Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Alhamdulilah, bersyukur kehadrat ilahi kerana kami dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang diberikan. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang banyak memberi bantuan serta nasihat dari pensyarah pembimbing. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, kami berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mencari maklumat dan mengumpul maklumat tentang bagaimana hendak membuat kertas kerja dengan mengunakan format yang betul.. Banyak maklumat telah saya perolehi setelah pergi ke perpustakaan. Di sana, terdapat banyak bahan ilmiah tentang model ini yang dapat kami gunakan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Bukan itu sahaja, di perpustakaan terdapat bahan bacaan tentang sukan-sukan olehraga dan balapan yang menjadi perkaitan di dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun begitu, kekeliruan tentang fakta sering berlaku kerana kurangnya pemahaman yang mendalam terhadap fakta tersebut. Antara cabaran yang telah kami lalui semasa menyiapkan tugasan ini ialah kurangnya pemahaman tentang bagaimana untuk melaksanakan tugasan ini. Setelah melakukan beberapa perbincangan bersama rakan serta pensyarah masalah ini dapat diatasi. Bukan itu sahaja, dalam menyiapkan tugasan ini, kami berdepan masalah dalam memilih bahan yang harus dimasukkan dalam tugasan ini. Setelah melakukan kolaborasi, jalan penyelesaian telah dapat dicapai. Di samping itu, kami mempelajari sesuatu yang tersirat dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun kami menghadapi kekangan dalam masa dalam menyiapkan tugasan ini, namun dengan pengurusan masa yang efektif, kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya. Kesimpulannya, walaupun berdepan dengan cabaran tersebut, ia akan menjadi satu panduan yang sangat berguna kepada kami dalam menempuhi dunia pembelajaran yang sentiasa berubah mengikut zaman. Kami juga berharap agar segala ilmu pengetahuan yang kami perolehi dalam menyiapkan tugasan ini dapat diaplikasikan dalam dunia pendidikan yang sebenar.