P. 1
23/2 GEOGRAFI KERTAS 2 - KERJA KURSUS (2009 PMR)

23/2 GEOGRAFI KERTAS 2 - KERJA KURSUS (2009 PMR)

4.76

|Views: 4,263|Likes:
Dipublikasikan oleh Foo Chi Khing
23/2
GEOGRAFI
KERTAS 2
KERJA KURSUS
PMR
2009

TAJUK: TUGASAN 2
Kajian Tentang Petempatan dan Perkembangannya di Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan
dan Perbandingannya dengan Petempatan di Bandar Raya Bangkok, Negara Thailand.
23/2
GEOGRAFI
KERTAS 2
KERJA KURSUS
PMR
2009

TAJUK: TUGASAN 2
Kajian Tentang Petempatan dan Perkembangannya di Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan
dan Perbandingannya dengan Petempatan di Bandar Raya Bangkok, Negara Thailand.

More info:

Published by: Foo Chi Khing on Jun 12, 2009
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

23/2 Geografi Kerja Kursus Kertas 2

PENILAIAN MENENGAH RENDAH KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009

TAJUK KAJIAN: TUGASAN 2 Kajian Tentang Petempatan dan Perkembangannya di Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan dan Perbandingannya dengan Petempatan di Bandar Raya Bangkok, Negara Thailand.

Nama Calon Tingkatan No. Kad Pengenalan Angka Giliran

: : : :

Nama dan Alamat Sekolah :

Nama Guru Tandatangan Pelajar Tandatangan Guru

: : :

1

2

3

SENARAI KANDUNGAN BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 ISI KANDUNGAN KULIT HADAPAN SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 9 10 11 12 JENIS DAN POLA PETEMPATAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN FUNGSI PETEMPATAN MASALAH PETEMPATAN LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN HALAMAN 1 2~3 4~5 6~7 8~9 10 ~ 15 16 ~ 17 18 19 ~ 21 22 ~ 23 24 25 ~ 27 28 ~ 29 30 ~ 31 32 ~ 39 40 ~ 41 42

RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN TAMAT

4

5

6

PENGHARGAAN Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi Tempatan tepat pada masa yang ditetapkan. Berkat bantuan dan kerjasama daripada pihak-pihak berikut, saya dapat melaksanakan kerja kursus ini dengan sempurna. Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka, iaitu: (a) Encik Teo Soon Seng, Tuan Pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Cheng, Kota Bharu, Kelantan yang memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. (b) Encik Wee Tiong Ming, guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 3 Yakin, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Cheng, Kota Bharu, Kelantan yang senantiasa memberikan dorongan, galakan dan panduan kepada saya sehingga berjaya menyiapkan kerja kursus ini. (c) Kedua-dua ibu bapa saya yang memberikan bantuan kewangan, kerjasama dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan kerja kursusini. (d) Penduduk Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan yang memberi kerjasama, maklumat dan data yang sangat penting untuk menyiapkan kerja kursus ini. (e) Rakan-rakan saya iaitu Phooi Yee, Hong Wei, Jenn Fei, Jyi Shen dan Loo Ken. Mereka bersama-sama saya menjalankan kajian dan memberikan galakan sehingga saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini.

7

8

9

PENDAHULUAN Semua calon Peperiksaan Menengah Rendah wajib melaksanakan Kerja Kursus Geografi. Pada tahun 2009, tugasan yang diberikan adalah BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA dan PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA. Saya telah memilih Tugasan 2, iaitu PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA. Saya telah memilih Jalan Kelochor sebagai kawasan kajian kerana kawasan kajian ini berhampiran dengan sekolah saya, iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Cheng agar dapat memudahkan kerja-kerja kajian dijalankan. Selain itu, penduduk tempatan di sini baik, ramah dan mesra. Mereka memberikan banyak pertolongan kepada saya dalam

menghasilkan kajian ini. Manakala negara Thailand dipilih sebagai negara perbandingan kerana negara Thailand merupakan negara jiran Malaysia. Di samping itu, terdapat banyak maklumat yang boleh diperoleh berkaitan bandar raya Bangkokdi internet. Keadaan ini memudahkan saya menghasilkan kajian ini. Jangka masa yang saya gunakan untuk menyiapkan kerja kursus ini adalah lebih kurang enam (6) minggu. Dalam jangka masa ini, saya telah keluar lapangan untuk membuat pemerhatian terhadap kegiatan ekonomi di sekitar Jalan Kelochor. Dalam jangka masa ini juga, saya telah mengumpulkan data yang diperlukan di perpustakaan dan internet. Masa yang lain saya gunakan untuk menulis laporan dan menaip hasil kajian saya supaya dapat diserahkan kepada guru dalam masa yang ditetapkan.

