Anda di halaman 1dari 1

Setelah berbincang dengan rakan-rakan, saya sendiri bersama seorang lagi rakan saya,Adawiyah disuruh

untuk menemu ramah seorang pengawal yang telah lama bersara. Dahulu,pengawal ini bekerja di Bangunan
Sultan Abdul Samad. Beliau ialah Encik Ali Mansur bin Samad. Dia berkhidmat kapada Sultan Abdul
Samad selama 35 tahun. Kami berjumpa dengan beliau di rumahnya pada hari Sabtu pukul 10:28 pagi.
Beginilah perbualan kami dengan beliau.

Haziqah: Assalamualaikum, Datuk Ali

Encik Ali: Waalaikumussalam, oh! Haziqah rupanya. Masukklah! Marilah ajak rakan kamu masuk sekali.

Haziqah: Boleh kami menanyakan kamu beberapa soalan mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad?

Encik Ali: Silakan

Haziqah: Bilakan bangunan ini dibina?

EncikAli: Setahu datuk, bangunan ini dibina pada tahun 1893 dan telah siap pada tahun 1897.

Adawiyah: Datuk, dimanakah letaknya lokasi bangunan ini?

Encik Ali: Lokasi bangunan ini terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Jalan Raja,
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Haziqah: Datuk, apakah kegunaan bangunan ini sebelum Merdeka (1957)?

Encik Ali: Sebelum Merdeka, bangunan ini telah digunakan sebagai Pusat Pentadbiran Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu, Pejabat Residen-General dan Pejabat Besar Pos.

Saya: Apakah bahan utama binaan bangunan ini?

Encik Ali: Seingat saya, bangunan ini diperbuat daripada batu,simen dan kayu sahaja.

Adawiyah: Bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia harus memainkan peranan kita sebagai “duta” dalam
memperkenalkan warisan Negara ini.

Encik Ali: Pemeliharaan dan Pemuliharaan bangunan berejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan
bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Saya: Saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Datuk Ali kerana sudi ditemu ramah.

Encik Ali: Sama-sama

Sebelum kami beransur pulang, kami dijamu dengan kuih muih dan secawan air teh. Tepat pada pukul 12:26
tengahari, kami keluar dari rumah Encik Ali.

Anda mungkin juga menyukai