Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN Para guru diajak untuk meningkatkan semangat profesionalisme masing-masing dalam menghadapi cabaran baharu alaf pendidikan

negara. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud (2013), memberitahu, warga guru merupakan golongan profesional yang

mesti sanggup menerima dan melaksanakan perubahan, responsif kepada perubahan dan seterusnya menjana serta menjuarai perubahan tersebut. Profesion perguruan merupakan profesion yang tidak ditelan zaman dan kini kehebatannya telah diperakui ramai. Justeru itu,seseorang gru haruslah mematuhi etika-etika perguruan supaya martabat keguruan dapat dipertingkatkan. selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara (FPK). Seorang guru itu jangan terlalu berpuas hati dengan apa yang dimiliki sekarang. Malah, guru tersebut perlu sentiasa peka akan perkembangan ilmu dunia dan teknologi maklumat, perkembangan semasa. Sentiasa melibatkan diri dengan majlis ilmu serta latihan-latihan yang dapat meningkatkan kredibiliti seorang guru perlu dititik beratkan oleh insan yang bergelar guru. Arus permodenan yang semakin melangkaui batas menyebabkan setiap negara berlumba-lumba untuk memajukan bidang pendidikan bagi sejajar dengan kehendak dunia semasa. Malah di negara Malaysia sendiri, kerajaan telah mewujudkan dan melaksanakan pelbagai perubahan dalam dunia pendidikan. Contohnya kurikulum KSSR, pelaksanaan PBS, kursus dan latihan perguruan dinaiktarafkan serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilaksanakan sejajar dengan Wawasan 2020. Selain itu, seorang guru yang berkesan akan menampilkan ciri-ciri guru yang baik. Contohnya, guru yang berkesan merupakan seorang insan yang pintar, celik minda, sentiasa berfikiran positif, bersikap sebagai pemimpin dan sebagainya. Secara tidak langsung, ini tidak menafikan sebenarnya peranan guru amat penting dalam membawa pelbagai perubahan dan inovasi dalam sistem pendidikan negara akibat daripada era perkembangan teknologi yang kian pesat. Selain itu, masyarakat juga

meletakkan harapan yang tinggi kepada guru untuk melahirkan modal insan yang sempurna

Anda mungkin juga menyukai