Anda di halaman 1dari 27

PENGENALAN

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

1.0) PENGENALAN
Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran ( Laporan Kabinet 1979 ) yang telah memperakukan supaya wujud kesinambungan pendidikan dari sekolah rendah ke sekolah menengah rendah yang juga merangkumi pendidikan asas dan pendidikan pra-vokasional, telah memperkukuhkan lagi status pendidikan vokasional. Reformasi pendidikan yang dlaksanakan pada tahun 1989 telah membawa perubahan pada pendidikan vokasional di sekolah menengah biasa atau akademik. Kurikulum baru telah menawarkan matapelajaran Kemahiran hidup kepada pelajar sekolah rendah dari Tahun 4 - Tahun 6 dan seterusnya ke peringkat menengah rendah. Selain daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup, mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan juga turut ditawarkan di sekolah menengah akademik pada peringkat menengah atas. Kedua-dua mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan adalah di bawah kumpulan teras Teknologi dan Vokasional. Tiga teras lagi yang boleh menjadi pilihan pelajar adalah : Kemanusiaan Pengajian Islam Sains Apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) dilaksanakan pada tahun 1989, organisasi mata pelajaran dalam pendidikan umum telah distruktur semula. Di peringkat menengah atas, mata pelajaran telah dibahagikan kepada teras dan kumpulan pilihan atau elektif. Mata pelajaran elektif telah dikelompok mengikut kumpulan iaitu : Kemanusiaan Vokasional dan Teknologi Sains Pengajian Islam

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

LATIHAN PERANTISAN

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

2.0) LATIHAN PERANTISAN


Skim-skim latihan perantisan ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kemahiran teknikal (multi-skills) di dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan serta mewujudkan lebih banyak peluang-peluang latihan kepada pelajarpelajar lepasan PMR/SPM. Di bawah skim ini Pembangunan Sumber Manusia Berhad ( PSMB ) akan membayar kos yuran latihan pelatih manakala majikan pula bertanggungjawab untuk membayar elaun bulanan pelatih. Di bawah skim-skim latihan perantisan ini, pelajarpelajar ditaja oleh majikan sektor perindustrian dan perkhidmatan untuk mengikuti latihan teori dan praktikal selama 21/2 bulan iaitu 6 bulan bagi modul pilihan dan 18 bulan bagi modul penuh. Para perantis akan dilatih di institusi-institusi latihan tempatan (off-the-job) serta menjalani latihan sambil kerja (on-the-job) di tempat/premis majikan penaja. Mereka yang dipilih dikehendaki menandatangani satu Kontrak Perantisan dengan majikan penaja dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Perantis dikehendaki berkhidmat dengan majikan penaja selama 1 hingga 3 tahun setelah tamat latihan (jika ditawarkan pekerjaan oleh majikan penaja). Perantisperantis yang menamatkan latihan dengan jayanya akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2 (SKM 1 & 2) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh pihak Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan Sijil Perantisan yang

dianugerahkan oleh PSMB. Antara agensi yang menawarkan latihan perantisan ialah: Pembangunan Sumber Manusia Berhad ( PSMB ) Bahagian Pembangunan Usahawan

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

INSTITUSI FORMAL

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

3.0) INSTITUSI FORMAL


3.1 : SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH RENDAH
Di peringkat sekolah rendah, satu mata pelajaran berbentuk teknikal dan vokasional telah diperkenalkan dengan nama Kemahiran Hidup. Mata pelajaran ini diwajibkan bagi semua pelajar sekolah rendah mulai Tahun 4 Tahun 6. Ia juga diwajibkan ke atas pelajar Tingkatan 1 Tingkatan 3 di sekolah menengah rendah. Ia bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran asas supaya membolehkan pelajar bertindak mengendalikan hidup secar produktif dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Kemahiran asas ini juga merupakan satu persediaan untuk membolehkan pelajar berfungsi secara berkesan dan bertanggungjawab dalam hal urusan peribadinya. Tumpuan juga diberi kepada peningkatan kendiri, kesejahteraan hidup berkeluarga, kerja amal masyarakat dan alam pekerjaan. Nilai dan sikap yang disepadukan adalah asas kea rah menggalakkan perkembangan semangat bertimbang rasa dan sedia membantu serta menggalakkan kesefahaman dan semanagt bersatu padu di kalangan rakyat. Mata pelajaran Kemahiran Hidup dirancang ke arah : Meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan rakyat secar produktif dan kreatif. Pembentukan pelbagai jenis tenaga kerja yang kenal dan faham teknologi dan ekonomi. Meningkatkan usaha pendidikan ke arah perkembangan kemahiran manipulatif. Menanamkan semangat keusahawanan dan daya mereka cipta di kalangan pelajar.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

3.2 : SEKOLAH ANEKA JURUSAN


Di peringkat sekolah menengah atas, mata pelajaran telah dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif. Mata pelajaran teras adalah untuk memenuhi keperluan pendidikan yang bercorak umum. Sementara mata pelajaran elektif disediakan supaya dapat dipilih oleh pelajar mengikut minat dan keperluan kerjayanya, bagi memenuhi keperluan latihan dan tenaga manusia. Tiga daripada mata pelajaran elektif yang sering ditawarkan sekolah aneka jurusan ini ialah : Lukisan Kejuruteraan (LK) ~ Mata pelajaran ini bermatlamat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang kejuruteraan. ~ Merupakan kesinambungan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan 1 3, terutamanya elektif Kemahiran Manipulatif Tambahan. ~ Memberi asas dan pilihan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan yang diminati. di

Teknologi Kejuruteraan (TK) ~ Mata pelajaran teknikal yang mengandungi rancangan pengajaran dan pembelajaran serta pengalaman makmal dan projek. ~ Merupakan lanjutan daripada komponen Kemahiran Manipulatif di peringkat menengah rendah. ~ Mengandungi pengenalankepada teknologi serta perkembangan dan penggunaan di dalam 4 bidang konsep utama : Bidang pembuatan Perhubungan Pengangkutan dan kuasa Bidang pembinaan

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Reka Cipta (RC) ~ Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis serta boleh menyesuaikan diri denagn perubahan dan perkembangan teknologi. ~ ~ Merupakan satu mata pelajaran yang berorientasikan proses. Memerlukan pelajar untukmenghasilkan sesuatu produk atau ubahsuai barangan yang sedia ada untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi kehendak pengguna. ~ Pelajar akan melalui proses mencipta seperti :

Mengenalpasti Masalah

Cetusan Idea

Rekabentuk Projek

Pembinaan Prototaip

Perancangan Projek

Pemilihan Projek

Pengujian Prototaip

Pembaikan Prototaip

Dokumentasi

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

3.3 : SEKOLAH VOKASIONAL DAN TEKNIK


Pada 1995, pelan tindakan bagi Pendidikan Teknikal telah dibuat oleh Kementerian Pelajara Malaysia bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu teknikal terkini selaras dengan Wawasan 2020. Di samping memeperbaiki kelemahan kelulusan pelajar Melayu dalam bisang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, Akta Pendidikan Tinggi untuk Kolej dan Kolej Universiti serta Akta Universiti swasta tuurt digariskan. Oleh itu, mata pelajaran teknik dan vokasional dikemaskini supaya mampu menyediaka pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran, bagi memenuhi keperluan industry dan perdagangan. Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional menawarkann tiga aliran iaitu Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang mengambil masa dua tahun. Senarai kursus yang diajar adalah seperti kejuruteraan awam, mekanikal, elektrik dan perdagangan bagi Aliran Teknikal. Bagi Aliran Vokasional, kursus yang boleh didapati termasuklah elektrik dan elektronik, teknologi automotif, kimpalan dan fabrikasi logam, ketukangan kejuruteraan dan sebagainya.Kedua-dua aliran ini meliputi kursus professional tanpa mengabaikan subjek akademik penting seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris serta Agama Islam. Selain daripada itu, Program Mata Pelajaran Vokasional ( MPV ) juga telah dilaksanakan pada tahun 2002. Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar berkemahiran dalam bidang usaha yang releven dan bermakna membolehkan mereka mendapat pekerjaan atau meneruskan latihan lebih tinggi. Sekurangnya satu pertiga T4 & T5 di SMA akan mengikuti kursus bercorak akademik. Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional menawarkan 22 mata pelajaran yang dikelompokkan 5 bidang iaitu binaan, pembuatan, teknotani, ERT, dan Aplikasi Komputer. Ia dirancang dalam 4 fasa mulai 2002 - 2005.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

3.4 : INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM


Selepas tahun 2000, permintaan pelajar terhadap pendidikan teknikal sangat menggalakkan sehingga Jabatan Pendidikan Teknikal pernah menerima permohonan sehingga 70,000 orang. Kementerian Pendidikan menambahkan lepasan jurusan Teknikal dan

Vokasional daripada 17% kepada 30% menjelang tahun 2000. Menurut Laporan Jabatan Pendidikan Teknikal, kerajaan terus membina 4 lagi politeknik di seluruh negara menjadikan 11 buah menjelang RMK-6. Kalau sebelum ini pelajar SMV hanya setakat berpeluang melanjutkan pelajaran di politeknik dan maktab teknik, namun kini mereka berpeluang menunutut di UTHM, Batu Pahat dan UTEM, Melaka. Antara IPTA yang menawarkan kursus kepada lepasan Teknikal dan Vokasional termasuklah : Politeknik - Peringkat Sijil Dan Diploma Kolej Komuniti - Peringkat Sijil Dan Diploma Institut Kemahiran MARA - Peringkat Sijil Dan Diploma Universiti Awam - Diploma dan Ijazah, Sarjana, Kedoktoran Institut Pendidikan Guru - Diploma dan Ijazah (Guru) Kolej-Kolej dibawah Kementerian - Sijil & Diploma Institut Pertanian - Pertanian Institut Haiwan - Bagi ternakan Haiwan Institut Kesihatan Kolej Perubatan / Kejururawatan

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

10

3.5 : INSTITUSI SWASTA


Selain nama-nama besar kolej swasta seperti UNITEN, KLIUC, terdapat banyak lagi institusi yang menawarkan kursus lanjutan kepada para pelajar lepsan Teknik dan Vokasional. Antaranya termasuklah : Malaysian French Institute ( MFI ) German Malaysian Institute ( GMI ) British Malaysian Institute ( BMI ) Japan Malaysian Technical Institute ( JMTI ) Ia merupakan institusi pendidikan dan pusat latihan kemahiran yang kini dinamakan Universiti Kuala Lumpur ( UNIKL ) yang diwujudkan secara kerjasama persefahaman ( MoU ) Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Perancis, Jerman, British dan Jepun. Institusi ini memberikan peluang kepada lepasan SPM / MCE menyambung pelajaran sepenuh masa selama 3 tahun dalam bidang yang diminati. Seterusnya bagi mengembangkan bakat dan minat dalam bidang perindustrian dan kejuruteraan canggih. Mereka yang berjaya boleh melanjutkan pelajarannya di negara-negara yang disebutkan di atas ke peringkat ijazah dan sarjana unutk menjadi tenaga pengajar dan juga bekerja dalam sektor awam dan swasta. Antara bidang-bidang yang ditawarkan termasuklah pembuatan acuan ( moulding ), reka bentuk peralatan, pembuatan peralatan, peralatan dan kawalan,

auomasi industry, teknologi maklumat dan mekatronik. Bagi MFI dan BMI, latihan kemahiran dalam bidang seperti kejuruteraa elektronik, elektronik penerbangan, lukisan terbantu komputer ( CAD ), senibina dan automotif turut ditawarkan.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

11

LATIHAN DI TEMPAT KERJA

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

12

4.0) PROGRAM SEKOLAH KE KERJAYA ( SKK )


SKK merupakan satu program pendidikan dan latihan tempat kerja bagi mengembangkan potensi pelajar dengan membekalkan mereka pengetahuan dan kemahiran bolehguna melalui pengalaman tempat kerja. Program latihan diadakan dengan kerjasama agensi kerajaan, swasta, industri dan orang perseorangan.

