Anda di halaman 1dari 6

minggu pertama

PENULISAN JURNAL MINGGU PERTAMA ( 18/02/2010 22/01/2010 ) Saya memulakan sesi praktikum saya pada 18hb Januari 2010 mengikut jadual yang ditetapkan. Pada tahun ini saya telah diamanahkan untuk mengajar tahun 1 dan tahun 2. Seminggu sebelum memulakan praktikum ini, saya telah pun bersiap sedia dalam mengatur jadual dan mula merancang sesi pengajaran dan pembelajaran saya serta bahan-bahan bantu mengajar untuk pengajaran saya. Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana segalanya berjalan dengan lancar. Jadual waktu juga tiada masalah kerana tidak berubah sejak saya diberikan jadual ini pada awal sesi persekolahan 2 minggu yang lalu. Dua minggu sebelum bermula sesi praktikum saya, sekolah ini telah mengadakan Program Orientasi Transisi Penyayang untuk murid Tahun 1. Program ini berlarutan sehingga minggu ketiga dalam bulan Januari iaitu seminggu setelah bermulanya sesi praktikum saya. Oleh kerana saya telah diamanahkan untuk mengajar Tahun 1, pengajaran dan pembelajaran untuk Tahun 1 tidak dapat dijalankan kerana masih lagi dalam Program Orientasi Transisi Penyayang. Saya turut terlibat di dalam program ini sebagai Ahli Jawatankuasa program tersebut. Namun sesi pengajaran dan pembelajaran saya untuk Tahun 2 berjalan seperti apa yang dirancangkan mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Sepanjang program ini saya telah ditugaskan untuk mengendalikan beberapa aktiviti terutamanya aktiviti di dalam kelas. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah lawatan infrastruktur sekolah, aktiviti di dalam kelas, melukis serta mewarna gambar dan banyak lagi aktivitiaktiviti lain. Disini saya dapat lihat pelbagai kerenah murid-murid tahun satu yang memasuki alam persekolahan. Murid-murid tahun satu ini juga mahir dalam aktiviti-aktiviti tersebut kerana kebanyakkan mereka telah mengikuti pengajian pra sekolah sebelum melangkah ke alam sekolah rendah.

1. MASALAH Pada minggu pertama praktikum ini, saya merasa agak kekok untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tugas-tudas yang banyak seperti menyediakann bahan bantu mengajar, menyediakan rancangan mengajar dengan terperinci serta menyediakan portfolio serta jurnal mingguan yang perlu disediakan setiap minggu. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tetapi ada beberapa masalah yang saya hadapi. Sesi pertama pengajaran dan pembelajaran, saya menghadapi masalah pengurusan masa. Saya sedar sebagai seorang pendidik, masa amat penting dah harus digunakan dengan baik untuk proses pengajaran Masalah ini menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya berakhir lewat seperti yang dirancangkan. Kesan daripada kelewatan tersebut, masa untuk satu-satu langkah yang dirancangkan dalam buku Rancangan Pengajaran Harian saya telah berubah dan tidak menepati masa yang ditetapkan. Selain itu masalah yang saya hadapi adalah susun atur bahan bantu mengajar yang tidak tersusun dan berselerak semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta masalah dalam ejaan jawi di dalam buku rancangan pengajaran harian yang perlu diperbaiki. 2. ANALISIS Masalah pengurusan masa berlaku kerana kelewatan murid-murid untuk hadir ke bilik j-Qaf kerana sesi pengajaran dan pembelajaran saya berlaku di sana. Ini menyebabkan semua masa untuk aktiviti didalam buku Rancangan Pengajaran Harian saya beranjak dan tidak tepat

seperti apa yang dirancang. Saya perlu mengingatkan murid-murid saya tentang ketepatam masa untuk ke bilik j-Qaf sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Segala bahan bantu telah saya sediakan dan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya berlaku di bilij j-Qaf ini. Semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini juga, bahan bantu mengajar saya tidak disusun dengan teratur mengikut langkah-langkah yang dirancang. Masalah ini berlaku kerana saya tidak dapat membiasakan diri untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang banyak dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Saya perlu lebih bersedia agar segala bahan bantu mengajar dapat diselaenggarakan dengan baik. Selain itu masalah ejaan dalam rancangan mengajar harian saya juga akan segera saya atasi dan membuat pembetulan secepat mungkin untuk kebaikan pada masa akan datang dan memartabatkan lagi tulisan jawi untuk generasi akan datang. 3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI i. Berbincang dengan rakan sejawatan supaya saya dapat sama-sama menyelesaikan masalah ini. ii. Berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan pandangan daripada beliau. iii. Mengingatkan murid untuk hadir ke bilik j-Qaf tepat pada masa yang ditetapkan. iv. Bersedia dengan lebih awal sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran saya agar bahan bantu mengajar dapat disusun dengan baik. v. Membanyakkan lagi bacaan dalam tulisan jawi agar tidak tersalah ejaan dalam menulis rancangan pengajaran harian. 4. TEMPOH MASA PENYELESAIAN Saya mengaharapkan agar penyelesaian bagi masalah ini dapat diatasi pada akhir minggu ini agar saya boleh menjalani praktikum pada minggu hadapan dengan lancar dan baik. 5. TINDAKAN SUSULAN Saya akan bersedia lebih awal sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dan mengingatkan murid-murid saya agar datang ke bilik j-Qaf dengan lebih awal dan memastikan masa yang diambil untuk satu-satu aktiviti berjalan dengan tepat sepertimana yang dirancang di dalam buku Rancangan Pengajaran Harian saya.

PENULISAN JURNAL MINGGU KEDUA ( 22/02/2010 29/01/2010 ) 1. MASALAH / CABARAN Saya telah diamanahkan untuk mengajar kelas 1 Intelligent pada tahun 2010. Sepanjang 2 minggu sesi persekolahan bermula, saya tidak menghadapi masalah ini kerana murid-murid tahun 1 masih di dalam Program Orientasi dan saya tidak dapat lagi menentukan siapa yang layak mengikuti kelas pemulihan jawi ini. Tetapi setelah 3 minggu mengajar mereka Iqra dan Jawi saya mendapati masalah mereka yang paling serius adalah tahap pengetahuan mereka yang sangat rendah. Mereka seolah olah tidak pernah mendengar sebuatan huruf-huruf yang saya ajar dan agak lambat untuk menerima pembelajaran dari saya. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya, saya rasa agak sukar untuk mengajar mereka mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Kadang-kadang saya terpaksa mengubah rancangan pengajaran saya kerana rancangan tersebut perlu ketepatan objektif dan masa 2. ANALISIS MASALAH Masalah murid berpengetahuan terlalu rendah ini sangat membimbangkan saya kerana murid-murid ini perlu diberikan perhatian yang lebih dan saya tidak dapat untuk mengikut sukatan yang sebenarnya. Saya yakin bahawa punca murid-murid ini terlalu lemah dalam pengetahuannya adalah kerana mereka kurang diberikan pendedahan dan perhatian kepada huruf-huruf dan perkataanperkataan jawi berbanding Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tulisan jawi ini seolah-olah dipinggirkan kerana fungsinya kurang digunakan di zaman sekarang. Selain tu juga, saya dapati masalah ini terjadi adalah kerana mereka tidak dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada proses pembelajaran saya. Kebanyakkan mereka adalah muridmurid yang nakal dan kurang berminat untuk belajar. Jadi disinilah cabaran saya sebagai seorang guru untuk mendidik mereka supaya mereka mahir serta minat mengeja dan membaca jawi seterusnya menguasai jawi tersebut. Bahan bantu telah saya sediakan untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya terhadap murid murid ini tetapi mereka hanya dapat menumpukan perhatian sebentar sahaja. 3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI i. Memberi nasihat dan semangat kepada murid agar sentiasa memberikan perhatian kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. ii. Berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan pandangan bagi mengatasi masalah ini. iii. Menyediakan bahan bantu dan aktiviti yang dapat menarik minat mereka sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. iv. Merancang satu aktiviti secara tidak langsung di dalam kelas agar mereka ingat huruf-huruf jawi tersebut iaitu aktiviti menggantung kad-kad huruf di leher murid pemulihan jawi ini dan meminta agar semua murid dan guru memanggil nama mereka dengan huruf tersebut pada hari itu. 4. TEMPOH MASA PENYELESAIAN Permasalahan yang saya hadapi ini memakan masa yang agak panjang kerana kesannya tidak dapat dilihat dalam masa terdekat. Dalam masa yang sama, saya akan mencari alternatif lain untuk muridmurid pemulihan ini senang untuk mengingat huruf-huruf tersebut. Dan saya berharap sebelum habis sesi praktikum saya, aktiviti ini menampakkan hasil yang baik dan boleh dilanjutkan lagi selepas

