Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-2 Kedua 9 April 2013 Masalah kekangan masa.

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu kedua, saya mula memasuki kelas untuk mengajar. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran telah di siapkan pada minggu lepas. Saya mendapat 5 jam untuk sesi pengajaran pada pratikum kali ini. Pada 8 April 2013, saya mendapat 4 masa berturut untuk sesi pengajaran. Saya terpaksa berkejaran untuk pergi ke kelas selanjutnya. Bagi saya, masa untuk pergi ke kelas seterusnya mengambil masa. Hal ini disebabkan oleh, saya terpaksa habis awal untuk kelas 4 uranus. Kemudian bergerak ke 5 uranus yang berada di bangunan bertentangan dengan 4 uranus. Selain daripada itu, 5 uranus dan 4 uranus juga kurang memahami arahan saya semasa mereka melakukan aktiviti berkumpulan.

2. Analisis

Masalah ini timbul apabila guru sebelum kelas 4 uranus melepaskan muridmuridnya lewat dari masa yang ditetapkan. Ini merupakan pengajaran saya yang pertama, jadi saya kurang mahir dengan langkah yang patut saya lakukan. Apabila saya lewat masuk ke dalam kelas 4 uranus, segala aktiviti yang saya bakal lakukan agak terganggu. Saya harus mempercepatkan langkah tetapi masih lagi dalam berhati-hati agar murid dapat menerima pengajaran saya. Seterusnya, selesai 4 uranus, saya perlu bergerak ke 5 uranus yang berada

berhadapan dengan 4 uranus. Saya harus cepatkan langkah agar tidak terlalu lewat untuk memulakan sesi pengajaran bagi 5 uranus. Masalah ini timbul apabila saya terpaksa berkejaran untuk mengejar masa. Bagi masalah arahan tidak jelas pula, ada sekumpulan murid yang masih lagi berbual ketika saya mengajar. Mereka kurang mendengar arahan saya. Kemungkinan suara saya kurang jelas dan arahan kurang jelas.

3. Cadangan Tindakan Susulan

(a) Saya patut mengatur jadual saya agar lebih sistematik. Selain daripada itu, saya juga harus melakukan sesuatu perkara dengan lebih cepat dan pantas. Contoh semasa memasang dan menutupLCD dan computer. Semasa sesi latihan individu LCD dan Komputer boleh di tutup dan bersedia untuk ke kelas seterusnya. (b) Saya harus menggunakan khidmat murid untuk menolong saya dalam mengemas peralatan yang saya guna untuk di bawa ke kelas 5 uranus. (c) Saya patut menggunakan bahasa yang mudah di fahami oleh murid agar mereka dapat mendengar dengan lebih jelas. Selain itu, arahan untuk murid saya harus menulis atau menampal arahan menggunakan kertas atau kad manila. Hal ini disebabkan murid boleh membaca apabila mereka tidak mendengar arahan saya. (d) Saya juga perlu memperbaiki aktiviti saya agar lebih menarik untuk menarik minat murid untuk menumpukan sepenuh perhatian mereka pada pengajaran dan pembelajaran. (e) Saya juga perlu menerima teguran dan nasihat daripada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Selain daripada itu, saya juga hars sering berjumpa dengan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing untuk mendapatkan maklumat dan cara yang betul untuk mengatasi masalah ini. Perhatian dan tunjuk ajar guru pembimbing dan pensyarah pembimbing amat berguna.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan bilik darjah amat penting ketika sesi P&P sedang berlangsung supaya semua murid menerima dan mencapai objektif pembelajaran yang telah disasarkan. Selain itu, cara penerangan arahan juga penting bagi memastikan setiap murid melakukan aktiviti dan tugasan dengan betul.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-3 Kedua 11 April 2013 Masalah hasil pembelajaran

1. Masalah / Peristiwa Pada hari ini (14 April 2013), saya telah menghadapi masalah dari penghasilan hasil pembelajaran. Hasil pembelajra Aktiviti yang telah saya rencanakan pada awal tidak dapat dijalankan dan mengalami kelewatan. Hal ini menyebabkan saya terkejar-kejar dalam melaksanakan setiap langkah dalam sesi P&P saya dan menyebabkan saya tidak dapat menyampaikan penerangan dengan sempurna. 2. Analisis Masalah ini timbul apabila murid-murid datang lambat ke bilik tayangan di mana saya mengadakan sesi P&P di situ. Sebelum bermula kelas, saya sudah memesan kepada murid-murid di kelas 4 Bakti untuk pergi ke bilik tayangan apabila tiba waktu saya namun mereka tidak berbuat demikian. Hal ini menyebabkan saya terpaksa ke kelas untuk memanggil mereka dan mereka menyatakan mereka terlupa. Perkara ini menyebabkan saya telah kehilangan masa lebih daripada 10 minit. 3. Cadangan Tindakan Susulan

(a). Saya perlu meminta izin daripada guru waktu sebelumnya untuk membenarkan murid keluar sedikit lebih awal untuk mereka bergerak ke bilik tayangan. (b). Saya patut memanggil dan menjemput mereka di kelas supaya mereka beratur dengan baik dan bergerak ke bilik tayangan dalam keadaan teratur dan tidak mengganggu murid-murid di kelas lain untuk belajar. (c). Saya perlu mengadakan sesi P&P di bilik darjah bagi memudahkan murid untuk belajar dan menjimatkan masa. Selain itu, murid-murid juga tidak perlu membuang masa bergerak untuk ke bilik tayangan. (d). Saya perlu mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing mengenai perkara ini dan berbincang dengan rakan guru pelatih yang lain. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa seminggu. Pengurusan masa yang baik memudahkan saya untuk mencapai ojektif pembelajaran.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-4 Kedua 12 April 2013 Masalah Kekurangan BBM

1. Masalah / Peristiwa Pada hari ini (12 April 2013), saya telah mengalami masalah kekurangan bahan bantu mengajar (BBM). Bagi aktiviti berkumpulan untuk kelas hari ini, saya menyediakan setiap kumpulan sekotak tanah liat untuk mereka membina rumah seperti yang terdapat dalam isi pelajaran. Walau bagaimanapun, tanah liat yang dibekalkan tidak mencukupi bagi setiap kumpulan untuk membina sebuah rumah. Hal ini menyebabkan murid-murid tidak berpuas hati dan gagal membina rumah dengan sempurna.

2. Analisis Masalah ini timbul apabila saya hanya menyediakan satu kotak tanah liat sahaja bagi setiap kumpulan. Hal ini menyebabkan bbm tersebut tidak mencukupi. Saya juga terpaksa membantu mereka bagi menggunakan bahan yang ada seoptimum yang boleh.

3. Cadangan Tindakan Susulan

(a) Saya seharusnya menyediakan tanah liat yang lebih bagi setiap kumpulan bagi memastikan mereka mampu membina rumah dengan sempurna . (b) Saya perlu mencari alternative lain dalam menggantikan tanah liat sebagai bahan utama dalam membina rumah. (c) Saya perlu memantau bilik bbm sama ada terdapat tanah liat yang lebih bagi membantu saya dalam menyediakan bbm yang lebih baik dan sempurna.

(d) Saya perlu meminta nasihat dan bimbingan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing bagi membincangkan masalah ini di samping berdiskusi dengan rakan guru pelatih lain.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Penggunaan bbm amat penting bagi sesi P&P kerana ianya membantu guru memudahkan murid untuk memahami sesuatu isi pelajaran. Sekiranya masalah ini dapat diatasi dengan secepat mungkin, murid-murid akan lebih seronok dengan sesi P&P dan memahami dengan lebih mudah isi pelajaran yang diajar.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai