Anda di halaman 1dari 15

Membawakan membawa

Murtabak -martabak

Dipertuan -

di-Pertuan

perletakan peletakan

Balasungkawa belasungkawa

hilang-kehilangan

Kata Kunci Punca-punca Kesan-kesan Langkahlangkah Kebaikan

Perkataan Sinonim Sebab-sebab, faktor-faktor Akibat, implikasi, impak, natijah Cara, kaedah, usaha, strategi, tindakan, antidot Faedah, manfaat, keistimewaan, kepentingan, keuntungan, kelebihan, Kelemahan, kekurangan, kepincangan, kerugian, masalah, kesan negatif Fungsi, tanggungjawab, tugas, tindakan

Keburukan

Peranan

Sumbangan Kekangan
Ciri-ciri Fenomena

Jasa, bakti Halangan, masalah, kesulitan, rintangan, cabaran


Kriteria Keadaan, situasi

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat sendiri.

2 (a) (i) Berikan maksud rangkai kata bagai lembu dicucuk hidung. [2 markah] 2 (a) (ii) Apakah yang menyebabkan seseorang pelajar menjadi pembuli? [3 markah] 2 (a) (iii) Nyatakan peranan anda sebagai seorang sahabat sekiranya rakan baik anda seorang pembuli. [4 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani masalah buli dan kesan-kesan yang dialami oleh mangsa buli apabila masalah ini berlarutan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kes buli yang semakin menular di sekolah menunjukkan berlakunya kepincangan dalam sistem pendidikan di sekolah pada masa ini sekiranya masalah tersebut tidak diatasi dengan segera. Perbuatan membuli bertujuan supaya individu lain mematuhi dan menghormati mereka. Pembuli lebih suka teman-teman persekitaran mengikut kehendak mereka bagai lembu dicucuk hidung. Sehubungan dengan itu,(1) Kementerian Pelajaran juga digesa supaya mewujudkan dasar antibuli di sekolah-sekolah bagi mengawal gejala buli dalam kalangan pelajar. Kawalan tersebut perlu ditekankan kepada pelajar lelaki terutama semasa mereka berada di Tahun Enam. Selain itu, (2) pihak sekolah juga harus melaksanakan sendiri tinjauan terhadap kejadian buli di sekolah masing-masing.

Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung dan secara tidak langsung. Buli secara langsung termasuklah dibuli, diugut, disepak atau membalas pukulan. Buli jenis ini disebut sebagai buli fizikal. Buli secara tidak langsung pula lebih dikenali sebagai buli psikologi, iaitu melibatkan kata-kata seperti memanggil atau mengejek-ejek individu dengan nama

Petikan membincangkan usaha-usaha menangani masalah buli di sekolah. Langkah-langkah yang wajar dilaksanakan ialah Kementerian Pelajaran hendaklah mewujudkan dasar antibuli di sekolah-sekolah manakala pihak sekolah haruslah melaksanakan sendiri tinjauan terhadap kejadian buli di sekolah masing-masing dan ibu bapa perlulah berbincang dengan guru sekiranya anak-anak mereka berubah sikap. Selain itu, sekolah perlu menggalakkan murid yang menjadi mangsa buli melaporkan kejadian tersebut kepada guru. Sekolah juga disarankan supaya mewujudkan satu bentuk perjanjian bagi membolehkan mereka mengenakan tindakan terhadap murid yang terlibat. Kotak Aduan" juga boleh disediakan di sekolah bagi membolehkan kes buli dilaporkan secara rahsia oleh mangsa buli. Kesan-kesan yang dialami oleh mangsa buli ialah mereka mengalami trauma dalam jangka panjang dan boleh menyebabkan mangsa membunuh diri. Selain itu, mereka mungkin menjadi pembuli sendiri ataupun mereka tidak rela pergi ke sekolah. Kesimpulannya, masalah buli perlu diatasi agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia.

2 (a) (ii) Apakah yang menyebabkan seseorang pelajar menjadi pembuli? [3 markah] 2 (a) (iii) Nyatakan peranan anda sebagai seorang sahabat sekiranya rakan baik anda seorang pembuli. [4 markah]

Sampel Jawapan 2 (a) (i) Maksud rangkai kata ialah mengikut arahan dan katakata individu tanpa banyak bertanya. (anda perlu menyatakan perkataan yang sinonim dengan perkataan yang disoal) [2 markah] 2 (a) (ii) Punca-puncanya ialah pengaruh rakan sebaya [1 markah] dan saiz tubuh pembuli yang besar dan tegap [1 markah]. Selain itu, pelajar membuli kerana berasa dirinya tidak selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya daripada perkara yang tidak diingini. [1 markah] 2 (a) (iii) Peranan saya adalah memberi teguran dan ingatan bahawa perbuatannya salah [1 markah], melaporkan kejadian buli yang dilakukan kepada guru [1 markah], membawanya berjumpa dengan kaunselor [1 markah], memberitahu ibu bapanya tentang tingkah laku sahabat saya. [1 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentanglangkah-langkah menangani masalah buli dan kesan-kesan yang dialami oleh mangsa buli apabila masalah ini berlarutan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kes buli yang semakin menular di sekolah menunjukkan berlakunya kepincangan dalam sistem pendidikan di sekolah pada masa ini sekiranya masalah tersebut tidak diatasi dengan segera. Perbuatan membuli bertujuan supaya individu lain mematuhi dan menghormati mereka. Pembuli lebih suka teman-teman persekitaran mengikut kehendak mereka bagai lembu dicucuk hidung. Sehubungan dengan itu,Kementerian Pelajaran juga digesa supaya mewujudkan dasar antibuli di sekolah-sekolah bagi mengawal gejala buli dalam kalangan pelajar. Kawalan tersebut perlu ditekankan kepada pelajar lelaki terutama semasa mereka berada di Tahun Enam. Selain itu, pihak sekolah juga harus melaksanakan sendiri tinjauan terhadap kejadian buli di sekolah masing-masing.

Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung dan secara tidak langsung. Buli secara langsung termasuklah dibuli, diugut, disepak atau membalas pukulan. Buli jenis ini disebut sebagai buli fizikal. Buli secara tidak langsung pula lebih dikenali sebagai buli psikologi, iaitu melibatkan kata-kata seperti memanggil atau mengejek-ejek individu dengan nama tertentu, dikacau, ditertawakan rakan lain atau menyebarkan gosip liar terhadap seseorang. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar menjadi pembuli, iaitu pengaruh rakan sebaya dan saiz tubuh yang besar dan tegap. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan pelajar membuli kerana berasa dirinya tidak selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya daripada perkara yang tidak diingini.

Kejadian buli tidak harus dipandang ringan. Penglibatan ibu bapa dalam menangani masalah buli di sekolah ini menjadi penting. Ibu bapa perlu berbincang dengan guru sekiranya anak-anak mereka bertukar sikap, menjadi pendiam, atau kurang selera makan. Hal ini demikian kerana tidak semua pelajar yang menjadi mangsa mahu melaporkan masalahnya kepada pihak sekolah. Sekolah perlu menggalakkan murid yang menjadi mangsa buli melaporkan kejadian tersebut kepada guru, terutamanya guru disiplin dan guru kaunselor. Pada masa ini, kebanyakan sekolah tidak mempunyai dasar menggalakkan murid-murid melaporkan kejadian buli. Oleh itu,sekolah juga disarankan supaya mewujudkan satu bentuk perjanjian dengan murid yang membolehkan pihak sekolah mengenakan tindakan terhadap murid yang terlibat dengan tingkah laku buli.

Bagaimanapun, ada kemungkinan mangsa berasa takut membuat laporan kepada guru kerana bimbang akan dikenakan tindakan lebih keras daripada pembuli. Sehubungan dnegan itu, pihak sekolah boleh menyediakan Kotak Aduan" bagi membolehkan kes buli dilaporkan secara rahsia oleh mangsa buli. Penekanan kepada program antibuli juga perlu diterapkan di dalam kelas yang merupakan tempat yang paling banyak berlakunya kes buli. Program individu perlu diwujudkan dengan carakaunselor memanggil pembuli dan mangsa untuk diberikan kaunseling secara berasingan atau memanggil ibu bapa pelajar terbabit. Pada masa ini, terdapat satu laman web yang boleh dilayari oleh pelajar dan guru bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi pengalaman tentang buli, iaitu www.bullying.org. Pihak sekolah juga boleh menubuhkan petugas khas dalam kalangan murid untuk memberi laporan petugas khas dalam kalangan murid untuk memberi laporan tentang kejadian buli di dalam kelas atau di kawasan sekolah.

Kata Kunci Punca-punca Kesan-kesan Langkah-langkah


Kebaikan Keburukan Peranan Sumbangan Kekangan Ciri-ciri Fenomena

Perkataan Sinonim

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat sendiri.

2 (a) (i) Berikan maksud rangkai kata bagai lembu dicucuk hidung. [2 markah] 2 (a) (ii) Apakah yang menyebabkan seseorang pelajar menjadi pembuli? [3 markah] 2 (a) (iii) Nyatakan peranan anda sebagai seorang sahabat sekiranya rakan baik anda seorang pembuli. [4 markah]

(1) Keadaan kelas 5 M gamat dengan bunyi bising dan suara pelajar memekik. (2) Emak memasak hidangan istimewa dengan gamat sempena hari ulang tahun perkahwinan.

(1)

(2)

Amin diam sahaja kerana menerima amaran daripada pengetua. Sudah lama, Nenek Minah diam di atas bukit untuk mencari ubatubatan herba.

(1) Vivian berminat dengan bidang perubatan semenjak kematian ibubapanya dalam kemalangan. (2) Pak Ali ingin menjual bidang tanahnya yang luas dan berhijrah ke bandar bersama anak tunggalnya.