Anda di halaman 1dari 8

PEMBENTUKAN MITOSIS

Sel badan organisma boleh dibahagi kepada sel soma dan sel gamet. Sel soma terhasil melalui proses mitosis manakala sel gamet terhasil melalui proses meiosis. Bilangan kromosom yang terdapat dalam sel soma sesuatu organisma sentiasa tetap. akan tetapi, sel soma bagi organisma berlainan mengandungi bilangan kromosom yang tidak sama. Misalnya, sel soma jagung mempunyai 20 kromosom dan sel soma bari-bari mempunyai 8 kromosom. Bilangan kromosom dalam setiap sel soma dikenali sebagai diploid iaitu setiap sel mengandungi dua set kromosom atau 2n. Bilangan kromosom diploid atau 2n dalam sel soma manusia ialah 46. Sel gamet atau sel pembiakan pula mengandungi hanya satu set kromosom atau haploid (n) di dalam setiap sel. Jadi bilangan kromosom dalam sel gamet manusia ialah 23. Mitosis ditakrifkan sebagai proses pembahagian nukleus sel induk menjadi dua sel anak dengan setiap nukleus anak mengandungi bilangan kromosom dan kandungan genetik yang seiras dengan bilangan kromosom dan kandungan genetik nukleus sel induk. Melalui mitosis, nukleus sel anak yang baru terbentuk akan mempunyai kromosom yang seiras dan dengan itu kandungan gen yang serupa seperti yang dipunyai oleh nukleus induk. Bilangan kromosom yang sama seperti sel induk juga dikekalkan dalam sel anak. Jadi pembahagian sel secara mitosis menjamin sel anak yang terbentuk seiras dengan sel induk dan ciri ini penting bagi memastikan sel yang terhasil tidak mengalami sebarang perubahan dari segi kandungan genetik dan bilangan kromosom dari satu generasi kepada generasi berikutnya. Mitosis pada tumbuhan berlaku secara aktif di tisu meristem di hujung akar (meristem akar) dan di hujung pucuk (meristem apeks). Sel meristem juga terdapat di hujung mata tunas ketiak, mata tunas pucuk, kambium vaskular dan kambium gabus (meristem gabus). Pembahagian sel yang pesat di sel-sel meristem membolehkan tumbuhan membesar dan memanjang dengan cepat. Pertumbuhan pada haiwan berlaku di seluruh badan dan bukan terhad di kawasan tertentu seperti pada tumbuhan. Kulit manusia mempunyai satu lapisan Malphigi yang mengalami mitosis bagi menghasilkan sel kulit yang baru untuk menggantikan sel yang cedera dan mati. Lapisan Malphigi juga menambah luas permukaan kulit semasa proses pertumbuhan berlaku.

PEMBENTUKAN MEIOSIS
1. Meiosis adalah proses pembahagian sel yang berlaku pada organ pembiakan untuk menghasilkan gamet. 2. Pada haiwan dan manusia, meiosis berlaku dalam: (a) testis jantan - membentuk sperma (b) ovari betina - membentuk ovum

3. Pada tumbuhan, meiosis berlaku dalam: (a) anter bunga - membentuk debunga (b) ovari bunga - membentuk ovul 4. Meiosis terbahagi kepada dua pembahagian sel: (a) meiosis I (pembahagian nukleus pertama) (b) meiosis II (pembahagian nukleus kedua) 5. Setiap pembahagian sel terbahagi kepada empat fasa: Meiosis I Meiosis II Profasa I Profasa II Metafasa I Metafasa II Anafasa I Anafasa II Telofasa I Telofasa II 6. Sebelum meiosis bermula, sel melalui peringkat interfasa, iaitu peringkat rehat. 7. Semasa interfasa: (a) Kromosom tidak jelas dan wujud sebagai jalinan kromatin. (b) Setiap kromosom mereplikasi, iaitu mengganda dua kandungan bahan genetiknya. (c)

Sentriol mengganda dua pada sel haiwan. 8. Huraian ringkas tentang proses meiosis dapat dilihat pada jadual di bawah ini. Peringkat Meiosis Keterangan (a) Interfasa

i. Sel menjalankan aktiviti normal. ii. Kromosom kelihatan seperti bebenang panjang dan halus. (b) Profasa I

i. Kromosom memendek dan menebal. ii. Kromosom homolog berpasangan (sinapsis) membentuk bivalen. iii. Kromatid menjadi kian jelas iv. Proses pindah silang berlaku antara kromatid-kromatid bagi kromosom homolog.

v. Tempat silangan kromatid dinamai kiasma vi. Gelendung terbentuk di dalam sitoplasma. (c) Metafasa I

i. Membran nukleus menghilang. ii. Bivalen menyusun di satah khatulistiwa dengan sentromer terikat pada gelendung. iii. Setiap kromosom dalam satu bivalen diarahkan menuju ke kutub yang bertentangan. (d) Anafasa I

i. Pasangan homolog berpisah dan bergerak ke kutub bertentangan akibat pemendekan gelendung. (e) Telofasa I

i. Kromosom tiba di kutub masing-masing. ii. Gelendung menghilang. iii. Sitokinesis pembahagian sitoplasma berlaku secara pencerutan membran sel nukleus. iv. Membran nukleus baru terbentuk dan nukleolus muncul semula. (f) Interkinesis

i. Peringkat rehat yang singkat. (Biasanya tidak berlaku) ii. Replikasi DNA tidak berlaku. (g) Profasa II

i. Kromosom memendek dan menebal. ii. Kromatid kian jelas kelihatan. iii. Gelendung terbentuk biasanya pada sudut tepat dengan pembentukan gelendung pertama. (h) Metafasa II

i. Membran nukleus menghilang. ii. Kromosom tersusun di satah khatulistiwa. iii. Kromatid-kromatid terikat pada gelendung dengan sentromer. (i) Anafasa II

i. Gelendung mengecut dan menarik kromatid-kromatid bagi setiap kromosom ke arah yang bertentangan. (j) Telofasa II

i. Kromatid-kromatid sampai ke kutub. ii. Gelendung menghilang. iii. Membran nukleus dan nukleolus muncul semula. iv. Sitokinesis berlaku dengan menghasilkan dua sel anak daripada setiap sel anak yang dihasilkan dalam meiosis I. v. Empat sel anak yang haploid terbentuk.

RUMUSAN : PETA MINDA

Anda mungkin juga menyukai