif terhadap efikasi kolektif guru dengan menjelaskan sejumlah 47% varians. Selain itu, kepimpinan transformasi (β=0.19, p<0.01), kepimpinan pengajaran (β=0.28, p<0.01) dan efikasi kolektif guru (β=0.30, p<0.01) memberi kesan langsung yang positif terhadap pembelajaran pelajar dengan menyumbang sebanyak 44% varians. Manakala efikasi kolektif guru bertindak sebagai mediator separa terhadap hubungan antara kepimpinan transformasi dengan pembelajaran pelajar dan bertindak sebagai mediator penuh terhadap hubungan antara kepimpinan pengajaran dengan pembelajaran pelajar. Dari segi implikasinya kajian ini menunjukkan bahawa pihak pentadbir sekolah harus menitikberatkan amalan kepimpinan transformasi di samping kepimpinan pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Guru-guru pula harus berusaha membentuk keyakinan pengajaran yang dikongsi bersama bagi membantu pembelajaran pelajar. Kata Kunci: Kepimpinan Transformasi; Kepimpinan Pengajaran; Efikasi Kolektif; Pembelajaran Pelajar.

1

Tegasnya. Kepercayaan atau keyakinan diri secara bersama dalam kalangan ahli-ahli organisasi bagi melaksanakan sesuatu tugas dengan berjaya dirujuk sebagai efikasi 2 . kepimpinan moral. Mortimore. 2006b) mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kejayaan sesebuah sekolah disamping mampu meningkatkan kepercayaan dan keyakinan diri guru. 1997). terdapat banyak penyelidikan dalam bidang pendidikan yang menyatakan bahawa kepimpinan pengajaran (Hallinger & Murphy. Menurut Leithwood dan Jantzi (1994). terdapat enam kategori kepimpinan yang diamalkan di sekolah iaitu kepimpinan pengajaran. mereka menjadi pemantau pelaksanaan kurikulum. PENDAHULUAN Sekolah merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi masa depan (Rahimah Haji Ahmad. 2005. 2007. Sisum & Muhammad Memon. Ross & Gray. 2005). Budaya kepimpinan sekolah daripada model hierarki ‘atas-bawah’ kepada struktur lebih mendatar yang melibatkan semua ahli komuniti sekolah perlu diperluaskan. 1999 & 2000) dan Leithwood (1994) yang sering dikaitkan dengan penambahbaikan keberkesanan organisasi sekolah. 1985) dan kepimpinan transformasi (Bass. kepimpinan penyertaan. Hal ini kerana corak kepimpinan dan sistem pendidikan kini sedang mengalami ledakan perubahan yang ketara. Sehubungan itu. 2005). 2004) tanpa menyedari bahawa kepimpinan semua warga sekolah juga turut menyumbang ke arah kejayaan sesebuah sekolah (Hussein Mahmood. Pada dasarnya kepimpinan sekolah diterajui oleh kumpulan pentadbir yang diterajui oleh Pengetua. Pemimpin sekolah memainkan peranan sebagai ‘role model’ dan memotivasikan guru-guru untuk berkongsi pengalaman bagi meningkatkan mutu pengajaran di bilik darjah. pentadbir sekolah memainkan peranan sebagai pengurus pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 2000). 2003). Malah pada ketika yang sama. 2005). Namun begitu. Griffith. kepimpinan sekolah masa kini perlu berubah atau diperbaharui untuk memastikan sekolah mengalami perubahan yang berterusan (Rahimah Haji Ahmad. Ramai mempercayai bahawa pengurusan sekolah hanya diwarnai oleh kepimpinan pengetua sahaja (Abdul Shukor Abdullah.1. Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang diamalkan di sekolah itu (Hussein Mahmood. Perubahan ini jelas jika diamati kajian-kajian tentang kepimpinan transformasi yang pernah dilakukan oleh Burns (1978) dan Bass (1985) sehinggalah kepada kajian yang pernah dilakukan oleh Leithwood dan Jantzi (1990. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 2004. Leithwood & Jantzi. Dalam perspektif ini. Simkins. kepimpinan transformasi. kokurikulum dan pengurusan sahsiah pelajar. 2004. Kepimpinan yang berkesan adalah asas kepada penambahbaikan sekolah yang berterusan (Muijs & Harris. Kepimpinan semua pihak di sekolah diperlukan bagi meningkatkan kemajuan sekolah khususnya terhadap pembelajaran pelajar. Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran. Penolong Kanan Pentadbiran. cabaran penstrukturan semula sekolah dan persekitaran yang tidak menentu dalam bidang pendidikan telah menyebabkan berlakunya perubahan kepimpinan sekolah daripada kepimpinan pengajaran kepada kepimpinan transformasi (Leithwood & Jantzi. kepimpinan pengurusan dan kepimpinan kontigensi. Penolong Kanan Petang. 1985. 2000.

