Anda di halaman 1dari 4

Kepentingan Tumbuhan Semula Jadi dalam Ekosistem

Ekosistem dalam suatu sistem yang melibatkan tindak balas antara benda hidup dengan benda bukan hidup. Komponen benda bukan hidup terdiri daripada tanih, air, udara, dan cahaya matahari. Komponen ini menyediakan persekitaran luar bagi komponen benda hidup. Komponen benda hidup terdiri daripada semua spesis tumbuhan dan haiwan yang hidup dalam persekiran ini. Setiap komponen dalam sesuatu ekosistem memainkan peranan masin-masing Rajah 4.1 menunjukan suatu ekosistem disebuah hutan hujan tropika. Dalam ekosistem ini, semua benda hidup saling bergantung antara satu dengan yang lain. Benda hidup juga bertindak balas dengan benda bukan hidup. Tumbuhan hijua memerlukan tanah, air, udara, karbon dioksida dan cahaya matahari untuk membuat makananya sendiri melalui proses fotosintesis. Melalui proses ini, oksigen dibebaskan. Tumbuhan menjadi makanan kepada haiwan. Oksigen yang dibebaskan pula diperlukan olen haiwan untuk pernafasan. Peranan tumbuhan ini disebut sebagai pengeluar. Haiwan, contohnya arnab memakan rumput dan daun. Haiwan ini disebut sebagai herbivor. Arnab pula menjadi makanan kepada haiwan karnivor seperti musang dan harimau. Arnab,musang, dan harimau adalah pengguna dalam ekosistem ini. Apabila haiwan-haiwan ini mati, pengurai seperti kulat dan bakteria akan bertindak mereputkan bangkainya. Bahan yang terurai menjadi nutrien yang menyuburkan tanih. Dalam hal ini, peranan pengurai adalah sebagai penukar. Nutrien yang dihasilkan itu akan diserap oleh tumbuhan sebagai sumber bahan untuk membuat makananya. Oleh itu, peranan tumguhan sebagai pengeluar adalah sangat penting. Penebangan tumbuhan semulajadi akan menyebabkan kekurangan sumber makanan. Tumbuhan Semula Jadi Sebagai Habitat Flora dan Fauna

Hutan di Malaysia sudah lama wujud. Contohnya, Taman Negara sudah wujud kira-kira 130 juta tahun dulu. Oleh itu, hutan di Malaysia mempunyai kepelbagaian hidupan atau biodiversiti serta menjadi habitat kepada pelbagai flora dan fauna. Terdapat 8000 spesis bunga dan 26oo spesies pokok kayu di hutan kita. Di antara spesies-spesies ini ada yang tidak dapat ditemukan di negara-negara lain. Begitu juga halnya dengan faunanya. Terdapat 280 spesies mamalia, 600 spesies burung, 140 spesies ular, 165 spesies katak, dan 1000 spesies rama-rama. Ciri-ciri ini bukan saja mengindahkan dan menyamankan tetapi juga melengkapkan alam di Malaysia.

14. 3 Tumbuhan Semula Jadi sebagai Sumber Perhutanan

Pokok cengal, merbau, nyatoh, bitis, dan kempas yang banyak terdapat di hutan hujan tropika kita itu merupakan kayu balak yang sangat tinggi nilainya. Kayu keras yang di hasilkan daripada pokok-pokok ini sesuai untuk dibuat perabot serta serta digunakan dalam industri pembinaan. Kebanyakkan kerangka rumah dan kapal dibuat daripada kayu-kayu ini. Kayu keras ini dieksport dalam bentuk balak gergaji, kayu gergaji dan papan lapis. Damar daripada pokok damar minyak dapat dibuat varnis dan perekat. Getah pokok kulim dapat dijadikan bahan untuk bau-bauan. Daun pokok nipah dapat dibuat atap. Mengkuang dan rotan dapat dijadikan bahan untuk kraftangan dan perabot. Kayu bakau digunakan sebagai cerucuk dalam industri pembinaan. Kayu bakau sangat baik dibuat kayu arang yang brkualiti tinggi. Batang nibung pula dapat dibuat tiang rumah dan kelong. Selain itu, tumbuh-tumbuhan dihutan penting juga kepada orang asli dan masyarakat tempatan sebagai sumber makanan. Contohnya ialah keladi liar, buah durian, buah tampoi, petai, kerdas dan perah. Tumbuhan Semula Jadi dan Pembiakan Hidupan Laut

Akar-akar pokok bakau di hutan paya air masin rapat-rapat dan banyak. Keadaan ini mengurangkan hakisan ombak di kawasan muara sungai dan pinggir laut. Dicelah-celah akar pokok bakau pelbagai hidupan laut dapat berlindung daripada ombak yang kuat. Di sni, anak-anak ikan dapat juga bersembunyi dan mengelakkan diri daripada di makan oleh hidupan laut yang lain. Oleh itu, kawasan ini menjadi tempat hidupan laut seperti ikan, udang, ketam, dan siput bertelur dan membiak. Antara hidupan yang banyak terdapat dikawasan ini ialah ketam uca dan ikan belacak. Selain itu, tanih di kawasan ini terdiri daripada lumpur, tanah liat, dan bahan-bahan reputan. Bahan reputan daripada tumbuhan dan haiwan yang mati dalam ekosistem di sini adalah nutrien yang menjadi makanan asa dalam rantaian makanan bagi kebanyakkan hidupan laut.

Kepentingan Tumbuhan SemulaJadi sebagai Kawasan Tadahan Hujan

Hutan di kawasan tanah tinggi penting sebagaikawasan tadahan hujan. Hutan ini merupakan kawasan yang luas untuk menadah dan mengumpulkan air ketika hujan. Hutan akan bertindak sebagai span berongga yang besar yang menyerap serta menapis air lalu mengalirkan perlahan-lahan ke anak sungai, empangan, kolam, dan tasik. Contohnya, kawasan hutan Padang Terap, Sik, dan Baling di Kedah yang seluas 160 000 hektar itu merupakan kawasan tadahn hujan bagi Empangan Pedu, Ahning, Muda, dan Beris. Air daripada empangan ini menjadi sumber bekalan air yang utama di seluruh negeri Kedah.

Air yang diserap ke dalam tanah di kawasan ini ditapis secara semulajadi. Air ini sangat bersih dan jernih. Air ini akan keluar ke permukaan tanah melalui mata air. Air ini ada yang di komersialkan sebagai air mineral. Walau bagaimanapun, air dari sungai atau empangan perlu ditapis dan di bersihkan untuk menjamin kebersihannya sebelum disalurkan ke rumah-rumah. Tumbuhan Semula Jadi sebagai Penghalang Hakisan

Hutan memainkan peranan yang penting dalam mencegah hakisan tanah. Hutan bertindak sebagai penutup bumi semulajadi dan melindungi tanah daripada hakisan air dan angin. Kanopi hutan yang berdaun rimbun mengurangkan hakisan hujan. Daun-daun pokok berfungsi memecahkan butiran hujan dan memperlahan kelajuan titisan air hujan. Liputan daun dan sarap di atas permukaan tanah juga merendahkan hakisan air larian. ( Lihat Rajah 14.3). Akar-akar pokok berfungsi untuk mencengkam tanih dan menahannya daripada dihakis oleh air. Rumput dan pokok-pokok renek yang tumbuh di permukaan lantaihutan akan turut melindungi tanih darplada di hakis. Kawasan yang tidak di liputi tumbuh-tumbuhan mudah mengalami hakisan tanah. Tanih yang terhakis akan dibawa ke sungai dan menyebabkan dasar sungai menjadi cetek. Di kawasan paya air masin pula, pokok-pokok bakau dapat menghalang tindakan hakisan oleh air laut. Akar pokok bakau menguatkan struktur tanah serta menahan tindakan ombak di pinggir laut. Tumbuhan Semula Jadi sebagai Kawasan Eko-Pelancongan

Kawasan hutan menjadi kawasan tarikan pelancong, khususnya bagi pelancong yang gemar akan suasana alam semula jadi. Suasana yang damai, redup, nyaman, serta pemandangan indah di kawasan hutan menjadi kegiatan eko pelancongan semakin popular di negara kita. Antara kawasan itu termasuklah Gunung Ledang di Johor, Sekayu di Terengganu, Hutan Lipur Kancing, di Selangor, Taman Negara Kinabalu di Sabah, dan Taman Negara Mulu di Sarawak. Taman-taman negara seperti Taman Negara di Pahang, Taman Negara Kinabalu di Sabah, dan Taman Negara Bako di Sarawak dibuka kepada pelancong. Taman negara tersebut di lengkapi pelbagai kemudahan untuk para pengunjung. Antaranya termasuklah kawasan perkhemahan, tempat penginapan, desai alam, kolam mandi semula jadi, tempat untuk memerhatikan hidupan liar, serta peralatan untuk mendaki cerun. Tempat-tempat ini menarik ramai pelancong tempatan dan luar negara. Industri pelancongan Malaysia dapat berkembang dengan pembukaan hutan-hutan tersebut untuk pelancongan.

14.9 Tumbuhan Semula Jadi sebagai Sumber Perubatan

Secara tradisional, tumbuhan semula jadi sudah lama dijadikan ubat-ubatan. Akar, kulit, ranting, daun, dan buah daripada tumbuhan semulajadi tertentu dapat dijadikan bahan ubat. Terdapat kira-kira 1158 spesies tumbuhan yang dapat di gunakan sebagai bahan ubat di temukan di hutan kita. Ubat tradisional ini pada umumnya dapat mengubati penyakit seperti sakit kepala, sakit perut, cirit-birit, demam, luka, keguguran, dan tekanan darah tinggi. Anatar beberapa jenis tumbuhan yang dapat dijadikan bahan ubat termasuklah ubi gadung, halia liar, tongkat Ali, senduduk, pulai, hempedu bumi dan kacip Fatimah.