Anda di halaman 1dari 4

Biskut Telur Rebus Resepi : Mamajay Sumber : Noorsha Bahan : 5 biji telur di rebus ( ambil kuning sahaja ) 2 cawan

gula halus - Mas kurangkan jadi 1 1/2 cawan 2 cawan tepung gandum 2 cawan tepung jagung maizena 1 cawan tepung kastad 2 cawan planta @ butter 1 sudu kecil esen vanila 1 sudu kecil baking powder 1 biji telur ( di kocok - sapu di atas biskut - Noorsha gune telur putih saja ) badam hiris secukupnya untuk hiasan

Cara : 1. Pukul planta + gula aising sehingga sebati dengan menggunakan senduk. Masukkan esen dan kuning telur yang telah di lecek. 2. Pukul lagi. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

3. Canai dan terap dengan acuan yang di gemari. Susun di dalam loyang yang telah di sapu planta. 4.Sapu telur dan hias dengan badam hiris. 5.Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180'C sehingga masak.

Krim Paf dan Krim Kastard


Bahan-bahan: (menghasilkan =/- 35 biji krim paf comel) Doh/ 'butter': 50 gm mentega 125 ml air 1/3 st garam 75 gm tepung gandum- diayak 1 biji telur + 1 biji kuning telur 1/2 st esen vanilla Cara membuatnya: 1. Masukkan air ke dalam periuk. Didihkan di atas api sederhana. Masukkan mentega dan kacau hingga cair. 2. Perlahankan api. Masukkan garam dan tepung. Kacau cepat-cepat menggunakan senduk hingga campuran jadi doh. (proses sgt cepat, tak sampai seminit) Kalau kacau perlahan-lahan, adunan tak jadi doh tau.... 3. Ketepikan sebentar hingga adunan suam. (gambar 1)

4. Masukkan doh ke dalam mangkuk adunan. Campurkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga sebati menggunakan speed sederhana. 5. Sediakan loyang pembakar dan lenser dengan sedikit mentega. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang. Paipkan adunan berdiameter 2-3 sm (ikut citarasa) ke dalam loyang. (gambar 2) 6. Panaskan oven pada suhu 180- 200 darjah Celcius ( ikut jenis oven)dan bakar selama 25 minit atau krim paf keperangan. KAn letakkan loyang di bahagian tengah oven agar krim-paf masak sekata...

Ingat ye... tak ada makna krim-paf gebu kalau kastardnya tak sedap... resepi krim kastard ni memang sesuai sangat dengan krim paf ni... Bahan-bahan krim kastard: 1 bijikuning telur 150 ml krim putar (whipping cream) 1 1/4 sudu besar tepung kastard 25 gm gula halus 1 sudu besar parutan keju cheddar 1/2 sudu teh esen vanilla Cara membuatnya: 1. Satukan semua bahan kecuali keju cheddar di dalam periuk. Kacau sebati menggunakan whisk.

2. Hidupkan api perlahan dan biar panas. Masukkan keju cheddar dan terus mengacau adunan hingga bancuhan pekat. 3. Kata Mat Gebu, bila whisk diangkat, kastard jatuh bertali. Matikan api dan alihkan kastarddari dapur. Tutup bekas dengan cling wrap agar permukaan kastard tidak mengeras. Biar sejuk sebentar.. Belahkan krim paf dan isi krim kastard secukupnya... sedia dinikmati...