4.1 : LATIHAN TEMPAT KERJA ( LTK )


Latihan Tempat Kerja ( LTK ) memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengalaman dan kemahiran bolehguna melalui aplikasi pengetahuan, kemahiran generik dan kemahiran khusus tempat kerja. Pelajarjuga boleh mengembangkan potensi dan meningkatkan keyakinan serta harga diri mereka. Kemahiran khusus tempat kerja adalah kemahiran yang diperolehi semasa latihan di tempat kerja. Kemahiran Generik membolehkan pelajar menjadi seorang adaptif, fungsional, cekap dan produktif. Ianya memudahkan pelajar melaksanakan tugas dalam pelbagai situasi di alam pekerjaan dan kehidupan harian. Industri yang dicadangkan untuk pelajar menjalankan latihan tempat kerja termasuklah : Perkhidmatan Pertanian / Perikanan Industri Pemakanan Industri Pembinaan Kraftangan

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

13

4.2 : MODEL PELAKSANAAN LTK


Pendedahan Kemahiran Bekerja Di Agensi / Syarikat Ditempatkan di pelbagai syarikat dan agensi kerajaan atau swasta. Didedahkan suasana bekerja sebenar, kemahiran semasa bekerja, pengawasan dari penyelia dan rakan. Tempoh bergantung kesesuaian

Pendedahan Kemahiran Bekerja Di Sekolah Latihan bekerja di sekolah (di kantin, koperasi, kebun, pejabat atau bengkel sekolah. Mendapat tunjuk ajar dari guru, staf sokongan dan komuniti yang berkemahiran tertentu. Tempoh berbeza mengikut sekolah

Pendedahan Latihan Kemahiran di Pusat Latihan Ditempatkan di pusat latihan. Mengikuti latihan berdasarkan kurikulum yang disediakan. Tempoh bergantung pada masa latihan.

Program Mata Pelajaran Vokasional ( MPV ) Diperkenalkan pada tahun 2002. Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar berkemahiran dalam bidang usaha yang relevan dan bermakna bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan, memulakan perniagaan ataumeneruskan latihan di peringkat tinggi. Fasa 1 dimulakan dengan penawaran 8 mata pelajaran iaitu pembinaan domestik, membuat perabot, seni reka tanda, servis alatan elektrik domestik, rekaan dan jahitan pakaian, catering dan penyajian, tanaman makanan serta landskap dan nursery.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

14

Pembelajaran Secara Kontekstual ( Tech Prep ) Technical Preparation berasaskan ketrampilan. Dibentuk hasil kerjasama dgn pihak industri mengandungi struktur dan proses pembelajaran dari peringkat menengah ke post menengah. Menyediakan kepada kemahiran tinggi. Menekankan komunikasi. Objektif pembelajaran secara konteksual: o Menyediakan pelajar supaya dapat menghadapi pekerjaan selepas pra sekolah menengah dan kehidupan dewasa kelak. o Menarik minat pelajar menceburi kerjaya. o Memperkukuhkan sikap, pengetahuan dan kemahiran ketrampilan dalam bidang matematik, sains dan

pelajar teknikal dan vokasional dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

15

PENDIDIKAN TIDAK FORMAL

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

16

5.0) PTV DI LUAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Pada tahun 1992, KPM telah memperkenalkan konsep baru bagi PTV iaitu konsep Time-Sector-Privatisation di mana kemudahan-kemudahan di Politeknik dan juga SMT dihubungkaitkan dengan institusi swasta. Ekoran daripada konsep baru itu, banyak badan-badan NGO terutama di bidang perindustrian telah mengembangkan latihan-latihan kemahiran industri melalui On Job Training berdasarkan keperluan industri masing-masing. Beberapa prinsip yang diperkenalkan ialah : Perubahan Teknologi Melahirkan pekerja berteknologi. Kecekapan dan ketepatan. Kepesatan teknologi canggih.

Pertukaran Pengetahuan Penguursan mengikut perkembangan sektor teknologi, bioteknologi, automasi dalam perindustrian dan maklumat teknologi.

Maklumat Teknologi dan Komunikasi Menekankan perubahan struktur, perhubungan langsung antara pekerja atasan dan bawahan. Mementingkan kemajuan maklumat penggunaan peralatan.

