Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru ( BIG ) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru bukan sahaja mempunyai kekuatan ilmu, malahan perlu mengaplikasikannya melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap terhadap aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap guru iaitu yang selaras dengan hasrat negara. Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai intinya contohnya mengadakan ceramah, khidmat masyarakat dan lain-lain. Semua aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh dalam segala aspek. Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan para pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan negara.