Anda di halaman 1dari 11

Bina ayat daripada perkataan yang diberi di bawah bagi menunjukkan anda faham penggunaan dan maksudnya. 1.

hemah / hemat 2. kerangka / rangka 3. perap / perah 4. melarik / melirik 5. mentaksir / mentafsir 6. menjurus / menjirus 7. mengubah / menggubah 8. menghembuskan / menghemburkan 9. menatap / meratap 10. meraung / melaung 11. menyumpah / menyampah 12. rencam / rencah 13. diharap / digarap 14. laksana / laksamana 15. sering / seiring 16. menghidap / menghadap 17. secocok / secucuk 18. sasaran / sesaran 19. tergolong / tergulung 20. sepadan / sempadan 21. persatuan / penyatuan 22. menembuk / menembok 23. sembang / sumbang. 24. menyeluruh / menyeloroh 25. belot / belut 26. mengindahkan / mengendahkan 27. menyerap / mencerap 28. mengabaikan / mengaibkan 29. tapak / tepak 30. menyuraikan / menyuarakan 31. bertitah / bertatah 32. gumpal / gempal 33. mencolek / menculik 34. memerah / memeras 35. melencong / melancong
Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

36. bertelur / bertelor 37. berkenan / berkenaan. 38. menempa / menempah 39. menyurut / menyorot 40. melagakan / melegakan 41. melayukan / melayurkan 42. mengibas / mengimbas 43. pedalaman / pendalaman 44. merimaskan / meramaskan 45. benteng / beting 46. menuntun / menonton 47. pujuk / pojok. 48. beradat / beradab 49. hempas / hampas 50. lengan / lengang 51. tabik / tabib 52. resmi / rasmi 53. padan / pandan 54. perah / perap

Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

Jawapan: Perkataan hampir sama bunyi Contoh ayat bagi perkataan hampir sama bunyi. 1. hemat - Pada hemat saya, mesyuarat hari ini amat perlu ditangguhkan dahulu. ....hemah - pelajar itu memiliki hemah yang terpuji. 2. kerangka - Kerangka bangunan itu hampir siap dibina dengan menggunakan kayu. ....rangka - Mereka menemui rangka manusia di tepi sungai itu. 3. perap - "Jangan perap daging ayam itu terlalu lama", kata ibu kepadaku. ....perah - "Tolong perah kain basah itu sebelum dijemur", kata emak kepada kakak. 4. melarik - Saya melarik buluh itu dengan pisau supaya licin dan kemas. ....melirik - Gadis itu melirik sambil tersenyum kepada Encik Santosh. 5. mentaksir - Pegawai itu mentaksir pendapatannya pada setiap tahun. ....mentafsir - Saya cuba mentafsir kata-kata yang diucapkan kepada saya tadi. 6. menjurus - Soalan itu menjurus pada soalan bentuk pilihan. ....menjirus - Hayati menjirus badannya dengan air untuk menghilangkan panas. 7. mengubah - Lin Cheng Heng mengubah meja itu ke belakang kelas. ....menggubah - Ajila Ajijul menggubah lagu untuk ibunya yang tersayang. 8. menghembuskan - Yow Weng Fei menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam.
Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

....menghemburkan - Pemuda itu menghemburkan kata-kata kesat kepada pemandu bas. 9. menatap - Hamreesh menatap muka gurunya yang bengis itu. ....meratap - Jibon meratap dengan sedih apabila bapanya meninggal dunia. 10. meraung - Hak Le meraung kesakitan apabila kakinya tersepak batu. ......melaung - Mathew melaung dengan kuat sambil memanggil nama Jibon. 11. menyumpah - Peter menyumpah pelajar yang suka berludah di atas lantai itu. ......menyampah - Cikgu menyampah melihat pelajar yang suka berbual di dalam kelas. 12. rencam - Dia melakukan tugas-tugas rencam di pejabat pada setiap hari. ......rencah - Suka duka merupakan rencah kehidupan manusia di muka bumi ini. 13. diharap - Santoshlah yang diharap mewakili sekolah dalam acara badminton. ......digarap - Puisi itu digarap dengan penuh teliti dan kreatif. 14. laksana - Mukanya berseri-seri laksana bunga mawar yang sedang berkembang. ......laksamana - Hang Tuah menjadi laksamana semasa pemerintahan Sultan Muzaffar. 15. sering - Peter sering ponteng sekolah kerana berkunjung ke kafe siber. ......seiring - Tong Mang Kok berlari seiring dengan pelumba dari Johor itu.
Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

16. menghidap - Yow Weng Fei menghidap selesema H1N1 sejak minggu lepas. ......menghadap - Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan burung berkicau. 17. secocok - Pasangan pengantin baru itu sungguh secocok. ......secucuk - Santosh makan secucuk sate yang dibelinya di kedai Pak Mat. 18. sasaran - Tendangan penalti pemain Mancister itu menepati sasaran. ......sesaran - Proses mampatan akan menghasilkan sesaran pada lapisan bumi. 19. tergolong - Malaysia tergolong dalam kumpulan negara sedang membangun. ......tergulung - Semasa saya tiba, tikar getah itu masih tergulung dengan rapi. 20. sepadan - Pasangan kekasih di atas kerusi itu amat sepadan. ......sempadan - Sungai Muar menjadi sempadan di antara Johor dengan Melaka. 21. persatuan - "Kamu mesti menghadiri aktiviti persatuan pada petang ini", katanya. ......penyatuan - Penyatuan masyarakat hanya akan terbentuk jika ada sikap menghormati. 22. menembuk - Cik Mat menembuk kertas itu dengan menggunakan jarum. ......menembok - Pihak sekolah akan menembok kawasan tepi sekolah dengan tembok batu. 23. sembang - "Buat kerja kamu dan jangan sembang sahaja", kata
Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

Encik Kulasingam. ......sumbang - "Suara nyanyian kamu tadi amat sumbang sekali", kata pengadil itu. 24. menyeluruh - Kemajuan di kampung ini akan dilaksanakan secara menyeluruh. ......menyeloroh - Sikapnya yang suka menyeloroh membuat kami tidak kering gusi. 25. belot - "Kami telah menangkap mereka yang belot itu", kata ketua tentera itu. ......belut - Pak Kasim berjaya menangkap tiga ekor belut di tepi sungai tersebut. 26. mengindahkan - Pihak kerajaan telah mengindahkan kawasan bandar bagi menarik pelancong. ......mengendahkan - Yow Meng Thoi tidak mengendahkan nasihat yang diberi oleh ibunya. 27. menyerap - Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap gas Karbon Dioksida. ......mencerap - Pengetua sedang mencerap pelajar di kelas 5 Sains 2. 28. mengabaikan - Kita tidak boleh mengabaikan pelajaran kita. ......mengaibkan - Perbuatan buruknya itu telah mengaibkan keluarganya sendiri. 29. tapak - Tapak bangunan lama itu akan dimajukan sebagai pusat pelancongan. ......tepak - Encik Gundu memberi tiga biji tepak berisi sireh kepada tetamunya. 30. menyuraikan - Encik Chew telah menyuraikan pelajar yang berkumpul di kantin. ......menyuarakan - Dia menyuarakan kekesalannya kerana tidak dapat
Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

hadir semalam. 31. bertitah - Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana. ......bertatah - Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan permata. 32. gumpal - Kami menemui tiga gumpal wang kertas lama di dalam gua itu. ......gempal - Badannya kelihatan agak gempal dan kulitnya keputihputihan. 33. mencolek - Adik mencolek sedikit kek itu dengan jarinya. ......menculik - Penjahat itu menculik anak Encik Tong untuk mendapatkan tebusan. 34. memerah - Hamreesh sedang memerah susu kambing di belakang rumahnya. ......memeras - "Jangan cuba untuk memeras pelajar yang lemah", kata Encik Chew. 35. melencong - Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain. ......melancong - Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok. 36. bertelur - Penyu itu sedang bertelur di tepi pantai. ......bertelor - Pemuda itu bertutur dengan bertelor Kelantan. 37. berkenan - Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu. ......berkenaan - Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah. 38. menempa - Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang karate.
Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

......menempah - Puan Chong menempah makanan daripada pekerja di kantin itu. 39. menyurut - Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak semalam. ......menyorot - Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di buku lama itu. 40. melagakan - Dialah yang telah melagakan Ah Chong dengan Ayapan sehingga bergaduh. ......melegakan - Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering. 41. melayukan - Cuaca panas itu melayukan sayur-sayuran yang ditanamnya. ......melayurkan - Ibu melayurkan ulam-ulaman itu ke dalam air yang sedang mendidih. 42. mengibas - Chong Jun Nam mengibas habuk di badannya dengan menggunakan tuala. ......mengimbas - Hilmi mengimbas kembali kenangan manisnya ketika bersama Hayati. 43. pedalaman - Kawasan pedalaman di Sabah akan dilengkapi dengan jalan raya. ......pendalaman - Kerja pendalaman sungai itu menelan belanja yang amat tinggi. 44. merimaskan - Cuaca yang panas ini amat merimaskan para pelajar. ......meramaskan - beliau meramaskan limau itu kedalam air lalu digunakan sebagai air mandian. 45. benteng - Pasukan Chalsi membina benteng untuk menyekat kemaraan penyerang pasukan Mancister. ......beting - Beting di tepi pantai itu terhakis apabila dilanda ombak
Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

besar. 46. menuntun - Ibu menuntun tangan adik ketika melintas jalan. ......menonton - Setiap malam, dia akan menonton rancangan berita di televisyen. 47. pujuk - Budak yang sedang menangis itu telah kami pujuk. ......pojok - Di pojok bilik itu terdapat sebuah kerusi dan sebuah meja lama. 48. beradat - Hidup kita mestilah beradat agar dihormati oleh orang lain. ......beradab - Hong Wei seorang pelajar yang tidak beradab dan sombong. 49. hempas - Gelas itu saya hempas ke lantai sehingga pecah. ......hampas - Semua hampas kelapa itu boleh dijadikan makanan ternakan. 50. lengan - Lengan Foo Siow Wooi luka kerana terkena kaca. ......lengang - Pada Hari raya, jalan raya di bandar raya itu amat lengang. 51. tabik - Tentera itu memberi tabik ketika diperiksa oleh ketuanya. ......tabib - Dia bertemu tabib untuk mengubati penyakitnya. 52. resmi - Sudah menjadi resmi manusia, suka berbelanja apabila banyak duit. ......rasmi - Majlis hari ini ialah majlis yang rasmi dan kita mesti berpakaian kemas. 53. padan - Baju yang dipakainya itu amat padan dengan bentuk tubuhnya. ......pandan - Mereka menggunakan pandan supaya makanan itu bertambah harum.
Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

Disediakan oleh Cikgu Steven Ooi, Kelas Bimbingan Bahasa Melayu SPM

Anda mungkin juga menyukai