Anda di halaman 1dari 24

SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN DATO SRI AMAR DIRAJA MUAR, JOHOR.

KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 2 TAJUK: SEJARAH KEBUDAYAAN TIGA KAUM DI MALAYSIA

NAMA: NUR ISMANIZA BINTI AYOB TINGKATAN: 2 SARJANA NO PENGENALAN: 981102-01-6750 GURU PENILAI: PUAN AZIRA BINTI JAMALUDIN

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru matapelajaran Sejarah iaitu Puan Azira kerana telah banyak membantu saya membuat kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapakan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya dan kelurga yang telah banyak memberikan sokongan untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Akhirnya, terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya untuk mencari bahan-bahan rujukan. Jasa kalian saya amat hargai.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang kebudayaan tradisional masyarakat Malaysia. Kajian saya ini merangkumi obkjektif-objektif berikut : Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Selain itu, kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang kebudayaan tradisional masyarakat negara saya. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap kebudayaan tradisional masyarakat dalam diri saya. Kajian ini juga dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya kebudayaan tradisional di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk memupuk semangat kekitaan di kalangan warga Malaysia. Dengan membuat kajian ini, saya juga dapat menanam semangat patriotisme di dalam diri saya.

KAEDAH KAJIAN
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah, yang pertama kaedah penyelidikan perpustakaan. Saya telah meminjam pelbagai buku yang berkaitan dengan kebudayaan tradisional masyarakat Malaysia dari perpustakaan SMK Dato Sri Amar Diraja dan Perpustakaan Awam Muar. Lepas itu, saya mencari maklumat yang berkaitan dalam buku tersebut. Kedua, saya telah mengunakan kaedah analisis dokumen. Saya telah menganalisis pelbagai dokumen, pinjaman perpustakaan bagi mendapatkan maklumat untuk kajian ini. Dokuman yang dimaksudkan terdiri daripada journal,surat khabar,buku dan majalah. Akhirnya, kaedah internat. Saya telah menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat yang berguna agar memudahkan lagi kajian kami. Saya harap dengan kaedah ini, saya dapat menyatakan maklumat dengan tepat dan benar.

LAPORAN KAJIAN
Laporan kebudayaan pakaian masyarakat India

Asal Usul Pakaian Tradisional India Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah. Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.

Sari
Sari pula merupakan pakaian untuk kaum perempuan. Terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan lima hingga lima belas meter panjang mengikut saiz pemakai. Perlu memakai anak baju yang singkat dan ketat sebelum memakai sari. Kain sari yang lembut akan dililit dari pinggang sebanyak tiga hingga lima kali dan diselempang pada bahu kiri.

Kurta (Persia/Urdu: , Hindi: , dibaca [krta]; atau kurti untuk versi yang lebih pendek) adalah pakaian tradisional yang dipakai di Afghanistan, Bangladesh, India, Pakistan, Nepal, dan Sri Lanka. Kurta adalah pakaian yang longgar yang bagian bawahnya bisa mencapai lutut. Kurta dipakai oleh pria dan wanita. Kurta biasanya dipakai bersama dengan paijama (kurta-paijama), salwar, churidar, atau dhotis;[1] namun pada masa modern, kurta juga sering dipakai bersama jins.[2] Kurta dipakai dalam kegiatan sehari-hari maupun dalam acara formal. Women sering memakai kurti sebagai blouse, dan dipadupadankan dengan jins.[2] Kurta jenis ini biasanya lebih pendek dan lebih ringan. Pria juga memakai kurti, umumnya bersama jins.

Kurta impor pernah populer pada 1960-an dan 1970-an, dan kini mulai populer lagi. Kurta formal biasanya dibuat oleh para penjahit Asia Selatan dengan bahan yang dibawa oleh sang pelanggan. Orang-orang di luar Asia Selatan dapat membeli kurta di toko pakaian Asia Selatan atau memesan dari pengece

BAJU PUNJABI Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi yang terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.

Dhot atau Doti


Dhot atau Doti ialah pakaian tradisi untuk kaum lelaki di India. Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu. Laporan kebudayaan permainan masyarakat Melayu

Permainan Batu Seremban


Pengenalan Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanakkanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Cara Bermain Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Permainan Gasing

Pengenalan Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanakkanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Cara Bermain Permainan Gasing Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Permainan sepak Raga

Pengenalan Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. uh dunia Cara Bermain Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Permainan Wau
Pengenalan Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding

Congkak

Pengenalan Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Cara-cara Bermain Congkak a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati. (b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan. (c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu. (d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian. (e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah

Laporan kebudayaan makana masyrakat Cina

Makanan Cina
Ini adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor.

Kuih Bulan Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai. Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya.

Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

Peng Bing Ia merupakan kuih tradisional bagi masyarakat lama dahulu. Big Thumb bakery telah memperbaharui dan mengubah bentuk dan rasanya seperti yang kita lihat di atas. Rupanya yang berlainan tapi rasa tetap yang sama. Peng Bing diperbaharui tetapi masih menggunakan tepung yang sama cuma intinya lebih sedap lagi.

CHAR KWAY TEOW

Char kway teow merupakan hidangan mi yang paling terkenal di Malaysia.Ia digoreng diatas api yang kuat dan panas dengan kicap,sos cili,telur,udang,kerang, taugeh dan kucai Cina. Bagi kaum Cina, char kway teow mestilah digoreng dengan lemak daging untuk memastikan kewangian makanan tersebut.Char kway teow membekalkan nutrien dan tenaga yang mencukupi kepada seseorang individu.Makanan tradisional ini amat murah dan harganya berpatutan. Makanan ini juga boleh didapati di mana-mana restoran cina

ataupun di pasar malam. Char kway teow yang paling terkenal di Malaysia ialah Penang Char Kway Teow. Semua orang dari pelbagai tempat sering mengunjungi Penang untuk merasai keenakan dan kelazatan makanan tradisional ini.Char kway teow juga amat terkenal di negara lain. Contohnya, negara Brunei,Singapura dan Indonesia. Char kway teow ialah makanan tradisional yang paling terkenal dalam kalangan kaum Cina dan disukai orang ramai.

DIM SUM

Di restoran-restoran Cina yang menjual Dim Sum sebagai sarapan pagi, ini merupakan cara

makanan tradisional kepada pelanggannya.

tersebut

dihidangkan

Dim sum bukan sahaja makanan kukus tetapi ia juga merangkumi makanan-makanan yang digoreng seperti gambar yang ditunjukkan diatas. Terdapat juga pelbagai roti atau bun kecil yang dihidangkan.

Makanan tradisional ini ialah nasi pulut yang terkenal dalam kalangan kaum Cina.Nasi pulut ini disukai oleh orang ramai di seluruh negara.

Ini merupakan chee cheong fun. Ia juga salah satu makanan tradisional Dim Sum. Chee cheong fun diliputi dengan kicap dan cili. Terdapat juga udang dalam chee cheong fun.

RUMUSAN

Setelah bertungkus lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Banyak yang dapat saya pelajari daripada kajian yang dilaksanankan. Selain itu, saya dapat mengeratkan lagi hubungan dengan kaum Cina dan India. Saya juga bangga dengan keunikan masyarakat di Malaysia yang pelbagai kaum dan budaya. Akhir sekali, saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang kebudayaan kaum-kaum di Malaysia ini.

LAMPIRAN
Pakaian kaum India.

Dhoti

Kurta

Punjabi

Sari

Permainan kaum Melayu

Batu seremban

Gasing

Sepak raga

Wau

Congkak

RUJUKAN

http://loveninasyakina.blogspot.com/2010/10/pakaian-tradisional-warisan-danbudaya.html http://id.wikipedia.org/wiki/Kurta http://prasekolahafzan.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai