Anda di halaman 1dari 13

PRINSIP-PRINSIP TRAKSI

I. Pastikan katil yang kejap Pesakit diletakkan di atas katil yang kukuh iaitu katil fraktur dasarnya kukuh dengan diletakkan papan. 11. Kekalkan boby aligment dan posisi Posisikan pesakit dalam baringan recumbent dan diletakkan di tengah katil. Ampu anggota yang terlibat dengan satu bantal supaya tumid tidak menyentuh katil. Anggota yang patah i. Kaki Belakang sendi lutut dikekalkan pada sudut 5 10 darjah. ii. tapak kaki posisi plantar90 darjah elakkan foot drop iii. lutut menghala kebumbung tarikan pada aksis panjang kaki aksis jari kaki kedua dengan lutut satu garisan yang lurus dalam aligment yang betul 111. Kekalkan kaunter traction. Tinggikan kaki katil 6 hingga 8 inci bagi mendapatkan counter traction yang berkesan. 1V. Kekalkan traction system.

Cords (tali) Tentukan cords (tali)disambungkan terus kepada pemberat serta melalui system pully dan tiada simpulan Cords (tali) sentiasa tegang. Tidak lusuh Tidak disambung Tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek

Pulleys (takal) Sebaiknya dari jenis plastic untuk elakkan dari berkarat

V.

Kekalkan pemberat Pemberat beratnya 1/10berat badan pesakit Digantung bebas, tidak menyentuh mana-mana objek seperti lantai atau katil atau pulley

KOMPLIKASI TRAKSI 1. infeksipada bahagian sisi pin. 2. komplikasi system lain: musculoskeletal system atropi otot (muscle wasting) osteoporosis kontraktur sendi / kekakuan sendi

circulatory system trombosis vena dalam (DVT) tromboplebitis embolism respiratory system infeksi paru-paru (pneumonia hipostatik) embolism pulmonary. urinary system retensi urin kalkuli renal intergumentary system decubitus ulcer

PELAN INTERVENSI
JAGAAN PESAKIT DENGAN TRAKSI

1. Pemerhatian neurovascular

Melakukan pemerhatian pada bahagian ektrimiti untuk menilai warna kulit, suhu sama ada sejuk atau panas, nadi, mempunyai deria rasa pada bahagian terlibat,dan melakukan pergerakan. Pemerhatian juga dilakukan ke atas bahagian-bahagian seperti tendon achiles kerana pada bahagian ini kulit menjadi nipis dan boleh menyebabkan mudah mendapat kudis tekanan.perhatikan kulit untuk mengesan kemerahan,contohnya pada bahagian kulit di sekeliling gelang Thomas Splint gunakan prinsip 6Ps untuk mengesan komplikasi traksi:a. Pallor = warna sama ada pucat b. Puffiness = bengkak / edema c. Pain = sakit d. Paraesthesis = sensasi samaada kebas, atau cucuk menyucuk e. Paralysis = sama ada nadi distal pada tempat fracture. f. Pulselessness = samada nadi distalpada tempat fraktur.

2. Keselesaan dan kebersihan Bantu pesakit dalam melakukan,aktiviti harian seperti mandi lap,untuk memberi keselesaan dan elakkan infeksi dengan menggunakan anggota yang tidak terlibat.menasihatkan pesakit supaya memotong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan pada kulit pesakit.

Beritahu pesakit supaya menyapu losyen pada kulit yang kering untuk mengekalkan integrity kulit.selain itu, bantu pesakit menukar pakaian setiap hati atau apabila basah atau kotor.

3. Pemakanan Menggalakkan pesakit supaya mengambil lebih makanan yang mengandungi protein, vitamin C dan D untuk menggalakkan penyembuhan tulang dan pembentukan tisu-tisu baru. Contohnya ikan, daging ayam, sayuran hijau seperti kangkung, bayam dan buah-buahan. Galakkan juga pesakit mengambil lebihan airan iatu 8 gelas sehari (2-3 liter) serta makanan yang mengandungi fiber untuk mengelakkan sembelit dan jangkitan di urinary tract infection (UTI) seperti renal calculi.

4. Mobility dan senaman Tujuan melakukan senaman adalah untuk mencegah komplikasi - komplikasi infeksi yang boleh berlaku seperti di paru-paru, thrombosis vena dalam, emboli pulmonary, kekakuan sendi dan atrophy otot. Contoh senaman adalah seperti senaman batuk dan pernafasan dalam. Untuk mengalakkan pengembangan paru-paru, melawaskan salur pernafasan dan mengelakkan hypostatic pneumonia. Selain itu, lakukan senaman range of motion (ROM). Pada kaki yang terlibat flekskan sendi di pergelangan kaki

dorsifleksi.manakala pada kaki yang tidak terlibat,galakkan pesakit supaya angkat kaki, bengkokkan sendi lutut dan luruskan kaki untuk galakkan peredaran darah.

