Anda di halaman 1dari 17

MASLAN BINTI SALLEH

Pengenalan Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantik, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan pada aspek makna benyuk linguistik dan hubungannya dengan dunia rujukan. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Pada hari ini , penutur sesuatu bahasa dapat memahami apa-apa yang diujarkan kepada mereka dan menghasilkan pelbagai bentuk kata yang bermakna kepada penutur yang lain. Untuk memahami bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna dan morfem yang membentuknya. Kita juga perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung

menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya , kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan. 2. Definisi Semantik Kata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna penting atau bererti. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan

makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu. Daripada segi etimologi: kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti tanda dan lambang. Oleh yang demikian, semantik dapat diertikan

sebagai ilmu yang menyelidik paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya.

MASLAN BINTI SALLEH

Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal(1990) dalam bukunya semantics : studies in the Science of Mening.(semantik- Ahmad Mahmood Musanif). Semantik mengikut kamus Dewan Edisi keempat perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan. Menurut Radiah Yussoff, Linguistik Pengenalan- Semantik ialah Kajian tentang makna lingustik untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia (OGrady, 200, 224, Fromin et al 2003.173) Dalam Buku Bahasa Malaysia Kertas 1- dalam bidang linguistik , semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Dalam buku Bahasa Malaysia kertas 910/ 1 & 910/2 semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat atau dengan kata lain perkataan sebagai kajian makna tentang bentuk-bentuk linguistik. Dalam Buku Bahasa Melayu II-Siti Hajar Abdul Aziz, semanti ialah kajian linguistik yang menganalisa makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa , ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran oenutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar. Sperber dan Wilson (1980), Buku Bahasa Melayu II mendefinisikan semantik ialah kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk lojiknya. Menurut Harimurthi Kridalaksana ( 1983), Buku Bahasa Melayu II semantik ialah bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. Sebagai kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan ialah kajian tentang makna

MASLAN BINTI SALLEH

konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Konsep dan Makna Sebagai pengguna Bahasa Melayu, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya tetapi juga makna perkataan yang terbentuk. Pengetahuan kita tentang makna

membolehkan kita menggunakan kata-kata itu dalam ayat dan memahami ayat-ayat yang kita dengar atau yang kita baca. Konsep dan makna sesuatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga komponen iaitu:i. Komponen kata. bunyi atau tulisan. ii. Komponen makna . Komponen makna ialah dalam bentuk aspek tergambar dalam fikiran manusia. iii. Komponen rujukan. Komponen rujukan ialah dalam konkrik yang dapat dilihat. Terdapat dua pendapat yang terkenal yang mengaitkan hubungan antara kata dengan benda yang dirujuk ( rujukan), iaitu kata yang diertikan dan kata yang dimengertikan. Menurut pendapat yang dikemukakan oleh Ferdinand de Saussure dan pendapat Ogden dan Richards dalam buku Bahasa Malaysia kertas 1. Menurut Ferdinand de Saussure, (Teks Pra U STPM , Bahasa Malaysia Kertas 1) setiap kata (tanda linguistik) mengandungi dua unsur ,iaitu ya ng diertikan dan yang mengertikan. Yang diertikan bermaksud konsep atau makna yang didukung oleh kata manakala yang mengertikan ialah kata yang terbentuk daripada fonem fonem bahasa berkenaan. Ferdinand de Saussure, berpendapat bahawa terdapat hubungan yang wujud antara kata ( dalam bentuk lambang bunyi) dengan makna kata tersebut. Menurut beliau, apabila seseorang itu menyebut sesuatu kata. Secara psikologi dia menggambarkan benda yang dirujuk oleh kata tersebut dalam fikirannya. Contohnya apabila seseorang itu menyebut kucing, maka secara automatik dalam fikirannya akan terbayang haiwan yang dinamakan kucing itu. Komponen kata merujuk kepada aspek dalam bentuk

MASLAN BINTI SALLEH

Ogden dan Richard (Teks Pra U STPM , Bahasa Malaysia Kertas 1 ) pula menunjukkan hubungan antara kata, konsep dan benda yang dirujuk (rujukan) nelalui segi tiga semantik seperti yang berikut:

Konsep/Makna( referens)

Kata/leksem kucing Rajah 1

Rujukan /referen Benda yang dirujuk

Dalam rajah 1 di atas, kata atau leksem kucing melambangkan konsep makna sejenis haiwan yang dapat menangkap tikus. Konsep atau makna kucing yang bersifat umum ini mempunyai rujukan haiwan kucing sebenarnya secara khusus di dunia nyata. Hal ini ditunjukkan oleh garis merah yang menghubungkan kata

dengan rujukan. Selain itu, hubungan antara kata dengan makna serta benda yang dirujuk bersifat arbitari, iaitu tidak ada hubungan mutlak antara kata dengan maknanya serta benda yang menjadi rujukan. Sebagai contohnya, kata yang dilambangkan oleh bunyi [haus] membawa makna yang berbeza bagi penutur bahasa Melayu dan penutur bahasa inggeris. Bagi penutur bahasa Melayu, kata yang berbunyi [haus] bermakna dahaga atau berkurangan tebalnya sedangkan [haus] bagi penutur bahasa Inggeris bermaksudrumah. Hubungan antara kata dengan konsep bersifat langsung. Begitu juga hubungan

antara konsep dengan benda yang dirujuk. Sebaliknya hubungan antara kata dengan benda yang dirujuk bersifat tidak lansung.

MASLAN BINTI SALLEH

Jenis-jenis makna Makna terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Makna denotatif/ tersurat Makna konotatif/tersirat Makna afektif Makna emotif Makna luas Makna sempit Makna gaya Makna tekanan

i.Makna denotatif/ tersurat Makna denotatif ialah makna yang tersurat/ makna umum/ makna lesikal atau makna kamus. Makna deotatif ini juga merupakan makna yang sesuai dengan rujukan atau pemerhatian alat indera atau makna yang nyata. Contoh ayatBuaya yang mengganas itu telah ditangkap.

Buaya dalam ayat itu bermaksud sejenis binatang buas yang tinggal di dalam air, tetapi boleh juga naik ke darat. ii.Makna Konotatif Makna konotatif ialah makna tersirat . Lebih mengutamakan nilai komunikatif ( rujukan penutur berdasarkan konteks. Contoh ayat:Jangan percaya sangat kata-kata Imran kerana dia itu buaya.

Buaya alam ayat tersebut ialah seorang lelaki yang suka memujuk dan menipu perempuan. iii. Makna Efektif

MASLAN BINTI SALLEH

Makna afektif ialah makna yang muncul akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan kata atau kebalikan daripada apa yang disebutkan. Contoh:Perkataan teratak, pondok, rumah yang sepertinya dalam makna afektif ialah orang yang mengujarkan perkataan ini ingin merendah diri. iv.Makna emotif Makna emotif ialah makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya. Contohnya perkataan meninggal dunia, mangkat, wafat, mampus dan kajol adalah makna emotif. Kesemua contoh di atas mendukun erti mati. Penggunaan perkataan yang berbeza ini boleh menimbulkan nilai yang berbeza. v. Makna luas Makna luas ialah makna yang terkandung dalam sesuatu perkataan iaitu lebih luas dari makna sebenar. Contoh Universiti ialah institusi pengajian tinggi tempat mempelajari pelbagai bidang ilmu dan kajian ilmiah. Makna luas universiti merangkumi pelbagai aspek seperti profesor, bilik kuliah, pensyarah dan mahasiswa. vi. Makna Sempit Makna sempit ialah makna yang terkandung dalam perkataan tersebut semata-mata. Contoh:Siku Aliah luka semasa terjatuh tadi. Anggota badan yang luka tidak melibatkan anggota badan Aliah yang lain, hanya pada bahagian siku sahaja. vii.Makna Gaya Makna gaya ialah perkataan khas yang selalu dikemukakan oleh seseorang pengarang dalam karyanya.

MASLAN BINTI SALLEH

Contoh:Gaya penulisan Shahnon Ahmad boleh dikenali, misalnya beliau gemar

menggunakan dialek kedah dalam penulisannya. viii. Makna Tekanan Makna tekanan

Fitur makna Satu lagi cara untuk memperlihatkan elemen semantik adalah dengan menganalisa fitur atau ciri-ciri semantik. Kaedah lazim digunakan bagi melihat kehadiran atau ketidakhadiran elemen semantik bagi satu set kata. Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri. Makna sesuatu perkataan itu dibahagikan kepada komponen-komponennya. Makna perkataan dianggap terdiri daripada sekelompok fitur distingtif. Fitur-fitur ini dipilih dan ditentukan lebih dahulu suapaya jangan ada yang sama dengan fitur lain. Walaupun ada dalam kalangan ahli yang mengatakan mustahil untuk kita menentukan makna semua fitur yang perlu bagi menentukan makna sesuatu perkataan itu, tetapi memang para pengkaji makna dapat menyakan makna fitur-fitur yang dikaji setakat ini. Dalam menyatakan makna, fitur-fitur tersebut diberi tanda + atau -. Tanda-tanda tersebut mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut. Tanda + membawa maksud fitur tersebut wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, dan sebaliknya tanda bermaksud perkataan tersebut tidak mempunyai fitur tersebut. Contohnya kita mempunyai fitur kata nama seperti bernyawa. Bagi benda seperti binatang, kita berikan fitur + bernyawa, dan bagi benda seperti batu kita berikan fitur bernyawa. Oleh yang denikian, kita tentukan semua fitur tersebut bagi menentukan makna sesuatu perkataan. Satu kaedah mudah bagi melihat fitur-fitur makna tersebut ialah dengan mengambil satu peranggu perkataan yang berkaitan. Contohnya adalah seperti berikut:

MASLAN BINTI SALLEH

Lelaki Perempuan

teruna dara

Dalam peranggu perkataan di atas, kita dapat menggunakan fitur semantik berikut, manusia/binatang, jantan/betina,dewasa /muda. Ini boleh diperbaiki sebagai + manusia,-manusia [bukan manusia], + jantan, -jantan, +dewasa dan dewasa. Dengan itu kita dapat membezakan binatang dan manusia. Dengan demikian perkataan lelaki mempunyai fitur {+manusia, +jantan,+dewasa}, perempuan

[+manusia,-jantan,+dewasa],teruna[+manusia,+jantan+-dewasa],dan dara [+manusia, -jantan,-dewasa]. Dalam hal binatang pula sukar hendak dibezakan antara satu sama lain melainkan fitur semantik seperti kerbau, lembu dan kuda. Dengan demikian perkataan kerbau[manusia, +jantan,+dewasa],lembu[-manusia,-jantan,+dewasa], dan kuda [ -manusia,jantan,-dewasa]. Melalui kaedah ini kita membahagikan makna binatang itu kepada fitur-fitur atau komponen maknya. Dari sinilah timbulnya istilah analisis komponen. Lihat jadual dibawah .

Makhluk

Bernyawa

Tidak bernyawa

Manusia

Binatang

Lelaki

Perempuan

Jantan

Betina

dewasa

Anak

dewasa

Anak

Dewasa

Anak

Dewasa

Anak

MASLAN BINTI SALLEH

Jadual 1 Dalam komponen kata kerja seperti pukul, duduk, dan lari. Kita boleh menggunakan fitur-fitur seperti transitif, objek, dan pelaku. Contohnya, pukul itu transitif, mempunyai pelaku, menerima objek dan ada gerak. Kata kerja duduk pula adalah tak transitif, ada pelaku, tidak menerima objek dan tidak bergerak. Kata kerja lari pula tak transitif, ada pelaku, tidak menerima objek dan ada gerak. Semua fitur-fitue ini diberi tanda + dan - bagi menunjukkan ada atau tidak ada sesuatu fitur itu dalam mana-mana perkataan. Ada konteksnya apabila menyatakan fitur-fitur ini ada fitur yang bertindih. Contohnya fitur transitif tidak perlu disebut apabila fitur berobjek dinyatakan, sebab kedua-duanya bermaksud sama. Oleh kerana kita dapat membuat analisis fitur semantik kepada perkataa- perkataan maka teori tatabahasa generatif dapat mencakupi bidang semantk. Sebagai kesimpulannya, adanya fitur-fitur tersebut, maka makna perkataan atau ungkapan yang dihasilkan melalui tatabahasa generatif dapat dijana. Makna Leksikal Makna leksikal juga disebut sebagai makna kata. Makna leksikal atau kata merupakan subbidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yang ditunjukkan atau dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Secara umumnya , perkataan dapat digunakan untuk memberikan makna kepada sesuatu benda atau sesuatu perkara. Kata juga menggambarkan sesuatu konsep yang bergantung pada pemilihan kata dan semantik lesikal yang digunakan. Makna-makna perkataan yang terdapat di dalam kamus disebut makna lesikal, iaitu makna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat. Kamus menjadi pegangan dan rujukan penting bagi penutur bahasa tersebut. Selain itu kita juga merupakan kamus bergerak kerana kita mengetahui beratus-ratus makna bagi bahasa yang dituturkan. Pengetahuan kita tentang makna tersebut membolehkan

MASLAN BINTI SALLEH

kita menggunakan bahasa untuk menyatakan penndapat dan memahami ujaran yang kita dengar. Perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna lesikal , kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+,ber+, ber+....+an(...+kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna lesikal melainkan memiliki makna gramatis. Walaubagaimana pun, apabila imbuhan tersebut

digabungkan dengan kata dasar maka ia memberi makna pada kata dasar tersebut. Makna Ayat Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna. Ada juga perkataan yang boleh dikelompokkan ke dalam golongan kata nama dan kata kerja, kata nama arah dan kata nama sifat. Malahan ada sesuatu perkataan yang boleh digolongkan sebagai kata nama, kata kerja dan kata sifat. Dalam kita berbahasa, adakalnya kita tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan kerana kita menganggap pendengar atau penulis dapat memahami makna yang kita sampaikan. Begitu juga dalam bahasa Melayu, sering kali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan apa yang kita maksudkan. Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun

MASLAN BINTI SALLEH

tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut. Makna Konotatif ( Tersirat) Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbeza daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan. Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Makna ini lebih mengutamakan nilai komunikatif. Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif ( Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. Contohnya dalam ujaran Banyak cantik kerja kamu, kata cantik tidaklah membawa maksud lawa atau indah tetapi makna yang sebaliknya. Yang dimaksudkan oleh pengujar dalam ayat ini ialah kerja orang yang dilawan cakap itu bukanlah cantik atau kemas tetapi tidak tersusun atau kemas. Makna ayat ini ditentukan oleh konteks pengguna. Selain daripada itu makna konotatif ( tersirat) juga saling dikaitkan dengan peribahasa. Peribahasa lazimnya ( termasuk simpulan bahasa ) mengandungi hanya satu makna walaupun terdiri daripada dua atu lebih perkataan. Dengan kata lain, makna ungkapan itu diambil kira daripada keseluruhan perkataan dalam peribahasa itu. Misalnya buah tangan, naik angin, kuah tumpah kenasi, dan harapkan pagar, pagar makan padi. Tegasnya makna peribahasa ialah makna yang diperolehi hasil daripada gabungan kata-kata terkadang didalamnya itu kerana, maknanya tidak difahami secara literal tetapi secara kiasan. Contohnya, (1) Puteri lilin (2) Umpama jari ditangan, ada bercincin ada tidak

MASLAN BINTI SALLEH

(3) Ibarat mencurah air kedaun keladi

(4) Ibarat balam, mata lepas badan terkurung Dalam ayat (1) kiasan tidak membawa makna puteri yang diperbuat daripada lilin, tetapi ayat ini membawa maksud seorang yang tidak boleh tahan dengan panas .

Manakala pada ayat (2) kiasan itu membawa maksud kehidupan manusia umpama jari ditangan, ada yang kaya dan ada yang miskin. Sebagai perumpamaan bentuk kiasan masih banyak makna lain yang dapat di beri yang tujuannya ingin menyatakan bahawa hidup manusia ada perbezaannya antara seorang dengan seorang yang lain. Kiasan dalam ayat (3) membayangkan usaha yang sis-sia dalam menasihati seseorang . Sementara itu kiasan dalam ayat (4) mengibaratkan kehidupan seseorang seperti burung balam di dalam sangkar, dimana ia bebas melihat alam sekelilingnya tetapi tidak bebas hendak kemana-mana atau mengecapinya. Seperti Perumpamaan bentuk kiasan masih banyak makna lain yang dapat diberi yang tujuannya ingin menyatakan tentang kehidupan manusia. Makna Konotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu, makna konotatif ini tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual dan muzik. Contohnya, barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Kedua ialah makna konotatif tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba ilmu, dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu atau memberikan pendapat. Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat keterbukaan.Penggunaan katakata halus, sedap di dengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya, perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit, iaitu kudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan

MASLAN BINTI SALLEH

tengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam). (Kamus Dewan,2004). Makna konotatif ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif.

Makna Tersurat (DENOTATIF) Makna tersurat merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau makna yang diujaran sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian, menurut penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalaman lainnya. (Nik Safiah Karim, 2004). Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif, maka ia juga disebut makna sebenar , makna asal , makna mutlak atau makna dasar. Kita lebih bergantung kepada kebiasaan. Kita akan menganggapnya sebagai betul kerana sesuatu ayat atau bahasa itu tersebut biasa digunakan. Jesteru itu binaan ayat atau ujaran seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu. Perhatikan contoh-contoh berikut; (1) Mereka-mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini. (2) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi. (3) Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik (4) Pekerja-pekerja akan mulakan kerja mereka bila hujan berhenti. (5) Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu. (6) Ayah menghadaihkan saya jam tangan. Dalam ayat di atas, berlaku kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut. Umpamanya , mereka-mereka dalam ayat (1) merupakan kelewahan semantik atau dengan kata lain makna yang berlebihan di mana ianya tidak diperlukan. Demikian juga bagi ayat (2), tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibu kepada bapa Ali atau kedua-dua ibu dan bapanya yang meninggal dunia. Sementara itu dalam ayat (3) , perkataan merasa membawa makna mengalami sesuatu menggunakan indera dan bukannya mengalami sesuatu dengan hati. Perkataan berdukun pada ayat (5) maknanya agak kabur kerana berdukun boleh

MASLAN BINTI SALLEH

membawa dua makna, iaitu orang yang berubat atau orang yang mengubati orang lain. Ayat (6) perlu diperbetulkan menjadi Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya atau Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan, kerana dalam ayat ini yang dihadiahkan bukanlah jam tetapi saya. Selain itu kata penjodoh bilangan merupakan salah satu keistimewaan bahasa Melayu namun jika penggunaannya tiodak tepat ia dapat menimbulkan kekeliruan makna. Perhatikan contoh yang berikut:(7).Saya mahu pergi ke pasar membeli dua ekor kambing. Ayat (7) mengandungi dua makna. Makna yang pertama bermakna bahawa saya memhu membeli kambing dua ekor dan yang kedua bermakna bahawa saya mahu membeli ekor kambing dua. Perhatikan pula contoh yang berikut:(8) Kakak baharu sahaja membeli enam ekor ketam. Persoalan yang timbul di sini adakah penjodoh bilangan bagi ketam ialah ekor.Jika penjodoh bilangannya ekor, benarkah ketam mempunyai ekor?. Ini bermakna, jika sesuatu kata nama tersebut tidak ada penjodoh bilangannya maka penjodoh bilangan tersebut tidak seharusnya dinyatakan. Makna Terselindung Makna terselindung ialah makna yang terselindung sesuatu ayat kerana

perkataannya tidak dihadirkan. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Perhatikan contoh yang berikut:(1) Adik ke kedai Pak Ali. Ayat di atas tidak menghadirkan sebarang kata kerja tetapi si penerima ( pendengar atau pembaca) memahami perbuatan adik ialah pergi. Perhatikan lagi contoh dibawah:(2) Siti di rumah Mak Cik Bibah. Dalam ayat (2) juga tidak dihadirkan kata kerja, namunm si penerima ( pendengar atau pembaca) memahami bahawa siti ada ( berada) di rumah Mak Cik Bibah. Kata sendi nama ke memberi maklumat makna terselindung pergi manakala kata sendi

MASLAN BINTI SALLEH

nama di memberi maklumat makna terselindung ada atau berada. Dengan demikian, struktur dalam bagi ayat (1) ialah contoh ayat (3) dan struktur dalam bagi ayat (2) ialah contoh (4). (3) Adik pergi ke kedai Pak Ali. (4) Siti ada / berada di rumah mak Cik Bibah. Berdasarkan huraian dan contoh, ini membuktikan bahawa dalam bahasa Melayu kata sendi memiliki tugas yang penting dalam binaan ayat. Perubahan Makna Pada tempoh tertentu, makna sesuatu perkataan tidak berubah tetapi setelah beberapa lama makna perkataan boleh berubah. Bahasa sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah dan fenomena perubahan ini melibatkan makna perkataan. Umumnya, makna perkataan menjadi luas atau lebih sempit . Perubahan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara seperti pertemuan idea, kemajuan Sains dan Teknologi, pengaruh bahasa-bahasa lain dan juga

pertembungan budaya. Dalam bahasa Melayu, banyak perkataan telah mengalami perubahan. Di samping itu, pemindahan(anjakan) makna juga berlaku seperti yang berlaku bagi makna perkataan dalam peribahasa. Perkataan mungkin mengalami perubahan makna melalui perkembangan makna, penyempitan makna atau anjakan makna. Perkembangan Makna Perkembangan makna berlaku apabila sesuatu kata yang mendukung tertentu memiliki makna-makna yang lain.Contoh perkataaan: Perkataan 1.Pelayaran Makna lesikal Dahulu Mengelilingi perahu layar. 2.Saudara lautan Cakupan Makna sekarang dengan Mengelilingi lautan dengan makna

kapal bermesin.

Orang yang sama ayah dan 1.Orang yang ada hubungan sama ibu kekeluargaan. 2.Orang yang sama-sama

MASLAN BINTI SALLEH

beragama Islam. 3.Orang yang baru dikenali, kakitangan bawahan atau

setaraf dengan penutur . 4. Rujukan kepada majlis hadirin untuk

dalam

sesuatu

menimbulkan rasa kemesraan.

Ibu

Wanita( ibu kandung)

Wanita tinggi .

yang

bertaraf

lebih

Putera Puteri Rawat

dan Anak raja-raja

Anak

lelaki

dan

anak

perempuan. Menjaga sakit. dan merawat orang merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri). menguruskan, mengendalikan sesuatu perkara kawasan perumahan, kawasan perindustrian Kinabalu dan kawasan

Tangan

salah satu anggota badan kebun bunga

Taman

alam semula jadi seperti Taman

datuk

bapa ayah atau ibu seseorang

gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa jasa mereka. pelayan pejabat

orang gaji

pembantu rumah,

Penyempitan makna

MASLAN BINTI SALLEH