Anda di halaman 1dari 15

BK

Geliung(sj kapal layar yg besar.) panjang kenaikan(kenderaan.) w1Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meluncur laju meredah lautan dalam bagai pucuk dilancarkan, bagai kumbang putus tali.( prb sangat pantas larinya (jalannya) Oleh sebab terlalu lajunya, seluruh isi geliung itu habis muntah-muntah dan mabuk. Hanya tiga orang saja yang tidak mabuk, iaitu Tuan Puteri Dayang yang menjadi jurumudi, w2Si Kembang Cinanya dan w3Awang Sulung Merah Muda yang masih comot(kotor sekali (berlumuran arang dll) dan hitam itu. Hai Kembang Cina, pergilah kaupanggilkan budak hitam itu suruh gantikan tempat beta ini, beta sudah tersangat letih! Si Kembang Cina pergilah mendapatkan Awang Sulung. "Eh,gilakah Kakak Kembang ini, minta orang bayar hutang di tengah lautan! Apabila sampai ke daratan bolehlah hamba menjadi penghalau ayam, penunggu itik atau menjadi penyapu rumah. Si Kembang Cina berlari-lari mendapatkan Tuan Puteri Dayang menyampaikan cakap Awang Sulung itu. Pergilah kaupujuk dia sekali lagi. Gunakanlah bahasa yang lembut sedikit! Baiklah, Tuan Puteri. Si Kembang Cina pun bersuara kepada Awang Sulung dengan lemah lembutnya. Wahai orang muda, Pak Bongsuku, tolonglah ambil tempat Tuan Puteri menjaga kemudi itu, kerana Tuan Puteri terlalu letih! Jawab Awang Sulung: Ijuk-ijuk (serabut yg terdapat pd pangkal pelepah pohon enau (dpt dibuat atap dll). tali perahu, Perampung Jw selesai, beres: talinya rakit; Esok-esok baru tahu, Periuk rompong rosak atau terkerat pd cuping atau hujungnya (hidung, belalai, dll jadi penyakit. Sebelum menggantikan tempat Tuan Puteri Dayang, Awang Sulung telah dihidangkan makanan oleh Si Kembang Cina, kerana ia kelihatan terlalu letih juga. Setelah BIstanasantap, Awang Sulung pun segeralah menggantikan tempat Tuan Puteri Dayang Seri Jawa itu menjaga kemudi, tetapi Awang Sulung tidak memegang kemudi itu bahkan katanya, Belayarlah engkau geliung ke mana- mana mengikut puputan- tiupan angin. Mpi.2-4(ilmu bakti) 1.Berikan maksud mengikut puputan angin. (2 markah) 2.Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tindakan-tindakan Si Kembang Cina sebelum berjaya membuat Awang Sulung Merah Muda menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengemudikan kapal itu. (3 markah) 3.Pada pendapat anda, mengapakah Awang Sulung Merah Muda tidak memegang kemudi itu ketika mengemudikan kapal tersebut? 1.... mengikut arah tiupan angin 2.Tindakan-tindakan Si Kembang Cina sebelum berjaya membuat Awang Sulung Merah Muda menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengemudikan kapal itu ialah: menyampaikan arahan daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kepada AS memujuk semula Awang Sulung Merah Muda menggunakan bahasa yang lembut dan bersopan memberi Awang Sulung Merah Muda makan 3.Pada pendapat saya, Awang Sulung Merah Muda tidak memegang kemudi itu ketika mengemudikan kapal tersebut kerana: Awang Sulung Merah Muda ingin menunjukkan kehebatan dan keistimewaannya kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Awang Sulung Merah Muda menggunakan kebolehannya menyuruh angin membawa kapal tersebut mengikut haluannya sebagai seorang anak raja besar, Awang Sulung Merah Muda memiliki kuasa sakti yang luar biasa dan boleh digunakan walaupun terhadap benda seperti kapal termasuklah unsur-unsur alam seperti angin, air, tanah dan api Tuan Puteri Dayang rupanya tidak mahu berehat, ia hendak duduk berdua-duaan dengan Awang Sulung. Pada Tuan Puteri itu bau belacan yang busuk sudah tidak ada lagi pada badan Awang Sulung, sudah berganti dengan bau yang harum hingga Tuan Puteri Dayang jatuh hati kepadanya. Setelah tiga hari belayar sampailah geliung itu ke LT1Pulau Tapai. Kata Awang Sulung: Pulau Tapai berjajar - berbaris, berbanjar empat, Haluan orang pulang ke Jawa; Putih kuning bagai disifat, Itulah tempat membuang nyawa. Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung melabuhkan- menjatuhkan sauh supaya berhenti geliung panjang di pulau itu untuk mengambil kayu dan air yang telah kehabisan, tetapi gelombang sangat besar dan geliung tidak dapat
1 Antologi Komsas T4 www.cikguphong.blogspot.com 017 4831883

rapat ke tepi. Awang Sulung segera ke petak jubungnya- penutup pd perahu (dibuat drpd tikar, kajang, papan dll) utk menutup muatan mengambil bungkusan tulang pelanduk putih lalu mengikatkannya pada benang pancar warna, dicampakkannya ke laut. Seketika kemudian laut menjadi tenang bagai air di kuali dan dapatlah geliung itu berlabuh dengan eloknya. ^^Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya terpingapinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan w4Tuanku Nakhoda Tua. Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk ( sl = beramuk-amuk bertempur (berjuang, bertarung, w5 dsb) menentang musuh, bertikam: ) Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin. Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat- kehairanan kerana terkejut, termangu-mangu. membelekbelek- memerhati dgn teliti, mengincar, memeriksa: keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan. Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tupai. Anak-anak geliung bersuka ria dengan pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua berkata, Jikalau selamat geliung ini sampai ke LT2Tanah Jawa, akan kukahwinkan puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa yang dapat menyelamatkannya. "Ampun Tuanku, patiklah akan menjadi galang- penopang gantinya hingga selamat sampai ke Tanah Jawa, sembah jurumudi. Sabarlah wahai jurumudi, sekarang kita masih dalam perjalanan, kita belum lepas daripada bahaya yang besar, kerana bajak laut - lanun; terlalu banyak di lautan depan ini. Pada suatu hari ketika anak-anak geliung itu memikul kayu api dan mencari air di pulau, terlihatlah oleh jurumudi itu akan Awang Sulung. Eh, mengapa budak hitam itu duduk dan makan saja, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa? Tidakkah ia disuruh bekerja seperti anak-anak geliung yang lain? Oleh sebab terlalu marah melihatkan telatah jurumudi itu, jawab Tuan Puteri Dayang Seri Jawa? Apa kau peduli, geliung ini bukan kepunyaanmu, bukan nasi kau yang dimakannya dan btiknn air kau yang diminumnya. Tuan Puteri Dayang mulai terfikir hendak menguji kecekapan Awang Sulung lalu disuruhnya Si Kembang Cina mengambilkan buyung- bekas air yg besar perutnya (dibuat drpd tanah liat) suasa- sj pancalogam (campuran emas dan tembaga) dan meminta Awang Sulung mengambil air. Sungguh ganjil, anak-anak geliung itu pergi ke pulau mencari air, tetapi Awang Sulung berkayuh ke tengah laut di tempat arus yang paling deras untuk mengambil air.^^ oxford 1.Apakah maksud baris terpisat-pisat membelek-belek keris berdasarkan petikan?(2 markah) 2.Apakah yang telah diumumkan oleh Nakhoda Tua?(3 markah) 3.Pada pendapat anda, apakah tujuan Awang Sulung menyamar sebagai budak yang comot? (3 markah) i.Frasa tersebut bermaksud termangu- mangu sambil memerhati keris. ii.-Sesiapa yang mampu menyelamatkan seluruh isi kapal akan dikahwinkan dengan anaknya. -Pelayaran mereka akan menempuh dugaan hebat kerana mereka akan melalui laluan yang dipenuhi lanun. iii.-Merasai pengalaman sebagai orang biasa. -Menguji pembesar-pembesar di sesuatu kawasan, sama ada menghormati orang ramai atau tidak. -Mengetahui tahap layanan yang diterima oleh golongan bawahan 4.Apakah maksud baris bukan nasi kau yang dimakannya dan bukan air kau yang diminumnya?(2 markah) 5. Huraikan dua nilai daripada petikan dan dua nilai daripada keseluruhan cerita ini.(3 markah) 6.Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi jurumudi? 4.Maksud baris ialah bukannya jurumudi yang memberi Awang Sulung Merah Muda makan dan minuman menanggung makan dan minum Awang Sulung Merah Muda. 5.Berhati-hati dan bekerjasama. Ketaatan dan keberanian. 6.Kerana dia mengasihi Awang Sulung. Jurumudi tidak layak untuk memarahi Awang Sulung. Tindakan menghina insan yang lain merupakan tindakan yang tidak wajar. Setia Emas 7.Apakah maksud rangkai kata menjadi galang ganti? [2 markah] 8.Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak menyuruh budak hitam itu bekerja seperti anak-anak geliung yang lain? [3 markah]
2 Antologi Komsas T4 www.cikguphong.blogspot.com 017 4831883

9.Berdasarkan petikan di atas, tuliskan tiga watak dan perwatakan jurumudi.

[3 markah]

7.Maksud rangkai kata tersebut ialah mempertaruhkandiri. 8.Tuan puteri tidak menyuruh budak hitam itu bekerja kerana tuan puteri: a) mengetahui budak hitam itu adalah anak raja yang berdaulat/ Awang Sulung Merah Muda menyayangi budak hitam itu. b) mahu menyuruhnya memenuhkan air dalam buyung suasa. 9. Perwatakan jurumudi ialah a) mabuk laut b) pembohong - mengaku menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. c) Iri hati - dengki melihat Awang Sulung Merah Muda tidak bekerja seperti anak-anak geliung yang lain.

Setelah itu diberinya pula Awang Sulung sebilah parang, disuruhnya mencari kayu. Orang mengambil kayu bakau dan temu laut, tetapi Awang Sulung mengambil batang nipah. Apa gunanya menyimpan budak hitam ini? Disuruh mengambil air diambilnya air masin, disuruh mengambil kayu diambilnya batang nipah... bebel jurumudi itu di depan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Waktu diadakan kenduri, jurumudi menyuruh Si Kembang Cina memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung - kulit kelapa yg keras yg dibelah dua (utk bekas air dll), batok, geluk berbulu untuk Awang Sulung. Sedang Si Kembang Cina membuat kerja itu terpandanglah oleh Tuan Puteri Dayang lalu dimarahinya, Mengapa kau buat begini, hai perempuan celaka? Bapa engkau atau laki engkaukah si jurumudi bedebah- kata makian itu? Kemudian disuruhnya Si Kembang Cina menyediakan hidangan istimewa untuk Awang Sulung dengan talamnya- sj dulang yg tidak berkaki (tempat menyajikan makanan, minuman, dll) beralaskan kain kuning. Latihan PelangiA++ T4 1.Apakah maksud rangkai kata bukan nasi kau yang dimakannya dan bukan air kau yang diminumnya?[2 markah] 2.Berdasarkan petikan di atas, jelaskan tindakan Awang Sulung setelah menerima arahan daripada Tuan Puteri Seri Jawa.[3 markah] 3.Pada pendapat anda, mengapakah Jurumudi tidak senang akan layanan Tuan Puteri Seri Jawa terhadap Awang Sulung? [3 markah] i,bukan Jurumudi yang memberi Awang Sulung makan dan minum ii.Awang Sulung mengambil air di tempat arus yang paling deras di tengah laut - Awang Sulung mengambil batang nipah sedangkan orang lain mengambil kayu bakau dan temu laut iii.Jurumudi menyukai Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tetapi Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyukai Awang Sulung - Jurumudi cemburu akan Awang Sulung Sudah itu bawa buyung suasa yang berisi air masin itu ke mari, perintahnya lagi. Tuan Puteri Dayang merasa air masin di dalam buyung itu sudah bertukar menjadi manis bagai serbat- 1. minuman drpd air gula (biasanya dimerahkan) yg menyegarkan (menyamankan), sirap;, lalu disuruhnya pula Si Kembang Cina merasanya. Si Kembang Cina merasa takjub- berasa aneh atau pelik (kerana melihat atau mendengar sesuatu), hairan, kagum:. Bagaimanakah air masin boleh bertukar menjadi serbat? Lain kali ingat sedikit perbuatanmu itu! kata Tuan Puteri Dayang sambil menunjal - 2. menunjuk dan menyentuh dgn jari (biasanya dgn jari telunjuk) muka Si Kembang Cina. Sebaik-baik sauh diangkat Tuanku Nakhoda Tua memerintahkan semua anak geliungnya berhimpun. Beta panggil kalian kerana sekarang geliung kita akan meredah kawasan Laut LT3Sekona Lingga. Kawasan ini penuh dengan bajak-bajak laut dengan ketua masing-masing; Sekona Lingga, Panglima Helang Laut, Panglima Kecil Muda Teruna, Panglima Kecil Muda Suara. Seperti yang beta sudah janjikan, barang siapa- sesiapa saja; dapat menyelamatkan beta dan puteri beta daripada serangan bajak laut ini ia akan beta kahwinkan dengan puteri beta ini. Seluruh isi geliung terpegun mendengarnya, kecut perut rasanya mendengar banyaknya lanun di laut itu, tetapi jurumudi menyahut, Ampun Tuanku, patiklah yang akan melawan bajak laut itu semuanya. Apabila melintasi perairan LT4Pulau Salah Nama, keluarlah kumpulan lanun datang menyerang geliung panjang. Orang di geliung itu lari ke bawah menyelamatkan diri masing-masing, jurumudi sendiri telah lari lintangpukang menyelamatkan nyawanya. Pergi kaupanggilkan budak hitam itu ke mari melawan bajak laut itu! perintah Tuan Puteri Dayang kepada Si Kembang Cinanya
3 Antologi Komsas T4 www.cikguphong.blogspot.com 017 4831883

Awang Sulung berhelah, katanya dia hanya layak menjadi penunggu reban dan penyapu rumah saja. Pergi kau sekali lagi memujuknya dengan bahasa yang lemah lembut. Hai Kakak Kembang, bagaimana hendak melawan, tangan dan kakiku sakit-sakit! Mendengar alasan itu tahulah Tuan Puteri Dayang apa yang mesti diberi kepada Awang Sulung itu lalu disuruhnya Si Kembang Cinanya mengambil limau selimpat - nama sj anyaman (cara menganyam): pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung pergi mandi. Turunlah Awang Sulung mandi lalu menggosok badannya; sekali menggosok limau, dua liga panau- sj penyakit kulit yg berupa bintik-bintik, (tompok-tompok) putih (kadang-kadang gatal); tercelik- sl dapat dilihat, kelihatan, tampak; hilang cahaya bulan, timbul cahaya panaunya. (hiperbola) Apabila melihatkan keelokan paras Awang Sulung yang sebenarnya terpesonalah Si Kembang Cina: Jikalau kulurut -menceraikan biji-bijian drpd tangkainyapadiku ini,Jikalau kulurut pecah batangnya; Jikalau kuturut hatiku ini,Jikalau kuturut salah datangnya. Balas Awang Sulung sambil tersenyum: Jangan berpauh-pauh padi- menyukat-nyukat padi dgn pauh- ark sj sukatan yg bersamaan dgn suku cupak, kepul;., Ada biduk serempu - perahu yg dibuat dgn lunas panjang dan lekuk pula; serempu = lunas ~ lunas panjang dan lekuk; Jangan berjauh-jauh hati,Asal hidup bertemu juga. Setelah mandi, Awang Sulung masuk ke petak jubungnya bersalin pakaian pusaka tua warisan daripada bondanya. Kemudian ia pun mengenakan keris dan pedang yang sakti, lalu berjalan keluar. Pada ketika itu empat puluh empat orang lanun sedang mencangkuk- mengenakan cangkuk, mengait rombeng - robek, compang-camping: pakaian geliung panjang itu dengan besi. Awang Sulung pun berseru, Hai ketua lanun Si Helang Laut, Si Kecil Muda Teruna, Si Kecil Muda Suara yang berkacak- berpijak, berdiri: di awan-awan dan bergantung- 1 berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi, lantai di angin lalu, ambillah Tuan Puteri Dayang jadikan dia penghalau ayam, penyapu rumah atau penggaru belakangmu!

Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang Sulung, Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita sendiri! bisik mereka sesama sendiri. Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahwa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini, sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar. Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam. AmpunTuanku,janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas. Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang tidak tersabar lagi lalu menyampuk, Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal. ^^Kalau begitu, kata Awang Sulung pula, memanglah benar kata adinda itu, kerana kakanda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah kakanda kembali kc Bandar Mengkalih. Oleh sebab terlalu hampa mendengarkan titah Awang Sulung itu, Tuan Puteri Dayang hendak terjun ke laut, tetapi segera dihalang oleh hulubalang yang ada di situ lalu dibawanya masuk ke magun. Di situ Tuan Puteri Dayang telah tidak sedarkan diri. Pelangi 1. Berikan maksud rangkai kata sekarang hutang pun sudah berbayar. [2 markah] 2. Apakah tujuan pelayaran Awang Sulung Merah Muda ke Bandar Mengkalih? [3 markah] 3. Jelaskan pendapat anda tentang langkah-langkah terbaik yang perlu dilakukan oleh seseorang bagi
4 Antologi Komsas T4 www.cikguphong.blogspot.com 017 4831883

mengelakkan dirinya daripada berhutang. i. ii. iii.

[3 markah]

Kini pinjaman telah dilangsaikan Untuk menemani Tuan Puteri Dayang pulang ke negerinya Untuk melangsaikan hutang dengan Datuk Batin Alam Tidak boros berbelanja Membeli barang-barang yang perlu sahaja Tidak mengamalkan tabiat suka meminjam wang Membuat simpanan untuk digunakan semasa kecemasan

Ampun Tuanku, janganlah Tuanku sakat lagi puteri i t u , kalau berlaku sesuatu hal kita juga yang susah, sembah h u l u balang itu. Kemudian Si Kembang Cina pun berpantun: Jangan ditebang gelenggang itu,Pucuknya ada berjurai-jurai; Jangan dikenang yang hilang itu,Sudah jauh digonggong murai.^^ ^^ 1.Apakah maksud maguri? [2 markah] 2.Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak sedarkan diri? [3 markah] 3.Apakah maksud pantun yang terdapat dalam petikan di atas dan mengapakah Si Kembang Cina mengungkapkan pantun tersebut?[3 markah] 1.Maksud kata tersebut ialah bilik kurungan di buritan kapal layar (tempat rehat jurumudi). 2.Tuan puteri tidak sedarkan diri kerana a) Awang Sulung Merah Muda hendak kembali ke tempat asalnya. b) gagal terjun ke dalam laut kerana dihalang oleh hulubalang. c) hendak bermanja dengan Awang Sulung Merah Muda. 3.Maksud pantun ialah janganlah mengingati kekasih yang telah pergi, mungkin dia telah dimiliki oleh orang lain. Tuan puteri berharap agar Awang Sulung Merah Muda a) melupakan kekasih lamanya. b) tidak kembali ke negeri asalnya

Balas Awang Sulung: Bagaimana tidak dikenang,Pucuknya pauh selasih Jambi; Bagaimana tidak dikenang-kenang,Dagang yang jauh kekasih kami. Lalu dipangkunya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang pengsan itu sambil membisikkan pantun: Fikir-memikir sama lawak,Jangan dibawa ke Tanjung Jati; Sindir-menyindir sama awak,Jangan dibawa masuk ke hati. Mangkuk jorong pinggan pun jorong,Si jorong berisi buah jati; Dua tiga kata terdorong,Jangan dibawa masuk ke hati. Gunung Daik timang-timangan,Tempat kera berulang-ali; Budi yang baik kenang-kenangan,Budi yang jahat buang sekali. jorong 1 tempat sirih yg berbentuk bulat panjang. 2 bulat panjang: pinggan yg ~. 1. = anak ~ anak yg sangat dikasihi atau dimanjakan; 2. = nama ~ nama lain drpd timangnama yg diberikan ketika lahir, gelaran: namanya Saliah, juga dipanggil comel sbg timangan nama timang-timangan sejak kecil.

Tuan Puteri Dayang yang sudah sedar dari pengsannya dan mendengar semua pantun Awang Sulung itu bangun lalu berpantun pula: Tiup angin panggang tilan- ikan darat,Anak raja pulang menjala; Hidup mati di tangan tuan,Adik tidak banyak bicara. Balas Awang Sulung: "Asal ada kaca di pintu,Tanamlah dedap di dalam padi; Asal ada kata begitu,Alangkah sedap di dalam hati.
5 Antologi Komsas T4 www.cikguphong.blogspot.com 017 4831883

Kata Tuan Puteri Dayang Seri Jawa lagi: Anak balam di atas atap,Menumilang diturunkan; Kalau haram kepada kitab,Tuan seorang dipohonkan. Sahut Awang Sulung pula: Asal ada sama ke padi,Pergi ke pantai menjual kapas; Asal ada sama di hati,Gajah terantai boleh terlepas. Sindir Tuan Puteri Dayang Seri Jawa katanya: "Teluk Batu tanjung sedikit,Pisau raut di dalam perahu; Peluk pangku cium sedikit,Di dalam laut siapa tahu. Dibalas pula oleh Awang Sulung sambil tersenyum: Pulau Katak penudung Pangkor,Pangkor penudung Pulau Sembilan; Bagai diletak bagai diatur,Bagai cincin permata Silan. Setelah itu sekalian ketua lanun dan pengikut-pengikut mereka telah dijamu makan dan minum bersama dengan anak- anak geliung yang ada di atas dek itu. **Ampun Tuanku, kata ketua-ketua lanun itu, harap dapat dibuang isi geliung ini kerana patik hendak mengisikan wang dinar emas di dalamnya. Setelah penuh sarat geliung itu dengan wang dinar emas diisikan oleh lanun-lanun itu, mereka pun bermohon kembali ke bahtera masing-masing. ^^Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku Nakhoda Tua mengatakan dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun. Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi yang palsu itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan Puteri Dayang dengan geramnya, Ya, ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk! Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?^^ Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang dilingkari tali sauh itu?** ** Terangkan maksud tua cendawan makin tua makin busuk yang digunakan dalam petikan di atas. [2 markah] Maksud ragnkai kata ini ialah orang yang tua sepatutnya bertambah cerdik kerana berpengalaman seperti kelapa tua yang berminyak, tetapi tua "ayahanda" diibaratkan cendawan yang semakin rosak dan membusuk kerana terus mempercayai kata-kata jurumudi tanpa usul periksa. Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengibaratkan ayahandanya seperti tua cendawan makin tua makin busuk?Nyatakan dua sebab. [2 markah] Pada pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda Tua mengahwinkan anaknya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi?Nyatakan empat alasan anda.[4M] 1.... Tuanku Nakhoda Tua yang sudah tua itu tidak dapat memberikan pendapat atau membuat tindakan yang betul 2.... kerana mata ayahandanya sudah kabur, yakni ayahandanya tidak menyiasat lebih dahulu kedudukan yang sebenar ... kerana telinga ayahandanya sudah pekak, yakni mudah diperdayakan oleh jurumudi wajar: ... pada pandangan Tuanku Nakhoda Tua, jurumudi banyak jasanya ... Tuanku Nakhoda Tua yakin bah .iw.i jurumudi yang telah menghapiisk.iu lanun ... Tuanku Nakhoda perlu mengotakan janjinya
6 Antologi Komsas T4 www.cikguphong.blogspot.com 017 4831883

... anak seharusnya mengikut perintah ayahnya tidak wajar: ... Tuanku Nakhoda Tua sepatutnya menyelidik kebenaran kata-kata jurumudi lebih dahulu ... Tuan.Puteri Dayang Seri Jawa tidak menyukai jurumudi ... jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan bahawa dia yang menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun ... jurumudi seorang pengecut dan gemar mengambil kesempatan atas susah payah orang lain 1. Nyatakan siapakah anakanda dan siapakah ayahanda dalam petikan di atas? Apakah pula penerangan yang dikemukankan oleh anakanda kepada ayahanda itu. (3M) "Anakanda"ialah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menerangkan kepada "ayahanda", iaitu Tuanku Nakhoda Tua tentang jurumudi yang berbohong. Sebenarnya, Awang Sulung Merah Muda yang menjaga dan menyelamatkan kapal tersebut daripada serangan lanun, bukannya jurumudi.

2. Pada pendapat anda, mengapakah jurumudi bersungguh-sungguh hendak memperisteri TP Dayang Seri Jawa? Berikan alasan anda.(3M) Pada pendapat saya, jurumudi hendak memperisteri Tuan Puteri Dayang Seri ]awa kerana kecantikan Tuan Puteri tersebut. Selain itu, keturunan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merupakan golongan bangsawan, dipandang tinggi oleh masyarakat dan berharta pula. Jadi, jurumudi berhasrat merampas Tuan Puteri Dayang Seri Jawa daripada Awang Sulung Merah Muda agar cita- citanya itu tercapai. Tuanku Nakhoda Tua segera menjengah ke petak jubung. Dilihatnya ada seorang muda yang sangat tampan dengan wajahnya berseri-seri bagai purnama empat belas hari bulan. Baginda tertegun kaum lalu kembali bertanya kepada puterinya. Hai anakanda, siapakah pemuda yang di dalam jubung itu? Dialah budak hitam yang meminta tolong bayarkan hutangnya kepada ayahanda dulu, tetapi telah ayahanda nyahkan dia. 1. Berikan maksud rangkai kata telah ayahanda nyahkan dia. [2 markah] 2. Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terlalu marah kepada Tuanku Nakhoda Tua? Berikan tiga sebab. [ 3 markah] 3. Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika seseorang pemerintah mempercayai kata-kata orang bawahannya tanpa usul periksa? ... sudah ayahanda sisihkan dia/ketepikan dia ... tidak berpuas hati dengan keputusan Tuanku Nakhoda Tua ... tidak bersetuju berkahwin dengan jurumudi ... bertindak terburu-buru tanpa menyelidik lebih dahulu kebenaran/kesahihan sesuatu perkara ... timbul rasa kurang senang dalam kalangan pihak yang dianiayai atau ditindas ... hilangnya rasa hormat orang bawahan kepada pemerintah ... berlaku perkara yang tidak diingini seperti persengketaan, perpecahan, pergaduhan, dan sebagainya

Siapa namanya? Itulah Awang Sulung Merah Muda, anak Tuanku Si Helang Laut, cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai. Dialah yang sebanarnya bertanggungjawab memeliharakan geliung dan isinya selama ini. Sekarang marilah ayahanda lihat isi geliung kita ini, telah penuhlah dengan wang dinar emas pemberian bajak laut. Tuanku Nakhoda Tua merasa takjub melihatkan demikian banyaknya wang dinar emas di dalam geliung itu. Panggilkan Awang Sulung ke mari! perintah baginda kepada jurubatu sementara jurumudi mulai menggeletar ketakutan. Awang Sulung enggan menghadap, kerana katanya beliau anak sakai yang tidak layak datang menghadap. Mendengar jawapan itu Tuanku Nakhoda Tua bertanya kepada puterinya, Wahai anakanda, nampaknya Awang Sulung telah berkecil hati kepada ayahanda, sedangkan dulu ayahanda tidak tahu tentang kelebihannya! Pergilah anakanda memanggilnya pula.
7 Antologi Komsas T4 www.cikguphong.blogspot.com 017 4831883

"Anakanda tidak mahu, ayahanda. Adakah patut enau mencari sigai, lesung mendapatkan antan? Pergilah ayahanda memanggilnya sendiri. Mahu tak mahu terpaksalah Tuanku Nakhoda Tua berangkat sendiri ke jubungan seraya bertitah, Wahai anakanda, janganlah berkecil hati dengan perbuatan ayahanda, kerana ayahanda ini sudah tua: penglihatan sudah kabur, pendengaran pun sudah kurang, haram ayahanda tidak mengetahui bahawa rupa-rupanya anakandalah yang telah memelihara geliung ini seisi-isinya! Ampun Tuanku, titah Tuanku itu adalah benar, tetapi patik adalah menumpang teduh di dalam geliung ini saja, patik telah berhulang dan patik belum pun melunaskannya lagi. Tuanku Nakhoda Tua memimpin tangan Awang Sulung lalu dibawanya ke depan Tuan Puteri Dayang. Anakanda Dayang, siapakah sebenarnya yang telah memeliharakan geliung ini daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan bajak-bajak laut tempoh hari? "Dialah ayahanda, orang yang kita cari selama ini sejak kita meninggalkan Semarang, Tanah Jawa. Dialah yang bernama Awang Sulung Merah Muda. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua segera menitahkan Mualim Cik Mas membacakan khutbah nikah kerana mengahwinkan Awang Sulung Merah Muda dengan puterinya. Jurumudi yang telah melarikan diri terus memegang kemudi dengan hati yang marah bercampur malu. Hai jurumudi, kata Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, dengarlah engkau satu ibarat! Baik-baik mengail tenggiri,Jangan kena jambatan larang; Baik-baik menghina diri, Jangan muka disapu arang. Setelah mengadakan kenduri dan bersuka-sukaan beberapa hari lamanya, geliung pun belayarlah meninggalkan Laut Pulau Salah Nama menuju ke Tanah Jawa. Pulau apa yang kelihatan berbalam-balam itu, kakanda? tanya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kepada suaminya, Awang Sulung, pada suatu hari ketika mereka duduk-duduk di atas dek geliungnya. Pulau itu, takkanlah adinda tidak ingat lagi. Pulau Tapai berjajar empat,Haluan orang pulang ke Jawa; Putih kuning bagai disifat,Itulah tempat membuang nyawa. Apabila sampai ke sebuah pulau yang lain, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa bertanya lagi, Apakah namanya pulau itu, kakanda? Itulah Pulau Si Keladi,Sebalik Pulau Keluang; Hilanglah akal kerana budi,Itulah sebab kakanda terbuang. Geliung panjang belayar terus meredah lautan yang bergelora hinggalah ke suatu kawasan laut yang penuh berpulau-pulau.

(i) Terangkan maksud frasa menumpang teduh dalam petikan tersebut.(2 markah) (ii)Mengapakah Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung? (3 markah) (iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan amalan memohon maaf atas kesilapan diri dalam kalangan masyarakat? (3 markah)
Maksud frasa menumpang teduh ialah tinggal diam, atau singgah buat sementara. Tuanku NakhodaTua memohon maaf kepada Awang Sulung kerana memandang hina terhadap Awang Sulung; tidak mengetahui kelebihan Awang Sulung; tidak dapat melihat keadaan yang berlaku sebenarnya kerana penglihatannya kabur. - Mengurangkan perselisihan faham. Mengeratkan hubungan silaturahim. Menyelesaikan masaiah yang timbul. (i) - Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menunjal muka Si Kembang Cina sambil mengingatkannya agar berjagajaga terhadap perbuatannya. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memerintahkan Si Kembang Cina supaya memanggilkan budak hitam itu ke mari untuk melawan bajak laut itu. - Si Kembang Cina telah menghidangkan makanan kepada Awang Sulung kerana dia kelihatan terlalu letih. Hulubalang yang ada di situ segera menghalang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang hendak terjun ke dalam laut lalu membawanya masuk ke magun.

Antologi Komsas T4 www.cikguphong.blogspot.com 017 4831883

"Kakanda, apakah namanya pulau itu? Pulau Sembilan tinggal delapan,Satu merajuk ke Kuala Kedah; Sudah nasib permintaan badan,Kita di bawah kehendak Allah. Tiba di sebuah pulau yang lain Tuan Puteri Dayang Seri Jawa bertanya lagi nama pulau itu. Jawab Awang Sulung: Pulau Pandan jauh ke tengah,Sebalik Pulau Angsa Dua; Hancurlah badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang jua. Apabila terlihat lagi pulau yang lain bertanya pula Tuan Puteri Dayang lalu dijawab oleh Awang Sulung: Pulau Pinang bandarnya baru,Kapitan Light menjadi raja; Jangan dikenang zaman dahulu,Duduk mengalir air mata. Hinggalah beberapa buah tempat lain yang dilintasi oleh 'geliung itu semuanya ditanyai oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semuanya dijawab oleh Awang Sulung dengan senyumnya: Gunung Jerai disaput awan,Tanjung Jaga tumpuan arus; Selama bercerai muda bangsawan,Bagai bakat bertimbang harus. Selat Dinding tanjung terkunci,Tempat Cik Yop berkedai belanga; Putih kuning pinggangnya kecil,Pipi dicium berbau bunga. Lalu tersenyum pula Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mendengar pantun yang menggeletik perasaannya itu. Katanya: Bintang tujuh tinggal enam,Jatuh satu ke Gunung Daik; Bercahayalah sepuh hilang senam,Itulah tanda emas yang baik. Kemudian Awang Sulung berpantun pula sambil menyindir jurumudi: Kuda di dalam lebuh,Air diharung hingga ke pinggang; Mulut luka sungguh sembuh,Parutnya bila akan hilang? Maka berbalas-balas pantunlah pula Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung. Tuan Puteri: Anak udang kepit kepayang,Berderai-derai pucuknya jati; Anak orang tengahlah sayang,Pada bercerai maulah mati. Awang Sulung: Asap api gulung-gemulung,Anak buaya menelan bangkai; Rasa hati memeluk gunung,Apa daya tangan tak sampai. Tuan Puteri: Terang bulan di laman tangga,Sarang penyengat di dalam padi; Adakah orang semacam sahaya,Menaruh kiamat di dalam hati? Awang Sulung: "Masaklah buah jambu arang,Tuan haji lalu ke rimba; Burung undan tinggalkan sarang,Rajawali sudahlah tiba. Tuan Puteri: "Sungai Mat Nasib sungai derhaka,Tetak buluh rancung mengkuang; Sudahlah nasib jurumudi celaka,Perahu mengumbang dilayar orang. @Dengan hal yang demikian sampailah geliung panjang itu ke Negeri Pati Talak Terengganu. ketika geliung panjang kenderaan Tuan Puteri Dayang Seri itu berlabuh, Tuan Puteri Pinang Masak, Puteri Uli Pati Talak Terengganu sedang beristirahat di atas petarana di magun. ^^Melihatkan kesampaian geliung itu, Tuan Puteri menitahkan Si Kembang Cinanya pergi bertanyakan tentang geliung itu, tetapi Si Kembang Cina menyuruh pula Bujang Selamat pergi bertanya. 'Hai jurubatu, dari mana geliung ini datang dan apa hajat datang ke mari? Kami datang dari Negeri Bandar Mengkalih hendak pulang ke Negeri Semarang di Tanah Jawa. Apakah muatannya? Kami belayar bukan hendak berniaga, cuma hendak meninjau kati dan dacing, cupak dan gantang, adat resam negeri orang. Bujang Selamat berlari-lari pulang memberitahukan hal itu kepada baginda raja. Titah baginda, Bagaimana hendak melihat adat resam orang kalau tidak naik ke darat? Pergilah kau sekali lagi,Bujang Selamat, tanyakan adakah mereka tahu adat orang di laut. Bujang Selamat pun berlari-larilah pula menuju ke geliung panjang lalu bertanyakan hal itu.

Antologi Komsas T4 www.cikguphong.blogspot.com 017 4831883

Sahut Awang Sulung, Adat di laut kami tahu: jika ada angin belayar, jika tidak berlabuh. Tahukah pula encik adat orang di negeri? tanya Bujang Selamat. Tahu juga, tetapi kerana berlabuh di laut, entah apa pula pantang larangnya.@ Pelangi Top Gear 1. Berikan maksud rangkai kata melihatkan kesampaian geliung itu. [2 tnarkah] 2. Apakah tujuan geliung itu berlabuh di Negeri Pati Talak Terengganu? [3 markah] 3. Jelaskan peraturan-peraturan yang perlu dilakukan oleh perantau semasa berada di negeri orang lain. Berikan pendapat anda. [3 m a r k a h ] 1. memerhatikan ketibaan sebuah kapal 2. mendapatkan bekalan mekanan memperlajari adat dan budaya masyarakat di Negeri Pati Talak Terengganu berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Negeri Sematang Tanah Jawa 3. tidak berlagak sombong mematuhi segala undang-undang di negeri tersebut menghormati penduduk di sesebuah negeri Kemudian berlari-larilah Bujang Selamat menyampaikan hal itu kepada baginda raja. Kemudian dititahkannya pula Bujang Selamat pergi bertanyakan nama juragan, nakhoda, jurubatu dan jurumudi geliung panjang itu. Latihan expert cerdik 1. Apakah maksud rangkai kata meninjau kati dan dacing? 2. Jelaskan perkara yang dilakukan oleh Tuan Puteri Pinang Masak, Puteri Uli Pati Talak Terengganu ketika geliung panjang itu berlabuh. 3. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengetahui adat di negri orang apabila kita merantau di tempat orang? 1.Maksud rangkai kata meninjau kati dan dacing ialah melihat peluang perniagaan. 2. Perkara yang dilakukan oleh Tuan Puteri Pinang Masak, Puteri Uli Pati Talak Terengganu ketika geliung panjang itu berlabuh ialah Puteri Uli Pati Talak Terengganu sedang beristirahat di atas petarana di magun. apabila baginda melihatkan geliung itu sampai, Tuan Puteri menitahkan Si Kembang Cinanya pergi bertanyakan tentang geliung itu. 3.Pada pendapat saya, kita perlu mengetahui adat di negeri orang apabila kita merantau di tempat orang supaya kita tidak akan dipandang serong. orang lain akan menghormati kita. kita mudah mendapat kawan 4.Berikan maksud jika ada angin belayar, jika tidak berlabuh. [2 markah] 5.Apakah jawapan yang dinyatakan oleh Awang Sulung kepada Bujang Selamat? [3 markah] 6.Sekiranya anda Bujang Selamat, bagaimanakah anda akan berhelah agar raja tidak menyuruh anda berulang alik untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan geliung panjang itu?Berikan dua cadangan. [3 markah] 4.... sekiranya ada puputan, angin, kapal akan meneruskan perjalanan - sekiranya tiada kapal akan berhenti dan menunggu .5... Kami datang dari Negeri Bandar Mengkalih hendak pulang ke Negeri Semarang
10 Antologi Komsas T4 www.cikguphong.blogspot.com 017 4831883

di Tanah Jawa ... Kami belayar bukan hendak berniaga, cuma hendak meninjau kati dan dacing, cupak dan gantang, adat resam negeri orang .6... Adat di laut kami tahu: jika ada angin belayar, jika tidak berlabuh ... mewujudkan jawapan sendiri yang difikirkan logik dan sesuai ... memberitahu kapal tersebut tidak jadi berlabuh dan telah meneruskan pelayaran Jawab orang di geliung, Nama juragannya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, nakhodanya Tuanku NakhodaTua, jurubatunya anak Tiku Pariaman dan jurumudinya anak Pulau Laut. Tiba-tiba Tuan Puteri Pinang Masak masuk tangan, Wahai ayahanda, adakah patut berulang-alik bertanyakan hal orang di geliung itu? Bukankah baik kiranya dipersilakan anak-anak geliung itu naik ke istana? Baginda raja termakan cakap puterinya itu lalu ia 1menitahkan negeri dihiasi dan orang besar-besar pergi menjemput anak-anak geliung itu ke istana. Silalah encik-encik dan tuan-tuan naik ke darat. Kalau hendak menyabung, gelanggang ada; hendak bercatur berjugar, tapaknya ada dan jika hendak berkenduri hidangan ada disediakan lengkap dengan balainya, kata Datuk Orang Kaya Besar. Terima kasih. Silalah tuan-tuan berjalan dulu, kami mengikut dari belakang. Setelah mendapat izin isterinya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, dengan berpakaian lengkap Awang Sulung pun pergilah bersama-sama jurubatu dan Bujang Selamatnya. Bujang Selamat disuruhnya mengepit Kinantan Sucinya, iaitu seekor ayam laga yang cekatan, sementara jurubatunya pula mendayung sampan tunda menuju ke pangkalan Negeri Pati Talak Terengganu. Ketibaan Awang Sulung ke negeri itu amat menghairankan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu itu, kerana segala alat kebesaran berbunyi sendiri dan seluruh isi alam menyambut sama. Latihan sasbdi booster T4 1.Berikan maksud masuk tangan dalam petikan di atas. ...maksudnya menyampuk 2.Nyatakan tiga tanda yang menunjukkkan Awang Sulung merupakan golongan yang mempunyai taraf sosial yang tinggi ... orang besar-besar menjemputnya ke istana - Awang Sulung diiringi oleh jurubatu dan Bujang Selamat - segala alat kebesaran berbunyi sendiri apabila Awang Sulung datang - seluruh isi alam menyambut sama kedatangan Awang Sulung 3.Pada pendapat anda, mengapakah baginda raja menitahkan agar negeri dihiasi dan orang besar-besar menjemput anak-anak geliung naik ke istana? Kemukakan empat pendapat anda. [4 markah] ...tindakan itu dapat menjaga imej negeri dan pemerintah - meningkatkan rasa hormat tetamu kepada ketua negeri - menunjukkan adat istiadat negeri dalam menyambut tetamu kehormat - mengelakkan tetamu 4. Pada pendapat anda, apakah keburukan perbuatan menyabung ayam? Nyatakan tiga pendapat anda. [3 markah] i.... maksudnya - masuk campur /mencampuri urusan orang lain/ 3... dijemput oleh Datuk Orang Kaya Besar untuk naik ke darat ... berjalan dengan diiringi Datuk Orang Kaya Besar ... alat
11 Antologi Komsas T4 www.cikguphong.blogspot.com 017 4831883

kebesaran berbunyi sendiri semasa dia datang ... seluruh isi alam menyambut kedatangannya 4... mendatangkan kerugian kepada individu yang kalah ... berdosa di sisi Allah S.W.T ... menimbulkan konflik seperti pergaduhan ... menyebabkan seseorang lupa akan tanggungjawabnya ... menyebabkan keharmoman keluarga tergugat 5.Apakah maksud rangkai kata raja termakan cakap puterinya? [2 markah] 6.Berikan bukti bahawa kedatangan tetamu diraikan dengan perasaan gembira. [3 markah] 7.Pada pendapat anda, mengapakah kedatangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa disambut dengan begitu meriah? [3M] 1. Rangkai kata raja termakan cakap puterinya membawa maksud pemerintah mendengar kata anakandanya. [2 markah] 2.Bukti tetamu diraikan dengan perasaan gembira ialah raja menitahkan negeri dihiasi. Selain itu, orang-orang besar baginda diarahkan menjemput tetamu itu. Akhir sekali, pembesar negeri membenarkan tetamu itu melakukan aktiviti yang disukai seperti menyabung ayam, bermain catur, atau mengadakan kenduri.[3 markah] 3.Kedatangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa disambut dengan meriah kerana puteri itu daripada keturunan raja yang berpengaruh. Selain itu, untuk menunjukkan bahawa negeri mereka negeri berdaulat dan tahu adat. Akhir sekali, sudah menjadi kebiasaan negeri-negeri pada zaman itu, tetamu daripada keturunan raja perlu disambut meriah, seperti yang diterima apabila baginda melawat negeri lain.[3 markah]

