Anda di halaman 1dari 6

NURUL JANNAH BINTI NGAPDI (920203-06-5392)

LAPORAN PEMERHATIAN PBS Berdasarkan tugasan yang diberikan, kami diminta untuk memerhatikan beberapa perkara ketika guru pendidikan jasmani mengajar di sekolah yang kami pilih untuk melakukan PBS. Kami mendapati guru pendidikan Jasmani tersebut gagal untuk memberikan penerangan yang terperinci ketika proses pelaksaan aktiviti yang ingin dijalankannya. Kami meminta izin daripada guru tersebut untuk melihat kaedah pengajaran mereka. Kemudian, kami mendapati guru mengarahkan beberapa orang murid untuk mengangkat peralatan permainan, dan selebihnya diminta untuk menunggu sebentar tanpa sebarang pengawasan di padang. Dalam tempoh itu, guru tersebut meminta bantuan kami untuk mengambil alih tugasannya atas alasan bahawa belian sakit perut. Sebagai orang baru, kami menurut perintah sahaja tanpa sebarang persoalan. Memang terang lagi bersuluh, guru tersebut langsung tidak memberi sebarang penerangan berkaitan aktiviti yang telah di racang di dalam RPH yang telah di tulisnya. Pelajar hanyalah di suruh untuk beratur sepertimana kumpulan yang telah di bahagikan, kemudian mengendalikan permainan sendiri. Jadi, kami yang mengambil alih kelas tersebut terpaksa memikirkan satu permainan yang menyeronokkan untuk mereka. Kami menyuruh mereka melakukan regangan terlebih dahulu. Kemudian, kami membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dengan mengasingkan murid lelaki dan murid perempuan. Murid lelaki di beri peluang untuk bermain bola sepak. Manakala murid perempuan kami adakan permainan seperti sukaneka. Peralatan yang digunakan adalah seperti kon, dan bola besar. Murid diminta untuk berdiri di belakang garisan yang telah di tandakan dengan menggunakan kon. Kemudian dengan jarak 10m, murid dikehendaki melantunkan bola besar tersebut dari awal garisan sehinggalah jarak 10m yang telah ditandakan dengan menggunakan kon dan kemudian patah balik semula. Murid dengan kumpulan yang pantas dan berjaya menghabiskan dahulu, dikira sebagai pemenang.

NURUL JANNAH BINTI NGAPDI (920203-06-5392)

1.0 Bersama-sama murid melakukan aktivti regangan

1.1 Murid lelaki bermain bola sepak

NURUL JANNAH BINTI NGAPDI (920203-06-5392)

1.2 Murid beratur mengikut kumpulan yang telah dibahagikan

1.3 Murid melantun bola dengan pantas supaya cepat sampai ke garisan penamat

NURUL JANNAH BINTI NGAPDI (920203-06-5392)

Setiap permainan terdedah dengan pelbagai bentuk bahaya. Jadi sebelum kami memulakan aktiviti tersebut kami memberikan penerangan terlebih dahulu berkaitan permainan yang akan dijalankan. Kemudian kami memeriksa peralatan yang digunakan. Contohnya adakah bola yang digunakan berada dalam keadaan yang baik seperti cukup angin? Adakah murid sihat pada pagi tersebut? Adakah murid mengenakan pakaian yang bersesuaian seperti kasut sukan, seluar track suit, dan t-shirt pendidikan jasmani? Kawasan permaian kami tandakan dengan menggunakan kon supaya murid hanya bermainan dikawasan yang telah di tetapkan dan tidak boleh keluar seperti bermain sehingga ke kawasan jalan raya. Antara langkah keselamatan yang sering kali terlepas pandang ialah melakukan aktivit regangan terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu

permainana atau aktiviti. Secara umumnya, ramai yang tahu mengenai latihan regangan, tetapi tidak ramai yang tahu mengenai kepentingan dan faedah melakukan aktiviti ini. Menurut kajian dilakukan pakar kecergasan, kadar kecederaan dapat dikurangkan sebanyak 25 peratus jika seseorang mengambil langkah pencegahan yang sesuai sebelum atau ketika melakukan aktiviti senaman. Memanaskan badan atau latihan regangan yang betul penting untuk pencegahan kecederaan. Pastikan aktiviti memanaskan badan anda sesuai dengan sukan atau senaman yang hendak dilakukan. Lakukan pergerakan membabitkan regangan dinamik dan melakukan aerobik yang mudah. Kecuali jika anda penari mahupun ahli gimnastik, elakkan regangan statik atau pasif kerana aktiviti pemanasan badan seperti ini sebenarnya meningkatkan risiko kecederaan. Terdapat beberapa faedah dan kepentingan melakukan regangan sebelum atau selepas melakukan senaman. Ia memelihara fleksibiliti agar dapat mengelakkan kecederaan serta meningkatkan dan melancarkan perjalanan darah dalam anggota badan. Antara kemahiran utama yang terlibat di dalam permainan ini ialah berlari dan melantun bola. Otot utama yang terlibat ialah pectoralis major, otot tangan seperti deltoid, biceps, triceps, branchioradialis, flexor carpi radialis, otot kaki seperti kuadriceps, hamstring, gastrocnemius, anterior, dan gluteus maximus.

NURUL JANNAH BINTI NGAPDI (920203-06-5392)

Otot tangan pada sendi bahu iaitu deltoid akan membantu ketika pelari menghayunkan tangan. Apabila tangan dalam keadaan fleksi, otot pada sendi bahu iaitu biceps akan mengecut manakala otot triseps akan mengendur. Apabila tangan dalam keadaan hyperektensi pula, otot biseps akan mengendur dan otot triseps akan mengecut. Otot triseps dan biseps ini bersifat antagonis ketika pergerakan tangan.

Flexor carpi radialis triceps deltoid biceps Brachioradialis Otot pektoralis major pada sendi bahu terlibat apabila pelari menghayunkan tangan.

Pectoralis major

NURUL JANNAH BINTI NGAPDI (920203-06-5392)

Apabila kaki dalam keadaan flexi, otot pada sendi pinggul iaitu hamstring akan mengecut untuk meluruskan kaki dan kuadriceps akan mengendur. Apabila kaki dalam keadaan hyperektensi, otot hamstring akan mengendur dan otot

kuadriceps akan mengecut untuk meluruskan kaki. Otot gluteus maximus yang terletak pada sendi pinggul pula akan mengecut untuk menarik tulang femur. Otot gastrocnimius pada sendi lutut akan mengecut untuk menarik tumit manakala otot anterior iaitu tibialis akan mengendur. Otot rangka merupakan sejenis otot bersitra yang menghubungkan antara satu tulang ke tulang yang lain. Otot rangka digunakan untuk pergerakan dan postur badan, dengan mengenakan daya kepada tulang dan sendi melalui pengecutan. Otot rangka mengecut secara terkawal melalui stimulasi saraf. Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder panjang dan nukleus berbilang. Nukleus otot ini terdapat di bawah membran plasma yang mengosongkan bahagian tengah gentian otot untuk miofibril. Aturan unik ini membenarkan pergerakan yang lebih berkesan. Otot ini biasanya mempunyai salah satu hujungnya terlekat kepada tulang pegun seperti skapula, dan hujung satu lagi melintasi sendi dan melekat kepada tulang yang lain seperti humerus). Bagi fasa larian, otot yang terlibat ialah otot pada sendi bahu iaitu deltoid, biceps dan triceps, otot pada sendi siku iaitu brachioradialis dan Flexor carpi radialis, otot pada sendi bahu iaitu pictoralis major, otot pada sendi pinggul iaitu gluteus maximus, hamstring dan Kuadriceps.