Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN SEBELUM JAWATANKUASA PERALATAN PENDIDIKAN LUAR PJM 3108

NAMA : DIANA ALIPIN : MOHD FARIDZUL KASSIM Sebelum memulakan aktiviti ini, kami telah bermesyuarat beberapa kali untuk membuat persiapan rapi sebelum perkhemahan pendidikan luar. Mesyuarat ini di kelolakan oleh pengerusi pendidikan luar sendiri iaitu Edward Poil. Selaku AJK peralatan, tugas kami adalah untuk mendapatkan peralatan yang di perlukan semasa perkhemahan kelak. Semasa mesyuarat, kami telah

memberitahu dan memaklumkan kepada AJK lain untuk menyenaraikan semua peralatan yang mereka perlukan serta kuantitinya. Tindakan kami selanjutnya adalah meminjam peralatan tersebut dari stor pendidikan jasmani. Namun masih terdapat peralatan yang tiada tapi diperlukan semasa program itu. Oleh itu, kami berusaha untuk membuat pinjaman dari setor unit GERKO. Kami meminta setiap AJK menyenaraikan peralatan yang masih di perlukan dan kami membuat pinjaman di Unit GERKO pada 4 Mac 2011 iaitu sebulan sebelum perkhemahan di adakan. Semua alatan diambil pada Isnin 4 April 2011 dari unit GERKO. Namun, masih ada beberapa alatan yang perlu kami dapatkan sendiri seperti tali jut dan beberapa alatan lain.

Disediakan oleh,

( AJK Peralatan,

Perkhemahan Pendidikan Luar PISMP PJ Sem 3, Ambilan Januari 2010.