Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 3, TAHUN 2013

TUGASAN GANTI KULIAH 1 ESEI : TUJUAN DASAR MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DIAJAR DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH

NAMA KAD PENGENALAN KUMPULAN SUBJEK NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN

: : : : : :

HAFIEZ AZIZAN BIN OSMAN 920216-12-5235 3 PISMP MATEMATIK 2 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BMSR (BMM3101)
ENCIK NAZRI BIN HALIM

21 JANUARI 2013

TUJUAN DASAR MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DIAJAR DI SEKOLAHSEKOLAH RENDAH

Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walaubagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini. Dasar yang pertama mengapa mata pelajaran Bahasa Melayu di ajar di sekolah- sekolah rendah adalah kerana fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan satu rusuhan kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei. Peristiwa di mana berlaku berpunca daripada ketidaksefaham antara kaum yang mengamalkan budaya berbahasa yang berlainan. Kerajaan mengambil langkah penyelesaian dengan menggunakan bahasa rasmi yang seragam untuk semua kaum iaitu Bahasa Melayu bertujuan mengurangkan jurang ketidaksefahaman kaum yang majmuk di Malaysia. Perpaduan atau solidariti dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Di samping itu juga, menurut Kamus Dewan (1994), perpaduan ditakrifkan sebagai penggabungan, pelaburan persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Di

dalam

erti

kata

yang

lain,

perpaduan

dapat

diertikan

sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja di kalangan dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Oleh itu pengertian bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat diertikan sebagai bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain) yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di dalam sesebuah negara. Bahasa adalah suatu keseluruhan, suatu prinsip klasifikasi dengan sesuatu yang dikuasai dan bersifat konvensional yang seharusnya terkebawah daripada naluri semula jadi. Whitney (1998), berpendapat bahasa adalah salah satu institusi sosial dan menganggap bahawa kita menggunakan alat ujaran sebagai wadah bahasa hanyalah secara kebetulan sahaja, untuk kesenangan sahaja: manusia boleh sahaja memilih 'akuistik'. Dasar yang kedua ialah, fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu adalah lambang bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu negara Malaysia. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya negara Jepun dengan bahasa Jepunnya, negara Jerman dengan bahasa Jermannya dan negara Perancis dengan bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang negara Malaysia di persada dunia. Sekali gus, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020. bahasa isyarat dan lambang tampak dan bukan lambang

Pemupukan penggunaan Bahasa Melayu seharusnya bermula di bangku sekolah rendah lagi. Hal ini kerana, Bahasa Melayu selaku bahasa negara adalah wahana utama dan medium satu-satunya yang perlu digunakan oleh warga Malaysia untuk menerus dan mengekalkan peradaban nasional dalam pelbagai bidang, menyampai dan menyebarkan peradaban nasional kepada generasi mendatang seperti yang diamalkan oleh mereka semenjak turun-temurun. Dalam hal ini, bahasa Melayu memang berkeupayaan dalam memajukan warganya sekali gus negara Malaysia berteraskan kapasitinya sebagai bahasa rasmi yang merangkumi fungsi selaku bahasa ilmu. Selain itu keupayaan bahasa Melayu yang terpenting ialah ia memiliki modal linguistik yang cukup agam, selain mampu berkembang ke tahap status sebagai bahasa moden. Jelas sekali bahawa peranan bahasa Melayu dalam mencorakkan jati diri warga Malaysia begitu besar cabarannya. Justeru, aspirasi dan misi nasional dalam membentuk negara bangsa Malaysia yakni menyatupadukan warganya dan membentuk jati diri sepunya dalam kalangan warganya tidak akan tercapai jika warganya tidak menampilkan semangat waja untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang sepatutnya menjadi kebanggaan negara kita. Dasar yang ketiga mengapa mata pelajaran Bahasa Melayu di ajar di sekolah rendah adalah kerana Konsep bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Konsep ini mula diperkenalkan dalam tahun 90-an seiring dengan penekanan budaya ilmu pada masa yang sama setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan. Sebelum ini ketika tahun 80-an, konsep tersebut lebih dikenali sebagai bahasa Ilmiah ( Nik Safiah 1986 dan Abdullah Hassan 1987 ). Bahasa Ilmu ialah bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi dan ianya memainkan peranan sebagai bahasa pengantar kepada ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa

kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan

agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat. Menurut Laporan Penyata Razak, ... Hendak menyatukan budak -budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar .... Hal ini bermaksud bahawa tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu di sekolah. Tujuan keempat mengapa dasar mata pelajaran Bahasa Melayu diajar di sekolah rendah ialah kerana matlamat Kurikulum Bahasa Melayu itu sendiri iaitu untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian. Kemahiran Bahasa yang terkandung dalam Kurikulum Bahasa Melayu meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahirankemahiran ini merupakan teras penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa baku. Dengan adanya penguasaan bahasa dalam kalangan murid-murid sekolah rendah, aktiviti harian kanak-kanak dapat berlangsung dengan teratur dan mengikut

RUJUKAN Bahan Buku Abdullah Hassan. 1987. Isu-isu Perancangan Bahasa, Pengintelektualan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Mohamad Amin. 1992. Satu Kajian Khusus Penguasaan Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain. 1982. Pembinaan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tuan Jah Tuan Yusof. 2011.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Bahan Bukan Buku Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif Dan Organisasi Kandungan, diperoleh pada 18 Januari 2013, daripada http://amirgassi.blogspot.com /2011/05/falsafah-pendidikan-kebangsaan-matlamat.html Kurikulum Bahasa Melayu, diperoleh pada 18 Januari 2013, daripada http://sktdn.edu. my/portalv2/index.php/kurikulum/bahasa/bahasa-melayu Fungsi Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan, diperoleh pada 18 Januari 2013, daripada http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=14 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan, diperoleh pada 19 Januari 2013, daripada http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2011/02/bahasa-melayusebagai-bahasa-perpaduan.html Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu, diperoleh pada 19 Januari 2013, daripada http://cikgu-rozali.blogspot.com/2012/06/peranan-bahasa-melayusebagai-bahasa.html

Anda mungkin juga menyukai