Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENGENALAN

Negeri-negeri Melayu telah dijajah oleh kuasa-kuasa barat dan timur lebih kurang 446 tahun yang dahulu iaitu daripada tahun 1511 sehingga tahun 1957.Kuasa-kuasa timur ialah Portugis,Belanda dan Inggeris.Sementara itu, kuasa-kuasa timur pula adalah Jepun.Jangka waktu dijajah selama 446 tahun merupakan satu tempoh yang lama dan dalam tempoh tersebut,pihak penjajah sentiasa mendapat tentangan daripada penduduk di negara ini.Ini menggambarkan penduduk di negara ini tidak rela bumi tercinta ini dijajah oleh kuasa-kuasa asing. Namun penentangan semakin jelas pada abad ke-20 kerana penentangan yang dilakukan adalah menyeluruh dan tidak bersifat setempat.Semangat nasionalisme telah muncul disebabkan sikap penjajah yang menekan orang tempatan serta dasar yang diamalkan amat bertentangan dengan amalan yang diamalkan oleh penduduk tempatan. Desakan demi desakan yang dilakukan akhirnya telah membawa kepada pembebasan tanah air kita pada 31 OGOS 1957.Kita sebagai anak merdeka seharusnya syukur kerana dilimpahi dengan kekayaan yang wujud pada hari ini hasil daripada perjuangan oleh tokoh-tokoh masa lalu.

2.0 KEBANGKITAN NASIONALISME

2.1 Definisi Nasionalisme Menurut Ruslan Zainuddin (2004) ,nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah

air.Nasionalisme tidak terhad kepada kuasa politik sahaja tetapi ia meliputi pembebasan daripada cengkaman kebudayaan asing dan ekonomi.

3.0 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British.

Peta 1.Kawasan Penentangan DatoDol Said.

3.1 Negeri Sembilan (DatoDol Said) Menurut Ruslan Zainuddin (2004), penentangan yang dilakukan oleh DatoDol Sa id berlaku pada tahun 15 Julai 8131.Pemimpin DatoDol Said menentang British disebabkan beberapa sebab iaitu ingin mempertahankan kemerdekaan

Naning,menentang perlaksanaan undang-undang British dan menentang bayaran cukai yang diperkenalkan oleh British.Pada tahun 1831British telah menghantar 150 orang askar pempinan Kapten While di daerah Taboh, tetapi dapat dipatahkan oleh Penghulu Dol Said kerana mendapat bantuan kententeraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau,Syed Shaban,Penghulu Remai dan Rechat,DatoKelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh. Sekali lagi dengan tentera sebanyak 1200 orang,British sekali

lagi menyerang Naning dan pada kali ini Dato Dol Said telah tewas dalam peperangan tersebut kerana tidak mendapat sebarang bantuan.

3.2 Negeri Sarawak (Rentap,Linggir,dan Sharif Masahor) Menurut Ruslan Zainuddin (2004),Langgir pemimpin di Saribas menentang James Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar.Bagaimanapun, Linggir dengan pengikutnya tewas dalam pertempuran

tersebut.Rentap pemimpin Iban, menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana bertindak menghapuskan kaum Iban di sungai Skrang.Tentera James Brooke Berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861.Rentap terpaksa berundur ke Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.Sharif Masahor dan Datuk Patinggi Abdulah Gapur menentang penguasan british terhadap wilayah mereka pada tahun 1857 di Sungai Rajang.Hal ini disebabkan mereka kehilangan hak memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.

3.3 Negeri Sabah (Mat Salleh)

Peta 2. Kawasan penentangan pemimpin Mat Salleh. Menurut Internationl Law Book Services (2009),Mat Salleh pemimpin Daerah Tambunan dan sungai Sugut menentang SBUB kerana perlaksanaan sistem cukai kepala dan perahu serta layanan kasar terhadap penduduk tempatan.Pada tahun 1897, beliau dengan pengikutnya menyerang British secara mengejut di Pulau Gaya.Ekoran
3

serangan itu, British pun menawarkan pelan damai kepadanya,tetapi British telah memungkiri semua janji tersebut menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB.Serangan ini kemudiannya dibalas oleh SBUB dan menyebabkan beliau tewas dan meninggal dunia pada tahun 31 Januari 1900.

3.4 Negeri perak (DatoMaharaja Lela) Menurut Internationl Law Book Services (2009),penentangan terhadap J.W.W Birch berlaku kerana: Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874. Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka. Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka. Para pembesar menolak campur tangan british dalam adat resam mereka dan hal ehwal tempatan. J.W.W Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu. Atas arahan Dato Maharaja Lela,Seputum,Pandak Lam, dan lain -lain membunuh J.W.W Birch pada tahun 2 November 1875.Pihak British menyerang balas dengan menghantar 500 orang askarnya dan melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan yang terlibat.Setelah Berjaya ditangkap oleh British,Dato Maharaja Lela dan pengikutnya dihukum hukuman gantung.

3.5 Negeri Sembilan(Yam Tuan Antah) Menurut Internationl Law Book Services (2009),Sebab-sebab Penentangan Yam Tuan Antah; British menduduki sungai Ujong. British menyokong DatoKelana menduduki Terachi dan Paroi. British menawan Bukit Putus,Jempul,dan Terachi.

Yam Tuan Antah Sri Menanti dan DatoSyahbandar Sungai Ujong menentang kemasukan British.DatoShahbandar juga menentang Datokelana Sungai Ujong k erana melibatkan British dalam pertikaian mereka mengenai perebutan hak untuk memungut cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-negeri Selat.Datokelana berjaya mengalahkan Datosyahbandar dan berjaya menguasai Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah kekuasaan British.

3.6 Negeri Pahang(DatoBahaman) Menurut Internationl Law Book Services (2009),penentangan berlaku pada tahun 1888 kerana pengenalan undang-undang British yang amat bertentangan dengan adat resam dan sistem politik seperti; Tahun Sistem kehakiman Sistem pemungutan hasil tanah Sistem cukai Penubuhan pasukan polis luar. Peristiwa

1890 1891 1892 1894 1895

Menentang pengaruhnya.

pembinaan

Balai

Polis

Lubuk

Terua,kawasan

Menyerang British kerana menangkap anak buahnya. Menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Akibat tekanan British,DatoBahaman berundur ke Kelan tan

Jadual 1.Peristiwa penentangan DatoBahaman

3.7 Negeri Kelantan(Tok Janggut) Menurut Ruslan Zainuddin (2004),penentangan berlaku di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat British diperkenalkan pada tahun 1910.British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan.Perlaksanaan tersebut dibantah oleh Tok Janggut tetapi ia tidak langsung dilayan oleh pihak British.Pada tahun 1915,Engku Besar Jeram,Tuan Ahmad,Penghulu Adam,Haji Said,Che Ishak serta rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya.Sebuah pentadbiran pun dibentuk dan perdana menterinya adalah Tok Janggut sendiri.Serangan balas British telah menyebabkan Tok Janggut telah terkorban dalam pertempuran tersebut dan mayatnya diarak ke seluruh Pekan Kota Baharu dengan kedudukan kepala ke bawah sebagai tanda amaran bagi sesiapa sahaja yang cuba untuk menentang British.

3.8 Negeri Terangganu(Haji Abdullah Rahman Limbong)

Peta 3. Kawasan penentangan Haji Abdulah Rahman Limbong Menurut Ruslan Zainuddin (2004),British ditentang oleh Haji Abdulah Rahman Limbong kerana perlaksanaan sistem cukai dan undang-undang British.Tanpa menghiraukan peraturan tanah yang diberikan British,Haji Abdulah Rahman Limbong
6

mengetuai penduduk kampung membuka tanah di Kuala Temelong pada tahun 1922.Pada tahun 1925 pula kira-kira 300 orang penduduk kampung membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin-3.Dasar yang diamalkan oleh British menyebabkan penduduk tempatan mengangkat senjata pada bulan Mei 1928 dan Berjaya menguasai bangunan kerajaan di Kuala Berang.British pun menghantar tiga orang pembesar atas nama Sultan Terangganu,dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dan Haji Abdulah Rahman Limbong ditangkap kemudiannya dibuang negeri ke Makkah.

4.0 Kebangkitan Semangat Kebangsaan Untuk Mengangkat Martabat Bangsa 4.1 Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi Perjuangan. Menurut Ruslan Zainuddin (2004),perkembangan dunia telah memberi inspirasi kepada penduduk di Tanah Melayu untuk menentang penjajahan British.Kehadiran

pengaruh Barat di Turki telah mencetuskan gerakan Pan-Islam,iaitu satu gerakan untuk menyatukan seluruh umat Islam dan menentang penjajah Barat.Gerakan ini telah Berjaya mempengruhi umat Islam dia Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu,Timur Tengah dan India,untuk bersatu menentang penjajah British.Di Mesir,Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhamad Abduh adalah pelopor Gerakan Islah pada tahun 1882.Gerakan ini disebar ke Tanah Melayu oleh pelajar-pelajar yang menuntut di Mesir sekembalinya mereka ke tanah air.Kemenangan Jepun terhadap Russia pada tahun 1905,membuktikan sebuah negara yang kecil mampu mengalahkan sebuah negara yang besar.Peristiwa ini telah menyemarakkan lagi penduduk di Tanah Melayu untuk menentang penjajah.Di China,Dr. Sun Yat Sen, telah Berjaya mengalahkan pemerintahan Manchu dan kemudiannya beliau menubuhkan Republik China pada tahun 1911.Di Filipina pula,Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina untuk memajukan orang Filipina serta menuntut supaya Sepanyol memberi layanan yang adil kepada orang-orang Filipina.Gerakan yang berlaku di India dipimpin oleh Mahatma Ghandi telah Berjaya membebaskan India daripada penjajahan British.Indonesia juga memperlihatkan kejayaan perjuangan,di mana Parti Nasional Indonesia yang dipimpin oleh Soekarno telah membebaskan Indonesia dari penjajahan

Belanda.Selain itu,dengan kemunculannya Mesin cetak risalah dan idelogi untuk menentang penjajah akan lebih menyeluruh.Nasionalisme juga muncul daripada ilmuan yang telah menutut di sekolah Vernakular dan Inggeris di Tanah Melayu.Mereka telah sedar akan kemunduran bangsa yang disebabkan oleh penjajah sekaligus

mencetuskan gerakan penentangan terhadap British.

Gambar 1. Menunjukkan penguasaan ekonomi oleh golongan imigran yang telah dibawa masuk oleh penjajah british.

Gambar 2. Menunjukkan kemunduran orang tempatan disebabkan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British.

4.2 Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan Menurut Ruslan Zainuddin (2004),Gerakan Islah oleh Kaum Muda dipelopori oleh Syeikh Muhamad Tahir Jalaluddin,Haji Abbas Muhammad Taha,dan Syed Syeikh Ahmad al-Hadi.Mereka menuntut di Universiti Al-Azhar dan terpengaruh dengan idea gerakan pemulihan Islam yang dipelopori oleh Sayid Jamaluddin al-Ffghani dan Syeikh Ahmad al-Hadi. Idea pembaharuan Kaum Muda disebarkan melalui majalah Al-Imam.Antara saranan Al-Imam adalah: a. Menyeru orang Melayu berpegang kepada ajaran al-Quran dan hadis. b. Menekankan kepentingan ilmu pengetahuan untuk mencapai kemajuan. c. Menitikberatkan pengetahuan sejarah untuk mendapatkan iktibar daripadanya. d. Menasihati ibu bapa supaya memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak e. Mengesa supaya kaum wanita diberikan peluang pendidikan . f. Mengetepikan adat resam dan kepercayaan karut yang boleh menghalang kemajuan orang Melayu.

Gambar 3. Menunjukkan tokoh pelopor gerakan Islah bagi menuntut keadilan untuk orang Melayu.
9

Akbar al-Imam dihentikan pada tahun 1908 dan semangat serta perjuangan diteruskan oleh akbar lain seperti Neraca,Al-Ikhwan,Pengasuh,dan Saudara.Namun,idea

pembaharuan Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan ulama dan berpegang teguh pada adat dan agama Islam.Kaum Tua menerbitkan Lidah Benar dan Suara Benar untuk menentang idea Kaum Muda.

4.3 Penggerak Kesedaran Kebangsaan (Majalah,Akhbar,Novel) Menurut Ruslan Zainuddin (2004),penulis karya seperti Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba), Dato Onn Jaafar dan Abdul Rahim Kajai mula berkarya untuk membangkitkan kesedaran serta mengkritik dasar Britiah yang membebankan. Akhbar dan Isu yang dibangkitkan Akhbar Warta Malaya Lembaga Malaya Majlis Utusan Melayu Warta Negara Aspek Sosial/Pendidikan Isu Memajukan tahap pendidikan orang Melayu pelajaran Menyeru perubahan sikap orang Melayu ( malas berusaha). Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris Memartabatkan bahasa Melayu (akademik, kemudahan

dalam pentadbiran British Ekonomi Pengurangan kemasukan imigran

yang memonopoli ekonomi tempatan Menggalakan penglibatan orang

Melayu dalam perniagaan Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka Politik Mengkritik mengurangkan Melayu
10

British kuasa

kerana Raja-Raja

Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan Menyeru orang Melayu supaya

bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan Jadual 2.Perjuangan dan isu yang dibangkitkan melalui Akhbar Menurut Ruslan Zainuddin (2004),Majalah turut memainkan peranan dalam membangkitkan semangat nasionalisme.Terdapat 120 majalah sehingga 1940an yang menyentuh isu pendidikan, ekonomi, bahasa, sastera, serta politik antipenjajahan. Majalah Majalah Guru ( Muhammad Dato Muda Linggi,Yusuf Ahmad, Mohd. Sidin Rashid) Isu Pendidikan dan perpaduan orang Melayu Semangat kebangsaan dan

menentang penjajahan Pengasuh (Dato Nik Mohamad) Mengulas soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk Bulan Melayu (Zainon Sulaiman) Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri dan bangsa Menggalakkan perpaduan dan

kesopanan di kalangan wanita Jadual 3.Perjuangan melalui Majalah

Menurut Ruslan Zainuddin (2004),penulis novel mula menjadi rancak pada tahun 1930-an dan mengalakkan sikap positif untuk memajukan diri dan bangsa.Mesej ini jelas dalam novel seperti Keris Melaka, Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila dan Melor Kuala Lumpur.
11

4.4 Perjuangan Nasionalisme Melalui Persatuan Menurut Internationl Law Book Services (2009),semangat kebangsaan juga disemaikan kepada penduduk tempatan melalui persatuan-persatuan pada awal abad ke-20. Antara persatuan yang diwujudkan adalah Kesatuan Melayu Singapura (KMS) pada tahun 1926 diasaskan oleh Mohammad Eunos Abdullah dan dianggotai mereka yang berpendidikan Inggeris dan antara kesatuan yang pertama sekali ditubuhkan. Mohammad Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British dan dilantik menjadi ahli majlis perundangan Negeri-Negeri Selat sebagai wakil orang Melayu. Melalui desakannya, rakyat Melayu Singapura mendapat perhatian British. Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) yang ditubuhkan pada tahun 1934 dan dipimpin S.M Zainal Abidin B.A. Penubuhan ini bertujuan menggalakkan ahlinya bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa.Persatuan negeri yang telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ( Perak-1937, Selangor, Negeri Sembilan,Pahang-1938) berobjektif untuk membincangkan nasib orang Melayu dengan menggabungkan tenaga intelektual Melayu. Selain itu, Persatuan Melayu Miri (1936) terhasil daripada Persatuan Melayu Sarawak. Persatuan ini pernah mendapat bantahan daripada Brooke namun berjaya dilaksanakan hasil naungan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Persatuan ini pernah menghadiri kongres Melayu 1940 di Singapura dan bertujuan untuk mengeratkan perpaduan Melayu,menggalakkan pendidikan,menjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran agama Islam. Persatuan Sahabat Pena (Kota Kinabalu) pula terdiri daripada peniaga kecil,pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu. Pada tahun 1939, Kesatuan Melayu Muda ditubuhkan dan dipimpin Ibrahim Haji Yaakob ,wartawan akhbar Majlis.Objektif Kesatuan ini adalah untuk menyatukan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung dan meningkatkan pendidikan orang Melayu. Kesatuan ini didaftarkan oleh Mustapha Husein, Naib Ketua KMM pada bulan Disember 1940. Melalui pimpinan beliau juga, KMM bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British daripada Tanah Melayu. Antara tindakan termasuklah menjadikan KMM sebuah badan propaganda Jepun. Kongres Melayu pada tahun 1939 dan 1940 adalah puncak kesedaran kerana soal kemunduran orang Melayu (pendidikan dan ekonomi) serta layanan pilih kasih British kepada anak negeri telah dibincangkan. Kongres ini disokong oleh golongan
12

