Anda di halaman 1dari 5

EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA

2.0 ASPEK INOVASI DALAM MENINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN NEGARA 2.1 KEPENTINGAN INOVASI Senario sosioekonomi dunia telah berubah ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai enjin pertumbuhan. Senario ini dapat dilihat apabila pelaburan yang besar telah mula beralih kepada aktiviti berintensif pengetahuan seperti R&D, pelesenan dan harta intelek. Justeru, pembangunan negara perlu menjurus kepada pembentukan massa kritikal penyelidik dan melonjakkan diri kepada tahap pencipta teknologi dalam sistem inovasi kebangsaan.

Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan langkah yang diharap dapat memberi tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Langkah ini diharap dapat merapatkan jurang digital di antara golongan berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan golongan kurang berada. Inovasi dalam pendidikan juga sebenarnya memudahkan tugas guru di sekolah berkenaan proses pengajaran dan pembelajaran, kokurikulum, dan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan. Selain itu juga pihak pentadbiran juga dapat membuat tinjauan secara terus aktiviti-aktiviti guru apabila semua perkara melibatkan inovasi. Sehubungan itu faedah ini dapat diterjemahkan kepada murid-murid. Murid-murid lebih seronok menggunakan teknologi yang hebat dan berinovasi. Murid-murid juga dapat menginterpretasikan perkara yang dipelajari dengan kehidupan yang sebenar. Selain itu juga dengan adanya inovasi dalam pendidikan di sesebuah negara khususnya Malaysia. Sistem pendidikan secara tidak langsung akan menjadikan sebagai pendidikan tersebut bertaraf dunia jika hasil produk pelajar yang dilahirkan mempunyai daya saing yang hebat. Justeru itu pemikiran secara kreatif dan kritis akan dapat dilihat untuk generasi-generasi seterusnya.

Muka surat | 3

Lantaran perkembangan teknologi yang begitu pantas menyebabkan bidang pendidikan juga tidak terkecuali daripada pengaruh perkembangan teknologi pengajaran tersebut. menguasai dan memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih berkesan dan bermakna dan seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar. seterusnya membentuk tamadun yang lebih maju. perubahan dalam sistem penyampaian dan perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti. penggunaan sumber Internet dalam pengajaran dan banyak lagi.2 ASPEK INOVASI DALAM MENINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN NEGARA Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA Kemudahan inovsi ini dapat memberikan peluang kepada semua murid meneroka. Aspek ini dapat dilihat pada masa kini dalam sistem pendidikan negara yang menggunakan kemudahan teknologi sedia ada bagi proses pengajaran dan pembelajaran sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Inovasi dalam pendidikan pula merupakan aktiviti yang melibatkan pembaharuan. Inovasi boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi baharu. inovasi dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah. Bagi bidang pendidikan itu sendiri. sistem. Perkembangan teknologi pengajaran merupakan salah satu daripada aspek yang berkaitan inovasi dalam pendidikan. perkembangan persekitaran pembelajaran. Hal ini bagi menggantikan sistem tradisional yang hanya menggunakan papan hitam dan kapur semata-mata. dan lain-lain yang baru. Ini akhirnya akan dapat melahirkan generasi berilmu dan bijaksana yang berdaya saing untuk merealisasikan wawasan negara 2020. inovasi ini berlaku dalam beberapa aspek termasuklah strategi pengajaran- pembelajaran. Muka surat | 4 . reka bentuk resos dan penaksiran pembelajaran. 2. perkembangan teknologi pengajaran. adat. perkembangan dan perubahan yang positif dalam pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kurikulum mengikut keperluan semasa. Penggunaan teknologi dalam pengajaran berlaku dalam pelbagai bentuk seperti persembahan penyampaian.

guru bagi mata pelajaran Kajian Tempatan tidak perlu membawa murid-murid ke luar negara semata-mata untuk melihat kejadian gunung berapi. Hal ini sangat menguntungkan bukan sahaja kepada guru malah kepada murid-murid juga. guru-guru di sekolah dapat membawa dunia luar terus ke dalam bilik darjah sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. malah dapat menarik minat murid yang sedia ada. Hal ini kerana medium persembahan tersebut bukan sahaja dapat membantu melancarkan proses pengajaran guru. namun usaha untuk meningkatkan kawasan penyebaran jaringan tersebut sedang giat dilakukan oleh pihak kerajaan. Contohnya. Secara fitrah. objektif P&P yang ditetapkan juga akan dapat dicapai sepenuhnya andai kata medium tersebut bijak digunakan dengan baik dan betul. Murid-murid akan lebih memahami sesuatu perkara tersebut dengan lebih jelas di samping menambahkan pengetahuan sedia ada mereka. Justeru itu. rakaman audio dan smart board interaktif. Internet merupakan salah satu keperluan bagi murid-murid pada zaman sekarang. Berdasarkan penggunaan sumber internet.EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA Secara tidak langsung. tayangan video. Antaranya melalui medium persembahan penyampaian seperti power point. Oleh yang demikian. semua orang amat sukakan hiburan termasuklah murid-murid sekolah. Muka surat | 5 . Perkara ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa. aspek penggunaan teknologi dalam pengajaran ini juga turut berupaya meningkatkan mutu pendidikan negara melalui penggunaan sumber internet dalam proses pengajaran bilik darjah. Selain medium persembahan. apabila adanya medium sedemikian pasti akan dapat menjadikan proses P&P bertambah menarik dan semakin mudah untuk difahami. Walaupun masih ada lagi murid-murid yang buta internet terutamanya murid-murid di kawasan luar bandar. Manakan tidak. malah penjimatan wang dan tenaga juga dapat dilakukan. aspek penggunaan teknologi dalam pengajaran ini mampu meningkatkan mutu pendidikan negara. pada masa kini segala-galanya hanya berada di hujung jari sahaja. Melalui medium pengajaran seperti tayangan video sahaja sudah mampu untuk menerangkan dengan lebih lanjut berhubung fenomena alam tersebut. Perkara ini menunjukkan betapa pentingnya penggunaan internet dalam kehidupan kita terutamanya bagi bidang pendidikan itu sendiri.

Berdasarkan penggunaan bahan-bahan tersebut. Malah. twitter dan sebagainya lagi sampai membazirkan masa yang ada. Hal ini sejajar dengan perkembangan teknologi semasa selain daripada menandingi bidang pendidikan dunia luar yang pesat berkembang. Dengan menggabungkan akses internet. penggunaan e-mel. Perkara ini secara tidak langsung dapat menggantikan pendidikan bilik darjah tradisional yang agak terbatas. guru dan ibu bapa di Malaysia. ujian dan menyemak tugasan secara maya. Muka surat | 6 . FrogAsia merupakan satu program yang memperkenalkan masa depan pendidikan kepada golongan pelajar. blog dan portal serta alat komunikasi yang lain juga turut menyumbang kepada peningkatan mutu pendidikan negara. Namun. Walaupun penggunaan teknologi dalam pengajaran ini berupaya meningkatkan mutu pendidikan negara. sebagai guru. sejauh manakah murid-murid menggunakan jaringan tersebut dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. platform pembelajaran bertaraf dunia dan akses kepada sumber dan teknologi yang terbaik dalam kelasnya ini dapat memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran sedia ada. papan maklumat dalam talian. sementara murid-murid pula dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) ini. Pihak kerajaan juga boleh menghalang tabiat atau tingkah laku sedemikian dengan cara menyekat atau mengharamkan laman-laman web yang tidak baik. Antaranya ialah melalui penggunaan internet. usaha keras perlu diambil segera bagi membanteras tingkah laku tidak bermoral sebegitu. program Frog Asia yang sedang dibangunkan melalui projek 1BestariNet di semua sekolah seluruh Malaysia. Contohnya. Internet sangat bagus dan mampu meningkatkan mutu pendidikan sedia ada sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Oleh yang demikian. namun terdapat beberapa kelemahan yang mungkin akan timbul dan secara tidak langsung boleh menjejaskan mutu pendidikan tersebut. Mereka juga sering kali menggunakan internet bagi melayari laman-laman sosial seperti facebook. Perkara ini sering kali terjadi kepada murid-murid zaman sekarang yang terdedah dengan dunia tanpa sepadan secara meluas. guru-guru juga dapat memberikan tugasan.EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA Di samping itu. segala aktiviti P&P boleh dijalankan secara maya. Ada pula dalam kalangan mereka yang lebih berani sehinggakan sanggup melayari laman-laman porno dan laman-laman yang tidak sesuai.

Seandainya bekalan elektrik tiada. Walaupun begitu. seseorang itu perlu peka dan menggunakan bahan TMK yang ada dengan sebaiknya di samping cuba menangani masalah-masalah yang timbul. Contohnya.EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA Selain itu. sebagai guru. inovasi dalam pendidikan sangat membantu guru terutamanya guru-guru baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Masalah ini sangat merumitkan terutamanya dalam bidang pendidikan yang mementingkan penggunaan medium persembahan penyampaian yang sangat memerlukan tenaga elektrik bagi mengaktifkannya. Kadang-kala sistem yang ada hanya sesuai digunakan oleh masyarakat atau murid-murid di sesuatu kawasan sahaja. FrogAsia hanya sesuai digunakan di sekolah-sekolah elit atau kawasan bandar yang menempatkan masyarakat yang celik teknologi. disamping masalah sistem dan jaringan internet. Muka surat | 7 . perkara sebegini akan dapat meningkatkan mutu pendidikan negara di persada antarabangsa. Kesimpulannya. Bukan itu sahaja. harus diingat bahawa bahan-bahan berteknologi tersebut turut mempunyai kelemahan yang tersendiri. Oleh yang demikian. masalah lain yang dapat menghalang peningkatan mutu pendidikan negara ini ialah sistem yang telah dibangunkan. Mereka pasti akan terpinggir dengan arus kemodenan dunia pendidikan pada masa sekarang sehinggakan menghalang mereka untuk menerima ilmu pengetahuan selaras dengan murid-murid yang lain. Secara tidak langsung. medium tersebut tidak dapat digunakan dan hal ini pasti akan membantutkan peningkatan mutu pendidikan negara kerana murid-murid hanya didedahkan dengan sistem tradisional. Guruguru dapat mempelbagaikan aktiviti serta teknik pengajaran mengikut peredaran semasa iaitu dengan menggunakan bahan-bahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). kebiasaannya kawasan luar bandar juga sering kali kekurangan bekalan tenaga elektrik. Hal ini pasti akan memberi kesan negatif kepada murid-murid luar bandar khususnya murid-murid yang berpendapatan rendah serta tidak mempunyai jaringan internet yang meluas.