sesi praktikum saya ini. 5. TINDAKAN SUSULAN Saya akan menumpukan perhatian terhadap permasalahan yang saya hadapi dalam usaha untuk menyelesaikannya. Saya akan cuba melakukan aktiviti yang dirancang ini dalam masa yang terdekat agar saya boleh melihat hasilnya tidak lama lagi. Walaupun tidak dapat menangani masalah ini dengan sepenuhnya namun saya akan cuba melakukan apa yang terbaik untuk mereka demi memartabatkan serta membangunkan modal insan di masa hadapan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan tahun 2006-2010.

JURNAL MINGGUAN MINGGU PERTAMA (19 JANUARI 2009 23 JANUARI 2009) PENDAHULUAN Banyak kerja-kerja pengurusan yang terpaksa diselesaikan. Kerja bertimbun. Antara kerja yang perlu saya selesaikan ialah merancang web master sekolah, membuat dan menyemak soalan ujian diagnostik Jawi, terlibat sebagai AJK kantin sekolah, membuat rancangan tahunan pendidikan Islam tahun satu, merancang dan menyediakan kelengakapan praktikum, merancang dan menyediakan pengajaran dan pembelajaran sekolah. Fikiran saya menjadi buntu. Kerja yang mana satu harus diselesaikan. Keadaan ini membuatkan fikiran saya kusut dan saya berada dalam keadaan tertekan. Menguruskan hiasan di bilik j-QAF Alhamdulillah, kami diperuntukkan sebuah bilik untuk kelas pemulihan jawi. Bilik ini terletak di bangunan lama bahagian belakang sekolah. Bilik ini perlu dihiaskan dengan cantik dan ceria. Perlu ada sedikit pelaburan kewangan daripada semua guru j-QAF demi memastikan bilik ini ceria dan menarik. Kami bersetuju mengumpul duit untuk menghias bilik ini. Walaubagaimanapun masalah kewangan membantutkan usaha kami. Masalah peribadi saya sedikit sebanyak mengganggu kosentrasi pengajaran antara masalah-masalah saya ialah: Kewangan. Kedudukan kewangan saya sedikit terdesak kerana isteri baharu sahaja melapor diri di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat, Gombak, Selangor. Biasanya, bagi guru baru tempoh pelunasan gaji adalah tiga bulan dan keadaan ini amat menghimpit saya. Masa. Masa saya banyak dihabiskan atas jalan raya. Ini kerana saya terpaksa mengambil isteri yang pulang sekolah pada pukul 6.30 petang. Saya turun rumah pada pukul 6.00 petang dan biasanya akan pulang pada pukul 8.00 malam. Kepenatan. Keadaaan ini amat memenatkan saya. Pengajaran dan pembelajaran tetap kena rancang. Jalan penyelesaian: Saya perlu membuat jadual kerja yang terancang dan tersusun. Saya akan curi masa untuk tidur sekejap untuk merehatkan badan. Saya juga akan bangun malam untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah. Masalah pengajaran dan pembelajaran: Jadual yang padat

Pada awal tahun, saya diberikan jadual oleh pihak pentadbiran sekolah. Masa yang diperuntukkan amat banyak iaitu 31 waktu seminggu. Keadaan ini tidak sesuai kerana saya sekarang sedang menjalani praktikum. Waktu praktikum hanyalah 12 jam seminggu. Untuk itu, saya mesti menyediakan dua buku rekod pengajaran. Satu untuk pihak sekolah dan satu lagi untuk memenuhi penyeliaan praktikum. Kerja pun jadi berganda. Pada waktu-waktu begini, masa amat bernilai bagi saya. Saya jadi berkira tentang masa. Saya rasa begitu sibuk sekali. Alhamdulillah, selepas kedatangan pegawai daripada PPD Daerah Petaling, beliau mengarahkan pihak sekolah supaya memperuntukkan masa mengajar 25 waktu seminggu kepada guruguru j-QAF yang masih dalam kursus. Saya merasa sedikit lapang. Saya sudah mempunyai kelapangan untuk merancang dan menyediakan bahan bantu mengajar serta menguruskan hal-hal praktikum. P & P terganggu dengan urusan sekolah. Saya selalu dijemput untuk membaca doa dalam sesuatu majlis. P& P saya terganggu sering kerana urusan tersebut. Saya membuat aduan kepada guru pembimbing mengenai masalah ini. Guru pembimbing akan cuba menanganinya. Masa P & P yang tidak praktikal. Masa selepas rehat dan masa sebelum pulang. Pada waktu ini, masa P & P sering keciciran. Masa sebenar P & P hanyalah 15 minit untuk satu waktu. Ini kerana masa selepas rehat telah dicuri oleh perhimpunan di dewan terbuka dan perjalanan masuk murid-murid ke kelas masing-masing. Masa sebelum balik sekolah pula terhakis oleh keadaan murid yang sudah tidak sabar untuk pulang. Semangat belajar mereka juga kurang dan guru terpaksa banyak menggunakan masa untuk mengawal tingkah laku mereka. Pelajar selalu bertukar kelas. Ujian KIA 2M akan menentukan kedudukan pelajar di sesebuah kelas. Selepas ujian dijalankan, mereka akan diasingkan kelas mengikut pencapaian masing-masing. Keadaan ini menyulitkan saya kerana terpaksa membentuk kumpulan murid yang baharu dan mengubah data-data murid yang telah disediakan. 1. Masalah Pada minggu kedua ini barulah bermulanya proses pengajaran dan pembelajaran saya di dalam bilik darjah. Pada minggu inI masalah utama saya ialah kegagalan saya dalam mengawal tingkah laku muird-murid di dalam kelas apabila sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana saya tidak tidak begitu tegas dengan kelakuan murid dan juga mungkin kerana keterbatasan suara yang perlahan menyebabkan arahan yang diberikan semasa di dalam kelas tidak didengari oleh murid-murid. Oleh itu, muridmurid mengambil kesempatan dengan kelemahan dan keramahan saya semasa di dalam bilik darjah.

3. Cadangan untuk memperbaiki

Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:(a) Saya patut lebih tegas dengan murid-murid dan tidak memberi muka kepada muridmurid agar mereka dapat menghormati saya sebagai guru mereka agar tidak melebihi batas hubungan antara guru dan murid. (b) Saya patut membuat persediaan yang sewajarnya dari segi mental dan fizikal dengan banyak membaca buku yang berkaitan dengan cara-cara mengawal muridmurid yang bertingkah laku tidak terkawal di dalam bilik darjah. (c) Saya akan dapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan juga pensyarah pembimbing dan juga dari rakan-rakan yang lain tentang cara-cara mengawal keadaan tingkah laku murid di dalam bilik darjah agar proses P & P dapat berjalan dengan lancar. (d) Saya juga akan menggunakan kaedah denda psikologi kepada murid-murid semasa mengawal keadaan kelas yang tidak terkawal. (e) Keyakinan diri juga amat penting agar saya dapat menjadi seorang guru yang lebih tegas dengan murid-murid.

4. Tempoh masa Saya akan berusaha mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Hal ini penting kerana ia akan menentukan kelancaran proses P & P pada minggu-minggu yang seterusnya.

5. Penilaian kejayaan Saya telah berjaya mengubah sedikit kawalan kelas saya dengan menguatkan disiplin murid dan juga lebih bertegas dengan murid-murid yang bertingkah laku yang agresif.

6. Tindakan susulan Setiap hari saya cuba menjadikan diri saya untuk menjadi guru yang terbaik dalam mendidik anak-anak bangsa. Bagi saya pengajaran yang berjaya adalah bermula dari kawalan kelas yang baik. Di harapkan saya akan berjaya mengatasi masalah ini

Anda mungkin juga menyukai