intelek dan akhbar Melayu. Kesimpulan dalam kongres ini menggambarkan kelemahan dan perpaduan Melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik.

4.5 Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun Menurut Internationl Law Book Services (2009),Dasar pemerintahan

ketenteraan Jepun telah menekan kesedaran semangat kebangsaan di Tanah Melayu apabila kebebasan bersuara rakyat dihalang. Maksudnya, rakyat tidak dibolehkan untuk berkarya bagi menyebarkan idea nasionalisme apabila semua akhbar,majalah dan Novel diharamkan oleh Jepun. Parti Komunis Malaya telah menubuhkan Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) dengan bantuan British serta bekerjasama dengan Pasukan Bintang 3 dalam melaksanakan Perang Gerila terhadap Jepun. Force 136 dan Pasukan Wataniah Pahang ditubuhkan dalam kalangan orang Melayu. Keanggotaan Force 136 adalah kecil dan terdiri daripada pegawai tadbir Melayu yang berkerjasama dengan tentera British. Pasukan ini bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah, Johor dan Pahang. Pasukan wataniah Pahang merupakan pasukan sukarela menentang Jepun. Anggotanya terdiri daripada guru, pegawai tadbir kerajaan dan orang kampung yang sedar tentang penindasan Jepun.

Gambar 4. Menunjukkan berakhirnya penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

13

Menjelang akhir pendudukan Jepun, Ibrahim Haji Yaakob telah meminta Jepun memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama Indonesia. Hal ini adalah bersesuaian dengan matlamat perjuangan asal KMM untuk menubuhkan negara Malaya Raya atau Indonesia Raya. Kongres Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) diadakan di KL bagi membincangkan persediaan kemerdekaan dengan Indonesia. Kekalahan Jepun yang mendadak menyebabkan persidangan KRIS dibatalkan kerana Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaan lebih awal iaitu pada 15 Ogos 1945 sedangkan persidangan sepatutnya diadakan pada 17 Ogos 1945. Ibrahim Haji Yaakob, isteri serta orang kanan terpaksa berlindung di Indonesia apabila British mula menguasai Tanah Melayu pada bulan September 1945. Dengan itu, kemerdekaan gabungan Tanah Melayu dan Indonesia telah gagal,oleh itu British kembali menguasai Tanah Melayu pada September 1945.

5.0 Kesimpulan Kita sebagai warganegara Malaysia haruslah bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan kepada kita.Sejarah perjuangan nasionalisme di negara kita haruslah dijadikan panduan dan kesedaran kepada kita untuk melindungi negara kita ini.Oleh itu,perpaduan yang wujud pada hari haruslah dijaga kerana perpaduan merupakan kunci kepada keamanan yang kita nikmati pada hari ini.

14

Refleksi Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana kekuatan yang diberikan kepada saya semasa menyiapkan kerja krusus ini.Sekali lagi terima kasih saya ucapkan kepadanya kerana membuka hati dan menerangi jalan saya serta mengajar saya erti tidak berputus asa. Sepanjang menjalankan Kerja Krusus Berasaskan ilmu krusus Program

Persediaan Ijazah Sarjanah Muda Perguruan ini, pelbagai cabaran serta halangan yang perlu saya hadapi untuk menyiapkan tugasan ini.Pertama kali setelah saya mendapat tugasan ini,saya telah berbincang dengan rakan-rakan pelatih untuk membahagibahagikan tugas kerana tugasan ini dijalankan dalam bentuk kumpulan.Selepas itu, saya berkunjung ke perpustakaan IPKS untuk mencari sumber maklumat yang berkaitan dengan tugasan.Selain itu, saya juga telah melayari laman-laman web untuk mencari maklumat tambahan untuk memantapkan lagi isi yang saya perlukan.. Tugasan seperti ini banyak memberi kesedaran dan mengajar saya erti kemerdekaan yang sebenar.Penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh nasionalis merupakan satu jangka masa yang panjang dan banyak pergorbanan telah dilakukan demi kemajuan bangsa dan negara.Oleh itu, pengajaran yang saya dapati daripada tugasan ini ialah sesebuah negara harus mempunyai perpaduan yang teguh bak kata pepatah Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh ,keamanan yang dikecapi pada hari ini merupakan usaha yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan yang pada masa lalu dan kita harus menjaga keamanan tersebut dengan menjaga perpaduan yang telah diwujudkan untuk dinikmati anak generasi kita yang seterusanya. Selain itu, melalui tugasan ini juga, profesion perguruan akan dapat dimantapkan dan dimartabatkan lagi kerana melalui pembacaan yang dilakukan semasa menyiapkan tugasan ini para guru pelatih akan dapat menyelami peristiwa sejarah yang berlaku
15

sekaligus perkara ini menyebabkan timbulnya kesedaran, perasaan cinta serta taat kepada negara dan perasaan inilah yang dikehendaki dan diperlukan untuk disampaikan kepada anak-anak pelapis negara kelak supaya mereka akan mengerti erti kemerdekaan yang sebenar Tun DR Mahathir Mohamad pernah berkata bahawa, sesiapa yang tidak mengingati sejarah pasti akan mengulanginya semula. Dalam erti kata yang lain, kita sebagai bakal guru mempunyai satu amanah yang harus disampaikan kepada anak-anak merdeka supaya mereka menghargai perjuangan masa lalu dan seterusnya menjadi individu yang berguna serta memberi sumbangan yang berharga kepada negara di masa hadapan.

16

Jadual Perlaksanaan Tugas Langkah Tarikh Aktviti/tindakan Penglibatan /tanggungjawab 1 7/8/2009 Menerima tugasan dan taklimat daripada pensyarah 2 9/8/2009 Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan serta pensyarah Pelatih, pensyarah serta rakan pelatih yang lain. 3 15/8/2009 Berkerjasama dengan rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat sumber maklumat. 4 20/8/2009 Mengumpul maklumat dan mula membuat draf 5 30/8/2009 Membuat pemeriksaan akhir tentang tugasan bersama rakan-rakan dan pensyarah. 6 7/9/2009 Menghantar tugasan kepada pensyarah pembimbing. Pelatih,rakan-rakan pelatih dan pensyarah Pelatih,rakan rakan pelatih dan pensyarah Pelatih Pelatih Pelatih dan Pensyarah

17

18

BIBLOGRAFI

1) Abd

Rahim

Abd

Rashid.

(2004).

PATRIOTISME:

Agenda

Pembinaan

Bangsa.Utusan Publication and Distrubtion Sdn.Bhd

2) Lee Sin Lian dan Aleeya Atiqah Ammar. (2006). Fokus 2U Sejarah Johor Baharu.Pelangi Publication.

3) Malaysia Kita. (2009). Selangor Darul Ehsan. International Law Book Services.

4) Ruslan Zainuddin.(2004).Sejarah Malaysia. Selangor Darul Ehsan.Oksford Fajar Publication.

5) Sejarah Malaysia .(2001). Selangor Darul Ehsan. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

19