Anda di halaman 1dari 6

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

TAJUK 4

BUMI:

Kitaran Air, Sungai, Tasik dan Air bawah tanah

1.1

Sinopsis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui fenomena kitaran air, sungai, tasik dan air bawah tanah.

1.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. ii. iii. iv. v. Menerangkan kitaran air berkaitan sumber air Membuat inference hasil ujikaji Membuat kajian keberkesanan aktiviti bagi memenuhi hasil pembelajaran PPIK. Menulis rasional memilih aktiviti PPIK Membina strategi pentaksiran PPIK.

1.3

Kerangka Tajuk

Bumi

Kitaran Air

Sungai

Tasek

Air Bawah Tanah

35

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Gambar Kitaran Hidrologi

4.3.1 Proses Kitaran Air (Hidrologi) i. Proses mendatar a. Larian air permukaan Baki air hujan yang mengalir di atas permukaan tanah setelah ditolak dengan air yang mengalami sejatan, pintasan, susupan, dan juga yang digunakan oleh tumbuhan dan setelah semua liang pori tanah tepu dengan air dan hujan tidak lagi boleh meresap sebaliknya menuju ke sungai, tasik,kolam dan laut.

b. Aliran air bawah tanah Air bawah tanah mengalir perlahan melalui liang dalam batuan di bawah permukaan. Air mengalir kerana terdapat perbezan tekanan dan kecerunan. Air dari Zon tepi mengalir menuruni cerun aras mata air hingga sampai ke sungai, tasik atau paya. c. Alir Lintang atmosfera Air tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air yang akan berkumpul menjadi awan. Wap-wap air (awan) ini pula akan dialirkan secara melintang oleh angin ke bahagian daratan atau sebaliknya dari daratan ke lautan. Bila sampai ke tahap tepu akan turun sebagai kerpasan.

36

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

ii. Proses menegak

a.Sejatan

Proses penukaran bentuk air daripada cecair kepada wap air.Berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di atmosfera yang belum sampai ke peringkat tepu. Memerlukan bekalan tekanan haba dari matahari yang mencukupi untuk memanaskan permukaan air sama ada daripada lautan, sungai, tasik, kolam dll. Faktor-faktor mempengaruhi proses sejatan : Sila rujuk unsur sejatan di tema sistem atmosfera. b.Sejatpeluhan(perpeluhan/ transpirasi)

Pemindahan wap air ke atmosfera melalui proses transiprasi dari tumbuhan dan sejatan daripada tanah dan tumbuhan. Terjadi kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera terutama pada waktu siang yang panas.

Faktor-faktor mempengaruhi proses sejatpeluhan a) suhu permukaan tersejat semakin tinggi suhu air permukaan tersejat semakin tinggi kadar sejatpeluhan kerana partikel air akan mempunyai tenaga untuk bertukar ke wap air di atmosfera.

b) pengaruh angin jika terdapat pengaliran udara yang baik, kadar sejatpeluhan akan tinggi kerana udara yang bergerak akan membawa udara yang tepu keluar dengan ini memberi ruang untuk proses sejatpeluhan yang seterusnya.

c) kandungan air - air bersih akan mudah tersejat berbanding air masin. Jika kandungan air tanih banyak mineral ia akan melemahkan proses sejatpeluhan.

37

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

d) litupan tumbuhan semakin banyak litupan tumbuhan di sesuatu kawasan ia akan menggalakkan proses transpirasi dan seterusnya sejat peluhan.

e) kandungan lembapan tanih semakin tanah lembap semakin tinggi kadar sejatpeluhan kerana ketersediaan air untuk disejat.

4.3.2 EDARAN AIR TANIH

Semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanih sebagai medium(bahan antaranya) seperti aliran sub permukaan , susupan/infiltrasi(menegak), dan pergerakan air secara mendatar(rembesan) dalam sistem akuifer.

KOMPONEN EDARAN AIR TANIH i. Pergerakan Mendatar a. Larian air permukaan

38

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

b. Aliran air bawah tanah Aliran secara perlahan melalui liang dalam batuan di bawah permukaan. Air mengalir kerana terdapat perbezan tekanan dan kecerunan. Air dari Zon tepu mengalir menuruni cerun aras mata air hingga sampai ke sungai, tasik atau paya.

Gambar pergerakan air ii. Pergerakan menegak: a) Resapan/infiltrasi iii. Keporosan Keporosan ialah ruang rongga antara tanih Faktor-faktor memepengaruhi keporosan tanih a) susunan partikel tanah susunan partikel secara longgar akan menyebabkan keporosan yang tinggi b) komposisi partikel tanah jika batuan homogenius ( partikel yang sejenis) keporosannya lebih tinggi . Berbanding batuan heterogenius ( partikel berlainan jenis) kerana celahan saiz partikel yang besar boleh dipenuhi saiz partikel yang kecil maka ini mengurangkan ruang rongga dalam tanah. c) saiz partikel semakin besar partikel tanah semakin rendah keporosan sebab kurang rekahan antara partikel. d) Pemadatan tanah jika sesuatu tanah itu semakin padat keporosan semakin rendah kerana ruang rongga telah dimampat. e) Proses geomorfologi semakin sesuatu tanah terdedah kepada proses geomorfologi seperti gerakan jisim akan meningkatkan keporosan tanah. iv. Ketelapan. Ketelapan ialah kebolehan air mengalir melalui ruang rongga tanah.

39

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

v. Akuifer(ground water) Takungan air di lapisan batu tidak telap air setelah proses resapan berhenti. vi. Simpanan air tanih Simpanan air di permukaan bawah tanah dalam zon pengudaraan sebelum air diresap ke lapisan akuifer dan digunakan oleh tumbuhan.

Latihan 1) Terangkan bagaimana manusia boleh mengganggu proses sejatpeluhan. 2) Terangkan proses kitaran air.

Layari Internet . http://books.google.com.my

Selesai bahagian ini.

Rehatlah dulu.

Rujukan Lutgens, F. K. & Tarbuck, E.J. (2005). Foundations of earth science. 4th Edition, New Jersey: Pearson Prentice Hall. 40

Anda mungkin juga menyukai