Anda di halaman 1dari 5

Teks Ucapan Guru Besar Sempena Mesyuarat Agung PIBG 2012 Tarikh : 11/02/2012 (Sabtu) Masa : 9.

00 pagi Majlis : Mesyuarat AgungPIBG Kali ke-11 Tempat : Kantin SK Seksyen 2 Bandar Kinrara -------------------------------------------------------------------------------------------------------TEKS UCAPAN GURU BESAR Bismillahirrohmanirrohim Terima kasih dan yang dimuliakan pengacara majlis,

Yang berbahagia En. Hamlay b. Othman, YDP PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara,yang berusaha guru2 penolong kanan, yang dihormati ahli jawatankuasa PIBG , guru-guru serta tuan/puan sekalian. Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Alhamdulilah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan izinnya kita dapat mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara kali ke-11 pada pagi yang nyaman ini. Mendahului ucapan ringkas saya ini, saya mewakili guru2 SKS2BK ingin merakamkan setinggi2 penghargaan dan jutaan terima kasih kepada En. Hamlay bin Othman, YDP PIBG dan semua ibu bapa yang dapat hadir pada mesyuarat agung PIBG kali ini. Kehadiran tuan/puan semua menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi SK Seksyen 2 Bandar Kinrara untuk mencapai kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Para hadirin sekalian. Kami juga merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan jawatankuasa PIBG 2011/2012 dan beberapa tahun sebelumnya di bawah kepimpinan En. Hamlay bin Othman, yang telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah serta peranan sesuai dengan tujuan penubuhannya demi kepentingan dan kebajikan serta kecemerlangan anak-anak dan sekolah. PIBG telah bekerjasama, menyokong dan membantu sekolah dalam banyak perkara, bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga berkaitan hal2 keselamatan dan keselesaan khususnya untuk murid2. Jasa bakti dan sumbangan PIBG yang terbesar dan dapat dibanggakan pada tahun 2011 ialah kejayaan Program Bacathon yang telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM46,000.00. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah berusaha ke arah kejayaan tersebut. Sumber tabung kewangan PIBG telah digunakan dengan sebaik-baiknya dengan mengadakan program-program yang bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini.
1

Pihak sekolah sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan selaras dengan visi sekolah iaitu untuk melahirkan insan yang berketerampilan serta seimbang berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan. Sekolah ini juga mempunyai misi yang tersendiri iaitu untuk membina keyakinan diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum, menyediakan prasarana sekolah bermaklumat, menerapkan budaya ilmu dalam kalangan warga sekolah dan memupuk sikap yang terpuji dalam semua aspek. Usaha ke arah itu tidak akan tercapai jika sebelah pihak sahaja berfungsi. Oleh yang demikian, bagi mencapai matlamat yang tercatat melalui visi dan misi ini, marilah kita bersama-sama membina hubungan yang akrab, teguh dan mesra serta bekerjasama antara satu sama lain di samping lengkap melengkapi kelebihan ilmu masing2 demi kecemerlangan bersama. Sebagai makluman dan ulangan, pencapaian UPSR pada tahun 2011 seramai 44/198 orang telah mendapat 5A (22.2%) dan kelulusan kesuruhan 76.8% (152 orang). Pihak sekolah akan berusaha dengan lebih gigih lagi dan mensasarkan kejayaan sehingga 90.0% dan 50 orang 5A. Diharapkan PIBG akan memainkan peranan yang sangat penting untuk bersama-sama berganding bahu demi mencapai kecemerlangan tersebut.

Tuan/puan yang saya hormati sekalian, Beberapa perkara yang ingin kami maklumkan kepada tuan/puan berkaitan dengan dasar pembelajaran, KPM ialah seperti berikut: 1) MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris) Ada hubung kait dengan PPSMI Pihak sekolah menentukan pelaksanaan penggunaan bahasa, iaitu sama ada BI atau BM atau dwibahasa SKS2BK memutuskan memilih dwibahasa sekali gus melaksanakan soft-landing Kepentingannya ialah murid faham semasa belajar dan guru mengajar Apa sahaja aktiviti atau program dalam BI atau BM merupakan MBMMBI

2) Modul Elektif Bahasa Arab Dalam KSSR Tahun 1 dan 2 (2012) dan ada 3 waktu dalam jadual waktu Surat KPM (3 Januari 2011) di SK ada BA, BC, BT, BIban dan B Kadazadusun sahaja Di sekolah ini BA sahaja kerana ada guru, bahasa2 lain tiada guru Jika ibu bapa tidak memilih BA, anak mereka akan diuruskan untuk ke kelas lain yang belajar BM, BI, MT, atau DST Pihak sekolah haruslah menguruskan dengan baik P&P tersebut
2

3) Kelas Tasmik (j-QAF) Merupakan waktu tambahan (di luar jadual waktu) Mengikut waktu guru oleh itu murid yang berkenaan sahaja Jangan bimbang/risau insya-Allah anak2 akan berjaya Terima kasih kepada tuan/puan yang memberi respon dan mengingatkan sekolah supaya tidak terlalai dalam sesuatu perkara

4) Buku Teks Semua murid telah memperoleh buku teks mengikut keperluan Kecuali MT dalam BI bagi Tahun 4 (Seroja) sedikit ketidakcukupan kerana kehabisan stok. Namun begitu tidak menjejas pembelajaran murid, kerana saya percaya guru pandai menyelasaikan masalah tersebut semasa P&P.

5) PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Menilai pencapaian murid2 secara berterusan melalui P&P Kemasukan/perekodan secara online (ditentukan oleh KPM) Menggunakan band 1 6 (6 yang tertinggi) Perincian/tafsiran band adalah mengikut mata pelajaran utk mengetahuinya, perlu berurusan dengan guru mata pelajaran yang berkenaan Untuk cetakan memerlukan kertas dan dakwat yang banyak (lebih daripada biasa) Begitu juga dengan peperiksaan sekolah Oleh itu pihak ingin memohon agar ibu bapa/penjaga dapat menyumbang kertas 1 rim atau membeli dakwat printer

6) Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) Para hadirin sekalian,

Masih terdapat lagi beberapa masalah yang perlu diperbaiki untuk kebaikan bersama, diantaranya ialah :-

Seperti kita sedia maklum, laluan di hadapan sekolah adalah satu hala. bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di pintu utama masuk sekolah,
3

mohon kerjasama kepada semua ibu bapa supaya tidak melawan arus. ini akan menyenangkan semua pihak.

Mohon kerjasama ibu bapa/ penjaga supaya memastikan menghantar anak-anak ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan iaitu sebelum pukul 7.30 pagi. masalah yang berlaku sekarang ialah ibu bapa / penjaga menghantar anak lewat ke sekolah. ianya akan menjejaskan pembelajaran anak-anak.

Untuk mencapai tahap di mana sekolah boleh mendapat pengiktirafan tertentu, adalah bermula dengan kerja keras dan usaha gigih banyak pihak terutamanya sekolah dan ibu bapa/penjaga murid. Semua aspek diambil kira dalam penilaian seperti UPSR, pengurusan sekolah, program2, langkah2 keselamatan, bangunan dan fizikal, dan yang paling penting ialah kemenjadian murid (akademik/kokurikulum/sahsiah/disiplin). Guru2 akan lebih terdorong jika ada sokongan, kerjasama, bantuan dan cabaran daripada ibu bapa. Kami berharap ibu bapa juga begitu dan kita mewujudkan persaingan yang sihat di mana kedua2nya saling berlawan untuk menang tanpa menjatuhkan mana2 pihak atau pihak lawan. Saya kira ini juga merupakan ciri penting untuk kita mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

Akhir kata amatilah peribahasa cina yang dialih bahasa seperti berikut:

With money we can buy a house but not a home With money we can buy a clock but not time With money we can buy a bed but not sleep With money we can buy a book, but not knowledge

Dan dialih bahasa lagi seperti berikut: Dengan wang kita boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan kediaman Dengan wang kita boleh membeli jam, tetapi bukannya masa, Dengan wang kita boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan suatu tidur yang lena, Dan dengan wang juga kita boleh membeli buku, tetapi sememangnya bukan pengetahuan
4

Jadikan mesyuarat ini untuk kita berbincang dan bersepakat serta mencapai persetujuan bagi segala tindakan yang telah dirancang, khususnya oleh pihak sekolah. Bukan sebaliknya di mana pertikaian dan pertelingkahan berlaku. Kita semua harus faham bahawa ini adalah sekolah tempat anak2 kita menuntut ilmu.

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia cemerlang, banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah bumi, sesekali melangkah gagah/ tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, mencabar kesabaran dan mungkin menitiskan air mata. Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah digusar pada anugerah tuhan. Anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia atau insane berguna

Sebelum mengundur diri, maaf juga dipinta atas segala kekurangan pengurusan. Terima kasih sekali lagi yang tidak terhingga kepada YDP, PIBG, dan tuan/puan semua.

Akhir sekali izinkan saya memperkenalkan Pen. Kanan Tadbir dan Kurikulum yang baru di sekolah ini, menggantikan tempat Pn. Mazura bt Ismail, tetapi beliau telah berpengalaman sebagai pentadbir sekolah lebih 6 tahun di beberapa buah sekolah, iaitu Pn. Asmahanim binti Ahmad. (tepukan tanda sokongan dan selamat datang)

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai