Anda di halaman 1dari 1

Pernyataan professional

Praktikum ini memberi peluang kepada guru untuk membuat perubahan dalam pelbagai aspek ke arah pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Dalam masa praktikum ini guru didedahkan kepada suasana pendidikan yang sebenarnya memerlukan banyak sumbangan tenaga, buah fikiran dan juga kewangan. Pemikiran pelajar yang berbeza-beza tahap kematangannya memerlukan berbagai pendekatan berbeza . Guru dapat mempelbagaikan cara dan teknik di bilik darjah yang akhirnya mewujudkan budaya suka belajar dikalangan pelajar. Pendedahan sebegini menjadikan guru lebih bersedia menghadapi cabaran setiap hari dengan lebih berkeyakinan. Di masa-masa mendatang adalah diharapkan guru akan dapat mewujudkan sikap sukakan kecemerlangan dalam setiap pelajar walau apa pun latarbelakang keluarga mereka. Dengan ini dapatlah generasi pelajar memberikan sumbangan yang positif ke arah kemajuan negara secara keseluruhannya.

Anda mungkin juga menyukai