Anda di halaman 1dari 10

,

TUTORIAL

............................................. ............................................. .............................................


.........................................................
No. K/p : ............-.....-.......... No. Matrik: .............................

Kelas KOKURIKULUM : Pensyarah :

......................................................
No. K/p : ............-.....-.......... No. Matrik: ..............................

......................................................
No. K/p : ............-.....-.......... No. Matrik: .............................

..........................................................
No. K/p : ............-.....-........... No. Matrik: ...............................

Bantu Mula

Risiko Kecederaan Dalam Sukan T.O.T.A.P.S.

Carta Alir Pengaplikasian T.O.T.A.P.S. Langkah Pencegahan Awal Kecederaan Dalam Sukan

i.

BANTU MULA

Definisi: Pertolongan awal yang diberikan kepada seseorang yang tercedera sebelum mendapat rawatan daripada pakar perubatan yang bertauliah. Bantu mula biasanya terdiri daripada teknik-teknik yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja walaupun tanpa latihan perubatan yang khusus.

PRINSIP BANTU MULA o Untuk menyelamatkan nyawa. o Untuk mengurangkan kesakitan dan mengehadkan kesan kecederaan. o Untuk mengelakkan jangkitan. o Untuk menggalakkan pemulihan. o Sebagai persediaan sebelum dihantar ke pusat perubatan.

CIRI-CIRI PEMBANTU MULA YANG MAHIR Berfikiran waras Berkebolehan dalam melakukan bantu mula Berpengetahuan dalam teknik bantu mula Berkeyakinan dengan tindakan yang diambil Tajam pemerhatian Pantas ikhtiar(bijak menggunakan benda di sekeliling) Bertimbang rasa terhadap mangsa ketika membantunya.

PERATURAN AM BANTU MULA Berikan bantuan kepada mangsa yang cedera lebih teruk dahulu. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedarkan diri. Pastikan pernafasan mangsa yang pengsan tidak terganggu. Jika mangsa mengalami kesukaran pernafasan, longgarkan pakaian mangsa sekadar memberi kemudahan kepada mangsa untuk bernafas secara lancar. Buat persediaan untuk menghantar mangsa ke pusat perubatan yang berhampiran.

RISIKO KECEDERAAN DALAM SUKAN


i) Kecederaan tisu lembut

ii) Kejang otot iii) Sengal otot iv) Luka v) Dislokasi vi) Fraktur vii) Kontusi viii) Kecederaan kepala dan anggota badan

Dalam sukan, terdapat banyak risiko kecederaan sama ada serius ataupun sebaliknya. Apabila berdepan dengan masalah ini , tindakan menguruskan kecederaan yang betul haruslah dipraktikkan. Pengurusan kecederaan melibatkan mengenal pasti kecederaan, merawat serta pulih daripada kecederaan. Pengurusan kecederaan yang betul dapat : mempercepatkan pemulihan mengelakkan kesakitan dan ketidakselesaan berlanjutan meminimumkan kesan susulan atau komplikasi kecederaan.

APA ITU T.O.T.A.P.S.? T.O.T.A.P.S. merupakan prosedur pengurusan kecederaan yang digunakan untuk menilai tahap kecederaan atlet sebelum membenarkan atlet meneruskan permainan. Lazimnya, prosedur ini dipraktikkan dalam pertandingan sukan yang besar mahupun kecil atau semasa sesi latihan.

Prosedur T.O.T.A.P.S.
1) T= Talk(Bercakap) Bertanya kepada mangsa tentang peringkat kesakitan dan tempat yang tercedera. Antara soalan yang boleh ditujukan ialah; ? Apakah yang sebenarnya telah berlaku? ? Di bahagian yang manakah yang anda sakit? ? Bagaimanakah sakitnya? ? Adakah bahagian lain yang cedera? ? Pernahkah bahagian ini cedera sebelum ini? Tujuan bertanya adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan punca berlakunya kecederaan, tahap kecederaan serta memudahkan pembantu mula untuk fokus kepada bahagian yang cedera.

2) O=Observe (Perhatikan) Perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa. Periksa pernafasan serta kadar denyutan nadi mangsa sama ada normal atau sebaliknya. Pastikan kesan-kesan luka, lebam, bengkak atau keadaan tidak normal(deformiti) di bahagian yang cedera serta sekitar bahagian yang berkaitan dengannya.

3) T=Touch (Sentuh) Sebelum menyentuh bahagian yang tercedera, maklumkan dahulu kepada mangsa bagi mengelakkan mangsa daripada terkejut. Setelah memberitahu mangsa, sentuh bahagian yang tercedera dengan penuh berhatihati dan tidak terburu-buru. Periksa sebarang bengkak dan deformiti yang dialami anggota badan yang tercedera. Perhatikan respons mangsa sama ada berasa sakit semasa bahagian yang tercedera disentuh. Tujuan utama menyentuh bahagian yang tercedera adalah untuk mentafsir darjah kecederaan itu.

4) A=Active movement (Pergerakan aktif) Arahkan mangsa supaya menggerakkan sendiri anggota badan yang cedera secara aktif tanpa bantuan individu lain. Tujuannya adalah untuk menilai sejauh mana tahap kecederaan yang dialami. Pastikan bahawa adakah mangsa dapat menggerakkan bahagian yang cedera pada julat pergerakan yang normal atau tidak. Jika mangsa dapat menggerakkan bahagian yang cedera pada julat pergerakan yang normal, langkau ke langkah terakhir iaitu Skill (Kemahiran). Tetapi jika mangsa tidak dapat menggerakkannya pada julat pergerakan yang normal, ikuti langkah seterusnya iaitu Passive movement(Pergerakan pasif).

5) P=Passive movement (Pergerakan pasif) Bantu mangsa menggerakkan bahagian yang cedera dengan perlahan-lahan dan penuh berhati-hati pada julat pergerakan yang normal. Regangkan otot. Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan bahagian yang cedera. Berhenti dan rujuk kepada pakar perubatan jika mangsa berasa sakit atau julat pergerakan sangat terhad. Jika bahagian yang cedera dapat digerakkan dalam julat yang normal, teruskan ke langkah yang terakhir.

6) S=Skill (Kemahiran) Arahkan mangsa untuk berdiri dan melakukan pergerakan asas seperti berjalan, berlari dan melompat. Jika mangsa berasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dengan segera. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yang khusus pada anggota badan mangsa, mangsa dibenarkan untuk meneruskan permainan.

CARTA ALIR PENGAPLIKASIAN T.O.T.A.P.S.


Mangsa cedera.

Jika mangsa dapat menggerakkan anggota yang cedera dengan sendirinya, Jika mangsa berasa sakit, rujuk pakar perubatan dengan segera.

Langkah Pencegahan Awal Kecederaan Dalam Sukan


1. Pastikan fizikal diri benar-benar bersedia untuk bersukan. Sesuaikan aktiviti sukan yang ingin dilakukan dengan kemampuan diri sendiri. Lakukan latihan yang secukupnya untuk memantapkan kemahiran dalam bersukan.

2. Ketahui dan patuhi peraturan sukan itu sendiri. Peraturan yang ditetapkan bukan sahaja bertujuan untuk menentukan piawaian permainan, tetapi ia juga memastikan keselamatan pemain serta persekitaran.

3. Pakai alat perlindungan yang bersesuaian. Gunakan pad pelindung, topi keledar, sarung tangan dan sebagainya yang bersesuaian dengan pemain serta sukan yang dimainkan.

4. Dapatkan rehat yang cukup. Latihan yang intensif tidak memastikan mutu permainan yang berkualiti. Rehat yang cukup juga menjadi komponen yang kritikal dalam rutin latihan atlet kerana ia dapat mengelakkan keletihan yang berlebihan pada badan dan meningkatkan fokus atlet.

5. Sentiasa memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti sukan. Memanaskan badan dapat menyediakan otot-otot untuk melakukan regangan dengan lancar.

6. Elakkan bermain apabila badan sangat letih atau mengalami kesakitan. Kecederaan yang belum pulih sepenuhnya akan menjadi bertambah teruk jika badan dipaksa melakukan aktiviti yang lasak.