Sikap dan Trend Pekerja Menekankan sikap suka belajar. Belajar dari kesalahan. Pekerja yang produktif. Pemindahan teknologi dan penyesuaian. Meningkatkan taraf kemahiran. Kemahiran inter-personal yang baik.
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 17

Menyedari keperluan yang mendesak bagi pasaran pekerja mahir dalam sektor perindustrian, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Manusia telah memperkenalkan Pendidikan Vokasional melalui jabatan-jabatan yang diwujudkan seperti :

Institut Latihan Perindustrian ( ILP )


Menawarkan kursus dalam sector pembuatan dan perindustrian. Memperkenalkan bentuk latihan dalam bidang kemahiran industry seperti mengalat dan fabrikasi, penggunaan peralatan kalibrasi, elektronik dan kemahiran berasaskan komputer, mekatronik dan robotik. Pendidikan Kesihatan dan Jasmani dititikberatkan bagi menjaga kebajikan pekerja.

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan ( MLVK )


Ditubuhkan oleh Kementerian Sumber Manusia pada 1989 untuk menyelaras semua program latihan kemahiran yang ditawarkan oleh institusi latihan awam atau swasta. Sekarang dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Kemahiran. Menyelaras semua program latihan yang ditawarkan di Institusi Awam atau Swasta. Sebagai pemantau dan mentauliahkan program latihan kemahiran oleh semua institusi di negara ini. Pelatih yang mengikuti ditauliahkan dgn Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang sama taraf dgn Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan. Kurikulum berdasarkan kepada SKPK (Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan)

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

18

Kementerian Pembangunan Usahawan, MARA


Ditubuhkan untuk membantu masyarakat Melayuturut serta dalam pembangunanperindustrian negara.

Pusat Giat MARA ( PGM ) Dibangunkan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran selepas PMR atau pelajar yang tercicir. Memberi peluang kepada masyarakat tidak mengira umur. Antara kursus yang ditawarkan seperti penyenggaraan otomobil, motosikal, lepaan batu-bata, pendawaian elektrik, jahitan dan rekaan fesyen, penyejukan penghawa dingin dan sebagainya. Ditauliahkan dengan sijil kemahiran setelah menjalani kursus selama 6 bulan atau 1 tahun.

Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) Ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyambung pelajaran hingga Tingkatan 5. Pelajar yang berjaya akan menyambung pelajaran di universiti dalam dan luar negara dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran, farmasi, perakaunan dan lain-lain.

Institut Kemahiran MARA ( IKM ) Didirikan untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM menyambung pelajaran. Menyediakan kursus untuk peringkat sijil dan diploma dalam perkapalan, percetakan, pembuatan, jurulukis dll. Berpeluang membentuk kerjaya atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

19

Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) Diwujudkan lebih awal berbanding institusi lain di bawah pentadbiran MARA. Memberi peluang kepada lepasan SPM/ MCE untuk menyambung pelajaran di peringkat sijil, diploma dan ijazah. Pada awalnya, UiTM menggunakan Bahasa Inggerias sebagai bahasa pengantar supaya masyarakat Melayu menguasai bahasa itu. Memberikan latihan kemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan, pelancongan, perakaunan, perhotelan, senibina dan lain-lain.

Malaysian French Institute ( MFI ), German Malaysian Institute ( GMI ), British Malaysian Institute ( BMI ), Japan Malaysian Technical Institute ( JMTI ) Merupakan institusi pendidikan dan pusat latihan kemahiran yang kini dinamakan Universiti Kuala Lumpur ( UNIKL ) yang diwujudkan secara kerjasama persefahaman ( MoU ) Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Perancis, Jerman, British dan Jepun. Institusi ini memberikan peluang kepada lepasan SPM / MCE menyambung pelajaran sepenuh masa selama 3 tahun dalam bidang yang diminati. Seterusnya bagi mengembangkan bakat dan minat dalam bidang perindustrian dan kejuruteraan canggih. Mereka yang berjaya boleh melanjutkan pelajarannya di negaranegara yang disebutkan di atas ke peringkat ijazah dan sarjana unutk menjadi tenaga pengajar dan juga bekerja dalam sektor awam dan swasta.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

