Anda di halaman 1dari 4

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KETIGA 15 APRIL HINGGA 21 APRIL 2013 ISU/MASALAH/PERISTIWA Isu atau masalah yang difokuskan untuk

penulisan jurnal reflektif kali ini adalah berkenaan dengan masalah kebersihan dan kekemasan diri yang kurang diambil berat oleh murid-murid. Isu ini walaupun nampak remeh tetapi sangat penting kerana kebersihan dan kekemasan diri merupakan perkara asas yang perlu dipelajari oleh individu bergelar manusia seawal usia kanak-kanak lagi. PANDANGAN DAN PERASAAN TERHADAP ISU Kebersihan dan kekemasan merupakan dua perkara yang sangat mustahak dalam kehidupan seorang manusia. Di usia muda inilah kita mahu mendidik dan melatih murid-murid supaya menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Tiada niat untuk menghina ataupun memandang rendah terhadap murid-murid, tetapi saya berasa cukup sedih apabila melihat rata-rata murid sekolah ini mengambil ringan akan perihal kebersihan dan kekemasan diri. Hal ini dapat dilihat kepada pakaian yang dipakai serta pada wajah dan anggota badan. Terdapat segelintir murid yang memakai uniform sekolah yang sudah kotor. Majoriti murid tidak membasuh kasut sekolah mereka. Terdapat juga murid yang berpakaian bersih tetapi tidak kemas, misalannya baju tidak dimasukkan ke dalam seluar. Tidak ketinggalan juga ada yang dating ke sekolah tanpa membersihkan diri kerana sudah lewat. Nampak ringan tetapi jika mereka ini tidak diajar dan diasuh untuk menjaga kebersihan sejak dari kecil, bayangkanlah keadaan mereka apabila meningakat remaja dan dewasa nanti. Saya berpendapat seharusnya perkara sebegini tidak berlaku.

ANALISIS ISU/MASALAH 3.1 PUNCA Setelah disoal dan diselidiki, saya mendapati salah satu punca murid tidak mandi sebelum ke sekolah adalah disebabkan mereka bangun lewat. Ibu bapa tidak dapat menunggu mereka kerana perlu bergegas ke tempat kerja dengan segera. Jadi, mereka terus menyarung uniform dan datang ke sekolah. Selain itu, apabila ditanya mengapa mereka tidak membasuh kasut sekolah mereka, ramai yang menjawab ibu atau kakak tidak mahu membasuhnya untuk mereka. Lebih menyedihkan apabila murid tahun 5 dan 6 memberikan alasan yang sama. Bagi saya, sikap malas dan tidak mahu berdikari menjadi punca utama dalam kes ini dan ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak. Selain itu, daripada penceritaan guru-guru sendiri, mereka mempunyai pengalaman berkunjung ke rumah murid untuk mendekati ibu bapa murid. Ramai yang tidak mahu masuk ke dalam rumah disebabkan keadaan rumah yang tidak bersih, tidak tersusun dan sebagainya. Keadaan ini menggambarkan bahawa faktor persekitaran tempat tinggal turut menjadi punca permasalahan ini. 3.2 KEKUATAN/KELEMAHAN Aspek kekuatan dilihat kepada usaha-usaha murni yang dilakukan oleh guru-guru di sekolah ini untuk menyedarkan murid-murid yang terlibat dalam isu ini tentang peri pentingnya menjaga kebersihan. Usaha yang dilaksanakan antaranya ialah menegur dan menasihati murid, melakukan spot check, dan mengadakan kempen dengan memanggil penceramah dari luar untuk memberikan ceramah mengenai kebersihan khusus untuk murid-murid. Di papan-papan kenyataan juga banyak ditampal poster mengenai penjagaan kebersihan untuk dijadikan panduan terhadap murid-murid. Kelemahan yang dapat dinyatakan dalam isu ini ialah pihak sekolah gagal mendapat sokongan padu daripada sesetengah ibu bapa dalam mendidik murid-murid tentang erti kebersihan. Jika di rumah murid sudah tidak ditekankan untuk membudayakan amalan kebersihan, maka memang sukar untuk sekolah mengubah murid-murid berkenaan secara menyeluruh. Selain itu, budaya ibu bapa yang suka menyerang juga

menyebabkan guru sukar untuk mengambil tindakan tegas terhadap murid yang

mengabaikan aspek kebersihan dan kekemasan diri. Ekoran itu, hanya teguran yang boleh dibuat untuk menyedarkan mereka. CADANGAN IDEA UNTUK MENYELESAIKAN ISU Antara langkah yang boleh diambil untuk membendung gejala ini daripada berterusan adalah dengan cara memaklumkan kepada ibu bapa supaya sama-sama membantu pihak sekolah mendidik murid-murid supaya kenal dengan erti kebersihan dan kekemasan. PIBG boleh dijadikan saluran untuk membincangkan tentang perihal ini. Hal ini demikan kerana ibubapa di rumah adalah antara individu yang paling bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang hal kebersihan kerana mereka individu pertama yang berinteraksi secara terus dengan anak-anak. Kesedaran ini sepatutnya bermula dari rumah. Ibubapa perlu memantau dan memberi perhatian kepada anak-anak mereka dari segi amalan kebersihan. Walau bagaimanapun, muridmurid yang dewasa juga sewajarnya boleh berfikir secara rasional dan bertindak untuk kebaikan mereka. Di sekolah pula,mungkin guru-guru boleh melaksanakan sistem ganjaran seperti memberi hadiah atau sijil penghargaan kepada murid yang menjaga imej diri secara bulanan. Di samping itu, teguran dan nasihat perlu diberikan secara berterusan tanpa henti. Selain itu, aktiviti pnp yang bertemakan kebersihan perlu diajar secara terperinci dengan menggabungkan teori bersama-sama dengan praktikalnya. Kadangkala, tindakan yang tegas perlu diambil secara berkala untuk memastikan murid-murid yang tegar tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri dapat menginsafi kesalahan mereka. TEMPOH MASA UNTUK MENYELESAIKAN ISU 15 April hingga 22 April iaitu seminggu PELAKSANAAN LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN Semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan mengambil masa selama 3 hingga 4 minit untuk memperingatkan murid-murid supaya menjaga kebersihan. Saya juga akan cuba menasihati murid-murid yang tidak berpakaian

kemas. Selain itu, saya juga akan memastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan bersih sebelum dan sesudah sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan. TINDAKAN SUSULAN Murid-murid harus diberi nasihat yang berterusan. Guru-guru bertanggungjawab untuk memastikan masalah ini tidak berterusan. Kempen-kempen mesti dilakukan secara berterusan (seminggu sekali-diselitkan ketika perhimpunan pagi sekolah). Guru disiplin harus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai