Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan

Sekolah yang saya berpratikum adalah disekolah SMK Seri Puteri Ipoh. Sekolah ini mempunyai bilangan guru sebanyak 40 orang sahaja. Jumlah pelajar adalah seramai 600 pelajar. Pelajar di sekolah ini hanya terdiri daripada perempuan sahaja. Saya telah menjalani pratikum selama 4 bulan di sekolah ini . Selama 4 bulan ini ia memberikan saya banyak pengalaman dan ilmu tambahan kepada saya untuk menmbentuk saya sebagai seorang guru yang lebih bertanggungjawab dan dedikasi.

Komen Guru
Pada takrih 3/7/2012 guru pembimbing saya yang bernama Puan Wali A/P Subramaniam telah menyelia saya untuk matapelajaran Sejarah kelas Tingkatan 4 Bakawali. Pada penyelian yang pertama guru pembimbing telah memberikan pandangan tentang permulaan pengajaran iaitu permulaan pengajaran adalah baik tetapi perlu mengurangkan objektif kerana memandangkan tahap kongnitif pelajar adalah pada tahap yang sederhana. Pada bahagian perkembangan pula, guru pembimbing memuji dengan permulaan pengajaraan dengan pertanyaan soalan yang dilakukan kepada pelajar. Selain itu keempat-empat langkah yang disediakan guru dalam perkembangan pengajaran dapat dilaksanakan tetapi tidak dapat dibuat secara terperinci kerana kekangan masa kerana hanya diberikan 40 minit untuk 1 masa. Selain itu teknik penyoalan guru telah diperbaiki dengan guru perlu menyebut nama pelajar dan mengemukan soalan supaya kelas tidak bising dan dapat membuat pengawalan kelas dengan baik. Penyertaan pelajar dalam kelas adalah baik dan aktiviti kotak beracun ini membawa kesan yang baik kepada pelajar kerana menghidupkan kelas semasa kaedah penyoalan. Pelajar nampak lebih aktif dan bersemangat dalam menjawab soalan. Selain itu, guru juga mengarahkan untuk mengurangkan objektif pengajaran kerana masa yang duperuntukan adalah hanya 1 masa agar pelajar dapat mencapai apa yang diajar oleh guru dan masa yang diperuntukan 1 masa iaitu hanya 40 minit ini tidak terlalu padat. Guru memberikan pendapat untuk sesi soal jawab guru tersebut haruslah menyebut nama pelajar untuk mendapatkan jawapan agar keadaan kelas tidak terlampau bising dan dapat mengawal kelas. Penyelian oleh guru pembimbing yang kedua adalah pada 14/08/2012 di kelas tingkatan 4 Bakawali untuk penyeliaan matapelajaran Sejarah. Untuk bahagian permulaan persediaan penyelia telah memberikan pandangan yang positif iaitu permulaan set induksi dengan perancangan yang baik dengan penyediaan slide yang menarik. Guru menggunakan kaedah persembahan power point. Pengurusan bilik tayangan baik dan guru bersedia awal dengan memasang power point dan pengurusan bilik tayangan yang baik yang menjimatkan masa dengan baik. Bagi aspek perkembangan set induksi yang dirancang adalah sangat baik serta menarik dan pelajar dapat menguasai tajuk yang ingin di pelajari pada hari ini walaubagaimanapun kelas agak bising kerana pelajar menjawab ramai-

ramai iaitu sewaktu guru menanya soalan kepada pelajar-pelajar. Kawalan kelas dapat dilihat kurang berkesan sewaktu itu. Cadangan yang diberikan oleh guru sewaktu teknik penyoalan adalah penting untuk menbuat kawalan kelas memandangkan kelas ini agak bising. Selain iti, penyertaan pelajarpelajar dalam sesi soal jawab adalah baik terutamanya sewaktu sesi menjawab soalan yang menggunakan konsep permainan. Selain itu untuk menarik minat pelajar-pelajar untuk lebih berfokus dengan pelajaran pada hari ini dengan menyelitkan video dalam slide. Video yang diselitkan adalah berkaitan dengan tajuk pada hari ini yang mampu memudahkan pelajar untuk memahami. ABM yang digunakan dalam pengajaran pada hari ini adalah baik yang bersesuaian dengan pelajar yang diajar. Seterusnya penyelian yang ketiga telah dilakukan oleh guru pembimbing pada 7/09/2012 di kelas tingkatan 4 Dahlia. Guru pembimbing telah menyatakan bahawa di bahagia set induksi perancangan guru adalah baik dan bersistematik. Set induksi yang diterangkan oleh guru adalah berkaitan dengan tajuk yang akan diajar oleh guru pada hari ini. Pada bahagian perkembangan pula guru pembimbing telah memberikan beberapa pendapat bahawa penyertaan pelajar kurang semasa pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana kelas yang diselia oleh guru pembimbing adalah pelajar yang berkongnitif tahap rendah iaitu kelas yang hujung. Oleh itu, semasa aktiviti soal menjawab dan juga sesi soal jawab penyertaan pelajar adalah kurang dan pelajar tidak begitu aktif dalam menjawab soalan yang ditanya oleh guru sewaktu mengajar. Tetapi pelajar mula menjadai aktif apabila sesi permainan mencari gambar tersembunyi menerusi jawapan yang ditanya oleh guru. Guru dapat menyediakan aktiviti permainan yang mudah dan menarik untuk kelas pelajar yang lemah dengan menggunakan jawapan ilustrasi. Selain itu, guru dapat menyediakan aktiviti permainan yang mudah dan menarik untuk pelajar kelas lemah. Penggunaan masa oleh guru juga dapat menggunakan masa dengan baik. Masa yang lebih telah digunakan untuk menanya soalan secara sepontan untuk menguji pemahaman pelajar untuk pelajaran pada hari ini. Penyelia yang keempat dalah pada takrih 9/10/2012 di kelas tingkatan 4 Dahlia. Bagi set induksi penyelia menyatakan bahawa set induksi atau permilaan kelas adalah sesuai dengan tahap kongnitif pelajar kelas tersebut. Set induksi yang berkesan kerana pelajar boleh memberikan maklumbalas yang baik dengan set induksi guru. Set induksi yang memberangsangkan dengan ilustrasi yang disediakan oleh guru membantu untuk murid-murid membantu pelajar lemah memahami dengan baik menerusi gambar etrsebut. Pada bahagian perkembangan adalah isi kandungan sesuai untuk kelas tingkatan 4 Dahliah. Pelajar dan guru mempunyai interaksi antara dua hala dan pelajar memberikan respond yang baik kepada setiap soalan yang ditanya oleh guru.Secara keseluruhanya objektifnya tercapai kerana pelajar dapat menyatakan faktor-faktor penjelajahan dengan baik tanpa merujuk buku teks. Pelajar bergerak dengan sendiri untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru tanpa dipaksa. Selain itu keadaan kelas yang terkawal dengan penanyaan soal dengan mefokuskan seorang pelajar sahaja. Teknik penyoalan yang baik dan pelajar dapat memberikan jawapan walaupun

mereka memberikan secara lambat. Di bahagian penutup pula, guru dapat mengajar dengan yakin, dedikasi dan dengan penuh bersemangat.

Komen pensyarah
Penyelian pensyarah iaitu Encik Ariffin Ghazali pada takrih 3/09/2012 di kelas tingkatan 4 Dahlia. Untuk komen bahagian persediaan set induksi adalah baik . pengggunaaan bahan bantu mengajar iaitu kertas majung adalah baik dan sesuai dengan set induksi. ABM perlu dipelbagaikan sewaktu mengajar. Selain itu, penerapan niali mesti diberikan penegasan pada set induksi. Pada bahagaian persediaan pula pembelajaran dan pengajaran adalah berjalan dengan lancar. Selain itu, pelajar perlu diberi dorongan dan motivasi untuk belajar di rumah dan baca dulu topik yang hendak diajar terlebih dahulu sebelum datang ke sekolah. Memberi penghargaan dan hadiah kepada pelajar menjadi pembakar semangat kepada pelajar untuk menjawab sekolah. Aktiviti persoalan yang menarik minat pelajar untuk belajar dan penyampaian yang baik dan berkomunikasi yang berkesan. Pada bahagian penutup pula objektif adalah tercapai pelajar dapat menjawab soalan yang diajukan oleh guru denagn lebih baik. Sahsiah adalah menunjukkan penampilan seorang guru yang baik. Penyelian yang kedua adalah pada pada 21/9/2013 di kelas tingkatan 4 Dahlia. Pada bahagian persediaan adalah set induksi perlu diperbaiki lagi. Soal jawab berlangsung dengan baik dan pelajar aktif memberikan maklumbalas terhadap soalan yang ditanya oleh guru. Penggunaan ABM adalah power point dan LCD. Di bahagian perkembangan pula adalah strategik penerangan dan soal jawab berjaya menarik minat pelajar. Selain itu, penggunaan bilik darjah yang baik serta kawalan kelas yang baik. Guru menguasai isi kandungan dengan baik dan objektif pengajaran adalah tercapai. Pelajar memberikan respond dan reaksi yang baik. Keyakinan diri semakin baik dan penggunaan video yang menarik dan berinformatif. Sahsiah adalah teruskan mengajar dan menimba ilmu. Jadilah guru yang berhemah tinggi dan berdedikasi.

Aktiviti yang di sertai


Aktiviti yang telah saya sertai selama 4 bulan ini adalah Senaman Robik 1 Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini telah dijalankan selama sehari iaitu selama 30 minit sahaja. Saya telah menjadi instuktor untuk aktiviti ini dan mengendalikan pelajar seramai 600 orang pelajar dengan bantuan 7 orang guru sekolah. Aktiviti yang dijalankan ini mendapat respond yang baik dari pelajar. Pelajar dikehendaki mengikuti gerakan yang diajar oleh guru selama 30 minit. Aktiviti ini berjalan dengan lancar di padang sekolah SMK Seri Puteri, Ipoh. Pelajar sekolah tersebut memeberikan komitmen yang baik dan aktiviti ini dapat dijalankan dengan baik dengan bantuan guru-guru sekolah tersebut. Aktiviti ini membantu saya meningkatkan keyakinan diri dan cara untuk menguruskan pelajar seramai 600 pelajar sekali gus. Wwalaupun pada mulanya saya

berasa takut untuk melakukanya atas daripada sokongan daripada guru di sekolah tesebut saya dapat melaksanakan tugas dalam melaksanakan senaman robik dengan baik. Seterusnya adalah penglibatan diri dalam aktiviti sekolah. Aktiviti sekolah ini diadakan pada setiap hari Rabu. Aktiviti yang saya menyertai adalah unit uniform Pandu Puteri, permainan bola jaring dan kelab adalah Rukun Negara. Perjumpaan setiap unit ini adalah mengikut minggu yang tertentu. Bagi unit uniform Pandu Puteri pula adalah, saya pernah membuat perjumapan dengan ahli Pandu puteri dan menjalankan aktiviti seperti Theasure Hunter, menyanyi lagu Pandu Puteri dan berkawad di padang. Ahli unit Uniform ini adalah sedikit, walaubagaimanapun, perjumpaan tetap diadakan. Aktiviti yang diadakan sepanjang 4 bulan dalam unit beruniform adalah menarik pelajarpelajar untuk memasuki dan menyertai Pandu Puteri. Dalam penyertaan saya dalam Pandu Puteri ini saya dapat mempelajari pelbagai kaedah yang menarik daripda guru-guru sekolah untuk mempelbagaikan kaedah aktiviti yang menarik untuk menarik pelajar menyertai Unit Uniform. Selain itu, ia juga mengajar saya cara mengendalikan Unit Uniform dengan baik Seterusnya adalah aktiviti permainan bola jaring. Aktiviti ini selalunya diadakan di padang sekolah. Permainan ini terdapat pelajar yang menyertai dalam peringkat sekolah. Oleh itu latihan bola jaring yang dijalankan setiap petang akan dijalankan dengan cara menangkap bola, passing bola dan membuat perlawanan antara dua kumpulan. Pengalaman yang saya memperolehi dalam aktiviti adalah agak meluas kerana saya dapat ilmu bagaimana untuk mengawal tingkah laku pelajar dan langkahlangkah dalam menjalankan aktiviti bola jaring serta cara membuat laporan mingguan. Aktiviti yang seterusnya adalah kelab Rukun Negara. Bilangan ahli Rukun Negara adalah sebanyak 40 orang sahaja. Setiap perjumpaan untuk Rukun Negara ini saya akan menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk dijalankan dalam kelab ini. Saya sebagai guru penasihat untuk kelab Rukun Negara ini perlu menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan negara kita. Pengalaman yang saya dapat daripada kelab ini adalah kita sebagai seorang guru haruslah sentiasa mempelbagaikan kaedah pengajaran dan sesi persoalan agar pelajar tidak ponteng kelas kita atau berasa bosan dengan apa yang kita sedang mengajar. Menerusi ketiga-tiga aktiviti kokurikulum ini banyak memberikan saya pengalaman dalam menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dalam tugas sebagai seorang guru. Selain daripada itu, saya juga pernah terlibat dalam aktiviti Hari Kokurikulum. Hari kokurikulum ini telah dijalankan dari sesi pagi hingga sesi petang. Aktiviti Hari Kokurikulum sekolah ini telah berkonsepkan kepada Fun Fair. Saya memegang jawatan sebagai guru penasihat unit uniform Pandu Puteri membantu pelajar dalam mendirikan khemah dan memasak. Oleh itu, saya sebagai guru pratikum saya mendapat pengalaman yang baru dalam menjalankan aktiviti ini kerana kerja yang

sangat berat dan memerlukan pengkhususan kerja yang cekap. Selain itu, perlu mengawal kelakuan pelajar agar objektif perkhemahan tercapai dan dapat disertai oleh semua pelajar tanpa ada pelajar yang ponteng kelas. Selain daripada itu aktiviti lain yang saya menyertai adalah aktiviti sukan sekolah. Aktiviti sukan ini telah diadakan pada bulan September 2013. Saya sebagai guru pratikum telah memegang jawatan sebagai AJK persiapan tempat yang diketuai oleh guru sekolah tersebut En. Kwan. Sepanjang gerak kerja hari sukan ini, saya mempelajari pelbagai bukan sahaja sebagai AJK persiapan tempat malah juga sebagai ahli jawatankuasa yang lain. Sepanjang perjalanan aktiviti sukan ini, saya dapat mempelajari tentang kerjasama antara satu sama lain. Walaupun semasa gerak kerja ini di adakan saya pernah melihat salah faham antara beberapa guru tetapi ia tidak dijadikan masalah besar malah mereka tetap berkerjasama dalam menyelesaikan tugas dan tanggunjawab yang diberikan. Aktivi yang seterusnya saya pernah melibatkan diri adalah dalam program Annual Dinner di Kinta Riverside. Saya telah ditugaskan sebagai ajk cenderhati untuk Annual Dinner ini. Saya telah menjalankan tugas dengan membeli cendrahati dan juga hadiah untuk cabutan bertuah untuk programe ini. Guru-guru lain juga membantu dalam membalut hadiah tersebut. Walaupun masa yang saya perolehi adalah terhad kerana pada masa yang sama peperiksaan akhir tahun baru sahaja tamat dan saya perlu menanda kertas soalan. Oleh itu, saya terpaksa meminta bantuan guru lain juga untuk membalut hadiah tersebut. Walaubagaimanapun, guru di sekolah itu yang sentiasa berkerjasama dalam menjalankan sesuatu tugas dan membantu meringankan tugas saya. Pengalaman yang saya perolehi daripada program ini adalah cara untuk membeli hadiah dengan harga yang murah serta cara membuat laporan kewangan. Menerusi aktiviti-aktiviti yang saya terlibat di sekolah selama 4 bulan ini memberikan saya banyak pengalaman yang berguna dalam kerjaya sebagai seorang guru dan juga sebagai rakyat. Selain itu, aktiviti yang saya terlibat ini membantu mengeratkan lagi hubungan antara guru sekolah dan guru pratikum dan mampu menambahkan lagi pengetahuan saya berkenaan aktiviti-aktivit serta pengetahuan tentang sekolah tersebut. Selain daripada itu, saya juga telah menglibatkan diri dalam majlis penyampaian anugerah cemerlang pelajar untuk akhir tahun. Program ini diadakan tujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar atas pencapaian akedemik yang cemerlang. Dalam program ini saya telah ememgang jawatan sebagai persiapan tempat. Tugas utama persiapan tempat adalah dengan menghiasi dewan dan juga pentas dengan menarik kerana program ini menglibatkan pegawai PIBG dan juga ibubapa. Oleh itu , penghiasan dan persiapan tempat di belakang papan pentas perlu dibuat dengan lebih menarik dan kreatif. Oleh itu, menerusi program ini dapat membantu saya dalah menjadikan saya sebagai seorang yang lebih kretif dan dapat meneydiakan background pentas yang cantik dan menarik. Hasil daripada kerjasama dan tnujuk ajar guru-guru sekolah dan juga guru pratikum saya mendapat

menjana pelbagai idea dan dapat megeluarkan idea yang baik untuk menghasilkan latar belakang yang lebih menarik untuk Majlis Penyampaian Anugerah ini. Walaupun kerja ini mencabar kerana perlu menyediakan latar belakang pentas pada jangka masa yang pendek tetapi hasil kerjasama daripada guru-guru sekolah saya dapat menyiapkannya.

Isu-Isu Di Sekolah 1.0 Tidak Membawa Buku Teks


Masalah yang saya hadapi sewaktu mengajar matapelajaran Sejarah adalah masalah pelajar yang tidak gemar membawa buku teks. Buku teks adalah diberikan secara percuma di setiap sekolah. Walaubagaimanapun, pelajar sekolah terutamanya kelas tingkatan 4 yang saya mengajar tidak gemar membawa buku teks kesekolah. Kebiasannya apabila ditanya mengapa tidak membawa buku teks ke sekolah alasan mereka adalah terlupa atau terlalu berat untuk membawanya. Kesan daripada tidak membawa buku teks oleh seseorang individu ini menyukarkan dalam sesi pembelajaran. Jika seorang pelajar tersebut tidak membawa buku teks maka, ini menyebabkan mereka akan berkongsi buku dengan rakan mere. Pada ketika itu, mereka akan mula berbual dan tidak akan berfokus dengan apa yang diajar. Selain itu, ketiadaan buku teks boleh membawa kepada pelajar itu tidak dapat menguasai pelajaran yang sedang diajar kerana mereka tidak dapat membaca isi yang ditanya. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini saya menegaskan mereka untuk membawa buku teks atau mengenakan denda seperti menjawab setiap soalan untuk sepanjang kelas saya. Oleh itu, ketakutan mereka untuk menjawab soalan mereka akan membawa buku teks ke sekolah pada setiap mata pelajaran Sejarah atau meminjam buku teks dari rakan yang lain. 2.0 Masuk kelas lambat selepas rehat Matapelajaran yang akan diajar selepas waktu rehat ini agar sukar. Hal ini kerana pelajar akan memasuki ke kelas lambat selama 10 atau 15 minit kemudian. Ini memberikan kesan kepada pengajaran dan pembelajaran kerana amsa yang diperuntukan untuk mengajar sejarah adalah hanya selama 40 minit. Jika pelajar memasuki ke kelas lambat ini menyebabkan masa yang diperuntukan sukar untuk mencapai semua langkah-langkah pengajaran dan seterusnya guru terpaksa mengajar dengan sepantas lalu dengan masa yang pendek. Selain itu, kemasukkan pelajar ke dalama kelas juga menggangu sistem pengajaran dan pembelajaran kerana perlu mengulangi semula apa yang telah diajar kepada pelajar yang baru sahaja masuk agar mereka memahami. Oleh itu langkah soal jawab untuk menguji kefahaman mereka agar sukar dijalankan kerana kekangan masa yang di tolak dengan kemasukan masa lambat oleh pelajar. Faktor-faktor yang membawa kepada kemasukan pelajar ke kelas lambat adalah kerana terdapat perjumpaan seperti perjumpaan pengawas selain itu pelajar dengan sengaja masuk ke kelas secara

lewat kerana tidak suka dengan pembelajaran. Oleh itu kaedah yang saya menggunakan untuk menggalakan pelajar masuk ke kelas awal adalah dengan menggenakan denda kepada pelajar 10 orang yang masuk kelas lambat dan memberikan gula-gula kepada pelajar yang masuk ke kelas awal. Ini membantu saya menarik pelajar-pelajar masuk ke kelas dengan lebih awal lagi. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan.

3.0 Waktu perhimpunan yang terlalu panjang


Waktu perhimpunan yang terlampau panjang pada waktu pagi ini menganggu waktu pembelajaran dan pengajaran pada waktu pertama. Pengisian isu dalam perhimpunan yang terlalu banyak dan padat menyebabkan masa waktu pertama subjek selalunya akan terbatal. Ucapan daripada ramai guru serta ceramah atau penerangan sesuatu program yang mengambil masa lama sehingga lebih dari masa yang diperuntukan untuk waktu perhimpunan. Selain itu, perjumpaan yang diadakan seperti ahli pengawas, ahli kelab dan lain-lain menyebabkan masalah pengajaran dan pembelajaran waktu pertama sellaunya terbatal.Oleh itu, kesan daripada perbatalan kelas ini menyebabkan guru tersebut terpaksa mengejar topik dengan meliputi semua tajuk pada masa yang singkat. Pengajaran guru yang terlalu singkat ini menyebabkan pelajar akan berasa terlalu pantas dan sukar untuk pelajar itu memahami matapelajaran tersebut. Oleh itu cadangan untuk memendekan penyampaian maklumat dan menanggungkan perjumpaan sewaktu rehat boleh membantu dalam mengelakkan pembatalan kelas waktu pertama. Selain itu, guru-guru juga perlulah memastikan menepati amsa yang diperuntukan untuk waktu perhimpunan untuk mengelakkan penggunaan masa yang terlampau panjang yang mengganggu pengajran dan pembelajaran waktu pertama dan menyenangkan pelajar dan guru dalam proses pembelajaran. 4.0 Ponteng kelas dan Sekolah Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran .Secara umum ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Walaupun begitu ada yang tidak hadir tetapi dalam pengetahuan ibu bapa. Ponteng juga sering dikaitkan dengan isu yang menampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah. Ponteng sekolah adalah sejenis penyakit lama yang telah berakar umbi

semenjak masyarakat kita mengenal alam persekolahan. Ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Masa yang sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku sekolah sebaliknya dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di komplek membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan. Isu ponteng kelas ini adalah berleluasa di seluruh sekolah di Malaysia. Isu ponteng sekolah di SMK Seri Puteri adalah berleluasa walaupun banyak peraturan dan langkah telah diambil untuk mengurangkan kadar ponteng kelas. Pelajar ini akan ponteng kelas jika

kelas tersebut membosankan. Kebnayak pelajar ini akan melepak di belakang sekolah atau pun di dalam tandas sekolah. Faktor yang membawa isu ponteng kelas ini berlaku adalah kerana tidak menyiapkan kerja dan juga proses pengajaran yang dijalankan oleh guru adalah membosankan. Selain itu, minat pelajar yang kurang terhadap pendidikan juga membawa isu kes ponteng kelas ini. Mereka berasa tidak dapat menerima atau memahami oleh itu pelajar kelas tersebut akan memonteng kelas tersebut. Terdapat juga masalah guru yang terlampau garang dan tegas sehinggakan pelajar-pelajar takut untuk memasuki ke kelas. Selain itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu penyebab kepada permasalahan ponteng dan mengganggu suasana pembelajaran. Pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar. Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru, jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat wang. Begitu juga, apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan guru pula tidak berusaha menarik minat mereka, pelajar-pelajar itu akan hilang semangat belajar dan ponteng sekolah. Untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memastikan kedatangan diambil untuk setiap masa pertukaran matapelajaran dan guru disiplin memastikan tiada pelajar di dalam tandas sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu guru itu haruslah memahami perasaan pelajar dan cuba bersikap terbuka dan tidak terlalu tegas.

5.0 Beban kerja yang banyak kepada guru


Sistem pelajaran yang ada sekarang adalah suatu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan dengan kaedah-keadah yang pratikal wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara Malaysia. Perpaduan mempunyai ciri-ciri yang meliputi perasaan, emosi, sentiment, sikap dan nilai. Peranan dan tanggungjawab seorang guru adalah memastikan bagaimana ilmu itu dapat diamalkan dan diterjemah menjadi faktor kehidupan. Membangunkan mentaliti ilmiah di kalangan generasi pelapis menjadi agenda utama dalam arena pendidikan. Guru-guru adalah dipertanggunjawab membimbing dan mendidik generasi pelapis untuk memupuk sifat-sifat yang sihat dan membina yang boleh membawa arah ke perpaduan negara. Sejak kebelakangan ini, tugas seorang guru bukan terhad lagi tetapi menjadi lebih meluas. Tugasan guru semakin meningkat dengan jawatan yang diberikan seperti guru panitia, guru kokurikulum, guru disiplin, memegang beberapa ahli jawatan kuasa dalam beberapa program.

Oleh itu setiap jawatan yang dipegang oleh guru tersebut haruslah membuat laporan Oleh itu kebebanan tugasan guru yang melampau menyebabkan guru itu gagal dalam melaksanakan dan melakukan tugas sebagai seorang guru untuk mengajar pelajar. Guru akan sibuk dalam menyelesaikan masalah dan tugasan sebagai seorang guru panitia dan guru dalah ahli jawatan kuasa dengan menyiapkan laporan dan juga menghadiri diri mereka dalam setiap mesyuarat. Oleh itu, guru-guru terpaksa mengabaikan tugas mereka sebagai seorang guru yang mengajar dan terpaksa tidak menghadiri ke kelasa dan hanya menyampaikan kerja kepada pelajar. Oleh itu, isi ini haruslah ditangani dengan guru itu haruslah menggunakan masa dengan baik agar dapat mengahadiri ke kelas untuk mengajar pelajar tersebut. Selain itu, guru di sekolah juga perlulah membahagikan masa dengan baik agar mengurangkan beban tugas seseorang guru tersebut.

Vandalisme di Sekolah
Vandalisme biasanya merujuk kepada perbuatan merosakan harta benda sekolah seperti tandas sekolah, telefon awam di dalam sekolah, meja dan kerusi di sekolah. Harta sekolah ini dirosakan secara sewenang-wenangnya dan merugikan pihak sekolah dan pihak sekolah terpaksa membelanjakan beratus-ratus untuk membaiki semula harta sekoalah seperti pintu tandas dan meja kerusi di kelas mahupun di makmal dan bengkel. Kerosakan harta sekolah ini akan memberikan kesan kepada pelajar kerana penggunaan kemudahan sekolah akan berasa kurang selesa dan tidak mencukupi. Sebgai contoh di SMK Seri Puteri Ipoh kerosakan kerusi dan meja adalah banyak kerana penggunaan meja dan kerusi di sekolah ini adalah tidak terurus dan dirosakan oleh pelajar sekolah ini. Oleh itu setiap kali pelajar masuk ke kelas perlu mencari kerusi dan meja, kerosakan kerusi dan meja yang banyak menyebabkan kekurangan kerusi dan meja untuk pelajar-pelajar sekolah tersebut. Langkah yang perlu diambil oleh guru dalam melindungi harta sekolah adalah dengan memperketatkan undang-undang dan peraturan sekolah.

Teori Pengajaran
Di dalam perspektif konstruktivis, pengetahuan itu adalah bersifat tentatif, iaitu dibina oleh pelajar secara induktif melalui pemerhatian suatu fenomena, penentuan corak atau perilaku fenomena tersebut, pembentukan dan pengujian hipotesis, pembentukan rumusan/teori tentatif dan kemudian diuji aplikasi atau kebenarannya melaui proses-proses deduktif. Kebenaran rumusan atau teori yang dibina adalah bersifat tentatif dan akan segera diubah jika terdapat permerhatian atau bukti yang lebih kuat. Oleh kerana ilmu pengetahuan adalah binaan sendiri pelajar menggunakan proses-proses induktif dan deduktif, kemahiran-kemahiran akhir yang diperolehi ialah proses membina ilmu, pengisian di dalam tiap tahap proses ini, dan rumusan akhir proses-proses ini. Di dalam

perspektif ini, ilmu pengetahuan serta prosedur-prosedur melaksanakan sesuatu tugas mental boleh dimampatkan (zipping) dan dibuka semula (unzipping) mengikut keperluan. Di dalam perspektif konstruktivis, strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah berbentuk inkuiri, seperti penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL), perantisan, dan lawatan sambil belajar. Guru akan menjadi pembimbing dan membimbing menggunakan kaedah Socrates (penyoalan) yang melibatkan soalan-soalan di dalam kategori berikut: Memilih contoh-contoh positif dan negatif Memilih contoh yang berlawanan (Counterexamples) Menjana kes-kes Hipotetikal Mempertimbangkan ramalan-ramalan alternatif Mengesan sebab-akibat / implikasi suatu kontradiksi Mempertikai authoriti

Sebagai bandingan, jadual di bawah menunjukkan perbezaan-perbezaan yang terhasil dari amalan perspektif-perspektif ini mengikut tiga jenis teori berdasarkan beberapa dimensi utama: Objektivis Behaviuris Kognitivis 1. Falsafah pembelajaran Pelajar boleh dibentuk mengikut objektif dan kehendak pensyarah; pelajar dimanipulasikan Perubahan adalah berdasarkan pilihan pelajar mengikut faktor-faktor di dalam persekitaran; pelajar diajak berfikir, membentuk konsep, dan mencipta Pelajar mempunyai kehendak dan keupayaan sendiri dan pensyarah adalah pemudahcara sahaja; pelajar mengalami dan belajar menyelesai masalah di persekitaran sebenar 2. Keperluan pembelajaran Berpusatkan pensyarah dan berasaskan proses stimulusrespons; pemantauan dan Pembelajaran adalah satu proses usahasama (jointventure) antara pelajar dan Berpusatkan pelajar dengan sedikit sahaja kawalan dan sumbangan dari pensyarah; pemantauan kendiri atau melalui interaksi; pengujian berasaskan projek dan portfolio. Konstruktivis Humanis

pengukuhan (termasuk denda pensyarah; pemantauan dan atau hukuman) oleh pensyarah; pengujian formal berasaskan kompetensi pemulihan oleh pensyarah; pengujian formal, tugasan dan projek.

3. Objektif Pensyarah tentukan keperluan, pengetahuan, kemahiran dan perilaku pelajar Pensyarah menilai dan menambah di mana perlu untuk membantu membangunkan keupayaan mental dan kreativiti secara menyeluruh 4. Isi pelajaran Isi pelajaran membina kompetensi dan penguasaan pelbagai kemahiran mengikut objektif yang telah ditetapkan Isi pelajaran diintegrasikan bersama proses-proses mental seperti logik, strategi, metakognisi, penyelesaian masalah dan kreativiti untuk menambah dan memperluaskan pengetahuan pelajar Isi pelajaran adalah berasaskan kegiatan dan pengalaman kontekstual dalam menyelesaikan masalah di dalam situasi yang dipilih Pensyarah membantu pelajar mengenalpasti keperluannya dan kemudian membimbing pelajar mencapainya

KPR3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar

Nama : Santhira Malar A/P Sangara Murthi No. Matrik: D 20091035505 Kelas: 8.00 am 10.00 am Nama Pensyarah: Dr Abdul Aziz Bin Abdul Shukor