Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT KURIKULUM PERTAMA 2011

Tarikh Masa Tempat Kehadiran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.

: 04 Januari 2011 : 2.30 4.00 petang : Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Rumah Barrau

En.Tony ak Madup En. Ugik ak Selipeh En. Ling Kiaw Hua En. Herman Dharwisham En. Mohd Zalil Izham Abd Wahab En. Mohd Hafiz Bin Abu Bakar En.Donald Sigoh Cik. Hiltty Hentick Ratos Pn. Noomasliza Binti Nasri Pn. Zuria ak Jayan Cik. Rohani Binti Ariffin Cik. Norezan Binti Raini Cik. Siti Salwa Binti Abu Hanifah Pn Puspawani Binti Abu Kassim Pn. Rosna Ak Pasang En. Ulen Anyong Anju En. Razali Bin Abas

Guru Besar Penolong Kanan 1 (Pentadbiran) Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Kokurikulum Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru PPM Pra PPM (A) PPM (A) PAR

1.

Ucapan Alu-aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alu dan mengucapkan terima kasih kepada semua staf Sekolah Kebangsaan Rumah Barrau atas komitmen dan tanggungjawab yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2010. Pengerusi juga memaklumkan kepada semua staff supaya mengetahui kedudukan sekolah (NKRA). Tindakan : Makluman

2.

Analisis Keputusan UPSR 2010 2.1 Rujuk Edaran yang diedarkan oleh Pengerusi kepada semua warga mesyuarat. 2.2 Pengerusi meminta kerjasama dari semua warga Barrau bagi terus meningkatkan keputusan UPSR 2011 kepada yang lebih cemerlang bagi mengekalkan kecemerlangan sekolah. Tindakan : Makluman

3.

Senarai Jawatankuasa Kurikulum 2011 3.1 Ahli mesyuarat merujuk edaran yang diedarkan oleh Pengerusi. Tindakan : Makluman

4.

Agihan Guru Kelas 2011 4.1 Rujuk edaran yang diberikan oleh Pengerusi. Tindakan : Makluman

5.

Agihan Guru Matapelajaran 5.1 Rujuk edaran yang diberikan oleh Pengerusi Mesyuarat. Tindakan: Makluman

6.

Jadual Waktu (Draf Awal) 6.1 Rujuk edaran yang diberikan oleh Pengerusi. 6.2 Pengerusi turut memaklumkan jadulal waktu bagi Cikgu Hiltty Hentick Ratos telah diperbetulkan kerana terdapat sedikit kesilapan. Tindakan: Makluman

7. Jadual Waktu Prasekolah 7.1 Rujuk edaran yang diedarkan oleh Pengerusi Mesyuarat. Tindakan : Makluman

8. Jadual Waktu Pemulihan Khas 8.1 Cikgu Zuria ak Jayan (Guru Pemulihan Khas) akan mengedarkan jadual kelas pemulihan dalam masa terdekat. Tindakan: Makluman 9. Program Transisi Tahun 1 (3 minggu) 9.1 Pengerusi menjelaskan program Transisi Tahun 1 berjalan dengan lancar. Tindakan: Makluman 10. Buku Rekod /Persediaan Mengajar 10.1 10.2 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru agar melengkapkan maklumat yang diperlukan dalam buku rekod mengajar seperti biodata, jadual dan segalanya. Pengerusi juga menyatakan buku rekod mengajar harus diserahkan kepada Guru Besar atau Penolong Kanan 1 untuk disemak pada setiap hari Isnin atau Jumaat. Tindakan: Makluman 11. Buku Rekod Kehadiran Murid 11.1 Pengerusi menyatakan guru kelas bertanggungjawab untuk mengisi buku rekod kehadiran murid seterusnya disemak oleh Guru Penolong Kanan HEM dan buku tersebut harus diletakkan di dalam bilik guru (digantung di tempat yang disediakan). Tindakan: Makluman 12. Pencerapan Pengajaran Pembelajaran (P&P) dalam Kelas 12.1 Pengerusi memaklumkan pencerapan akan dibuat dalam minggu ke 2 atau minggu ke 3. Tindakan : Makluman 13. Penyemakan Buku Latihan Murid 13.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru agar menyemak hasil kerja murid dan menggunakan pelbagai kaedah penyemakan (bergantung kepada guru), dan guru harus memberikan komentar hasil kerja murid agar murid mengetahui hasil kerjanya. Guru juga harus menyemak ejaan nama pada kulit depan buku murid kerana terdapat segelintir murid yang masih salah menulis nama pada kulit depan buku. Tindakan: Makluman 14. Taklimat Ringkas KSSR 14.1 Pengerusi memaklumkan taklimat ringkas berkaitan KSSR akan dijalankan pada minggu ke 3 untuk semua subjek dan beliau meminta guru-guru yang terlibat agar bersedia.

Tindakan: Makluman 15. Taklimat LINUS 15.1 Pengerusi meminta ahli mesyuarat merujuk edaran bagi Jawatankuasa LINUS peringkat sekolah. Tindakan: Makluman 16. Hal- Hal Lain 16.1 Pengerusi memaklumkan kelas bimbingan akan bermula minggu ketiga Januari bermula jam 3.00- 4.00 petang manakala sebelah malam 7.00- 8.00 malam bagi tahap 1 (di Restoren Joseph Entulu), Tahap 2 jam 7.00-9.00 malam bertempat di kelas masing- masing. Tindakan: Makluman 16.2 Pengerusi turut memaklumkan setiap kelas harus mempunyai misi sendiri dalam akademik seperti tahun lepas. Tindakan: Guru Kelas 17 Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat ditangguh pada jam 4.00 petang Ditutup : Cikgu Donald ak Sigoh Disokong : Cikgu Mohd Hafiz Bin Abu Bakar Disediakan oleh: Diluluskan Oleh:

Rohani Binti Ariffin Setiausaha Kurikulum Sek Keb Rumah Barrau

Tony ak Madup Guru Besar Sek Keb Rumah Barrau

Anda mungkin juga menyukai