Anda di halaman 1dari 2

Hema a/p Rengasamy REFLEKSI Terlebih dahulu, saya sangat bersyukur kehadrat Tuhan kerana limpah dan kurniaanya saya

dapat menyiapkan tugasan gerko ini. Tugasan gerko ini merangkumi tentang kertas kerja yang dilakukan berdasarkan Kejohanan Bola Baling Tertutup IPG Kampus Pulau Pinang. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini banyak pihak yang menghulurkan bantuan dan sokongan kepada saya. Maka di sini saya mengambil peluang ini untuk menyusun sepuluh jari saya untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak tersebut. Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya yang banyak membantu dan membimbing kami dalam kerja kursus ini. Melalui tugasan ini saya telah mempelajari dan mendapat tahu banyak perkara baru yang berguna dan bermanfaat. Pertamanya, saya telah belajar untuk menghasilkan suatu kertas kerja dan saya juga dapat pelajari apakah langkahlangkah dan tugas yang perlu dibuat apabila menganjurkan satu kejohanan bola baling tertutup di IPG Kampus Pulau Pinang. Pada masa yang sama saya juga berusaha untuk mengenal peraturan dan syarat-syarat bagi menganjurkan sesuatu permainan. Pensyarah pembimbing saya memberikan banyak maklumat-maklumat yang terkini dan lengkap tentang kerja kursus ini. Selain itu, beliau juga menunjukkan dan mendemostrasikan permainan ini untuk kami mempelajari dan mendalaminya. Selain itu, semasa membuat tugasan ini saya menghadapi banyak halangan dan rintangan yang sekali-sekala menggugat keyakinan saya tetapi saya tetap tabah dan rajin mendalami pelbagai buku rujukan dan mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar pensyarah pembimbing. Sekali-sekala pensyarah dan ahli kumpulan saya juga memberikan idea-idea baru yang memberangsangkan dalam usaha menyempurnakan tugasan permainan ini. Akhirnya, kerja kursus ini memberikan banyak manfaat dan faedah kepada diri saya secara langsung dan tidak langsung. Selain itu, saya juga mengetahui cara

. Saya sangat berharap agar tugasan saya ini memenuhi kehendak pensyarah dan menjadi sesuatu tugasan yang sempurna. Walaupun. saya menghadapi banyak kesulitan semasa menyempurnakan tugasan ini akhirnya saya dapat melakukan tugasan ini dengan bantuan ahli kumpulan saya seperjuangan dan pensyarah pembimbing.penyediaan sesuatu kertas kerja melalui KKP ini. terima kasih. Maka sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka. Sekian.