2001). 1998). Pengaruh kepimpinan pengajaran terhadap efikasi kolektif guru dan pembelajaran pelajar. 3. Berdasarkan kepada premis di atas. Sebagai rumusannya dapat dinyatakan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung pada kepimpinan yang berkesan. terdapat organisasi yang mempunyai ahli-ahli yang berpengetahuan dan berkemahiran tetapi tidak berjaya membentuk efikasi secara kolektif. Hoy & Hoy. Pengaruh efikasi kolektif guru terhadap pembelajaran pelajar. i. Sehubungan itu. ii . Hal ini adalah kerana kecemerlangan sesebuah sekolah lebih banyak bergantung kepada faktor-faktor dalaman sekolah tersebut (Ghazali Othman. kajian ini berfokus untuk mengkaji kesan langsung dan tidak langsung kepimpinan pentadbir sekolah terhadap pembelajaran pelajar menerusi efikasi kolektif guru. Pengaruh efikasi kolektif guru sebagai mediator terhadap hubungan antara kepimpinan pengajaran dengan pembelajaran pelajar. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti : Pengaruh kepimpinan transformasi terhadap efikasi kolektif guru dan pembelajaran pelajar. Menurut Bandura (2000). Dalam hal ini. 3 . Teori ini mengenal pasti tingkah laku manusia sebagai satu tindak balas terhadap faktor personal. iii . Manakala pencapaian akademik pelajar pula diukur melalui pembelajaran pelajar yang bergantung pada kualiti pengajaran guru di sekolah. v. individu yang dilihat berperanan sebagai pemimpin boleh memainkan peranan penting dalam membangunkan efikasi kolektif guru (Tschannen-moran. Pengaruh efikasi kolektif guru sebagai mediator terhadap hubungan antara kepimpinan transformasi dengan pembelajaran pelajar. tingkah laku dan persekitaran (Bandura. guru dan staf sokongan perlu bekerja sebagai satu pasukan bagi mencapai kejayaan yang ditentukan. Di samping itu.kolektif dan aspek ini sentiasa wujud dalam kouminiti profesional sekolah (Muijs & Harris. Hal ini adalah kerana ahli kumpulannya tidak bekerja sebagai satu unit. Seterusnya kualiti pengajaran guru pula bergantung pada kepercayaan guru secara individu dan kolektif terhadap keupayaannya untuk mempengaruhi pembelajaran pelajar. 2006). pengurus pertengahan.1 SOROTAN KAJIAN Teori Kognitif Sosial Teori kognitif sosial adalah salah satu kerangka untuk memahami dan meramal perubahan tingkah laku manusia. sekolah sebagai sebuah organisasi yang melibatkan pelbagai pihak seperti pengetua. bagi meningkatkan pembelajaran pelajar di sekolah maka faktor kepimpinan pentadbir sekolah dan efikasi kolektif guru merupakan faktor penentu yang penting. 1986. kecemerlangan sekolah pula sentiasa diukur berdasarkan pencapaian akademik pelajar. 2. iv . Oleh sebab itu. 3.

Dalam kajian ini. Dalam model ini. Hoy & Hoy. Malah tingkah laku juga mempengaruhi faktor-faktor kognitif dan peribadi. dan pada masa yang sama tingkah laku pula mempengaruhi persekitaran dan situasi tersebut. Kedua. Tingkah laku dalam sesuatu situasi dipengaruhi oleh ciri persekitaran dan situasi. Individu memilih persekitaran yang ingin didiaminya dan pada masa yang sama persekitaran pula akan mempengaruhi individu yang memilih persekitaran tersebut. Bass (1985) mengenal pasti tiga dimensi kepemimpinan transformasi iaitu dimensi karismatik. dua faktor lain yang turut mewakili gaya perlakuan transaksi ialah pengurusan 4 . Ketiga. hubungan antara penentu personal dengan penentu persekitaran yang meliputi kepercayaan manusia dan kompetensi kognitif. keprihatinan individu dan stimulasi intelek. Biasanya individu mempercayai hasilan kerjanya akan dihargai atau mendapat pujian. Di samping itu. Hal ini termasuklah pengubahsuaian oleh pengaruh sosial dan struktur bersama persekitaran. Sebaliknya individu tidak akan mempamerkan tingkah laku yang sama jika hasilan kerja tersebut tidak dihargai atau tidak memberikan keuntungan (Goddard.1997). Teori kognitif sosial menjelaskan fungsi sosiopsikologi dalam bentuk triadic reciprocal causation (Bandura. 2004). hubungan pertama yang wujud adalah antara penentu personal dengan tingkah lakunya yang dipengaruhi oleh tanggapan dan tindakan individu sendiri. 1997) 3. efikasi kolektif guru mewakili penentu personal. tingkah laku juga dipengaruhi oleh faktor-faktor kognitif dan peribadi.2 Kepimpinan Transformasi Sekolah Teori kepemimpinan transformasi diperkenalkan oleh Bass (1985) berdasarkan kepada teori kepemimpinan karismatik House (1977) dan teori kepemimpinan transformasi Burns (1978). adalah antara penentu persekitaran dengan penentu tingkah laku di mana tingkah laku individu akan menentukan persekitaran dan persekitaran pula akan menentukan perubahan tingkah laku. Selain itu. TINGKAH LAKU (Pembelajaran Pelajar) PERSEKITARAN (Kepimpinan Pentadbir Sekolah) PERSONAL (Efikasi Kolektif Guru) Rajah 1: Model Bandura (Bandura. 1986). kepimpinan pentadbir sekolah pula mewakili penentu persekitaran dan pembelajaran pelajar mewakili penentu tingkah laku.

pemimpin transformasi merupakan pemimpin yang melibatkan diri dengan orang lain melalui satu cara yang tertentu sehingga pemimpin dan pengikutnya dapat meningkatkan motivasi dan semangat bekerja ke suatu tahap yang lebih tinggi. Manakala sub dimensi pengurusan pula ialah amalan perwujudan kakitangan berkesan. pembangunan individu dan mereka bentuk organisasi. keterampilan peribadi (role model). simbol amalan dan nilai profesional. tidak ada definisi yang khusus mengenai konsep kepemimpinan transformasi (Leithwood & Jantzi. kepemimpinan transformasi dilihat dapat membantu mewujudkan semangat dalam kalangan pengikut tetapi proses mewujudkannya agak sukar (Bass & Riggio. Leithwood (1994) membina dimensi kepemimpinan transformasi sekolah berdasarkan hasil kerja teori dua faktor Bass (1985) yang mewakili kepemimpinan transformasi dan kepimpinan transaksional. Tomlinson dan Genge (1996) pula ialah merangsang pembentukan dan menzahirkan wawasan. Menurut Burns (1978). Manakala Bass (1985) pula menggambarkan kepemimpinan transformasi sebagai pemimpin yang memiliki prestasi serta keupayaan kepimpinan yang luar biasa. motivasi berinspirasi.menerusi pengecualian dan ganjaran kontingensi. dan cabaran yang ada dalam persekitaran ke arah yang baru. perkongsian matlamat. Sehubungan itu. pembinaan budaya. Dimensi-dimensi kepemimpinan transformasi yang dikonstruk oleh Avolio dan Bass (2004) serta Zaidatol Akmaliah dan Foo Say Fooi (2003) ialah pengaruh unggul (ciri-ciri unggul dan tingkah laku unggul). Model amalan kepemimpinan transformasi sekolah dibahagikan kepada tiga dimensi utama iaitu menentukan arah. Avolio dan Bass (2004) pula menyatakan bahawa kepemimpinan transformasi sebagai satu proses untuk mempengaruhi dan menggubah kesedaran orang bawahan tentang perkara yang penting. visi. Secara khususnya kepemimpinan transformasi sekolah mempunyai enam sub dimensi ‘kepemimpinan’ dan empat sub dimensi ‘pengurusan’. Antara sub dimensi yang terdapat dalam kepemimpinan ialah visi dan misi sekolah. Leithwood & Jantzi. harapan tinggi dan simbol. stimulasi intelek dan pertimbangan individu. menjana permuafakatan. merangsang intelek dalam organisasi. Antara dimensi-dimensi gaya kepemimpinan transformasi yang dinyatakan oleh Abdullah Sani Yahya. sokongan individu. stimulasi intelek. Kesemua pengkaji diatas menghuraikan kepemimpinan transformasi dengan merujuk kepada keupayaan seseorang individu melihat. Model kepemimpinan transformasi sekolah tersebut dibangunkan berdasarkan satu siri penyelidikan di sekolah (Leithwood. penyediaan sokongan pengajaran. 2000). stimulasi intelek. Abdul Rashid Mohamed dan Abdul Ghani Abdulah (2007) yang merujuk penyelidikan Leithwood. Manakala Burns (1978) menyatakan bahawa terdapat dua jenis kepemimpinan asas iaitu kepemimpinan transformasi dan transaksi. 1999). 2006). peluang. menunjukkan harapan yang tinggi. keprihatinan individu dan ganjaran kontingensi. Dalam literatur kepemimpinan pendidikan. 1994. 1996. Manakala Hallinger (2003) pula berpendapat wujud tujuh komponen utama dalam model kepemimpinan transformasi pendidikan iaitu sokongan individu. jangkaan dan keyakinan yang tinggi pada guru. kepemimpinan transaksional digantikan dengan dimensi pengurusan. mengiktiraf dan mengeksploitasi keperluan dan kehendak pengikutnya. Manakala kepemimpinan transaksi pula merujuk kepada hubungan penukaran ganjaran antara pemimpin dengan pengikut. Selain itu. penghargaan. serta menggerakkan mereka mengenal diri sendiri. Leithwood & Jantzi. penglibatan dalam membuat keputusan. 5 .

(4) mencerap dan memberi maklum balas kepada guru-guru dan (5) menilai program-program pengajaran. (3) menyelia dan menilai pengajaran dengan memastikan matlamat sekolah diterjemahkan kepada amalan pengajaran di bilik darjah. 3.3 Kepimpinan Pengajaran Kepimpinan pengajaan merupakan satu amalan kepimpinan sekolah yang menekankan kepada keberkesanan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. (11) menyediakan ganjaran kepada pelajar dengan memberi ganjaran sebagai tanda menghargai peningkatan pencapaian akademik dan menggalakkan pelajar untuk lebih berusaha memajukan pencapaian akademik dengan lebih cemerlang. (8) menyediakan ganjaran kepada guru dengan mencipta iklim kondusif serta struktur kerja yang jelas dan memberi insentif atau penghargaan lain terhadap prestasi guru. Sekolah menekankan proses pengajaran dan pembelajaran di mana penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran adalah dimensi tingkah laku yang berorientasikan kepada tugas dan bukan berorientasikan kepada hubungan kemanusiaan untuk mencapai kejayaan akademik. ibu bapa dan pelajar. (3) memupuk suatu persekitaran pembelajaran yang positif. Kepimpinan pengajaran dikatakan semakin penting kerana sekolah dianggap sebagai sebuah organisasi pembelajaran dan masyarakat menuntut pencapaian akademik yang tinggi. (7) mengekalkan kelihatan di sekolah dengan memberi petunjuk kepada guru dan pelajar berupaya memperuntukkan waktu berada di sekolah serta membuat rondaan di bilik darjah. Menurut Hallinger dan Murphy (1985). (4) menyelaras kurikulum dengan menjamin kurikulum sekolah dilaksanakan secara baik di bilik darjah yang kepiawaiannya dari hasil ujian.pemantauan aktiviti sekolah dan penyediaan tumpuan komuniti. Tiga dimensi utama ini dibahagikan kepada sebelas fungsi kepimpinan pengajaran. (10) menetapkan piawaian akademik dan menggerakkan piawaian untuk mencapai harapan tinggi pencapaian sekolah. Manakala Weber (1997) dan Krug (1992) pula menyatakan bahawa kepimpinan pengajaran mempunyai lima dimensi utama iaitu (1) mentafsir dan menyampaikan matlamat sekolah. Kepimpinan pengajaran lebih difokuskan kepada pelaksanaan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. (2) menguruskan programprogram pengajaran dan (3) mewujudkan iklim pembelajaran untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah. (9) menggalakkan perkembangan profesional dengan menggunakan pelbagai cara dalam usaha memajukan pengajaran dengan memajukan perkembangan profesional guru. (6) mengawal dan melindungi waktu pengajaran dengan melakukan kawalan terhadap waktu pengajaran melalui polisi sekolah. Banyak kajian telah dilakukan untuk menjelaskan bagaimana setiap amalan kepemimpinan transformasi dipraktikkan oleh pentadbir-pentadbir sekolah dalam persekitaran sekolah. Antaranya ialah (1) merangka matlamat sekolah dengan menentukan pencapaian matlamat-matlamat tahunan akademik yang dirangka melalui sumber-sumber yang ada di sekolah. 6 . tingkah laku kepimpinan pengajaran mempunyai tiga dimensi utama iaitu (1) menentukan matlamat sekolah. (5) pemantauan kemajuan akademik pelajar dengan menilai hasil ujian dan membincang dengan guru. (2) memperjelaskan matlamat sekolah kepada guru. (2) menguruskan kurikulum dan pengajaran.

2010) telah mengenal pasti beberapa andaian penting mengenai kepimpinan untuk pembelajaran. 1997). Pengalaman kejayaan akan membina kepercayaan efikasi kolektif yang kuat manakala kegagalan pula akan melemahkan kepercayaan efikasi kolektif ahli kumpulan. hasil kerja kumpulan bukan sahaja bergantung pada kemahiran dan pengetahuan individu setiap ahli kumpulan tetapi bergantung pada interaksi dan saling berhubung antara satu dengan yang lain. (2) pengalaman peniruan. (3) pujukan sosial dan (4) keadaan afektif. Kepimpinan pembelajaran wujud di dalam satu konteks persekitaran dan organisasi. tetapi juga sistem institusi dan budaya sosial. Efikasi kolektif tersebut terbentuk daripada empat sumber utama. Kaedah pertama bertumpu kepada keyakinan terhadap pengetahuan. 2003. Leithwood et al. Menurut Hallinger (2011) pemimpin-pemimpin sekolah beroperasi dalam satu sistem terbuka yang mengandungi bukan sahaja komuniti. 2010).4 Efikasi Kolektif Guru Efikasi kolektif merujuk kepada kepercayaan bersama oleh sekumpulan ahli organisasi dalam menggabungkan kebolehan untuk merancang dan melaksanakan tindakan yang diperlukan bagi menghasilkan sesuatu pencapaian (Bandura. Manakala dalam kaedah kedua pula berfokus kepada keyakinan atau kepercayaan yang dikongsi bersama dalam kumpulan bagi mencapai sesuatu matlamat organisasi. 2000). dan kemahiran yang dimiliki secara individu diagregatkan untuk mencapai sesuatu matlamat. 1990. kebolehan. 2006. Selain itu.3. pengalaman peniruan pula bukan terbentuk melalui pengalaman peribadi seseorang bagi membina efikasi kolektif tetapi bergantung pada pengalaman yang disampaikan oleh rakan mereka. Pujukan sosial pula merujuk kepada kemahiran yang diperoleh oleh seseorang apabila menghadiri pelbagai latihan dalaman dan luaran organisasi. Hallinger & Murphy. Kepimpinan pengajaran pada asalnya berfokus kepada peranan pengetua sebagai pemimpin untuk pembelajaran (Hallinger. 2006. Keberkesanan kepimpinan dibentuk berdasarkan kepada kekangan dan peluang-peluang yang wujud di dalam organisasi sekolah dan persekitarannya. Beberapa dekad yang lalu. 3. Pengalaman masteri merujuk kepada pengalaman kejayaan atau kegagalan yang dialami oleh ahli kumpulan. Antaranya ialah (1) pengalaman masteri. Ada kalanya kumpulan yang mempunyai ahli-ahli berpengetahuan dan berkemahiran tidak mencapai kejayaan yang diharapkan disebabkan oleh kegagalan ahli-ahlinya bekerja sebagai satu unit (Bandura. Amalan 7 . penyelidik-penyelidik kepimpinan (contohnya Bass. Sementara itu. Selain itu. efikasi kolektif diukur dengan menggunakan dua kaedah iaitu melalui agregat efikasi individu dan efikasi keseluruhan ahli organisasi. 1985. 2011). Leithwood et al. Keadaan afektif organisasi pula merujuk kepada cara-cara sesebuah organisasi menginterpretasikan cabaran-cabaran yang dihadapi dan dapat mengatasi cabarancabaran tersebut.5 Kepimpinan untuk Pembelajaran Pelajar Kepimpinan untuk pembelajaran menggambarkan pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh pemimpin sekolah untuk mencapai hasilan sekolah khususnya pembelajaran pelajar (Hallinger. Pada peringkat organisasi. Bandura (2000) berpendapat bahawa efikasi kolektif bukan hasil tambah efikasi setiap individu dalam kumpulan malah adalah suatu ciri yang wujud pada peringkat kumpulan.

2010). 1996. Bahagian B (12 item) bertujuan mengukur gaya kepimpinan transformasi pentadbir sekolah. 1996. Soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagian A (4 item) bagi memperoleh maklumat latar belakang responden. Kepimpinan Transformasi Efikasi Kolektif Guru Pembelajaran Pelajar Kepimpinan Pengajaran Rajah 2: Kerangka Kajian 8 . Leithwood et al. hanya 320 soal selidik sahaja dapat digunakan dan kadar pulangan soal selidik ialah 80%. 4. kepercayaan. Di samping itu. 4. Bahagian C (53 item) pula mengukur gaya kepimpinan pengajaran pentadbir sekolah. penekanan terhadap nilai-nilai peribadi. Patten dan Jantzi (2010). Sebanyak 400 soal selidik diedarkan dan 352 soal selidik sahaja dapat dikutip. Leithwood. Hal ini merupakan sumber kepada amalan kepimpinan.1 Kerangka Kajian Berdasarkan perbincangan di atas.kepimpinan pula bergantung pada sifat-sifat peribadi para pemimpin sendiri khususnya. Selain itu. 2010). kepimpinan sekolah juga adalah proses pengaruh dan dipengaruhi oleh tahap sekolah dan syarat (Hallinger & Heck. pengetahuan dan pengalaman pemimpin. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Sebanyak 48 soal selidik tidak dapat dikutip semula manakala 32 soal selidik pula adalah tidak lengkap. Bahagian D (14 item) bertujuan untuk menguji efikasi kolektif guru dan Bahagian D (11 item) adalah mengenai persepsi pembelajaran pelajar. Soal selidik kajian ini pula diadaptasi dari instrumen yang pernah digunakan oleh Leithwood dan Jantzi (1999). Ross dan Gray (2006). Oleh itu. Kursunoglu dan Tanriogen (2009). kepimpinan tidak memberikan kesan langsung terhadap pembelajaran pelajar malah kesannya adalah melalui mediator seperti tahap sekolah dan syarat (Hallinger & Heck. Persampelan kajian terdiri daripada 320 orang guru dari sekolah-sekolah menengah kebangsaan harian biasa Kedah Darul Aman dan Pulau Pinang yang dipilih secara rawak mudah. kerangka kajian ditunjukkan melalui Rajah 2.

(2010) mencadangkan penganalisisan dua langkah iaitu menilai model pengukuran dan model struktural.50 dianggap boleh diterima.25 14..31 37.06 6.1 DAPATAN KAJIAN Profil Responden Responden kajian ini terdiri daripada 320 orang guru dari sekolah-sekolah menengah kebangsaan harian biasa Kedah Darul Aman dan Pulau Pinang.5. Kesemua varians yang diekstrak adalah melebihi 9 .13 61. kategori perkhidmatan dan umur. kesemua nilai komposit kebolehpercayaan adalah melebihi 0. Menurut Hair et. dua kriteria utama yang digunakan untuk mengukur goodness of measures ialah (1) kesahan dan (2) kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan merujuk kepada betapa konsisten sesuatu alat ukur dalam mengukur variabel atau gagasan.0 (partial least squares) adalah perisian yang boleh digunakan untuk menganalisis Structural Equation Modeling (SEM). al. Analisis statistik deskriptif berbentuk frekuensi dan peratus digunakan bagi menerangkan profil responden yang merangkumi jantina.75 19. Kesemua maklumat ini diperoleh dari Jadual 1.87 45. Hair et al.19 12. Jadual 1: Profil Responden Variabel Jantina Bangsa Kategori Lelaki Perempuan Melayu Cina India Lain-lain Siswazah Bukan Siswazah Kurang 30 tahun 30-40 tahun 41-50 tahun 50 tahun ke atas Kekerapan 122 198 147 92 61 20 252 68 47 113 119 41 Peratus 38. (2010) komposit kebolehpercayaan 0.25 78. Sehubungan itu. bangsa.94 28. 5. 5.70 atau ke atas dan purata varian yang diekstrak melebihi 0. 2010). Amos dan SmartPLS M2 Version 2.69 35.1 Model Pengukuran Kesahan gagasan sesuatu alat kajian merujuk kepada sejauh mana alat itu menghasilkan gerak balas yang mewakili gagasan yang diukur. Manakala kesahan merujuk kepada sejauh mana alat itu mengukur data yang sepatutnya ia dikehendaki mengukur (Sekaran & Bougie.70.2.81 (%) Kategori Perkhidmatan Umur 5.75 21. Jadual 2 menunjukkan.2 Analisis Data AMOS versi 18.0 digunakan untuk menganalisis hipotesis kajian.

735 Nota: Diagonals represent the square root of the average variance extracted while the other entries represent the squared correlation 5. kesahan diskriminan ditakrif sebagai sesuatu pengukuran tidak membayangkan variabel lain. Kepimpinan pengajaran dan efikasi kolektif guru memberi kesan yang banyak terhadap pembelajaran pelajar.0.53 0. Jadual 2: Keputusan CFA bagi Model Pengukuran Kesahan Konvegen CRa AVEb 0.78 0. 10 .73 0.55 0. H3.01.742 0.164 0. Padanan statistik dibentangkan dalam Jadual 4. H4 dan H5 (lihat Jadual 5). Oleh itu.51 0.77 0. Model ini memberikan sumbangan sebanyak 47% varian terhadap efikasi kolektif guru dan menerangkan 44% varian terhadap pembelajaran pelajar.940 0.052 0. Selain itu. Semua laluan adalah signifikan pada paras 0.897 0. Kepimpinan transformasi pula memberi kesan yang banyak terhadap efikasi kolektif guru.2 Model Struktural Model struktural dianggarkan dengan menggunakan kaedah maximum likelihood estimation (MLE).195 0.2.714 0. Keputusan-keputusan model struktural juga menyokong hipotesis-hipotesis yang dibentuk seperti H1. H2.231 (2) 0. Jadual 2 membentangkan keputusan-keputusan tersebut.50.254 0.228 (3) (4) 0.728 0. Semua padanan yang diukur daripada kajian ini adalah melebihi nilai-nilai yang dicadangkan untuk satu model yang baik. Hal ini dapat dimantapkan dengan korelasi yang rendah antara semua variabel atau konstruk. Menurut Fornell dan Larcker (1981) apabila punca kuasa dua varian purata diekstrak melebihi nilai korelasi antara semua variabel maka kesahan diskriminan telah dibentuk (lihat Jadual 3).69 0.54 Konstruk Kepimpinan Transformasi Kepimpinan Pengajaran Efikasi Kolektif Guru Pembelajaran Pelajar Cronbach Alpha 0.853 Nota: a Composite Reliability (CR) = (square of the summation of the factor loadings)/{(square of the summation of the factor loadings) + (square of the summation of the error variances)} b Average Variance Extracted (AVE) = (summation of the square of the factor loadings)/{( summation of the square of the factor loadings) + (summation of the error variances)} Jadual 3: Konstruk Kesahan Diskriminan Konstruk (1) Kepimpinan Transformasi (2) Kepimpinan Pengajaran (3) Efikasi Kolektif Guru (4) Pembelajaran Pelajar (1) 0. alat ukuran kajian ini mempunyai kesahan gagasan yang dikehendaki.912 0.

23.90 Nilai Kajian 1 2.19.30.01) dan kepimpinan pengajaran (β=0.01) memberi kesan langsung yang positif terhadap efikasi kolektif guru.01) dan efikasi kolektif guru (β=0.Jadual 4: Indeks Fit Pengukuran Fit df χ2 χ2/df GFI AGFI CFI RMSEA NNFI (TLI) Nilai Cadangan ≤ 3. keputusan juga menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi memberikan pengaruh yang lebih tinggi terhadap efikasi kolektif guru berbanding kepimpinan pengajaran. p<0.01) memberi kesan langsung yang positif terhadap pembelajaran pelajar.947 0.27 .08 ≥ 0.991 0.90 ≥ 0. Kedua-dua variabel ini memberikan sumbangan sebanyak 47% kepada varian efikasi kolektif guru.00 ≥ 0.47 e1 .28 Rajah 3: Model Struktural Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa variabel-variabel seperti kepimpinan transformasi (β=0.23 . p<0.80 ≥ 0.471 2.44 .988 0. Kepimpinan Transformasi .19 Efikasi Kolektif Guru Kepimpinan Pengajaran . p<0.471 0.01). p<0.30 Pembelajaran Pelajar .28. Ketiga-tiga variabel ini memberikan sumbangan sebanyak 44% 11 . Selain itu.19 e2 .90 ≤ 0. kepimpinan pengajaran (β=0.079 0. p<0.19.967 Rajah 3 menunjukkan variabel kepimpinan transformasi (β=0.