20

Kementerian Dalam Negeri ( KDN )


Mewujudkan latihan kemahiran kepada anggota rekrut lepasan PMR dalam Program Aprentis Tentera. Juga menawarkan bidang pendawaian elektrik, automobil, elektronik penerbangan, penghawa dingin dsb. Setelah menjalani program aprentis ini, mereka akan ditempatkan di kem-kem tentera sebagai juruteknik. Mempunyai pusat latihan kemahiran kepada bakal pesara tentera. Akademi Tentera Malaysia ( ATMA) dan Akademi Laut Malaysia ( ALAM ) di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia menyediakan kursus peringkat tinggi dan professional. Pelatih-pelatih yang telah menjalani latihan kemahiran teknikal dan professional akan terus berkhidmat kepada kementerian tersebut.

Kementerian Belia Malaysia ( KBM )


Berperanan melatih para belia negara dalam bidang kemahiran. Membantu menangani keperluan tenaga mahir dalam bidang ekonomi dan pembangunan, khususnya pertanian dan perindustrian. Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN ) menawarkan pelbagai latihan kemahiran bagi belia untuk turut serta dalam bidang pembangunan, industri, dan pembuatan. Berpeluang membina kerjaya sendiri atau berkhidmat dengan badan kerajaan atau swasta.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

21

REFLEKSI

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

22

6.0) REFLEKSI
Pensyarah PTV iaitu ENCIK HUSSAIN BIN YAAKOB telah mengagihkan tugasan yang menghendaki pelajar untuk menyiapkan tugasan individu berkenaan Pengenalan Kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional. Tajuk-tajuk besar dalam subjek ini telah dipecahkan kepada setiap 2 orang pelajar. Pada detik-detik awal mendapat tugasan ini, saya merasakan bahawa tugasan ini sedikit sukar kerana tidak banyak fakta yang saya tahu tentang tajuk-tajuk tersebut. Namun begitu, apabila difikirkan kembali, saya menerima tugasan ini dengan ikhlas kerana memikirkan tanggungjawab saya sebagai guru kelak. Seandainya seorang pendidik tidak mempunyai pengetahuan yang mantap, mana mungkin beliau dihormati oleh pelajar-pelajar. Atas rasa kesedaran itulah, saya berusaha untuk mencari maklumat dan membuat rujukan untuk memperlengkapkan diri dengan Sistem PTV : Peringkat Sekolah Rendah, Institusi Formal dan Tidak Formal. Selepas menyelesaikan pencarian maklumat ini, saya berasa cukup senang hati kerana banyak perkara baru yang dapat dipelajari. Contohnya, saya mula memahami tentang apa itu yang dimaksudkan dengan latihan perantisan, latihan di tempat kerja dan pendidikan tidak formal. Secara tidak langsung, saya dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari ini ketika menjadi guru kelak. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

23

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek PKK ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Akhir sekali, saya memanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana dengan inayahNya, akhirnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik dan sempurna. InsyaALLAH. Wassalam..

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

24

BIBLIOGRAFI

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

25

7.0) SUMBER RUJUKAN


BUKU Bloom, B.S. (1979). Taxonomy of Educational Objectives: Cognitive Domain. London: Longman. Abdul Shukor Abdullah (2000). Modul Pendidikan Teknik dan Vokasional ke Arah Wawasan 2020. Dr. Tajul Ariffin Nordin (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd. Yahya Emat (1994). Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Selangor: IBSbuku Sdn. Bhd. Yahya Emat (2005). Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Selangor: IBSbuku Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia (1982). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nur Efarehan (2007). PendidikanTeknik dan Vokasional kearah Perkembangan Tenaga Manusia dalam Jurnal Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. LAMAN WEB http://groups.yahoo.com/group/pakguruonline/message/3776 http://pakguruonline.pendidikan.net/pendekatan_kontekstual_bab2.html www.scribd.com/doc/3113768/Perancangan-PTV

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

26

LAMPIRAN

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

27

Anda mungkin juga menyukai