5. Keperluan eliminasi Untuk urinary, galakkan pesakit mengambil lebihan cecair iaitu 8 gelas sehari (2-3 liter) untuk mengelakkan calculi renal dan infeksi trek urinary (UTI) Untuk system bowel, galakkan pesakit mengambil lebihan cecair dan makanan yang tinggi fiber. Selain itu, galakkan pesakit melakukan senaman ringan untuk menggalakkan pergerakan peristalsis. 6. Rehabilitation Galakkan pesakit melakukun fisioterapi untuk mengelakkan otropi otot, sembelit dan retens urin

ASESMEN

Sepanjang pemerhatian yang dilakukan ke atas pesakit, beberapa masalah telah di kenalpasti. Antaranya :a) Gangguan keselesaan berkait dengan proses penyakit muscle spasm dan sakit. Matlamat : pesakit menyatakan selesa dan sakitnya berkurangan. b) Gangguan mobility berkait dengan pemasangan skin traction Matlamat : pesakit dapat melakukan aktiviti c) Gangguan nutrisi berkait dengan proses penyakit Matlamat : pesakit mengatakan ada selera makan dan keperluan nutrisinya mencukupi

d) potensial perubahan integriti kulit berkait dengan aplikasi traksi matlamat : peaskit akan dapat mengekalkan kulit yang intact e) Gangguan eliminasi berkait dengan proses penyakit Matlamat : pesakit mengatakan BO / PU lawas f) risiko kecederaan berkait dengan traksi yang tidak sempurna matlamat : pesakit tidak akan dapat kecederaan semasa menggunakan traksi

NURSING DIAGNOSA
MASALAH 1 Gangguan keselesaan berkait dengan proses penyakit muscle spasm dan sakit. Matlamat : pesakit menyatakan selesa dan sakitnya berkurangan.

I. Menilai keadaan pesakit dan persekitaran untuk merancang jagaan perawatan yang sesuai kepada pesakit selepas pemasangan skin traction. II. Posisikan pesakit dalam baringan yang sesuai seperti baringan rekumben untuk memberi keselesaan kepada pesakit dan pesakit dapat berehat dari segi mental dan fizikal. III. Memberi ampuan pada kaki yang terlibat untuk mengurangkan pergerakan dan untuk pengaliran darah yang baik.

IV. Mendengar aduan pesakit dan galakkan pesakit bertanya soalan. Memberi respon pada soalan yang ditanya pesakit dan jawab dengan jujur. Beritahu pesakit tentang reaksi pada muscle spasm dan kesakitan adalah normal mengikut patologi. V. Membantu pesakit dalam melakukan aktiviti harian (ADL) seperti mandikan pesakit,tukar baju setiap hari dan apabila basah atau kotor. Bertujuan untuk menjaga kebersihan pesakit dan mengelak daripada

mendapat jangkitan lain seperti kudis tekanan. VI. Mengajar pesakit melakukan deversional terapi seperti melakukan

senaman pernafasan dalam dan senaman batuk,membaca majalah atau berbual dengan pesakit lain supaya pesakit tidak terlalu memikirkan masalah yang dihadapinya. VII. Menggalakkan ahli keluarga datang melawat pesakit dan memberi sokongan emosi supaya pesakit dapat menerima kekurangan ke atas dirinya dan meneruskan rawatan sehingga sembuh.

Penilaian Pesakit berasa selesa dan sakitnya dapat dikurangkan setelah tindakan

kejururawatan dilakukan ke atas beliau

MASALAH 2 Gangguan mobility berkait dengan pemasangan skin traction Matlamat : pesakit dapat melakukan aktiviti

I. Menilai keadaan pesakit dan persekitaran untuk merancang jagaan rawatan yang sesuai untuk pesakit setelah pemasangan skin traction. II. Membantu pesakit melakukan Range Of Motion (ROM) pada kedua-dua belah kakinya. Pada anggota yang terlibat(kaki kanan) bantu pesakit flekskan sendi di bahagian kaki atau dorsifleksi. Pada kaki kiri, galakkan pesakit melakukan pergerakan seperti mengangkat kaki, bengkokkan sendi lutut dan luruskan kaki untuk melancarkan peredaran darah dan mengelakkan kaki pesakit daripada menjadi kaku atau contraktur.. III. Merujuk pesakit kepada ahli fisioterapi untuk membantu mengekalkan integriti tisu musculoskeletal yang terlibat dan mengelakkan daripada berlakunya deformity. IV. Membantu pesakit dalam melakukan aktiviti harian (ADL). Contohnya melakukan sponging untuk keselesaan pesakit, membantu pesakit menukar pakaian setiap hari dan apabila basah atau kotor untuk menjaga kebersihan diri pesakit dan elak jangkitan.

V. Dekatkan barang-barang pesakit di atas loker dekat dengan katil untuk memudahkan pesakit
mengambil barang-barang yang dikehendaki.

Penilaian

Pesakit boleh melakukan aktiviti setelah intervensi kejururawatan dilakukan.

MASALAH 3

Gangguan nutrisi berkait dengan proses penyakit Matlamat : pesakit mengatakan ada selera makan dan keperluan nutrisinya mencukupi i. Menilai status nutrisi pesakit untuk merancang tindakan perawatan yang seterusnya dan diet yang sesuai pada pesakit untuk kekalkan nutrisi yang mencukupi . ii. Menyediakan makanan yang disukai oleh pesakit untuk merangsang selera makan. iii. Menyediakan suasana yang kondusif semasa makan seperti terdapat system pengudaraan yang baik, tiada bekas urinal atau bedpen berdekatan dengan pesakit, tiada bau busuk dan suhu yang sesuai supaya pesakit berasa selera dan selera makannya meningkat. iv. Memberitahu ahli keluarga membawa makanan dari rumah yang sesuai dengan diet pesakit untuk menggalakkan selera makan pesakit.

v. vi.

Memberitahu pesakit supaya makan sedikit-sedikit tetapi kerap. Menggalakkan pesakit mengambil airan yang lebih iaitu 2-3 liter sehari untuk mengelakkan dehidrasi dan kulit menjadi kering.

vii.

memeriksa kulit pesakit untuk mengesan keadaan dehidrasi iaitu kekeringan dan kurang elastic kulit

PENILAIAN pesakit mendapat zat makanan yang mencukupi dan selera makannya bertambah.

MASALAH 4 potensial perubahan integriti kulit berkait dengan aplikasi traksi matlamat : peaskit akan dapat mengekalkan kulit yang intact

intervensi kejururawatan :

1. Memeriksa kulit pesakit dengan teliti dan membersihkan kulit sebelum aplikasi traksi 2. Menukar posisi pesakit dengan kerap setelah memasang traksi kulit untuk mengelak tekanan yang terlalu lama 3. Mengajar pesakit cara menggunakan trapeze untuk memudahkan perubahan posisi 4. periksa bahagian tulang setiap hari untuk mengesan kepecahan kulit 5. periksa tape traksi kulit setiap hari untuk mengesan tape tergelincir dan berkedut, palpate bahagian atas tape untuk mengesan tenderness

6. pasangkan pembalut semula jika ia longgar

PENILAIAN Integriti kulit pesakit dapat di kekalkan selepas intervensi kejururawatan dilakukan.

MASALAH 5 Gangguan eliminasi berkait dengan proses penyakit Matlamat : pesakit mengatakan BO / PU lawas

i.

Menilai keadaan pesakit dari segi status eliminasi untuk merancang perawatan yang sesuai kepada pesakit.

ii. iii.

Menggalakkan pesakit mengambil lebih airan 2-3 liter sehari Memberitahu pesakit supaya melebihkan makanan yang mengandungi fiber seperti sayuran hijau dan buah-buahan untuk memudahkan pelawasan.

iv.

Menggalakkan pesakit melakukan senaman ringan untuk menggalakkan system peristalsis berlaku dengan cepat.

PENILAIAN Pesakit tidak mengalami masalah eliminasi selepas tindakan kejururawatan di lakukan.

MASALAH 6

risiko kecederaan berkait dengan traksi yang tidak sempurna matlamat : pesakit tidak akan dapat kecederaan semasa menggunakan traksi

intervensi kejururawatan : 1. memeriksa system traksi setiap syif dan selepas mengubah posisi pesakit 2. memastikan semua klamp traksi adalah ketat, tali tidak berbulu serta simpul traksi adalah kejap dan teguh 3. memastikan tali bergerak dengan bebas diatas pulley dan pemberat traksi digantung bebas di hujung atau disisi katil 4. mengampu pemberat traksi pesakit apabila menukar posisi pesakit untuk mengelakkan kecederaan 5. memeriksa posisi dan alignmen traksi pesakit terutama selepas mengubah posisi pesakit

PENILAIAN

Risiko kecederaan pada pesakit dapat di elakkan setelah tindakan kejururawatan dilakukan.