Anda di halaman 1dari 2

Tajuk: Apai Saloi Apai Saloi ialah pemuda yang jujur.

Dia telah diajak oleh rakannya, Apai Seumangumang ke hutan. Tujuannya adalah untuk mencari rotan. Mereka telah berjalan jauh di tepi Sungai Rejang. Dalam perjalanan, mereka ternampak sebuah gua. Mereka pun masuk ke dalam gua itu. Apai Seumang-umang : Wah, banyaknya harta karun! Mari kita bawa semua harta ini ke luar gua. Apai Saloi : Jangan! Harta ini pasti ada tuannya. Aku tidak mahu mengambilnya.

Apai Seumang-umang : Kamu tunggu di sini sekejap. Aku hendak keluar mencari rotan untuk membuat bakul. Aku akan membawa semua barang kemas ini keluar dari sini. Apai Saloi : Aku boleh menunggu kamu tetapi aku tidak mahu mengambil harta ini.

Tidak lama selepas Apai Seumang-umang keluar, tiba-tiba Penunggu gua Apai Saloi Penunggu gua Apai Saloi Penunggu gua : Apa kamu buat di sini, ha? : Menjaga harta karun ini. : Harta karun ini siapa yang punya? : Tentulah raja yang punya. : Haha bagus! Kamulah orang yang aku tunggu-tunggu. Selama ini, tidak ada seorang pun pemuda yang sejujur kamu. Mari ikut aku ke istana raja. Bawalah semua barang kemas ini. Apai Saloi : Baiklah, ta ta tapi, jangan apa-apakan aku. Aku tidak bersalah. Tuan, beritahulah raja bahawa aku tidak mengambil sedikit pun barang kemas ini. Janganlah apa-apakan aku. Tolonglah aku! Apai Saloi dibawa ke istana dan menerima anugerah serta pujian dari raja kerana beranggapan Apai Saloi telah menjaga harta karun raja yang telah hilang selama ini.

A. Jawab Soalan berikut: a. Apakah tujuan Apai Seumang-umang dan Apai Saloi pergi ke hutan? b. Apakah yang mereka nampak ketika berjalan jauh di tepi Sungai Rejang? c. Antara Apai Seumang-umang dan Apai Saloi, siapakah yang ada hati untuk mengambil harta karun yang mereka temui? d. Ke manakah penunggu gua itu membawa Apai Saloi pergi setelah mengetahui kejujuran Apai Saloi? B. Kata ialah dan adalah dalam teks merupakan kata pemeri. Isi tempat kosong yang disediakan dengan kata pemeri yang betul. 1. Persalinan itu ___________ untuk Puteri Anisa. 2. Siti ___________ anak sulung Encik Razali dan Puan Halimah. 3. Berita yang disampaikan oleh pemuda tersebut ___________ tidak benar. 4. Pengusaha makanan yang berjaya itu ___________ Encik Noor Azmi. 5. Hidangan yang disajikan oleh Ali itu ___________makanan kegemaran Keluaraganya. 6. Kata-kata yang diucapkan oleh Ahamd kepada Abu itu ___________ amat indah sekali 7. Gua yang dilawati oleh pelancong itu _____________ Gua Niah.

Anda mungkin juga menyukai