Anda di halaman 1dari 42

SEJARAH 21/2

KERJA KURSUS

Nama calon :

Tingkatan :

Nombor Kad Pengenalan :

Angka Giliran :..........................................................................................

Nama dan Alamat Sekolah :

Tajuk Kerja Kursus :

Nama Guru :

Skor:-

Elemen Markah
Elemen 1 Mengumpul fakta sejarah
Elemen 2 Merekod fakta sejarah
Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme
Jumlah Markah
Kod
Tahap Pencapaian

Tandatangan Guru

………………….

ELEMEN 1
Tajuk : ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

SENARAI SEMAK

Bil Perkara Tandakan( / )


i Buku ilmiah
ii Jurnal
iii Akhbar
iv Majalah
v Orang sumber
vi Melawat tempat kajian
vii Internet
viii Televisyen
ix Radio
Markah

..………………

(Tandatangan Guru)
A Famosa
Tinggalan pintu kota yang dipanggil Porta de Santiago di A Famosa.

Lokasi Melaka

Dibina pada 1511

Fungsi Tembok pertahanan

Status Dimusnahkan oleh Inggeris pada 10 Ogos 1807

Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh

Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di
Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul.

Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Selepas penawanan Portugis

A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk

Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan

buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang

Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara

rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama

5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh

paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut

diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi

lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis

membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion),

dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali

sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte
Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi

bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah.

Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana.

Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat

beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang

Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan

telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

Fort A' Formosa: Perobohan oleh pihak British diberhentikan oleh Sir Stamford Raffles

pada 1808 sewaktu beliau singgah di Melaka. Apa yang ditinggalkan dipelihara sehingga

hari kini.

Gambar oleh: Cornell Japanese Animation Society

Penaklukan oleh Belanda

Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk

menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda


mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di

dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan

bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui

Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000,

akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.

Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de

Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur

Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai,

dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada

Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".

Pentadbiran oleh British

Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William

of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan

Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan

Perancis. Akibatnya, pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang

pertempuran.
Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun

membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik

sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya

meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang

mara bahaya, sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak

berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kota A Famosa dalam

keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan

Singapura. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang

dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi

memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India. [1]

Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah

dikecilkan dan memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka

tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu

akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka

ke Pulau Pinang. Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka

dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan

ke Pulau Pinang dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak

lawan.
Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang

terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula

pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A

Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila

tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk

ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan

ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A

Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir

kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat

kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.

Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford

Raffles seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas

jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa,

beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan

menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah

memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain

akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu

sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan

yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan

kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan


penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris

tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.

Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah

terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A

Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan

hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de

Santiago.

Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan

Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka

kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London

1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.

Bandar dan kubu Melaka (1780)

Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Middelsburgh Bastion

dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar
Melaka.[2] Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut. [3] Kooperasi

Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan

Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824.[4]

Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Santiago Bastion dijumpai

semasa pembinaan Dataran Pahlawan.[5]

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa"

Kategori: Pelancongan di Melaka | Tempat-Tempat Bersejarah Malaysia


ELEMEN 2

Tajuk : Bangunan bersejarah A’ Famosa

SENARAI SEMAK

Bil Perkara Tandakan( / )


i Tajuk kajian
ii Senarai kandungan
iii Penghargaan
iv Objektif kajian
v Kaedah kajian
vi Hasil kajian
vii Rumusan
viii Lampiran
ix Rujukan
Markah

……………………

(Tandatangan Guru)
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya,

maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 dengan

jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada

saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa

hadapan.

Saya, ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada Encik Kamaruddin bin

Mohd Nor, guru Sejarah tingkatan yang banyak memberi panduan, nasihat serta

bimbingan sepanjang kajian ini dijalankan, juga kepada iaitu pemangku pengetua SMK

Bukit Sentosa yang banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada para pelajar.

Mereka turut membantu

menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan

cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya.

Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini.

Hal ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi,

usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada

rakan-rakan saya yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai

semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat, serta

cadangan.

Akhir kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah

sahaja dapat membalas budi kalian.


Objektif Am:

1. Memenuhi keperluan sukatan pelajaran Sejarah Tingkatan 3

2. Memenuhi keperluan Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Objektif Khusus:

1. membuat perkaitan bangunan bersejarah dengan rakyat Malaysia

2. mengetahui lebih mendalam tentang bangunan bersejarah yang dikaji

3. mengenal pasti sumber- sumber sejarah yang sasih. Hal ini dapat membantu saya

membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat

4. mengenal pasti asal usul bangunan bersejarah yang dikaji

5. dapat menambahkan pengetahuan saya dalam bangunan bersejarah di Malaysia

6. kajian ini dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya banguana

bersejarah dalam kalangan masyarakat di negara kita kerana ia melambangkan

setiap kaum dan adat tradisi yang tersendiri


Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara

kita. Bangunan yang dipilih ialah Kota A Famosa Melaka. Kajian saya ini merangkumi

objektif- objekti berikut :

• Kajian ini dapat menambahkan pengetahuan saya tentang bangunan bersejarah

yang ada di Malaysia ini serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap

tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan kita sebagai rakyat Malaysia

betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ia dapat

menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan serta memupuk

semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia

• Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber

sejarah yang sahih. Hal ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian

ilmiah dengan tatacara yang betul dan jelas.

• Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme dalam diri saya dan juga

dalam kalangan generasi muda melalui kajian ini.


• Dengan ini, saya mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku disebalik

bangunan bersejarah tersebut. Misalnya, ianya dapat menyedarkan kita

bahawa perpaduan kaum amat penting dalam masyarakat.

Kaedah Kajian

Sepanjang kajian ini dijalankan saya menggunakan 3 kaedah iaitu:

1. sumber

2. soal selidik

3. menemubual

4. pemerhatian

Berdasarkan kaedah pemerhatian, saya dapat memberikan cadangan untuk meningkatkan

taraf bangunan bersejarah di Malaysia supaya terkenal di seluruh negara serta dapat melihat

reka bentuk bangunan bersejarah yang dikaji. Melalui kaedah sumber pula, saya dapat

memperoleh banyak bahan melalui internet, perpustakaan, soal selidik dan sebagainya.
Disamping itu, dari segi soal selidik pula, saya dapat mengetahui lebih mendalam

bangunan bersejarah yang dikaji serta dapat mengeratkan silaturahim di antara individu.

Dalam kerja kursus ini saya telah menggunakan kaedah rujukan. Saya telah membuat

rujukan melalui internet dan buku- buku ilmiah yang berkaitan dengan bangunan bersejarah

untuk mendapatkan maklumat untuk menyiapkan folio ini. Akhir sekali, saya juga telah

menemubual jiran- jiran di kawasan perumahan serta rakan- rakan mengenai bangunan

bersejarah A’ Famosa.
1. Nama bangunan:

Nama bagunan yang telah saya buat kajian ialah “Kota A Famosa”.

Kota A Famosa juga membawa maksud "Yang Termashur" dalam

bahasa Portugis.

• Nama Lain:

Nama lain bagi bangunan ini juga dikenali sebagai “Fortaleza de Malaca”.

2. Latar Belakang:

A. Asal Usul

Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka

pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika

Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah

tertua yang masih tinggal di Asia.

Selepas penawanan Portugis

A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk

Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh

paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu,

sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya

Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan

untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang
mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari

runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi

lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis

membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan

tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai

Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo

Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar

berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah.

Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana.

Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat

beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang

Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan

telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.


Penaklukan oleh Belanda

Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk

menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda

mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di

dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan

bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui

Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000,

akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.

Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de

Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur

Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai,

dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada

Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".
Pentadbiran oleh British

Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William

of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan

Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan

Perancis. Akibatnya, pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang

pertempuran.

Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun

membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik

sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya

meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang

mara bahaya, sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak

berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kota A Famosa dalam

keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan

Singapura. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang
dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi

memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India.

Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah

dikecilkan dan memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka

tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu

akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka

ke Pulau Pinang.

Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari

muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang

dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan.

Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang

terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula

pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A

Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila

tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk

ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan

ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A

Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir

kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat

kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.


Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford

Raffles seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas

jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa,

beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan

menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan.

Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan

Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang,

kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak

memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk

Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris

telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut

menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.

Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah

terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A

Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan

hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de

Santiago.
Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan

Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka

kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London

1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.

Penemuan Arkeologi

Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Middelsburgh Bastion

dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar

Melaka. Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut. Kooperasi

Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan

Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824.

Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Santiago Bastion dijumpai

semasa pembinaan Dataran Pahlawan.

Pengasas:

Pembinaan Kota A Famosa dijalankan atas arahan Alfonso de Albuquerque.


Tarikh Pembinaan:

Kota A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh Portugis pada tahun 1511 sebaik sahaja

mereka menawan Melaka.

Lokasi:

Kota A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan

Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di

Asia.

Tujuan Penubuhan Bangunan:

Kota A Famosa dibina bertujuan untuk dijadikan kubu pertahanan Melaka. Penjajah

Portugis turut menjadikan tempat ini sebagai satu penempatan Kristian dengan 5 gereja,

tempat beribadat, biara dan sebagainya.

3. Keistimewaan Bangunan:

• Bahan Binaan

Bahan binaan dalam membina kota tersebut adalah diambil daripada runtuham masjid

dan bangunan lain.

• Pengubahsuaian:
Pihak Belanda membaiki dan mengubah suai dan meletakkan jata mereka di atas pintu

pagar yang masih kekal sehingga kini paa Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang

masih kukuh sehingga kini, dengan ukiran “Anno 1670”.

• Hiasan Dalaman:

Kota A Famosa dilengkapi dengan:

- Empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter

hingga 4.5 meter.

- Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro,

Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan

Baluerte de Santiago.

- Dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

• Kegunaan Dahulu Dan Sekarang:

Pada zaman dahulu, bangunan ini digunakan untuk mempertahankan Melaka. Kini ia

dijadikan sebagai pusat tarikan pelancong domestik mahupun antarabangsa.

• Cara Pembinaan:

Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis

serangan orang-orang Melayu.


Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah Dapat

Memupuk Semangat Cintakan Warisan Bangsa Dalam Kalangan Rakyat

Malaysia.

Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak

tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti

pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula,

pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar

(2004:79) membawa kepada maksud “… kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada.”

Burden (2004:62) pula mendefinisikan maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan,

monumen dan tapak untuk mengelak pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan…”
Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui

kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan

mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan

pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan

bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan

patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya

bangsa. Dalam erti kata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan

bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai

semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan

pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita

bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat

bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota

masyarakat.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga,

masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi. Aktiviti seperti

seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-

undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika disemai

berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap
peraturan negara.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin

dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan

pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan.

Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan

sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan

berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

• Sumber Internet

1. A famosa, http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa

2. Sejarah , ttp://search.yahoo.com/search?p=sejarah+afamosa&vc=&fr=yfp-t-

501&toggle=1&cop=mss&ei=UTF-8&fp_ip=MY

• Majalah

Hussamuddin Yaacub, 2008. Wanita keluaran khas kemerdekaan ‘Bendera Kita’. Shah Alam,

Selangor. Kumpulan KarangKraf Sdn. Bhd.


• Buku Ilmiah

Nurul Hanim Ismail, 2007. Siri Negeri-negeri di Malaysia ‘Negeri Sembilan dan Melaka’.

Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur. Nur Ilmu Publication

Ahmad Fawzi bin Mohd Basri, 2006. Buku Teks Tingkatan 1. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

dan Pustaka.

• Orang Sumber

Gambar

Bangunan

Kota

A’Famosa

yang diambil

dari

pandangan

hadapan
Kedudukan geografi

Kota A’ Famosa

yang terletak di

kawasan bukit

menjadikan ia

sebagai sebuah kota

pertahanan yang

kukuh.
Bandar dan

kubu

Melaka

(1780)

Pelan ke Kota A Famosa


ELEMEN 3

Tajuk : ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

SENARAI SEMAK

Unsur Patriotisme Tandakan ( / )


1
2
3
4
5
Markah
................................

(Tandatangan Guru)

Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan dalam kedaan

harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa. Kepelbagaian

kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza,

sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita cintai.Pelbagai
budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada aspek perayaan, makanan,

pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya.

Saya mengkaji bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi

mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan

kerjasama antara rakan, peluang mewawancara bersama mereka yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat dalam projek pemeliharaan dan

pemuliharaan bangunan ini.Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu

tinggi nilainya.

Rakyat kita hidup dengan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan .

Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong

menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan perayaan dan semangat

muhibbah atau semangat masyarakat. Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang

berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi.

Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan

bersejarah.

Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali
dan mengkaji bangunan bersejarah, saya dapat lebih menjiwai dan menyintai Negara

saya. Seperti yang disebut dalam peribahasa melayu,"Tak kenal maka tidak cinta".

Anda mungkin juga menyukai