Anda di halaman 1dari 3

SIRI ULANGKAJI

Soalan Tema Pembandaran 1. (a) Apakah yang anda faham dengan petempatan setinggan? (5 markah) (b) Dengan merujuk kepada sebuah bandar besar di Asia, jelaskan faktorfaktor yang menyebabkan wujudnya petempatan setinggan. (10 markah) (c ) Bedasarkan pendapat anda,cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah petempatan setinggan. (10 markah) Soalan Kajian Luar 2. Brdasarkan kepada satu kajian luar di mana-mana kawasan kebun kecil yang anda pilih ; (a) nyatakan faktor-faktor yang menggalakkan kegiatan ekonomi tersebut. (9 markah) (b) jelaskan sumbangan aktiviti tersebut kepada penduduk setempat. (8 markah) ( c) Huraikan dampak kegiatan tersebut terhadap alam sekitar. (8 markah) SKEMA JAWAPAN 1. (a) Maksud petempatan setinggan rumah dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan di atas tanah persendirian atau kerajaan atau milik swasta tidak mengikut peraturan yang ditetapkan kawasan penduduk padat kedudukan tidak teratur /dipinggir Bandar/tengah Bandar

(5 ciri x 1 markah = 5m)

(b) Faktor-faktor yang meyebabkan wujudnya petempatan setinggan i. migrasi secara besar-besaran dari luar Bandar ke Bandar

ii. masalah kekurangan tempat tinggal di bandar iii. krisis perumahan kegagalan menyediakan jumlah rumah yang cukup untuk penduduk bandar yang bertambah iv. kos hidup yang tinggi- sewa rumah yang tinggi v. kawasan petempatan yang terhad vi. kebanjiran pendatang asing vii. kadar ubanisasi yang pesat yang tidak terkawal- kebanjiran imigran yang berpendidikan rendah dan tidak berkemahiran viii. ketidaktegasan pihak berkuasa menangani masalah setinggan seperti terlalu bertolak ansur/berperikemanusiaan. (mana-mana 5 x2= 10 m) Nota : mesti beri contoh satu Bandar utama di Asis- jawapan umum maksima 5markah sahaja. (c ) Langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan setinggan i. membina lebih banyak rumah murah/rumah flat/rumah kos rendah untuk mereka yang berpendapatan rendah. ii. mengambil langkah yang tegas/penguatkuasaan undang-undang ke atas mereka yang membina petempatan haram iii. pihak syarikat/majikan menyediakan kemudahan tempat tinggal/asrama kepada pekerja iv. membangunkan kawasan luar Bandar/memodenkan kegiatan ekonomi luar Bandar bagi mengurangkan migrasi golongan yang tidak berpendidikan v. membina Bandar baru bagi mengurangkan fungsi bandar utama mengurangkan tumpuan penduduk dan mengurangkan petempatan setinggan. vi. Dan lain-lain yang sesuai (5x2m = 10 marka

2. (a) Faktor-faktor yang menggalakkan kegiatan tersebut. Tajuk/kawasan kajian - 1 Kaedah kajian - 1 Tujuan kajian - 1 Dapatan kajian : Faktor-faktor yang menggalakkan kegiatan kebun kecil

i. tanih yang sesuai ii. tenaga kerja cukup iii. bantuan keajaan iv. modal yang mencukupi v. teknologi vi. dll (mana-mana 3x2 = 6+3 = 9 markah) (c) Sumbangan kegiatan kebun kecil i. punca pendapatan ii. bahan mentah untuk industri iii. peluang pekerjaan iv. memajukan kawasan luar Bandar v. meningkatkan taraf hidup. vi. Kemajuan system pengangkutan (mana-mana 4 x2 markah = 8 markah)

( c) Dampak kegiatan kebun kecil ke atas alam sekitar : i. perubahan pandang darat/landskap fizikal ii. pencemaran sumber-sumber air- racun serangga, baja kimia iii. hakisan tanah, tanah runtuh. Pembentukan gegalur tanah iv. kerosakan habitat semula jadi, flora dan fauna untuk kerja-kerja pembesihan v. kehilangan kesuburan tanah vi. dll (mana-mana 4 x 2 markah = 8 markah)
Di Pos oleh Cikgu Hiyatul pada 2:22:00 PM Cari Label SIRI ULANGKAJI

Anda mungkin juga menyukai