Nobat merpati di gunung,Memberi salam murai di pintu, Berbega burung di bumbungan, Berkokok si tambang denak, Membalas kinantan suci,Bertutu ketitir jantan, Berkokok balam tembaga tiga gaya, Berbunyi sekalian bunyi-bunyian. Wahai anakanda, datang dari mana? tanya baginda raja. Jawab Awang Sulung: Cik Langsuir menikam pari,Pari ditikam tombak senangin; Bukan sahaya sengaja ke mari,Dihantar ombak ditumpu angin. i)Apakah maksud berkokok balam tembaga tiga gaya?[2 markah] i) Nyatakan dua perkara yang berlaku dalam diri Awang Sulung yang menghairankan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu.[2 markah] iii) Sekiranya anda raja, apakah yang akan anda lakukan untuk mengesahkan bahawa Awang Sulung anak saudara anda tanpa mengaibkan diri sendiri?Berikan empat cadangan anda.[4 markah] i ...sejenis burung berbunyi dengan tiga nada yang berbeza Ii ...segala alat kebesaran berbunyi sendiri dan seluruh isi alam menyambut sama ...gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat semburmenyembur Iii ...menghantar penyiasat khas secara sulit ...berjumpa dengan Awang Sulung secara tertutup ...bertanya dengan orang kanan
12 Antologi Komsas T4 www.cikguphong.blogspot.com 017 4831883

Awang Sulung ...menggunakan bantuan dukun ataupun bomoh tanpa pengetahuan Awang Sulung

Ketika Awang Sulung berpantun itu, sekali lagi rakyat Negeri Pati Talak menjadi hairan kerana terlihatkan gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat sembur- menyembur(sst yg dikunyah tersembur dari mulut) itu. Sungguhpun dalam hatinya mahu mengatakan bahawa putera ini mungkin anak saudaranya, tetapi hatinya masih merasa ragu-ragu sebab takut tersalah orang kelak malu di tengah khalayak ramai. Sila anakanda ke balairung seri. Baiklah, ayahanda. Tetapi anakanda hendak ke gelanggang sabung terlebih dahulu. Di gelanggang, disuruhnya Bujang Selamat bertanyakan tentang adat bergelanggang. Jawab penghulu gelanggang, Bermain di sini beradat juga, encik. Bolehkah menyeru tuah ayam di dalam gelanggang? tanya Bujang Selamat lagi. Semuanya boleh, encik. Yang tidak boleh hanya mencabut keris di pinggang, membuang tengkolok di kepala, menyingsing lengan dan menyerukan anak lelaki. 1.Berikan maksud rangkai kata bagai kilat sembur-menyembur.09 [2 markah] bak/macam/seperti/umpama cahaya yang memancar di langit berpancaran 2.Nyatakan tiga daripada adat menyabung ayam yang tidak dibenarkan, seperti dijelaskan oleh penghulu gelanggang sebelum acara menyabung ayam dijalankan. [3 markah] - mencabut keris yang tersisip di pinggang mencampak tengkolok yang dipakai di atas kepala - menyingsing lengan baju 3. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat dahulu gemar menyabung ayam?Kemukakan tiga sebab. [3 markah] Tidak ada pilihan hiburan yang lain - untuk mengisi masa lapang- kurang kesedaran dan pengamalan ajaran agama - dianggap tidak menjadi kesalahan dari segi undangundang 4. Berikan maksud rangkai kata adat bergelanggang? (1 markah) 5. Berdasarkan petikan, mengapakah rakyat negeri Pati Talak Terengganu terkejut melihat Awang Sulung? (3 markah) 6. Pada pendapat anda, mengapakah aktiviti menyabung ayam tidak digalakkan dalam masyarakat? (4 markah) 5. Maksud rangkai kata adat bergelanggang ialah peraturan pertandingan. 6. Rakyat negeri Pati Talak Terengganu terkejut melihat Awang Sulung kerana gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat semburmenyembur itu. 7. Pada pendapat saya, aktiviti menyabung ayam tidak digalakkan dalam masyarakat kerana perbuatan itu dianggap menganiayai binatang. Selain itu,. unsur perjudian terdapat dalam aktiviti ini dan dalam Islam perkara ini adalah haram.
13 Antologi Komsas T4 www.cikguphong.blogspot.com 017 4831883

8. Nyatakan tiga pantang larang apabila berada di gelanggang.[2M] 9. Pantang larang dalam sesuatu pertandingan perlu kita patuhi.Pada pendapat anda, mengapakah kita ditegah melanggar pantang larang ketika bertanding? {3} Baiklah, penghulu. Adakah dikenakan bertaruh rial jika hendak menyabung di gelanggang ini? Boleh juga orang muda. Banyak ditaruh lagi baik, jika sedikit tidak pula ditolak. Hai Selamat, kata Awang Sulung, pucuk dicita ulam pun tiba! Setelah itu masing-masing mengikat taji ayamnya. Bujang Selamat memegang ayam Kinantan Sucinya, sementara Awang Sulung membulang dua lilit ketiga sudah, keempat pematinya. Kemudian Awang Sulung menurunkan pertaruhannya. Ayam pun dioja. Kata Awang Sulung: Hai jalak unang, kelabu unang,Patah gading belalai tumbuh; Pesan nenek dengan moyang,Kinantan Suci jangan dibunuh. Setelah itu ayam pun berlaga. Kinantan Suci menggelepar kena kepaknya tetapi ia berlaga juga. Orang-orang yang menonton di keliling gelanggang itu pun bersoraklah riuh-rendah bunyinya. Hai cncik, jangan bersorak dahulu, itu anak raja berlabuh tirai! Merentang lagi kena balung ayam Kinantan Suci oleh taji ayam lawannya. Penonton bersorak lebih gamat. Awang Sulung berkata lagi, Jangan tuan-tuan bersorak dahulu, itu anak raja berpangkas gombak. Kemudian ia pun menyeru tuah ayamnya: Catur gading baru dilarik,Mahligai perak kemuncak intan; Sudahlah sama orak-arik,Penikamnya belum sah dan pentan. Apabila mendengarkan saja tuannya berseru-seru itu Kinantan Suci pun melompat lalu menaji putus leher lawannya itu terpelanting ke tanah. Kinantan Suci lalu terbang ke atas anjung Tuan Puteri Pinang Masak dan berkokok tiga kali di situ. Kemudian berangkatlah Awang Sulung dan Bujang Selamat naik ke balairung seri dengan disambut oleh Temenggung, Laksamana, Orang Kaya Besar, Perdana Menteri, hulubalang, lasykar dan seluruh rakyat hina-dina di negeri itu.

talam

14

Antologi Komsas T4 www.cikguphong.blogspot.com 017 4831883

Awang Sulung mengikuti pelayaran

15

Antologi Komsas T4 www.cikguphong.blogspot.com 017 4831883

Anda mungkin juga menyukai