10

11

12

OBJEKTIF KAJIAN Objektif-objektif kajian yang saya jalankan ini adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Menghuraikan jenis dan pola petempatan di Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan terhadap kawasan ini. Mengenal pasti fungsi-fungsi petempatan di Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan. Mengenal pasti masalah-masalah petempatan di Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan. (e) Mencadangkanlangkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan di kawasan ini. (f) Membandingkan petempatan dan perkembangan di Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan dengan bandar raya Bangkok, negara Thailand dari segi jenis dan pola petempatan, faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan, fungsi-fungsi petempatan, masalah-masalah petempatan dan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan.

13

14

15

KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian saya ialah sekitar Jalan Kelochor. Kawasan ini berada di sebelah barat laut bandar Kota Bharu. Keluasan kawasan kajian saya adalah lebih kurang 2 kilometer persegi. Kawasan kajian ini berada di dataran mendap Sungai Kelantan. Jaraknya dengan Sungai Kelantan adalah lebih kurang 0.5 kilometer. Tanah di sini merupakan tanih aluvium. Pada masa dahulu, kawasan ini merupakan kawasan penanaman padi. Terdapat dua (2) buah sekolah menengah di sini, iaitu SMJK Chung Cheng dan SMJK Chung Hwa. Selain itu, terdapat juga dua (2) buah sekolah rendah di sini, iaitu SJK (C) Chung Cheng dan SJK (C) Chung Hwa. Kebanyakan penduduk di kawasan kajian ini terdiri daripada kaum Cina. Mereka menjalankan perniagaan di sepanjang Jalan Kelochor. Jarak kawasan kajian saya dari pusat bandar Kota Bharu adalah lebih kurang 0.5 kilometer. Antara kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya ialah Kampung Cina dan Merbau. Kampung Cina terletak di sebelah barat lautnya manakala Merbau berada di sebelah timurnya. kilometer. Jarak kawasan kajian saya dari Pantai Cahaya Bulan adalah lebih kurang 8

16

PETA KAJIAN • Peta daerah Peta daerah Kota Bharu: Peta ini menunjukkan bandar Kota Bharu dan kawasan kajian saya di Jalan Kelochor.

17

Peta petempatan negara yang dibandingkan Peta negara Thailand: Peta ini menunjukkan negara Thailand dan lokasi bandar raya Bangkok.

18

Peta kawasan kajian Peta Lakar Jalan Kelochor: Peta lakar ini menunjukkan kawasan kajian saya, iaitu di sekitar Jalan Kelochor.

19

Petunjuk: Jalan raya

Tanah lapang

Rumah kediaman

Premis perniagaan

Sekolah

Lorong

Hutan rimba

20

21

22

KAEDAH KAJIAN Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan kaedah-kaedah berikut: (a) Kaedah pemerhatian Saya dan kawan-kawan saya telah membuat pemerhatian dengan keluar ke lapangan untuk mengenal pasti pola-pola petempatan yang terdapat di Jalan Kelochor. (b) Kaedah soal selidik Saya telah menyoal selidikbeberapa orang penduduk di sekitar Jalan Kelochor untuk mengetahui masalah-masalah petempatan di sini dengan lebih lanjut. (c) Kaedah kepustakaan Saya telah melayari internet dan mengunjungi laman web yang berkaitan dengan pola petempatan bandar raya Bangkok di negara Thailand. Selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan untuk mengetahui langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan.

23

24

25

JENIS

DAN

POLA

PETEMPATAN DENGAN

DI

JALAN RAYA

KELOCHOR BANGKOK,

SERTA NEGARA

PERBANDINGANNYA THAILAND

BANDAR

Petempatan di Jalan Kelochor ialah petempatan bandar. Kawasan ini dianggarkan berpenghuni lebih daripada 10000 orang. Petempatan bandar di sini mempunyai ciri-ciri berikut: (a) (b) Terdapat banyak kedai yang menjalankan kegiatan perniagaan di kawasan ini. Kawasan ini dilengkapi dengan kemudahan asas yang mencukupi. Antaranya, penduduk boleh menikmati kemudahan-kemudahan am seperti bekalan air, elektrik, internet, kemudahan pembuangan sampah, dan sebagainya. (c) Jalan-jalan di sini memuaskan. Ketersampaian kawasan ini adalah baik.

Petempatan di ibu negara Thailand iaitu bandar raya Bangkok ialah petempatan bandar. Bandar raya ini berpenghuni lebih daripada 3 jutaorang. Petempatan bandar di sini mempunyai ciri-ciri berikut: (a) Banyak penduduk tinggal di sini. Terdapat banyak tanah rata yang dikerjakan oleh pendudukdi kawasan ini. Penduduk di kawasan ini juga menjalankan kegiatan perniagaan. (b) Kawasan ini mempunyai sistem pengangkutan yang baik. kawasan ini adalah baik. Ketersampaian

26

Terdapat pelbagai jenis pola petempatan di Jalan Kelochor. Antaranya: (a) Pola berpusat Susun atur bangunan dan rumah rapat dan padat. Rumah-rumah tertumpu pada sekeliling pusat tumpuan penduduk seperti sekolah. Sebagai contohnya, rumah-rumah dibina di sekeliling SMJK Chung Cheng dan SMJK Chung Hwa. (b) Pola berjajar Susun atur bangunan dan rumah terletak dalam satu barisan atau deretan. Bangunan-bangunan dan rumah-rumah dibina selari dengan Jalan Kelochor.

Pola Petempatan di Jalan Kelochor, Kota Bharu

Pola berpusat Rumah-rumah dibina di sekeliling sekolah.

Pola berjajar Bangunan-bangunan dan rumah-rumah dibina selari dengan Jalan Kelochor.

27

Manakala jenis-jenis pola petempatan di bandar raya Bangkok, negara Thailand ialah: (a) Pola berpusat Susun atur bangunan dan rumah banyak, rapat dan padat. biasanya dibina di sekeliling tempat beribadat. Rumah-rumah

Sebagai contohnya, wat

merupakan pusat petempatan dan rumah-rumah dibina di sekelilingnya. (b) Pola berjajar Susun atur bangunan dan rumah terletak dalam satu barisan atau deretan di sepanjang Menam Chao Phraya. Bangunan-bangunan dan rumah-rumah

dibina sebaris dengan sungai ini yang dijadikan jalan pengangkutan air yang amat penting di negara Thailand.

Pola Petempatan di Bangkok, Thailand

Pola berpusat Rumah-rumah dibina di sekeliling wat.

Pola berjajar Bangunan-bangunan dan rumah-rumah dibina selari dengan Menam Chao Phraya.

Melalui kajian ini, didapati penduduk di Jalan Kelochor dan bandar raya Bangkokberpuas hati dengan tempat tinggal mereka. Mereka berasa bersyukur dan ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan.

28

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN DI JALAN KELOCHOR SERTA PERBANDINGANNYA DENGAN BANDAR RAYA BANGKOK, NEGARA THAILAND Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di Jalan Kelochor seperti yang dinyatakan: (a) Bentuk muka bumi Kawasan Jalan Kelochor merupakan kawasan tanah yang rata. Tanahrata ini memudahkan pembinaan rumah-rumah dan jalan raya. Pembinaan dijalankan di kawasan ini kerana dapat menjimatkan kos berbanding dengan pembinaan di kawasan tanah tinggi. (b) Darjah ketersampaian Penduduk yang tinggal di kawasan ini mudah sampai ke sesuatu tempat. Kanak-kanak yang bersekolah di sini dapat pergi ke sekolah dengan berjalan kaki kerana sekolah mereka terletak berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Jarak di antara tempat tinggal mereka dan sekolah adalah hanya 50 meter. Penghuni kawasan ini juga boleh berjalan kaki untuk pergi ke pusat bandar dan pasar. Penduduk di sini berasa gembira kerana banyak kemudahan yang disediakan di sini.

29

Berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di bandar raya Bangkok, negara Thailand. (a) Bentuk muka bumi Penanaman padi di negara Thailand ialah kegiatan yang penting. penduduknya terlibat dalam kegiatan penanaman padi. Ramai

Terdapat banyak

petempatan di sekitar Delta Menam Chao Phraya kerana tanih aluvium di sini subur dan sesuai untuk penanaman padi. (b) Sumber air Sumber air semula jadi penting bagi menentukan petempatan di negara Thailand. Banyak petempatan didirikan di sepanjang Menam Chao Phraya dan cawangan-cawangannya. Keadaan ini memudahkan penduduk yang

terdiri daripada pesawah mengairi kawasan penanaman padi mereka. Penduduk di kawasan ini sangat bersyukur kerana sumber air banyak terdapat di negara mereka.

30

FUNGSI PETEMPATAN DI JALAN KELOCHOR SERTA PERBANDINGANNYA DENGAN BANDAR RAYA BANGKOK, NEGARA THAILAND Petempatan bandar di Jalan Kelochor berfungsi sebagai pusat pendidikan. Terdapat dua buah sekolah menengah di kawasan ini iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Cheng dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa. Selain itu, terdapat juga dua buah sekolah rendah di kawasan ini iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Cheng dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa. Sekolah-sekolah ini menawarkan peluang pendidikan kepada anak-anak penduduk yang tinggal di kawasan ini. Golongan guru yang terlatih dan kemudahan pendidikan yang lengkap serta moden di sekolah-sekolah ini telah berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Penduduk tempatan sangat bersyukur kerana tinggaldi kawasan ini. Anak-anak

mereka dapat menerima pendidikan yang formal dan lengkap serta mempelajari bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Cina di sekolah-sekolah ini tanpa halangan. Petempatan bandaryang terletak di sekitar Delta Menam Chao Phraya berfungsi sebagai pusat pengeluaran, pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian. Kegiatan utama penduduk di kawasan ini ialah penanaman padi. Penanaman padi dijalankan di sekitar Delta Menam Chao Phraya kerana tanah di kawasan ini merupakan tanih aluvium yang subur. Tanih aluvium di sini dibawa dari sungai semasa banjir. Selepas itu, padi yang telah dituai dibawa ke kilang-kilang yang terdapat di bandar raya Bangkok untuk diproses menjadi beras. Beras yang telah diproses akan dibungkus dan diedarkan ke seluruh negara serta dieksport ke negara jiran seperti Malaysiamelalui sistem pemasaran yang ada di kawasan ini. Penduduk kawasan ini bersyukur kerana dikurniakan kawasan tanah yang subur bagi menjalankan kegiatan penanaman padi.

31

MASALAH PETEMPATAN DI JALAN KELOCHOR SERTA PERBANDINGANNYA DENGAN BANDAR RAYA BANGKOK, NEGARA THAILAND Petempatan bandar di Jalan Kelochor menghadapi masalah-masalah seperti: (a) Kesesakan lalu lintas Kesesakan lalu lintas merupakan masalah utama yang dihadapi oleh penduduk yang tinggal di kawasan ini. Kesesakan lalu lintas biasanya berlaku semasa pelajardatang ke sekolah dan balik dari sekolah, iaitu sekitar pukul 7.00 pagi hingga 7.30 pagi dan pukul 1.00 tengah hari hingga pukul 3.00 petang. Masalah ini telah menyusahkan penduduk yang keluar masuk pada waktu ini. Jalan raya disesaki pelbagai jenis kenderaan seperti bas sekolah, kereta, motosikal, dan sebagainya. (b) Pencemaran sampah-sarap Sampah-sarap yang bertaburan di luar tong sampah besaryang disediakan di kawasan ini mengakibatkan pembiakan lalat, tikus, ulat dan nyamuk. Masalah ini bermula daripada sikap penduduk yang suka membuang sampah tanpa mengikat bungkusan sampah dengan baik dalam beg plastik. Kesannya,

sampah-sarap mengeluarkan bau yang busuk dan tidak menyenangkan. Beberapa jenis penyakit berjangkit seperti taun dan denggi merebak dengan pantas. Penduduk di sekitar Jalan Kelochor berharap agar pihak berkuasa mengambil langkah untuk mengatasi masalah-masalah tersebut bagi menjamin petempatan yang selesa dan bebas daripada pencemaran. pembangunan negara. Mereka berpendapat bahawa rakyat yang sihat dapat menjamin

32

JADUAL Masalah petempatan yang dihadapi oleh penduduk Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan. Masalah petempatan 1 2 Kesesakan lalu lintas Pencemaran sampah sarap 3 4 Banjir Kekurangan tempat 20 Bilangan (Orang) 10 7 2 1

tinggal Jumlah Sumber: Orang responden

Grafik 1 Masalah petempatan yang dihadapi oleh penduduk Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan.

GRAF

Grafik 2 Masalah petempatan yang dihadapi oleh penduduk Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan. Petunjuk: □ □ □ □ Kesesakan lalu lintas Pencemaran sampah sarap Banjir Kekurangan tempat tinggal

33

Manakala petempatan bandar di bandar raya Bangkok menghadapi masalah-masalah berikut: (a) Banjir Petempatan di bandar raya Bangkok sering dilandai banjir terutamanya ketika musim angin monsun. Pada bulan Mei hingga bulan September, bahagian utara negara Thailand menerima hujan yang banyak daripadaAngin Monsun Barat Daya. Manakala bahagian selatan negara Thailand menerima hujan yang banyak daripada Angin Monsun Timur Laut pada bulan November hingga bulan Mac. Penduduk bandar raya Bangkok yang tinggal berdekatan dengan Menam Chao Phraya selalu mengalami banjir dan kerosakan harta bendayang serius. Pada tahun 2000, banjir yang terbesar dan paling serius dalam sejarah negara Thailand telah melandai bandar Hat Yai. Hujan yang lebat turun pada bulan November telah menyebabkan banjir besar berlaku. (b) Kesesakan lalu lintas Penduduk yang tinggal di bandar raya Bangkok menghadapi kesesakan lalu lintas setiap hari. Jalan-jalan raya di Bangkok disesaki dengan pelbagai jenis kenderaan. Keadaan ini menyusahkan penduduk untuk pergi ke destinasi

mereka setiap hari. Penduduk di bandar raya Bangkok berharap agar pihak berkuasa mengambil langkah untuk mengatasi masalah-masalah tersebut bagi menjamin petempatan yang selesa di samping untuk mengelak daripada terjejasnya ekonomi negara.

34

LANGKAH

MENGURANGKAN

MASALAH

PETEMPATAN

DI

JALAN

KELOCHOR SERTA PERBANDINGANNYA DENGAN BANDAR RAYA BANGKOK, NEGARA THAILAND Petempatan di Jalan Kelochor menghadapi masalah kesesakan lalu lintas dan masalah pencemaran sampah-sarap. Untuk mengatasi masalah-masalah ini, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan. Bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Kelochor, kerajaan tempatan harus menjadikan Jalan Kelochor sebagai jalan sehala pada waktu-waktu yang sering berlakunya kesesakan lalu lintas. Penguatkuasaam lalu lintas perlu diperketat agar pemandu memandu dengan lebih cermat. Selain itu, pihak sekolah boleh menyediakan

beberapa orang pegawai polis trafik untuk mengawal lalu lintas semasa waktu puncak pelajar datang ke sekolah atau pulang dari sekolah. Manakala untuk menghindari masalah pencemaran sampah-sarap daripada berlaku, kerajaan perlu menambahkan bilangan tong sampah di kawasan ini. Tambahan lagi,

penduduk tempatan perlu mengikat sampah yang dimasukkan ke dalam beg plastik dan membuangkannya ke dalam tong sampah yang tertutup. Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) perlu mengutip sampah-sarap di kawasan ini setiap hari. Mereka juga harus menguatkuasakan undang-undang seperti mengenakan kompaun terhadap orang yang tidak mematuhi undang-undang ketika membuang sampah. Penduduk di sekitar Jalan Kelochor berharap agar pihak berkuasa dapat mengatasi masalah-masalah tersebut secepat mungkin. Mereka juga berharap agar perancangan

pembangunan di petempatan ini haruslah terancang agar tidak mengundang kepada permasalahan-permasalahan lain dan justeru dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk pembangunan infrastruktur yang lain.

35

Petempatan di bandar raya Bangkok, negara Thailand menghadapi masalah banjir dan masalah kesesakan lalu lintas. Untuk mengatasi masalah-masalah ini, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan. Bagi mengatasi masalah banjir di negara Thailand, kerajaan negara Thailand perlu memanfaatkan teknologi terkini. Data jumlah air hujan harian perlu direkodkan dan diproses dengan menggunakan komputer. Air hujan yang berlebihan perlulah disalurkan ke tempat lain seperti tasik atau sungai lain yang kekeringan dengan membuka kunci air yang terdapat di sungai-sungai negara ini. Manakala untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, kerajaan negara Thailand perlu menambahkan bilangan pengangkutan awam di Bangkok seperti bas dan kereta api. Pengangkutan awam ini boleh mengurangkan bilangan kereta yang bergerak di atas jalan raya. Di samping itu, sistem kereta api bawah tanah perlu diwujudkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya. Penduduk di bandar raya Bangkok berharap agar pihak berkuasa dapat mengatasi masalah-masalah tersebut secepat mungkin. Mereka juga berharap agar perancangan

pembangunan di petempatan ini haruslah terancang agar tidak mengundang kepada permasalahan-permasalahan lain dan justeru dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk pembangunan infrastruktur yang lain.

36

37

38

RUMUSAN Petempatan di kawasan Jalan Kelochor mempunyai jenis petempatan bandar. Pola petempatannya berpusat dan berjajar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi

petempatan kawasan ini, iaitu bentuk muka bumi dan darjah ketersampaian. Kawasan ini berfungsi sebagai pusat pendidikan. Namun demikian, kawasan kajian ini menghadapi masalah petempatan seperti kesesakan lalu-lintas dan pencemaran sampah-sarap. Ekoran daripada masalah-masalah

tersebut, langkah-langkah yang segera perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dan MPKB seperti mengadakan jalan sehala dan menguatkuasakan undang-undang. Pada pendapat saya,

petempatan di kawasan Jalan Kelochor berpotensi untuk lebih maju pada masa akan datang kerana masih terdapat kawasan yang belum dibangunkan. Saya berbangga dengan penduduk di kawasan ini kerana mereka hidup secara harmoni walaupun mereka terdiri daripada berbilang kaum. Saya berharap hubungan erat antara penduduk di sini dapat dikekalkan selama-lamanya.

39

40

41

KAD PENGENALAN CALON

42

SURAT KEBENARAN SEKOLAH

43

SURAT KEBENARAN IBU BAPA

44

BORANG SOAL SELIDIK Tandakan bagi jawapan yang berkaitan. 1. 2. 3. 4. Nama Jantina Bangsa Alamat : : □ Lelaki : □ Melayu : □ Perempuan □ Cina □ India□ Lain-lain

5. 6. 7.

Taraf Pendidikan : □ UPSR Pekerjaan :

□ PMR□ SPM □ STPM

□ Ijazah

Pendapatan sebulan (RM) □ 0-500 □ 501-1000

: □ 1001-1500 □1501-2000 □ > 2000

8.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di sini? □ Bentuk muka bumi □ Kemudahan pendidikan □ Kemudahan awam □ Kegiatan ekonomi □ Kemudahan infrastruktur □ Lain-lain

9.

Apakah pola petempatan yang terdapat di sini? □ Berpusat □ Berselerak □ Berjajar □ Berkelompok (Terancang)

10. Apakah fungsi petempatan yang terdapat di sini? □ Perniagaan □ Pengangkutan □ Pelancongan □ Pendidikan □ Perindustrian □ Lain-lain

45

11. Apakah masalah-masalah yang terdapat di sini? □ Pencemaran sampah sarap □ Pencemaran udara (berdebu) □ Pencemaran sungai □ Hakisan tanih □ Tiada litupan tumbuh-tumbuhan □ Kesesakan lalu lintas □ Banjir □ Longkang tersumbat □ Lalat membiak □ Lain-lain (nyatakan )

12. Apakah cadangan langkah untuk mengatasi masalah-masalah? □ Membersihkan kawasan berkenaan □ Mengadakan hak waktu □ Kemudahan membuang sampah □ Kempen kesedaran □ Gotong-royong □ Lain-lain (nyatakan )

46

ARAHAN KEPADA CALON

47

PANDUAN KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2009

48

49

50

RUJUKAN (a) Khaw Ah Seng, Buku Teks Geografi Tingkatan 3 KBSM, PTS Publications Sdn. Bhd. , Pahang, 2004. (b) (c) (d) Shafiee Zakaria, Tutor Geografi PMR, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. , Johor, 2003. Abdul Rahman, Geografi Tingkatan Tiga, Sasbadi Sdn. Bhd. , 2003. Gan Swee Teck, Geografi Dan Manusia Di Kelantan, Seri Aman Press Sdn. Bhd. , 2007.

51

52

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->