Anda di halaman 1dari 2

Phytagoras Yunani , 582 493 SM Meskipun Phytagoras adalah seorang ahli falsafah namun ia juga mempelajari muzik dan

n ilmu-ilmu lain. Ia lahir di Yunani dan kemudian ke Mesir dan Babylon untuk belajar. Phytagoras terkenal dengan teorinya yang menerangkan bahawa segitiga bersisi sama. Teorinya dikenali dengan Teori Phytagoras

Thales Yunani, 624-546 SM

Thales adalah seorang ahli falsafah. Pada zamannya seorang ahli falsafah yang mempelajari matematik, astronomi, fizik dan ilmu pengetahuan alam. Thales lahir di Yunani kemudian pergi ke Mesir untuk belajar. Ia mengukur tinggi piramid dengan menggunakan pengertian kesebangunan dan meramalkan waktu peredaran matahari. Beliau dikenali sebagai Bapa Awal Ilmu Matematik dan Astronomi.

Rene Descartes Perancis, 1596-1650 Beliau adalah pencipta bagi cabang matematik geometri koordinat. Menurut beliau, adalah mencukupi untuk melukis suatu garis lurus jika penjangnya diketahui. Graf dilukis pada paksi Cartesan mengandungi satu set pasangan tertib (x,y). Beliau dikatakan mendapat idea mengenai koordinat ketika beliau sedang terbaring dan memerhatikan seekor labah-labah pada siling biliknya.

Copernicus Polandia, 1473-1543 Copernicus mempelajari astronomi, matematik, fizik, ilmu hukum dan kedoktoran. Pada zamannya secara umum orang percaya bahawa matahari, bulan dan bintang bergerak mengelilingi bumi kerena saat itu bumi dianggap sebagai pusat sistem suria. Akan tetapi Copernicus yakin bahawa pusat alam semesta bukanlah bumi, melainkan matahari di mana seluruh benda-benda langit berputar mengelilingi matahari. Pikiran Copernicus ini menentang falsafah tradisional dan agama. Teorinya yang terkenal dikemukakan dalam bukunya yang berjudul Perputaran Benda-Benda Langit.