LAPORAN PERLAKSANAAN INTERNSHIP JULAI 2013 NAMA PELAJAR PROGRAM : : AHMAD FAKHRUL RAZI BIN ABD MANAP PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK/AKTIVITI : : SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK SOUTH HARI USAHAWAN SEKOLAH BANNER AKTIVITI SEKOLAH PROJEK IHYA RAMADHAN MELABEL PERALATAN STOR SUKAN TEMPOH PERLAKSANAAN OBJEKTIF : : SEBULAN (1-26 JULAI 2013) 1. Mengutip dana untuk meningkatkan kewangan sekolah 2. Membuka minda murid-murid mengenai aktiviti jual beli (Perniagaan) 3. Menanamkan sikap tolong menolong dalam kalangan warga sekolah. 4. Memberi maklumat mengenai aktiviti yang
dijalankan di sekolah. 5. Menunjukkan kelebihan aplikasi ICT dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah. 6. Memberi kesedaran menghormati bulan Ramadhan. 7. Menambah amalan kebaikan dalam bulan Ramadhan. 8. Mencari Rahmat dan Keampunan dari Ilahi 9. Mengidupkan Sunnah Rasullullah S.W.T 10. Memudahkan proses peminjaman dan pemulangan alatan sukan. 11. Menjadikan stor sukan dan alatan sukan lebih menarik dan selamat untuk digunakan.
Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) yang ditubuhkan di sekolah berperanan untuk membantu kemajuan dan pembangunan sesebuah sekolah, terutama dari sudut kewangan. Bagi membolehkan tanggungjawab ini dimainkan dengan berkesan maka PIBG sewajarnya memiliki dana kewangan yang kukuh.
Sehubungan
dengan
itu,
projek
Hari
Jualan
ini
dirancang
bertujuan
untuk
program yang
akan dilaksanakan oleh pihak sekolah dan PIBG sendiri ke arah mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, penambahbaikan prasarana fizikal sekolah , menyediakan kawasan laluan selamat, memperbanyakkan aksesori serta busana untuk pertandingan ko-akademik dan mengadakan program-program khas berkaitan
pembangunan sahsiah, sukan dan ko-kurikulum serta menambah dana Badan Kebajikan Guru SKSS.
Selain daripada itu, projek ini juga diharap dapat menarik minat ibu bapa supaya hadir ke sekolah untuk sama-sama mengambil bahagian dan memberi sokongan kepada anak-anak yang turut terlibat. Di samping itu, pertemuan, komunikasi dan perbincangan secara tidak formal antara waris dan pihak guru-guru pada hari tersebut juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara kedua-dua pihak supaya
akhirnya masing-masing dapat memainkan peranan serta tanggungjawab dengan lebih berkesan ke arah pembentukan modal insan yang berpendidikan tinggi dan berkeperibadian unggul (towering personality) .
BANNER AKTIVITI SEKOLAH. Penghasilan banner sememangnya sudah tidak asing lagi dalam sesuatu aktiviti yang bakal dijalankan. Ianya bertujuan untuk memberitahu, membuat pengumumun dan maklumat aktiviti yang bakal dijalankan. Dalam penghasilan banner ini, saya dan rakan saya telah mendapat arahan daripada guru yang terlibat untuk menghasilkan banner berkualiti bagi aktiviti sekolah yang akan dijalankan. Menggunak kemahiran penggunaan perisian grafik komputer, saya bertungkus lumus menghasilkan banner yang terbaik untuk tatapan umum. Saya telah menghasilkan 2 banner untuk 2 aktiviti yang berbeza. Yang pertama adalah melibatkan mesyuarat PIBG dan yang kedua ialah Hari Keusahawanan Sekolah. Tema dalam sesebuah banner mestilah tepat dengan aktiviti yang dijalankan. Contohnya, banner untuk aktiviti formal tidak memerlukan gambar yang banyak kerana memntingkan maklumat yang ingin disampaikan sahaja. Bagi aktiviti Hari Keusahawanaan, pemilihan tema santai dan tidak formal digunakan untuk menunjukkan keceriaan aktiviti tersebut sekaligus menimbulkan minat untuk para penjaga serta murid-murid untuk hadir memeriahkannya. IHYA RAMADHAN. Ihya ramadhan merupakan aktiviti bersama murid yang dilaksanakan dengan kerjasama panitia agama Islam. Ihya ramadhan melibatkan murid-murid tahap 1 dan tahap 2. .Aktiviti ini dijalankan pada hari setiap hari dalam bulan puasa. Pengisian aktivitinya pula adalah seperti yang berikut : 1. Tazkirah Ramadhan Tahap 1 (10.10 10.30pagi) 2. Tadarus Al-Quran Tahap 2 (10.40 11.00pagi) 3. Buletin Ramadhan 4. Kuiz Ramadhan 5. Tabung Infaq Ramadhan 6. Sumbangan Duit dan Pakaian Hari Raya
7. Khatam Al-Quran 8. Bubur Lambuk 9. Majlis Iftar jamaie dan solat hajat UPSR 10. Salam Jamaie Dalam aktiviti ini ditekankan tentang fadilat-fadilat ramadhan dan hukum-hukum semasa berpuasa. Tujuan utamanya adalah untuk mendekatkan diri dengan Ilahi dengan melaksanakan ibadah. Amalan ini perlu diterapkan dalam diri murid-murid
bukan sahaja pada bulan Ramadhan, malahan juga pada bulan-bulan yang lain. Selain itu, program ini dapat memberi pengetahuan, pengalaman dan kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan memahami dan menghayati kenikmatan beribadah dalam bulan Ramadhan serta mempraktikkannya dalam kehidupan seharian bagi
melahirkan muslim yang berketrampilan dan berakhlak mulia agar mendapat kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.
MELABEL PERALATAN SUKAN. Dalam projek ini, saya dan rakan-rakan telah diberi tanggungjawab untuk memastikan keceriaan stor sukan berada pada tahap yang memuaskan dan selamat untuk kegunaan murid-murid dan guru. Bermula dengan melakukan pemeriksaan pada stor sukan sekolah, saya telah memastikan bahagian yang memerlukan perubahan dari segi susunan dan reka letak alatan. Selepas itu, saya telah mencatat alatan yang memerlukan label untuk memastikan alatan sukan diletakkan di tempat yang betul, tersusun dan kemas. Dengan menggunakan perisian grafik kmputer, saya dan rakanrakan telah menghasilkan label untuk dilekatkan pada pembahagi alatan sukan. Hal ini menjadikan susun atur alatan sukan menjadi kemas dan mudah untuk penggunanya meminjam serta memulangkan alatan pada tempat yang betul.
REFLEKSI 1. Kekuatan projek/ aktiviti 1.1 Hari Usahawan Kekuatan dalam projek ini ialah dapat mengutip dana untuk kegunaan sekolah termasuklah guru-guru dan murid-murid untuk hal-hal kemudahan pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, projek ini juga dapat mendedahkan murid-murid tentang hak pengguna menjalankan aktiviti jual beli. Mereka diberi sejumlah wang dalam bentuk kupon dan menggunakannya dengan betul dan sewenang-wenangnya. Nilai-nilai yang baik juga dapat dipupuk dalam diri murid-murid seumpamanya nilai berjimat cermat, rajin, jujur, tolong menolong dan sebagainya.
1.2 Banner Aktiviti Sekolah Kekuatan dalam melaksanakan projek ini adalah dapat menyampaikan maklumat tentang sesuatu program yang berlaku di sekolah dengan cara yang kreatif. Dalam kehidupan seharian kini, pengiklanan yang menarik perlu dalam memastikan sesuatu produk atau perkhidmatan yang dijual atau yang dijalankan dapat menarik minat pengguna. Hal ini sama menjadi tunjang dalam penghasilan banner sekolah ini. 1.3 Ihya ramadhan. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang sangat berkesan kepada murid walaupun jumlahnya sedikit namun impaknya sangat indah.Kekuatan melaksanakan aktiviti ini adalah menerapkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bulan ramadhan dan memperkukuhkan lagi diri murid tentang pahala dan ganjaran di bulan mulia ini.Selain itu, kekuatan aktiviti ini ialah dapat menghuraikan kemusykilan murid tentang persoalan-persoalan hukumhukum di bulan ramadhan dengan adanya sesi perbincangan.
2. Kelemahan projek 2.1 Hari Usahawan Disebabkan hari usahawan dilaksanakan pada hari Sabtu iaitu merupakan hari cuti persekolahan, penyertaan murid dan ibu bapa adalah kurang sedikit berbanding hari biasa. Walaupun pada hari Sabtu itu merupakan hari ganti persekolahan, namun begitu, kebanyakan ibu bapa murid telah sedia dengan agenda percutian hari minggu masingmasing. Walaubagaimanapun, penyertaan ibu bapa boleh dikategorikan pada tahap yang memuaskan dan program yang dijalankan tetap meriah.
2.2 Banner aktiviti sekolah. Kelemahan semasa menjalani projek ini adalah masa yang agak suntuk membataskan kami untuk melengkapkan projek dengan baik. Masa yang diberikan untuk menghasilkan banner adalah kurang. Walaupun begitu, kami tetap memastikan banner yang dihasilkan menarik dan berkualiti. 2.3 Ihya Ramadhan Aktiviti Ihya ramadhan merupakan aktiviti yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan. Kelemahan timbul pada aktiviti tadarrus di mana ada diantara guru-guru yang tidak dapat menghadirkan diri untuk menjalani aktiviti tersebut. Hal ini kerana mungkin guruguru ini sibuk dengan tugasan ataupun projek mereka.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Sekolah perlu mempunyai peruntukan yang cukup untuk keceriaan kerana kami sentiasa mendengar keluhan daripada guru-guru mengenai peruntukan yang kurang untuk menceriakan sebarang bilik darjah dan infrastruktur sekolah. Malahan, dengan peruntukan yang diberikan sekolah akan menjadi satu pusat pendidikan yang cemerlang untuk generasi yang akan datang dengan sikap murid yang seronok untuk ke sekolah. Selain itu, perancangan lebih teliti supaya projek ini dapat dijalankan dengan baik dan sistematik. Hal ini disebabkan dengan kurangnya perancangan masa banyak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia sedangkan dengan masa tersebut mampu menyiapkan projek yang dijalankan.. Tambahan lagi, pihak sekolah seharusnya menyediakan peralatan yang cukup untuk menjalankan projek yang dirancangkan. Peralatan yang tidak cukup mampu merencatkan proses melaksanakan projek yang dirancang.
Kesimpulan. Dalam perlaksanaan projek dan aktiviti di sekolah banyak membantu guru pelatih dari aspek kerjasama dan kolaborasi antara guru pelatih dan guru sekolah.Selain itu, ilmuilmu baharu turut diperolehi apabila berlakunya perkongsian ilmu antara guru. Projekprojek ini dapat memperkukuhkan lagi ukuwah antara satu sama lain. Selain itu, bidang pentadbiran dan organisasi sekolah juga dapat diterapkan dalam diri guru pelatih.