Anda di halaman 1dari 1

Nilai Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJK)

1-Nilai-nilai dalam pendidikan jasmani dan kesihatan dibentuk atas prinsip bahawa manusia telah dijadikan sebaik-baik makhluk; 2-Menghargai, memelihara dan meningkatkan keadaan kesihatan diri dan masyarakat supaya dapat meningkatkan produktivi dan kesejahteraan hidup; 3-Menghargai amalan kelaziman latihan kecergasan dan kesihatan; 4-Menghargai pentingnya mengikut prinsip-prinsip latihan; 5-Menyedari pentingnya rehat dan rekreasi serta mengamalkannya; 6-Mengamalkan lakuan gerak badan yang baik dan sempurna dalam kegiatan harian; 7-Mementingkan langkah-langkah keselamatan dalam sebarang kegiatan harian; 8-Berkeyakinan dalam menyusun program latihan kecergasan dan melakukannya bagi keperluan diri sendiri; 9-Memelihara serta menghargai keadaan tubuh badan yang sihat dan cergas; 10-Bertimbang rasa terhadap orang lain yang menghadapi masalah kesihatan dan bersedia membantu sejauh mana yang boleh; dan, 11-Bertanggungjawab, bekerjasama, berdisiplin, bertoleransi serta bersemangat persahabatan, kepimpinan dan kesukanan dalam segala kegiatan sukan dan kegiatan harian.