Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Pengajaran Makro ke-3

Refleksi makro pengajaran yang di buat ini membolehkan saya menilai semula pengajaran yang dilakukan selama 30 minit. Bermula dari set induksi sehinggalah ke bahagian penutup , saya dapat menilai sama ada pengajaran dan pembelajaran saya pada hari itu tercapai objektif seperti yang tertulis di dalam rancangan pengajaran harian. Sekiranya tidak tercapai saya akan mengubah teknik dan aktiviti pengajaran yang lebih menarik. Disamping itu , saya dapat menilai dimanakah kekuatan atau kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah dibuat.Maka dengan ini , dapatlah saya menambaikan apa kekurangan atau kelemahan dalam pengajaran saya.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya lakukan nampaknya terdapat beberapa kekuatan yang menjurus ke arah keberkesanan pengajaran. Kekuatan atau kelebihannya terdapat beberapa perkara yang boleh dibincangkan. Permulaan set induksi yang begitu menarik minat murid dengan mennyakan mengenai Air Hitam . Murid-murid begitu bersemangat dan aktif kerana masing-masing cuba hendak menceritakan penagalaman mereka. Keadaan kelas yang konduksif dan selesa serta layanan guru yang mesra memberi rasa keyakinan pelajar untuk mengikuti pengajaran dengan baik walaupun terdapat gangguan bunyi daripada kelas lain.

Antara kelemahan yang saya dapati dalam pengajaran saya ialah walaupun murid – murid berasa seronok dengan permulaan set induksi dengan menceritakan mengenai Air Hitam yang terkenal dengan penjualan anak patung..Ini akan lebih memberansangkan lagi minat ingin tahu atau kesediaan belajar murid. Ada segelintir pelajar yang agak pasif di mana mereka hanya mendengar sahaja guru memberi penerangan atau soalan tanpa menunjukkan reaksi atau tindak balas.

Jika diberi peluang mengajar sekali lagi mungkin banyak benda yang akan diubasuai mengikut tahap penguasaan murid. Penambahbaikan yang akan dibuat adalah

Pada akhir langkah pengajaran atau semasa membuat rumusan .Menukar kaedah pengajaran bertanya soalan kepada meneka benda di dalam kotak hitam ala ahli sihir menggunakan tongkat sakti. saya rasa pertandingan kuiz adalah sangat sesuai bagi menguji tahap pemahaman murid terhadap apa yang telah dipelajari sama ada mereka dapat mengingati dengan baik atau tidak . . Jika dilakukan secara berkumpulan maka kerja dapat disiapkan dengan cepat dan betul akan di beri ganjaran. Jika mereka masih belum dapat menjawap soalan kuiz yang dikemukakan bermakna objektif pengajaran pada hari itu tidak dapat di capai dengan sepenuhnya. Bahagian langkah aplikasi idea sepatutnya saya tukar teknik yang lebih menyeronokkan iaitu menubuhkan beberapa kumpulan kecil bagi menyusun idea fungsi petempatan luar Bandar dan membincangkannya. 3. Tujuan untuk memberansangkan lagi minat murid serta memberi kesediaan belajar yang menyeronokkan.