Jadual 5 menunjukkan ringkasan keputusan hipotesis-hipotesis kajian. p<0.378 5.869 4.217 Keputusan Kepimpinan Transformasi Kepimpinan Pengajaran * p<.005 Keputusan Disokong Disokong Disokong Disokong Disokong Panduan Baron dan Kenny (1986) digunakan bagi menjawab hipotesis H6 yang menyatakan bahawa efikasi kolektif guru berperanan sebagai mediator terhadap hubungan antara kepimpinan transformasi dengan pembelajaran pelajar. H2: Kepimpinan pengajaran secara positif mempengaruhi efikasi kolektif guru.001 Mediator Separa Mediator Penuh Jadual 6 menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi memberi kesan signifikan terhadap pembelajaran pelajar tanpa kehadiran efikasi kolektif guru (β=0. Selain itu.01) dan juga signifikan bersama efikasi kolektif guru (β=0.000 0.terhadap varian pembelajaran pelajar.727 Nilai p 0.138. Jadual 6: Keputusan pengaruh Mediator Efikasi Kolektif Guru terhadap Hubungan Kepimpinan Transformasi dan Pengajaran dengan Pembelajaran Pelajar Variabel Bebas Variabel Mediator Efikasi Kolektif Guru Efikasi Kolektif Guru Model 1 (IV & DV) Std. Beta 0.138* 0. H4: Kepimpinan transformasi secara positif mempengaruhi pembelajaran pelajar.001 0.281* Model 2 (IV & DV Bersama MV) Std.003 0. keputusan kajian ini juga menunjukkan bahawa kepimpinan pengajaran memberikan pengaruh yang lebih banyak terhadap pembelajaran pelajar berbanding kepimpinan transformasi.000 0. Manakala hipotesis H7 pula menyatakan bahawa efikasi kolektif guru berperanan sebagai mediator terhadap hubungan antara kepimpinan pengajaran dengan pembelajaran pelajar.190* 0. Jadual 5: Pengujian Hipotesis Hipotesis Kajian H1: Kepimpinan transformasi secara positif mempengaruhi efikasi kolektif guru.911 3. p<0. H5: Kepimpinan pengajaran secara positif mempengaruhi pembelajaran pelajar. H3: Efikasi kolektif guru secara positif mempengaruhi pembelajaran pelajar.190.690 2. Nisbah Kritikal (CR) 2. Beta 0.01) serta nilai 12 .

pentadbir sekolah pula kurang diberikan pendedahan tentang kepimpinan transformasi oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri berbanding kepimpinan pengajaran. PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan pengajaran memberikan pengaruh yang lebih kuat terhadap pembelajaran pelajar berbanding kepimpinan transformasi. Hasil kajian ini menyokong dapatan kajian Ross dan Gray (2006) yang menyatakan bahawa efikasi guru 13 . Selain itu. Hal ini menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi berupaya mengubah sikap. Hal ini adalah kerana teori Bandura (1997) menyatakan bahawa kepimpinan dapat meningkatkan efikasi kolektif guru dengan mewujudkan peluangpeluang untuk menguasai kemahiran dan pengalaman kerja orang lain. efikasi kolektif guru bertindak sebagai mediator penuh terhadap hubungan antara kepimpinan pengajaran dengan pembelajaran pelajar. 1985. 1994). Namun begitu. Dapatan ini menjelaskan bahawa pemimpin sekolah mempunyai kemampuan untuk memberikan kesan positif yang signifikan terhadap pembelajaran pelajar. 6. p>0. Maka hipotesis H7 disokong penuh. 1999). Pentadbir sekolah terpaksa berlumba-lumba meningkatkan prestasi akademik sekolah kerana pencapaian akademik pelajar dianggap sebagai kriteria kejayaan sesebuah sekolah. Pada masa yang sama.01) dan tidak signifikan bersama efikasi kolektif guru (β=0. Selain itu.01) serta nilai beta koefisien (β) berkurangan. efikasi kolektif guru bertindak sebagai mediator separa terhadap hubungan antara kepimpinan transformasi dengan pembelajaran pelajar. kesan kepimpinan sekolah terhadap pembelajaran pelajar adalah tidak langsung (Hallinger & Heck. kedua-dua jenis kepimpinan ini adalah perlu untuk meningkatkan pembelajaran pelajar.281. Hal ini berlaku kerana pentadbir sekolah sering diberikan kursus dan pendedahan tentang kepimpinan pengajaran supaya melakukan perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu. Maka hipotesis H6 hanya disokong separa. dapatan kajian juga menunjukkan bahawa efikasi kolektif guru bertindak sebagai mediator separa terhadap hubungan antara kepimpinan transformasi dengan pembelajaran pelajar dan mediator penuh terhadap hubungan antara kepimpinan pengajaran dengan pembelajaran pelajar. Manakala kepimpinan pengajaran pula menunjukkan kesan signifikan terhadap pembelajaran pelajar tanpa kehadiran variabel mediator efikasi kolektif guru (β=0. pemikiran dan tingkah laku melebihi jangkaan dalam kalangan guru (Bass. Keadaan ini menyebabkan amalan kepimpinan pengajaran tidak dapat dikesampingkan. Sungguhpun demikian. 1994). Kepimpinan pengajaran juga kerap diamalkan di sekolah kerana pengajaran dan pembelajaran adalah core business di sekolah (Leithwood. Di samping itu. p<0. dasar Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri yang memberikan tumpuan terhadap pemantauan kurikulum berkualiti dan pencapaian akademik pelajar juga menyebabkan para pentadbir sekolah lebih menumpukan perhatian terhadap pengurusan kurikulum dan pembelajaran pelajar di sekolah. 1996. Oleh itu.beta koefisien (β) berkurangan. kepimpinan transformasi juga didapati mempunyai pengaruh yang lebih tinggi terhadap efikasi kolektif guru berbanding kepimpinan pengajaran. Leithwood.217. Leithwood & Jantzi.

Kroeck dan Sivasubramaniam (1996) yang menyatakan kepimpinan transformasi mempunyai hubungan yang positif terhadap sikap bekerja dan tingkah laku pada tahap individu serta organisasi. Kajian yang dijalankan oleh Gully. Dapatan keseluruhan kajian menunjukkan sumbangan variabel-variabel bebas terhadap varian-variabel bersandar agak kecil. kumpulan yang memiliki tahap efikasi kolektif yang tinggi akan terus mencuba bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut Bandura (2000). Dengan ini. IMPLIKASI KAJIAN Dapatan kajian ini menjurus kepada beberapa implikasi terhadap kepimpinan di sekolah. 2006). Sumbangan varian yang kecil ini berkemungkinan wujudnya disebabkan variabel pelenyap di dalam variabel bebas yang mengurangkan sumbangan variabel yang lain. Kedua-dua jenis kepimpinan ini adalah perlu untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. pihak pentadbir sekolah harus menyediakan peluang kepada para guru bagi meningkatkan efikasi kolektif yang mana akan membantu meningkatkan pembelajaran pelajar. Joshi dan Beaubien (2002) mendapati efikasi kolektif mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian tinggi dan matlamat berkongsi.memberi kesan terhadap hubungan di antara kepimpinan dengan membawa perubahan terhadap pembelajaran pelajar. Oleh sebab itu. amalan kepimpinan pengajaran dan kepimpinan transformasi adalah tanggungjawab bersama dan harus dikongsi bersama bagi mewujudkan perubahan yang positif terhadap pembelajaran pelajar. 14 . Selain itu. Dicadangkan kajian lanjutan mengambil kira analisis yang lebih komprehensif bagi mengesan variabel pelenyap. Kepimpinan pengajaran berupaya memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar manakala kepimpinan transformasi telah dibuktikan bahawa mampu mempengaruhi efikasi kolektif guru (Leithwood & Jantzi. Pendapat ini disokong pula oleh Avolio et al. 2000. Jantzi dan Steinbach (1999). kepimpinan transformasi adalah peramal kuat yang dapat mempengaruhi perubahan sikap. sumbangan variabel lain akan meningkat. Amalan kepimpinan pengajaran dan kepimpinan transformasi di sekolah perlu mendapat sokongan daripada semua pihak bagi mewujudkan efikasi kolektif guru yang tinggi bagi mempengaruhi pembelajaran pelajar. Oleh hal yang demikian pentadbir sekolah harus mengamalkan gaya kepimpinan transformasi dan kepimpinan pengajaran untuk membentuk dan mengubah sikap para guru yang suka bekerja berseorangan kepada pasukan untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. 8. model kajian ini perlu diuji dengan anteseden pembelajaran pelajar yang lain. Lowe. Incalcaterra. 7. Menurut Walumbwa dan Lawler (2003) pula pemimpin transformasi mampu memotivasikan pengikut bagi meningkatkan penglibatan diri dalam kerja. Ross & Gray. Kepimpinan pengajaran dan kepimpinan transformasi harus diamalkan serentak di sekolah. Di samping itu. (2004). Menurut Leithwood. variabel pelenyap perlu dikesan dan dikeluarkan daripada model kajian. CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Berdasarkan kepada dapatan kajian ini.

Baron. guru-guru pula perlu meningkatkan keyakinan dan kepercayaan secara kolektif mengikut budaya kerja sekolah masing-masing. (1997). M. Abdul Rashid Mohamed. 18-30. A. P. 75-78. The moderator-mediator variable distinction in social psychological research: Conceptual. (2000). Kuala Lumpur: PTS Professional. Current Directions In Psychological Science. M. Redwood City. New York: Free Press. 25. (2004).. Exercise of human agency through collective efficacy. pentadbir sekolah harus mengamalkan gabungan gaya kepimpinan transformasi dan kepimpinan pengajaran dalam usaha mengubah sikap guru-guru terhadap pengajaran serta meningkatkan pembelajaran pelajar. Justeru itu.. W. Avolio. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. J. kepimpinan pengajaran. Bandura. Oleh itu. Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. New York: Freeman.). Leadership and performance beyond expectations. Publishers. (2007). Di samping itu.. Bandura. B. B. (Eds. W.). (2004). Selain itu. R. & Kenny. (2006). A. kepimpinan transformasi dan efikasi kolektif guru terhadap pembelajaran pelajar. & Bass. 9(3). B.Selain itu. Bass. Hal ini akan membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. strategic and statistical considerations. Zhu. Journal of Personality and Social Psychology. 9. R. KESIMPULAN Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat pengaruh amalan kepimpinan pengajaran. Guru sebagai pemimpin. J. Transformational leadership (2nd ed. Englewood Cliffs: NJ: Prentice-Hall. (1986). M. 1173-1182. (1985). 14(1). Mahwah: Lawrence Erlbaum Associates. CA: Mind Garden. New York: The Free Press. & Riggio. E. pengkaji berharap agar kajian lanjutan dapat memberi sumbangan yang lebih berhubung dengan amalan kepimpinan transformasi. A. M. & Abdul Ghani Abdullah. mediator lain perlu diuji bagi memperkukuhkan lagi hubungan antara variabel kepimpinan sekolah dengan variabel pembelajaran pelajar... D. Self-efficacy: The exercise of control. B. Multifactor leadership questionnaire: Manual and sampler set (3 ed. Bass. (2004). Avolio. Bandura. kepimpinan transformasi dan kepimpinan pengajaran memberikan kesan positif terhadap efikasi kolektif guru. (1986). Inc. 56(6). (1990).). A. Transformational leadership and organizational commitment: mediating role of psychological empowerment and moderating role of structural distance. RUJUKAN Abdul Shukor Abdullah. Journal of Organizational Behavior. Bass and Stogdill’s Handbook of Leadership (3rd ed). efikasi kolektif guru dan pembelajaran pelajar. B. Abdullah Sani Yahaya. Bass. B. Kepimpinan unggul tonggak pengurusan pendidikan cemerlang. & Bhatia.. 951968. Koh. 15 .

Collective efficacy beliefs: Theoretical development.. (1999b). Assesing the instructional leadership behavior of principals. 39-50. 33.. B. Fornell. Babin. 5. Sekolah berkesan dan program pembaikan sekolah di Malaysia. K. Transformational school leadership effects: A replication. & Larcker. P. 217-248. (1999a). Relation of principal transformational leadership to school staff job satisfaction.. R. A. 333-356. 16 . Hair. 498-518. Hoy. Diges Pendidik. (1978). (1996). Educational Researcher. (2010). Educational Administrarive Quarterly. & Tanrıogen. Leadership for learning: lessons from 40 years of empirical research. Hallinger. Hallinger. 1(2). 679-706. Leithwood. Larson (Eds. Griffith. 28(3). 3-13. W. H. IL: Southern Illinois University Press. (1981). K. NJ: Prentice-Hall. & Jantzi. Multivariate Data Analysis. 451-479. Cambridge Journal of Education.. L. 49(2). & Woolfolk-Hoy. (2009). Leadership.). School Effectiveness and School Improvement. and school performance. K. School Leadership and Management. 249280. D. 1-8. In J. Educational Administration Quarterly. 32(1). F. R. (2001). Ghazali Othman. 33(3). D. Hussein Mahmood.H. & Murphy. Hallinger. Kepimpinan profesionalisme : Satu utopia? Pemimpin. (2011). staff turnover. School Effectiveness and School Improvement. The relative effects of principal and teacher sources of leadership on student engagement with school. M. (2004). J. A.Burns. (2005). 329-351. 10(4). 1980-1995.. & Heck. Leithwood. G. 30(4). C. K. Hallinger. S. Carbondale. P. (1992). Kursunoglu. empirical evidence and future directions. (1977). & Heck. (2010). Leithwood. 252-258. G. R. 27-31. (1990).. F. Journal of Educational Administration. K. D. Leithwood.. Hallinger. Hunt & L. J. 95-110. P. 125-142.. New York: Harper & Row. Black. Procedia Social and Behavioral Sciences 1. Evaluating structural equation models with unobservable variables and measurement error. House. J. Collaborative leadership and school improvement: understanding the impact on school capacity and student learning. & Jantzi. (2004). R. R. A.. Journal of Educational Administration. (2003). J. D. Leadership for school restructuring. A 1976 theory of charismatic leadership. J.. Elementary School Journal. C. Leading educational change: Reflections on the practice of instructional and transformational leadership. Krug. Reassessing the principal's role in school effectiveness: A review of the empirical research. E. (1985).. Educational Administration Quarterly. 430-443. 3951. 86(2). & Anderson. P. Instructional leadership: A constructivist perspective. J. 1(4). 30(2). (1994).E. 42(3). Goddard. 18(1). F. P. Upper Saddle River. & Jantzi. Journal of Marketing Research. The relationship between teachers’ perceptions towards instructional leadership behaviors of their principals and teachers’ attitudes towards change. Educational Administration Quarterly. 35. W. Transformational leadership: How principals can help reform school cultures.

798-822. Sekaran. Second international handbook of educational leadership (561612). 179-199. (2010). Teacher led school improvement: Teacher leadership in the UK. School leaders’ influences on student learning: the four paths. Leadership and school results.. H. A. School Effectiveness and School Improvement. Boston: Allyn & Bacon. Patten. 46(5).. J. K. G. 29(3). The principalship: A reflective practice perspective (4th ed.. (Eds. International Handbook of Educational Leadership and Administration. A. Kepengetuaan dan kepimpinan sekolah: Pembangunan dan penambahbaikan pengajaran. Leithwood. School Effectiveness and School Improvement. 111-134. (2007). (2004).). (2006b). 385-425. Transformational leadership and teacher commitment to organizational values: The mediating effects of collective teacher efficacy. Effectiveness correlates of transformational and transactional leadership: A meta-analytical review of the literature. Transformational school leadership. B. K. & Genge. D.. Hallinger & A.. Nottingham.J. National College of School Leadership. & Hopkins. Dordrecht. 17 . (2006). Lowe. D. The effects of transformational leadership on organizational conditions and student engagement with school. & Strauss.. 35(1). Rahimah Haji Ahmad. Day. M. Simkins. S. Leithwood. (2006). T. Chapman. R. Canadian Journal Of Education. Muijs. 671-706.. C. & Muhammad Memon.. Leithwood. Rahimah Haji Ahmad. P. and Middlewood. Ross. 1-8. in Bush. Pemimpin. (1996). Ross. In K. K. Seven strong claims about successful school leadership. Journal of Educational Administration. Tomlinson. Jurnal Pemimpin. Muijs. & Harris. & Sivasubramaniam. 1-35. School leadership in Pakistan: Exploring the headteacher’s role. (2002). & Bougie. & Harris. Educational Administration Quarterly.. C. T. 14(3). & Gray. 1-10.. Mascall. K. (2010). 38(2). New York: Kluwer. 22. Key characteristics of effective schools. UK: Wiley. (2005). K. T. Leadership Quarterly. P.. P. Sammons.. (1996). 112-129. B. the Netherlands: Kluwer.Leithwood. Leithwood. Kepimpinan dan kepengetuaan di alaf baru: Pengetua dan pembaharuan sekolah. Mortimore. L. Kroeck. B. Teaching and Teacher Education. J. N. & Jantzi. (2000). Harris. & Mulford. (2006a). & Gray. Research methods for business: A skill building approach.. 4. S. In K. A. Silins. Anderson. (2003). Educational Management Administration & Leadership. D. 7. Corson. Jendela Minda. T. P. (1997)... (2001). D. A. Testing a conception of how school leadership influences student learning. 17(2).. Sergiovanni. School leadership and student achievement: The mediating effects of teacher beliefs. Sisum. 1(1). J. D.. P. London: Sage Publications.). D.. 961–972.. U. A. Leithwood.. K. 275-291. Weaver-Hart (Eds. 5. K. D. D. Leithwood & P. & Jantzi. (2010). Teacher leadership in (In) action: Three case studies of contrasting schools. Hallinger. Bell.).. The Principles of Educational Leadership and Management. (Eds).

and withdrawal behaviors in three emerging economies. Educational Resources Information Centre. P. (2003). (2005). Building effective organizations: transformational leadership. Woolfolk-Hoy. work-related attitudes. & Kan Shi.. M. (3rd ed). Piele.K. Leading the instructional program. F. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. Peng Wang. F.. J. S. & Hoy. Eugene. School Leadership: Handbook for Excellence.. A. O. collectivist orientation. Weber. Oregon. Pengurusan dan kepemimpinan pendidikan: satu langkah ke hadapan. 11(3). 2-16.. Teacher efficacy: Its meaning and measure. (1997). (1998). Walumbwa.Tschannen-Moran. J. W.C. Transformational leadership and work-related attitudes: The moderating effects of collective and self-efficacy across cultures. 14. Joumal of Human Resource Management. Avolio. J.. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Review of Educational Research. J. 1083-1101. & Foo Say Fooi. J.R. J. Journal of Leadership and Organizational Studies. & Lawler. B. Walumbwa.. K. 68(2). 253-278. O. Clearinghouse on Educational Management. 202-248. (2003). 18 .. In Smith. Lawler. (Eds).

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->