Anda di halaman 1dari 6

Al-Quran adalah merupakan Kalamullah dan mukjizat teragung Nabi kita Muhammad s.a.w.

Jadi membaca al-Quran mempunyai adab-adabnya tersendiri. Antaranya adalah membaca al-Quran dengan bertartil iaitu mengikut kaedah-kaedah hukum tajwid. Bacaan al-Quran itu sendiri mempunyai empat tingkatan. Jadi pada kali ini saya akan berkongsi dengan pembaca sekelian tentang tingkatan-tingkatan bacaan tersebut. Sebagaimana yang telah dimaklumi bahawa terdapat empat tingkatan atau martabat bacaan al-Quran iaitu bacaan dari segi cepat dan perlahannya bacaan itu. 1) At-Tartil Iaitu bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, dan merenung makna, hukum dan pengajaran ayat. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah yang paling baik dan lebih diutamakan kerana telah sabit dari firman Allah s.w.t yang bermaksud: Telah Kami(Allah) membacakannya(Al-Quran)kepadamu(Muhammad)secara tartil Surah al-Furqan ayat 32. 2) At-Tahqiq Bacaan ini adalah seperti bacaan Tartil cuma ianya lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf daripada makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang baru belajar bacaan al-Quran supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul. 3) Al-Hadar Bacaan jenis ini ialah bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwid. Tingkatan bacaan ini kebiasaannya adalah untuk mereka yang telah menghafal al-Quran. Ini supaya mereka dapat mengulangi hafalan bacaan al-Quran dalam masa yang singkat. 4) At-tadwir Jenis yang terakhir ini adalah bacaan yang pertengahan iaitu antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar. Namun tetap memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid. Sekiranya diperhatikan, semua jenis bacaan di atas tetap menitik beratkan hukum bacaan yang mengikut hukum-hukum Tajwid walaupun dari jenis bacaan yang cepat. Ini bermaksud bahawa membaca al-Quran secara bertajwid itu adalah wajib. Jadi nasihat saya belajarlah ilmu Tajwid ini supaya bacaan anda tidak terkeluar dari bacaan yang sebenar.

http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/02/tingkatan-bacaan-al-quran-2/

Tingkatan Bacaan Al Quran


Terdapat 4 tingkatan atau mertabat bacaan Al-Quran iaitu bacaan dari segi cepat atau perlahan.

At-Tartil : Bacaannya yg perlahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yg tepat serta menurut hukum

bacaan Tajwid dgn sempurna, merenung maknanya, hukum dan pengajaran daripada ayat. Tahqiq: Bacaannya seperti Tartil cuma lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf drp makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung. Al-Hadar: Bacaan yg cepat serta memelihara hukum bacaan Tajwid.

At-Tadwir: Bacaan yg pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar, serta memelihara hukum Tajwid.

Perhatian : * Tingkatan bacaan Tartil ini biasanya bagi mereka yg sudah mengenal makhraj huruf, sifat huruf dan hukum Tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan. * Tingkatan bacaan Tahqiq ini biasanya bagi mereka yg baru belajar membaca Al-Quran supaya dpt melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dgn tepat dan betul. * Tingkatan bacaan Hadar pula biasanya bagi mereka yang telah menghafal Al-Quran, supaya mereka dapat mengulang bacaannya dlm masa yg singkat. * Tingkatan terakhir pula ialah Tadwir yakni pertengahan antara Tartil dan Hadar

http://belajarmembacaalquran.wordpress.com/2011/08/14/tingkatan-bacaan-al-quran/

::Adab Membaca Al-Quran::


Posted by HIKMAH on 7:18 PM Labels: Tazkirah Ramadhan

Adab-Adab Membaca Al-Quran Adab membaca Al-Quran Nur Qarim terbahagi kepada tiga yakni adab sebelum, semasa dan selepas membaca Al-Quran. Di dalam bulan Ramadhan ini ramai yang berebut-rebut mahu mendapatkan syafaat dan pahala bertadarus. Maka masjid dan surau-surau imarah dengan kegiatan bertadarusnya. Umat Islam juga sibuk dengan tilawahnya kerana mengejar akan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT yang hanya didapati dalam bulan Ramadhan sahaja. 1. Sebelum membaca Al-Quran - Berwudhu - Bersih dari segala kekotoran - Menutup aurat - Membawa Al-Quran dengan mendekapnya di dada 2. Semasa membaca Al-Quran - Memulakan dengan lafaz auzubillah dan lafaz basmalah - Mengadab kiblat - Faham dan menghayati apa yang dibaca - Membaca dengan tartil - Melahirkan keinsafan ke atas bacaan 3. Selepas membaca Al-Quran - Menutup lafaz sodaqallah - Mengucup dan mencium Al-Quran 3 kali - Mengamalkan dan mengambil iktibar daripada bacaan WAJIB bagi kita menghalalkan apa yang dihalalkan al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkannya. Diwajibkan pula beradab dengannya dan berakhlak terhadapnya. Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. - Membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada najis dan dengan duduk

yang sopan dan tenang. Dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci.
Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu utama".

- Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati ayat yang dibaca.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Siapa saja yang membaca al-Quran

(khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami. (Hadis Riwayat: Ahmad dan penyusun Kitab Sunan) Sebahagian kelompok daripada generasi pertama membenci pengkhataman alQuran sehari semalam berdasarkan hadis di atas. Rasulullah memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatamkan al-Quran setiap satu minggu (tujuh hari) (Muttafaq Alaih). Ini dilakukan Abdullah bin Masud, Uthman bin Affan, Zaid bin Tsabit. Mereka mengkhatamkan al-Quran sekali dalam seminggu.

- Membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca. (Hadis Riwayat: Al-Bazzar) Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk. (Surah Al-Isra: Ayat 109)

- Membaguskan suara membacanya, sebagaimana sabda Rasulullah yang


bermaksud: Hiasilah al-Quran dengan suaramu. (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim). Dalam hadis lain dijelaskan: Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran. (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim) Maksud hadis di atas ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhroj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan kaedah Tajwid.

- Membaca al-Quran dimulai dengan istiadzah. Allah berfirman yang bermaksud:


Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk. (Surah An-Nahl: Ayat 98)

- Apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas istiadzah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca istiadzah. Khusus untuk surat At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu

membaca Basmalah. Cukup dengan membaca istiadzah saja. - Membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya.
Firman Allah bermaksud: Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati mereka terkunci? (Surah Muhammad: Ayat 24)

- Membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, dan tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak orang. Bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk. Rasulullah bersabda
bermaksud: Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca alQuran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah. (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasai, dan Ahmad) Dalam hadis lain dijelaskan: Ingatlah bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca (al-Qur'an). (Hadis Riwayat: Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan Hakim) Jangan jadikan ibadah yang kita lakukan sia-sia kerana kita tidak mengendahkan sunnah Rasulullah dalam melaksanakan ibadah membaca al-Quran. Misalnya, membaca dengan suara keras pada larut malam, yang akhirnya mengganggu orang yang istirahat dan solat malam.

- Dengarlah bacaan al-Quran. Jika ada yang membaca al-Quran, maka dengarlah
bacaannya itu dengan tenang. Allah berfirman yang bermaksud: Dan tatkala dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, semoga kamu diberi rahmat. (Surah Al-Araaf: Ayat 204)

- Membaca dengan saling bergantian. Membaca al-Quran, boleh dilakukan secara bergantian dan yang mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan tenang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidaklah berkumpul suatu kaum di
dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah), malaikat menyertai mereka, dan Allah membanggakan mereka di kalangan

(malaikat) yang ada di sisi-Nya. (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

- Melakukan sujud Tilawah (sujud Sajdah) pada saat selesai membaca ayat Sajdah, pada bila-bila masa saja, baik siang ataupun malam, jika pembacanya belum batal daripada wuduk. Tatacara pelaksanaannya dimulai daripada takbir, lalu sujud,
kemudian membaca Subhaana Rabbiyal Alaa' (Maha Suci Rabb-ku Yang Maha Tinggi), lalu dilanjutkan dengan doa sujud Tilawah. Selepas itu bangkit daripada sujud tanpa takbir dan salam, kerana tidak ada riwayat daripada Nabi s.a.w mengenai hal itu, kecuali jika sujud Tilawah itu dilakukan di tengah-tengah pelaksanaan solat, maka ia bertakbir ketika sujud dan bangkit daripada sujud.

- Berdoa selepas membaca al-Quran. Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa


sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan mengucapkan: Semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-Quran. Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a dijelaskan bahawa apabila dia sudah khatam membaca Al-Quran, dia mengumpulkan keluarganya dan berdoa. (Hadis Riwayat: Abu Dawud) Setiap orang Islam wajib mengatur hidupnya sesuai dengan tuntutan al-Quran. Ia harus dipelihara kesucian dan kemuliaannya, serta dipelajari dan difahami ayatayatnya. Pelaksanaan ini adalah sebagai tanda kita beriman kepada al-Quran. http://hikmahcawangansarikei.blogspot.com/2009/08/adab-membaca-al-quran.html

Anda mungkin juga menyukai