Anda di halaman 1dari 16

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

TAJUK 11

ANGKASA LEPAS: Penjelajahan alam semesta, Galaksi, Nebula, Lohong hitam, Kerdil putih dan raksasa merah serta Bintang dan Buruj

11.1

Sinopsis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui Penjelajahan alam semesta, Galaksi, Nebula, Lohong Hitam, Kerdil Putih , Raksasa Merah, Bintang dan Buruj

11.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. ii. Menghuraikan dan menjelaskan Penjelajahan alam semesta . Menerangkan Galaksi, Nebula, Lohong Hitam, Kerdil Putih dan Raksasa Merah dan Bintang serta Buruj.

11.3 Penjelajahan Alam Semesta Alam semesta merujuk kepada kesemua benda yang wujud, sama ada dapat dilihat (pepejal), atau tidak dapat dilihat (udara). Benda-benda di dalam alam semesta dapat di bahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu benda hidup dan benda bukan hidup. Sebahagian pakar sains percaya bahawa Alam Semesta bermula dengan satu letupan besar yang membentuk ruang, masa, tenaga, dan jirim.

Unit Astronomi Dalam bidang astronomi, unit panjang yang biasa digunakan ialah unit astronomi (AU). Satu unit astronomi merupakan satu unit panjang yang hampir sama dengan paksi semi major peredaran bumi mengelilingi matahari. Paksi semi major 1 unit astronomi = 149.598 x 109 m Simbol : AU

116

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Paksi semi major ialah diameter terpanjang iaitu garisan yang membentang dari titik tengah elips hingga ke kedua-dua fokusnya. Elips ialah lengkungan tertutup.

Contoh: gelang zuhal kelihatan seperti bulat. Namun, jika dilihat dari sudut lain, gelang itu sebenarnya elips. Planet ini sendiri ialah elipsoid

Tahun Cahaya

Tahun cahaya merujuk kepada jarak yang direntasi oleh cahaya dalam tempoh satu tahun bersamaan 9,460,730,472,580.8 kilometer. Tahun cahaya juga ditakrifkan sebagai jarak yang dilalui oleh foton dalam ruang terbuka, jauh daripada mana-mana tarikan graviti atau magnet dalam tempoh satu tahun Julian (bukan tahun lompat). Memandangkan cahaya boleh bergerak selaju 299,792,458 m/s dalam keadaan vakum, satu tahun cahaya = 9,460,730,472,580,800 atau 9.46 peta meter. Satu tahun cahaya bersamaan 63,241 unit astronomi (AU). Satu minit cahaya bersamaan dengan 17,987,547,480 meter. Satu saat cahaya adalah 299,792,458 meter.

Pernahkah manusia menjejakkan kaki ke bulan?

Aktiviti 1 i. Siapakah manusia yang pernah sampai di Bulan.? ii. Bagaimana kita boleh menjelajahi angkasa lepas? iii. Mengapa manusia ingin menjelajahi angkasa lepas?

117

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

11.4 Teleskop.

Operasi Teleskop Angkasalepas Hubble Teleskop angkasalepas Hubble menggunakan beratus-ratus sainstis, jurutera dan teknisyen di NASAs Goddard Space Flight center dan Space Telescope Science Institute(STScI) yang bertanggungjawab bersama-sama menjalankan operasi Telekop Angkasa Hubble serta memantaunya supaya sihat, selamat dan dapat berfungsi dengan baik.

Manusia mula melihat angkasa dengan mata kasar dengan melihat langit pada waktu siang dan malam hari. Semua kita pernah terpukau dengan keindahan bintang yang bergemerlapan pada waktu malam. Berjuta-juta bintang bertaburan di langit pada waktu malam. Seterusnya manusia telah membina teropong bagi melihat dengan lebih jelas objek di langit sehingga dapat menamakan buruj dan bintang-bintang di langit. Manusia telah mencipta roket dan membina prob yang dapat menjelajah sehingga di angkasa lepas. Manusia telah tinggal di Stesen angkasa lepas ISIS bagi mengkaji angkasa lepas. Negara kita Malaysia tidak ketinggalan menjelajahi angkasa dengan program angkasawan negaranya telah menghantar rakyat Malaysia ke ISIS.

Aktiviti: Kaji gambar dibawah dan buat catatan anda sendiri

bagaimana Teleskop Angkasalepas Hubble berfungsi.

118

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Contoh gambar-gambar yang diambil oleh Teleskop angkasa Hubble.

Mata Nebula (Nebulas Eye) 11.4.1 Prob

Jantung Milky Way (Heart of Milky Way)

Bintang Kerdil (Burned out Star)

Sepasang Galaksi (The Mice)

Prob merupakan satu penjelajahan angkasa lepas dengan menghantar roketroket yang dapat meninjau planet dan objek di angkasa lepas. Teleskop Hubble adalah satu penjelajahan Secara meneropong angkasa lepas dari angkasa lepas dengan menghantar roket yang membawa Teleskop angkasa Hubble untuk meneropong angkasa dengan lebih dekat lagi. Aktiviti 2 Teruskan mengkaji Teleskop Hubble dengan lebih lanjut . Sila ke http://hubblesite.org/the_telescope/

11.4.2 Satelit

Satelit ialah objek yang mengorbit sesuatu planet atau bulan. Ada satelit iaitu objek buatan manusia yang dilancarkan untuk mengorbit bumi atau planet lain bagi pelbagai tujuan seperti ramalan kaji cuaca dan juga komunikasi dan juga penyelidikan

119

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

angkasa(astronomi). Satelit buatan manusia dikawal oleh manusia dan komputer untuk operasinya. Ada juga probe yang dilancarkan berfungsi sebagai satelit. Bulan adalah adalah satelit semulajadi yang sentiasa mengorbit bumi. 11.4.3 Stesen Angkasa lepas Antarabangsa

Stesen Angkasalepas Antarabangsa (ISS)

Stesen Angkasalepas Antarabangsa (ISS) ialah satu satelit yang diguna sama oleh beberapa negara sebagai pusat kajian angkasalepas. Angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar ialah rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas melalui program angkasawan negara ke ISS . Beliau telah berjaya turut serta dalam penerokaan dan kajian angkasalepas.

Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha (dilahirkan pada July 27, 1972) seorang Doktor Bedah Otopedik ialah Angkasawan Negara Malaysia pertama ke angkasa lepas di Stesen ISS pada 10 oktober 2007 menaiki Soyuz TMA-11 bersama 16 kru Ekspedisi yang lain di bawah program Angkasawan negara dengan kerjasama negara Rusia.

11.5 Galaksi

Galaksi sentiasa dalam keadaan fluks, berinteraksi dengan galaksi lain melalui perlanggaran dan percantuman. Malah galaksi Bima Sakti berada di laluan perlanggaran dalam beberapa bilion tahun dengan jiran terbesar kita, Andromeda.

120

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Gambar sebuah Galaksi Galaksi merupakan kumpulan bintang-bintang yang terdapat dalam Alam Semesta iaitu satu kumpulan berbilion bintang-bintang, habuk dan gas-gas dan sistem-sistem solar. Galaksi terdiri daripada berjuta-juta kumpulan bintang yang tidak terhitung banyaknya, saling menarik antara satu sama lain secara graviti serta mengorbit pada satu pusat sepunya. Apakah galaksi terdiri selain daripada bintang? Planet-planet? Gas-gas? Galian-galian? Sinaran-sinaran? Dianggarkan terdapat 125 billion galaksi yang wujud dalam alam semesta. Dalam Alam Semesta terdapat kelompok-kelompok galaksi yang teramat besar yang dikenali sebagai Kelompok agung, yang terdiri daripada kelompok-kelompok galaksi yang lebih kecil. Dalam kelompok galaksi yang lebih kecil daripada Kelompok agung, di mana kita berada dikenali sebagai Kelompok tempatan. Terdapat 30 galaksi termasuk Bima Sakti yang telah dikenal pasti, beredar mengelilingi pusat Kelompok tempatan.

Kelompok Agung

Kelompok Tempatan

Bimasakti

Dalam setiap galaksi dianggarkan terdapat pula 100,000 juta bintang. Pada kebiasaannya setiap galaksi berbentuk leper dan tebal sedikit dibahagian tengah seperti piring dengan saiz diameter 100,000 tahun cahaya. Setiap galaksi berputar 121

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

mengelilingi pusat galaksi.Ini termasuk sistem suria yang terletak di dua per tiga ke tepi galaksi Bima Sakti, kira-kira 30 ribu tahun cahaya dari pusat. Sistem suria mengambil masa 220 juta tahun untuk melengkapi satu edaran mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti. Dalam Sistem suria pula kesemua sembilan planet beredar mengelilingi matahari. Sesetengah planet di sistem suria memiliki bulan yang beredar mengelilingi mereka.

Gambarajah Bima Sakti Terdapat tiga jenis galaksi:

1. Eliptikal

2. Spiral

3. Tidak sekata

Imej-imej galaksi diambil oleh teleskop Hubble

122

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Lohong Hitam(Black Hole) Lohong hitam merupakan satu kawasan ruang masa di mana graviti menghalang apa-apa yang maujud, termasuk cahaya, dari melarikan diri. Teori relativiti umum meramalkan bahawa jisim yang cukup padat akan berubah bentuk ruang masa untuk membentuk sebuah lohong hitam. Di sekitar lohong hitam terdapat permukaan yang ditakrifkan secara matematik dipanggil ufuk peristiwa yang menandakan titik tidak ada kembali. Lubang ini dipanggil "hitam" kerana ia menyerap semua cahaya yang melalui masuk ke ufuk, tidak memantulkan apa-apa, sama seperti badan yang sempurna hitam dalam termodinamik. Lohong hitam adalah objek yang paling misteri dan berkuasa di alam maya ini, apa yang ia tinggalkan selepas sebuah bintang runtuh dan lenyap. Pengkaji angkasalepas percaya bahawa lohong hitam terbentuk apabila sebuah bintang kehabisan bahan api dan membakar diri sendiri . Ia kemudian dihancur luluh oleh berat gravitinya sendiri . Bahan runtuh menjadi infinite density dan satu ruang melengkung masa yang ekstrem terhasil.
Beberapa imej lohong hitam

Kelahiran lohong Hitam (Black Hole)

NASA telah mengkompilasikan imej yang dramatik dipercayai adalah lohong hitam di angkasa lepas.

123

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Ia juga melaporkan bahawa satu imej bayi lohong hitam seperti di atas yang baru lahir dilihat apabila satu bintang meletus di galaksi yang berjiran di lokasi galaksi M-100 iaitu lebih kurang 50 juta tahun cahaya dari bumi. Maklumat ini

menggembirakan NASA kerana ia mengetahui tarikh lahir sebuah lohong hitam memberi peluang kepada pakar untuk mengkajinya. Kerdil Putih dan Raksasa Merah Bintang-bintang yang sangat tua ini adalah sangat padat. Satu sudu bahannya adalah seberat seekor gajah-5.5 ton. Kerdil putih biasanya mempunyai jejari hanya 0.01 kali matahari kita tetapi jisimnya lebih kurang sama.

Lebih kurang 1,600 tahun cahaya jauhnya, dua kerdil putih yang padat di J0806 sistem bintang binari mengorbit satu sama lain setiap 321 saat. Apabila mereka mencapai akhir evolusinya ia biasanya menjadi kerdil putih.

Bintang seperti matahari kita melakurkan hidrogen dipusat matahari menjadi helium. Kerdil putih adalah bintang yang telah membakar semua gas hydrogen yang dimilikinya yang mereka guna sebagai bahanapi nuklear. Pelakuran nuklear diteras pusat bintang menghasilkan haba dan tekanan keluar tetapi tekanan ini diseimbangkan oleh tekanan ke dalam oleh graviti yang dihasilkan oleh jisim bintang itu. Apabila hidrojen yang digunakan sebagai bahan api telah habis dan pelakurannya menjadi perlahan, gravitinya menyebabkan bintang itu runtuh ke atas dirinya sendiri. 124

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Apabila bintang menjadi lebih tumpat dan memadat ia kepanasannya meningkat membakar hidrogen-hidrogen yang terakhir menyebabkan lapisan luaran bintang itu mengembang keluar. Pada tahap ini, bintang itu menjadi raksasa merah (red giant) . Raksasa Merah Raksasa merah sangat besar, oleh itu habanya tersebar luas dan suhu permukaannnya lebih sejuk, tetapi suhu di terasnya kekal sangat panas(merah). Raksasa Merah wujud dalam tempoh yang singkat, boleh jadi hanya beberapa bilion tahun sahaja berbanding 10 bilion tahun berbanding bintang yang habis membakar semua bahan apai hidrogen seperti matahari kita. Raksasa Merah kekal cukup panas untuk menghasilkan helium di terasnya yang terhasil daripada pelakuran hidrogen menjadi unsur yang berat seperti karbon. Kebanyakan bintang-bintang tidak cukup besar untuk menghasilkan tekanan dan haba yang diperlukan untuk membakar unsur-unsur yang berat justeru pelakuran dan penghasilan haba terhenti. Nebula Nebula (Latin: "awan") merupakan awan antara bintang yang terdiri daripada debu, gas, dan plasma. Pada awalnya nebula merujuk pada nama umum yang diberikan untuk semua objek astronomi yang terbentang di langit, termasuk galaksi di luar Bima Sakti. Beberapa contoh penggunaan nama lama masih digunakan seperti Galaksi Andromeda dirujuk sebagai Nebula Andromeda sebelum galaksi ditemui oleh Edwin Hubble. Pembentukan Nebula biasanya terjadi apabila berlakunya gravitational collapse pada gas dalam interstellar medium (ISM). Apabila sesuatu bahan runtuh akibat beratnya sendiri, bintang yang besar mungkin akan terbentuk ditengah-tengahnya. Kemudian, sinaran ultravioletnya akan mengionkan gas disekeliling, lalu membuatkan boleh dilihat dengan mata.

125

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Jenis-jenis Nebula 1. Nebula pelepasan (awan yang mengandungi gas berion yang melepaskan pelbagai warna). 2. Nebula gelap (sejenis awan interstelar @pengumpulan yang tepu sehingga mengaburkan cahaya dari belakang). 3. Nebula planetari (mengandungi pengembangan cangkerang bercahaya bagi gas berion).
4. Nebula proplanetari (merupakan fasa seterusnya bagi nebula planetari dan

mengeluarkan radiasi inframerah yang tinggi). Nebula Planetari: Mata Kucing Nebula proplanetari: Segi empat merah Nebula pelepasan: Omega Nebula Gelap: Kepala Kuda

Bintang-bintang seperti ini akhirnya meletuskan bahan-bahan lapisan luarnya yang menghasilkan cengkerang atau lapisan gas yang mengembang dipanggil nebula planetary (Planetary nebula). Dalam lingkungan nebula ini , teras panas bintang masih kekal- ditekan kepada ketumpatan tinggi oleh gravitinya-sebagai kerdil putih yang dengan suhu melebihi 180,000 darjah Fahrenheit(100,000 darjah Celcius). Akhirnya, selepas 10 atau 100 bilion tahun , satu kerdil putih menyejuk sehingga ia menjadi satu kerdil hitam yang tidak mengeluarkan tenaga. Oleh kerana bintang tertua alam semesta ini hanya baru berusia 10 ke 20 bilion tahun maka belum ada lagi kerdil hitam yang diketahui manusia.

126

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Meramalkan berapa lama suatu kerdil putih telah menyejuk boleh membantu ahli astronomi mempelajari banyak tentang umur alam semesta ini.Tetapi bukan semua kerdil putih akan mengambil masa yang bermilenia untuk menyejukkannya. Bintang-bintang di sistem bintang binary boleh mempunyai tarikan gravity yang cukup kuat menarik bahan-bahan daripada bintang yang berhampiran. Apabila kerdil putih mengambil suatu jisim yang cukup dengan cara ini mencapai satu tahap dipanggil had chandarsekhar(chandrasekhar limit), pada ketika ini tekanan diterasnya menjadi sangat besar yang menyebabkan berlaku pelakuran yang pantas atau berlanggar dan bintang itu akan meletup dalam satu supernova termonuklear.

Fikirkan! Mungkinkah nebula adalah permulaan atau pengakhiran sesuatu bintang? Bintang dan Buruj Bintang Bintang ialah sfera bersinar gas panas yang sangat besar. Daripada semua bintang dalam alam semesta, matahari kita adalah yang terdekat dengan Bumi dan yang paling meluas dikaji. Bintang-bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar semua tergolong dalam Bima Sakti. Bintang adalah bola plasma yang ditarik bersama oleh graviti sendiri. Reaksi nuklear berlaku di bintang H He Tenaga daripada tindak balas

nuklear dibebaskan sebagai sinaran elektromagnet.

127

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Ciri-ciri Bintang Jarak Jarak bintang diukur dalam tahun cahaya, iaitu jarak cahaya bergerak dalam setahun. Magnitud (Kecerahan) :Satu ukuran kecerahan objek-objek

cakerawala. Nilai-nilai yang lebih kecil mewakili objek cerah daripada nilai-nilai yang lebih besar. Kitaran hidup Bintang peringkat pra-natal Matahari adalah salah satu daripada berjuta billion bintang yang terdapat dalam Bima Sakti. Bintang memulakan kehidupan mereka seumpama dalam jenis inkubator. Apabila berlaku kawasan yang padat, terbentuklah awan besar yang terdiri daripada gas dan debu, bahan yang akan membuat bintang jatuh masuk di bawah pengaruh graviti. Apabila rumpun daripada bintang-bintang menjadi lebih dimampatkan, ia menjadi bertambah panas, dan mula cahayapertama dengan tenaga inframerah dan kemudian dengan cahaya yang jelas kelihatan. Berapa saiz sebuah bintang? Saiz minimum untuk bintang berhampiran ialah 0.04 kali jisim Matahari. Sebuah objek yang dipanggil kerdil perang ialah sebuah planet besar yang tidak cukup besar untuk pelakuran termonuklear untuk mendapatkan dinyalakan di dalam teras.Bintang terbesar - mungkin kira-kira 150-200 kali jisim Matahari.

Bintang Neutron Bintang yang dikenali sebagai bintang neutron adalah kira-kira 20 km diameter dan mempunyai jisim kira-kira 1.4 kali ganda saiz Matahari. Ini 128

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

bermakna bahawa bintang neutron begitu padat sekali dan jika berada di Bumi, satu sudu teh akan menimbang satu bilion tan! Disebabkan saiz yang kecil dan kepadatan tinggi, bintang neutron memiliki medan graviti permukaan kira-kira 2 x 1011 kali ganda saiz Bumi. Bintang neutron juga boleh mempunyai medan magnet sejuta kali lebih kuat daripada bidang kuat magnet yang dihasilkan di Bumi. Bintang neutron adalah salah satu jenis bintang yang berada

dipenghujung hayat. Mereka terjadi daripada bintang-bintang besar-besaran yang mempunyai jisim lebih besar daripada 4 hingga 8 kali ganda saiz matahari kita. Selepas bintang ini telah selesai membakar bahan api nuklear mereka, mereka menjalani satu letupan supernova. Letupan ini bertiup di luar lapisan luar bintang ke dalam sisa supernova indah. Wilayah tengah bintang runtuh di bawah graviti. Ia runtuh begitu banyak di mana proton dan elektron bergabung untuk membentuk neutron. Oleh itu nama "neutron bintang".

Bintang neutron boleh muncul dalam sisa-sisa supernova, sebagai objek terpencil, atau dalam sistem binari. Empat bintang neutron yang dikenali dianggap mempunyai planet. Apabila bintang neutron berada dalam sistem binari, ahli-ahli astronomi dapat mengukur jisim. Nombor binari tersebut dilihat dengan mengguna teleskop radio atau X-ray, neutron bintang yang telah ditemui oleh ramai ahli astronomi mendapati bintang ini mempunyai kira-kira 1.4 kali jisim Matahari. Bagi sistem binari yang mengandungi objek yang tidak diketahui, maklumat ini membantu membezakan sama ada objek itu adalah bintang neutron atau lubang hitam, kerana lubang hitam adalah lebih besar daripada bintang neutron. Buruj

Gambarajah Buruj

129

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Buruj ialah konstelasi atau gugusan bintang-bintang merupakan

kawasan

yang dinyatakan di seluruh daripada sfera cakerawala. Dalam kawasan-kawasan ini corak tertentu terbentuk oleh bintang-bintang dengan kedekatan antara satu sama lain di langit malam Bumi. Perkataan buruj berasal daripada istilah Arab iaitu ( burj) (tunggal), (burj) (jamak). Peradaban yang berbeza mempunyai persepsi tersendiri mereka terhadap corak buruj itu. Justeru, nama buruj juga berbeza. Dalam contoh di atas, orang Melayu di Nusantara melihat corak empat biji bintang berbentuk segiempat dengan tiga biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik manakala orang Yunani dan Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion (gambarajah di bawah).

130

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (International Astronomical Union) (KAA IAU) sejak 1922 menyatakan terdapat 88 buruj piawai. Kebanyakannya dirujuk kepada 48 buruj dinyatakan oleh Ptolemy dalam Almagest sejak (abad ke-2). Nicolas Louis de Lacaille(1763) dalam Coelum australe stelliferum menyatakan selebihnya pada abad ke-17 dan ke-18 ; yang terkini ditemui di langit selatan.

Aktiviti : Pemerhatian bintang dan buruj. Pada waktu malam yang gelap cuba perhatikan bintang-bintang di langit . Anda dikehendaki melakarkan buruj yang biasa kelihatan. Tamat Seterusnya namakan buruj yang anda lihat. Cuba anda kenalpasti buruj-buruj seperti Orion, Southern Cross ,Scorpion dan lain-lain lagi.

TAMAT

RUJUKAN

Lutgens, F. K. & Tarbuck, E.J. (2005). Foundations of earth science. 4th Edition, New Jersey: Pearson Prentice Hall. Seeds, M. A. (2007). Foundation of astronomy. 9th Edition, Belmont: Thomson. http://pagarmuseh.blogspot.com/2011/11/pergerakanbumi-kaitan-dengan.html http://science.nationalgeographic.com/science/space/univ erse/white-dwarfs-article/ http://www.al-azim.com/~smkdolsaid/sainsdlmquran.htm

131

Anda mungkin juga menyukai