Anda di halaman 1dari 8

THREATS (HALANGAN)

Terdapat beberapa halangan yang telah kami hadapi semasa menghasilkan arca stabail kami ini. Antaranya, kekurangan bahan, masa yang terhad, kekurangan idea dan percanggahan idea ahli kumpulan kami.

Halangan yang terdapat di dalam arca buatan kami ialah yang pertamanya kekurangan bahan. Bahan yang digunakan didalam arca kami tidak lengkap dan bahan yang digunakan kurang menarik perhatian.

Selain itu, masa juga memainkan peranan dalam membina arca. Masa yang terhad menyebabkan arca yang dihasilkan kurang berkualiti dan kami sebagai pereka arca ini sendiri kurang berpuas hati dengan arca buatan kami.

Kekurangan idea juga merupakan salah satu faktor halangan kami. Idea yang dikemukakan oleh ahli kumpulan kami kurang memberangsangkan kerana kekurangan pengetahuan dalam bidang arca dan disebabkan itulah arca yang dihasilkan kurang memuaskan.

Disamping itu, semasa melakukan arca ini juga, berlaku percanggahan idea di antara ahli kumpulan kami. Hal ini kerana masing masing ingin idea yang dikemukakan menjadi pilihan menyebabkan kami tidak dapat membuat keputusan arca sebagaimana yang ingin dihasilkan.

STRENGTH (KEKUATAN)

Terdapat beberapa kekuatan yang telah kami peroleh semasa menghasilkan arca stabail kami ini. Antaranya, perkongsian idea kesemua ahli kumpulan, semangat kerjasama yang tinggi, sifat ingin tahu yang mendalam, dan sifat daya saing yang kuat.

Melalui pengkongsian idea, kami dapat mengetahui, memahami, dan menerima idea yang telah diutarakan oleh setiap ahli kumpulan dan kami telah bersetuju untuk menggabungkan ke semua idea bernas kami.

Selain itu, semangat kerja sama yang tinggi. Melalui aktiviti membina arca ini, kami dapat menonjolkan semangat kerjasama yang tinggi semasa kami bersama sama bersusah payah untuk mencari bahan sebanyak mungkin dan sekreatif mungkin kami menghasilkan arca stabail ini.

Tambahan pula, kekuatan kami ialah sifat ingin tahu yang mendalam. Oleh kerana kami masih belum arif mengenai arca dan jenis jenis arca, kami mengambil inisiatif untuk mencari maklumat mengenainya secara atas talian. Seterusnya, arca yang dihasilkan akan menepati tugasan yang diberikan disebabkan oleh sifat inkuiri yang tinggi dalam setiap ahli kumpulan kami.

Sifat daya saing yang kuat merupakan kekuatan utama dalam ahli kumpulan kami semasa menghasilkan arca stabail ini. Sifat ini telah membuatkan kami berusaha bersungguh sungguh bagi memastikan arca yang dihasilkan menepati tugasan yang diberikan dan mampu bersaing dengan kumpulan-kumpulan yang lain.

OPPORTUNITY (PELUANG)

Melalui penghasilan arca stabail yang telah direka oleh ahli kumpulan kami, beberapa ruang dan peluang telah kami terokai. Antaranya, ilmu yang cetek telah kami tokok tambah menjadi lebih baik, mengaplikasi ilmu teori yang telah dipelajari, mengetahui lebih mendalam tentang penghasilan arca serta merapatkan lagi ukhuwah antara ahli kumpulan.

Aktiviti yang telah direncanakan sangat membantu kami untuk menambah ilmu pengetahuan kami dalam penghasilan arca. Selain itu, kami turut berpeluang untuk menerapkan unsur seni yang telah diajar semasa aktiviti tersebut. Pelbagai ilmu telah kami perolehi dengan bantuan pensyarah serta hasil daripada perbincangan sesama ahli kumpulan.

Seterusnya, hasil pembelajaran teori di dalam kelas telah kami aplikasikan semasa aktiviti tersebut. Ternyata aktiviti amali banyak membantu kami terutama untuk lebih memahami tentang topik yang telah diajar. Keberkesanan aktiviti yang telah dijalankan terbukti apabila kami mampu mengolah sebuah arca dan mengapresiasi karya yang telah dihasilkan pada akhir aktiviti dengan jayanya.

Secara jujur, walaupun kami mengambil mata pelajaran pendidikan seni sejak di bangku sekolah rendah, kami tidak pernah membina arca. Justeru, ini merupakan julung kalinya kami diberi peluang secara langsung untuk menghasilkan sebuah arca. Keterujaan kami semasa proses penghasilan arca berada di tahap maksima terutamanya setelah arca yang kami bina telah terhasil.

Akhir sekali, secara tidak langsung kami juga telah diberi peluang untuk merapatkan ukhuwah antara satu sama lain. Hubungan silaturrahim yang telah terjalin dapat dieratkan lagi semasa aktiviti dijalankan. Hal ini demikian kerana,

aktiviti ini memerlukan semangat berpasukan yang tinggi di mana kami perlu bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Kesimpulannya, aktiviti seperti ini sangat rasional dan harus diteruskan lagi demi kemaslahatan setiap pelajar.

WEAKNESS (KELEMAHAN)

Dalam proses pembuatan arca stabail, terdapat beberapa kelemahan yang telah kami hadapi untuk menyiapkan hasil arca stabail dalam kerja kumpulan ini. Kelemahan-kelemahan yang kami hadapi telah menyukarkan kami sedikit dalam proses pembuatan arca yang dihasilkan.

Dengan kekurangan keyakinan diri, kami tidak pasti untuk menghasilkan arca yang baik dan memuaskan. Kurangnya bahan dalam proses pembuatan arca yang ingin dihasilkan telah mengurangkan lagi keyakinan dan semangat diri kami dalam penghasilan arca stabail ini.

Selain daripada itu, kekurangan pengetahuan dalam menghasilkan arca stabail turut menjadi kelemahan kami. Pengetahuan dalam penghasilan arca yang kurang telah menyukarkan kami untuk membuat keputusan untuk memilih bentuk arca.

Di samping itu, kami juga memakan masa yang lama untuk membuat keputusan muktamad dalam proses penghasilan arca ini. Pilihan baik yang dicadangkan oleh setiap ahli kumpulan telah menyukarkan kami untuk membuat keputusan terakhir.

Walau bagaimana pun, arca yang kami hasilkan telah meningkatkan lagi keyakinan kami untuk terus mengekalkan semangat ketekunan, kretiviti dan dedikasi dalam diri masing-masing. Penghasilan arca dalam kumpulan ini turut menambahkan lagi ilmu, maklumat dan fakta terkumpul dalam diri.

Secara kesimpulannya, dengan melakukan sesuatu kerja dalam kumpulan dapat membolehkan masalah dan kelebihan sesuatu dapat dilihat dalam pelbagai perspektif.

INTRODUCTION (PENDAHULUAN)

Arca merupakan suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.

Terdapat pelbagai jenis arca yang boleh dihasilkan seperti arca asemblaj, arca binaan, arca luakan, arca timbulan, arca tambahan, arca mobail, arca stabail, dan arca dinding. Kumpulan kami telah diberi tugasan untuk membina sebuah arca dan kami telah memilih untuk menghasilkan karya arca jenis stabail.

Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagian dicantum dengan tali atau benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak.

Arca stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum dan boleh bergerak secara terawang-awang. Biasanya rekaan arca stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti individu dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Tambahan pula, arca stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

Anda mungkin juga menyukai