Anda di halaman 1dari 15

ISI KANDUNGAN

Bil
1.0 2.0 PENGENALAN EMPAT ASPEK UTAMA BAGI KARYA SENI VISUAL 2.1 2.2 2.2.1 2.2.2 2.3 2.3.1 2.3.2 2.4 PEMERHATIAN PENEROKAAN Meneroka Alat dan Bahan Aktiviti Penerokaan dalam Seni Visual PENGHASILAN IDEA Proses Penjanaan Dan Penghasilan Idea Kreatif Dan Kreativiti APRESIASI

Perkara

Muka Surat
1 1 1 4 6 7 8 8 9 11 13

RUMUSAN 3.0 RUJUKAN

1.0

PENGENALAN Seni visual adalah suatu bidang yang tidak terhad kepada ilmu melukis dan mewarna

semata-mata tetapi juga merangkumi kemahiran berfikir, menterjemah dan mengaplikasi bahan yang terdapat di sekelilingnya. Semua kebolehan dan kemahiran itu biasanya muncul daripada idea sama ada secara langsung atau tidak langsung berdasarkan pemerhatian kepada alam sekeliling.Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan Seni dalam Kurukulum Bersepadu Sekolah Rendah, bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu pelajar meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan w arisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Laura H. Chapman berperanan sebagai pemimpin dalam bidang pendidikan seni. 2.0 EMPAT ASPEK UTAMA BAGI KARYA SENI VISUAL Sebuah karya seni visual harus mengambil kira 4 aspek utama menurut Laura H. Chapman ialah pemerhatian, penerokaan, penghasilan dan apresiasi. 2.1 PEMERHATIAN Pemerhatian melibatkan sensitiviti deria manusia iaitu deria penglihatan.

Pemerhatian secara aktif pula adalah bagaimana pemerhatian atau penyediaan seorang guru itu menyediakan sesuatu aktiviti di dalam kelas seninya dan ianya mestilah dapat dilakukan secara bersepadu. Pemerhatian berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi pelajar. Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran yang jelas tentang sesuatu topik dan menarik tumpuan pelajar dalam sesi pembelajaran melalui pemerhatian aktif. Lima perkara yang perlu diambil kira semasa menyediakan sesuatu aktiviti seni: (i) Guru perlu peka dan tahu pengetahuan sedia ada pelajar Apabila guru peka dengan keperluan dan kesesuaian pelajar dalam suatu topik pembelajaran, maka objektif pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan lebih mudah

dicapai. Contohnya, apabila guru ingin mengajar pelajar tentang cara membuat motif

geometri pada kertas pembalut,maka guru-guru perlu peka terhadap proses pembelajaran pelajar, sama ada pelajar telah mengetahui corak-corak geometri dengan jelas ataupun belum. Cora-corak geometri adalah gabungjalin mata pelajaran matematik. Guru juga perlu peka dengan kemampuan pelajar iaitu sama ada pelajar dalam kategori perdana, lemah atau pemulihan. Pengetahuan sedia ada pelajar penting untuk memastikan proses PdP mencapai objektif pengajaran. Contoh : Bidang Menggambar (Melukis gambar Suasana Di Stesen Keretapi) Guru perlu menunjukkan sebuah gambar suasana di stesen keretapi. Pelajar melakukan pemerhatian secara aktif tentang gambaran suasana di stesen keretapi atau pelajar selalu melihat stesen keretapi yang berdekatan tempat tinggal mereka.

(ii)

Benda atau bahan yang digunakan mestilah konkrit (maujud) Penggunaan bahan maujud atau bahan yang konkrit akan memudahkan pelajar

melakukan pemerhatian seterusnya membuat hasilan yang lebih tepat dan kreatif. Contoh : Guru menunjukkan pasu sebenar atau teko yang mempunyai corak timbul untuk bahan pengajaran membuat corak pada pasu tanah liat. Pelajar perlu dibenarkan untuk memegang corak pada pasu agar pemerhatian mereka lebih jelas dan menimbulkan idea kreatif.

(iii)

Guru peka kepada minat, kecenderungan dan latar belakang pelajar Proses PdP akan lebih berkesan sekiranya guru mengkaji terlebih dahulu minat,

kecenderungan dan latar belakang pelajar. Guru seharusnya dapat menyediakan bahan dan aktiviti yang dapat memupuk dan menarik minat pelajar-pelajarnya untuk belajar selaras dengan kecenderungan dan minatnya. Contoh : Jalinan Sentuh Kebanyakan pelajar di sebuah kelas tinggal di kampung sawah padi. Guru boleh menggunakan sumber alam seperti rumput, debunga, batang kayu dan sebagainya untuk mengajar pelajar teknik jalinan sentuh dengan menghasilkan setangkai padi yang masak. Pelajar dapat memerhatikan tangkai padi yang masak dan boleh menggunakan beberapa sumber alam untuk menggambarkan tangkai padi tersebut.

(iv)

Pemerhatian aktif dari segi kegunaan bahan itu, bunyi, pergerakan dan aksi bahan Proses PdP akan menjadi lebih mencabar dan seronok apabila pelajar dapat

mengetahui dan mengolah sesuatu bahan menjadi suatu hasil seni yang baru dan menarik. Pelajar perlu didedahkan dengan kegunaan bahan, bunyi, pergerakan dan aksi sesuatu bahan agar proses pembelajaran melaui pemerhatian pelajar lebih bermakna. Guru juga perlu melihat kesesuaian bahan itu agar ianya selaras dengan pengalaman dan kecenderungan pelajarnya

(v)

Aktiviti yg dilaksanakan dapat mencetuskan idea dan imaginasi pelajar Pembelajaran melalui pemerhatian dapat menarik minat pelajar dan menjana idea

mereka serta mengembangkan imaginasi mereka. Menurut Albert Bandura, manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan dan pemerhatian iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan, mendapat ganjaran daripada perlakuan. Oleh itu, guru perlu memastikan pelajar dapat melihat model dengan jelas dengan menegaskan perlakuan yang

hendak ditiru dan diperkukuhkan. Ulang dan tegaskan langkah yang penting serta beritahu sebab dan kewajaran langkah tersebut. Contoh : Membuat Corak dan Rekaan Guru menunjukan beberapa cara menghasilkan corak tidak terancang menggunakan berus gigi dan warna air. Kemudian, guru menghasilkan corak pasir dan dan laut menggunakan teknik renjisan dan percikan. Pelajar memerhatikan teknik yang ditunjukkan guru dan cuba untuk menghasilkan corak terancang yang lebih menarik berdasarkan imaginasi mereka sendiri.

Proses pembelajaran seni visual adalah melalui pemerhatian aktif. Pelajar perlu memerhati setiap elemen dalam kandungan dan perkembangan seni supaya dapat menjadi pelajar yang kreatif dan kritis. Melalui pemerhatian dan pengamatan pelajar akan mempelajari dan kemudian menyatakannya dalam bentuk ekspresi atau penyataan diri tentang apa yang dilihat dan diamati. Pengamatan adalah asas kepada pembentukan sesuatu hasil atau ciptaan karya. Pelajar yang mengamati sesuatu akan dapat menerapkannya di dalam pemikirannya. Penggabungan pemerhatian dan pengetahuan serta didorong oleh motivasi tertentu akan menyebabkan pelajar bersedia untuk mengemukakan sesuatu gubahan idea atau hasil karya. 2.2 PENEROKAAN Penerokaan dalam seni visual boleh membawa pelajar kepada peringkat persediaan di dalam proses pembelajaran. Pada peringkat ini, proses pemerhatian pelajar adalah lebih teliti dan lebih peka membuat analisis terhadap apa yang pelajar terokai. Penerokaan bermaksud, menyelidik untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui lagi iaitu melaksanakannya dengan cara menjelajah, mencari kebenaran dan membuktikan ketepatan sesuatu. Penerokaan bermaksud membuat percubaan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah. Dengan kaedah penerokaan ini, proses pembelajaran murid akan lebih fleksibel

dan terancang. Sepanjang proses ini berlaku, guru tidak digalakkan untuk menilai aktiviti yang sedang dijalankan. Guru hanyalah beperanan sebagai fasilatator atau pembimbing dan membimbing pelajar untuk menemui sesuatu yang lebih spesifik tentang diri mereka.

Rajah 1 menunjukkan pelbagai cara untuk mereka meneroka.

Pelajar akan meneroka sesuatu bahan itu secara lebih dekat dan melihatnya melalui berbagai aspek atau segi. Contoh : Aktiviti Membentuk dan Membuat Rekaan Pelajar meneroka bahan yang dipamerkan oleh guru seperti penggunaan warna pada kolaj, garisan atau bentuk, elemen-elemen corak yang digunakan di dalam pembuatan topeng, origami atau boneka. Walau

bagaimanapun, bahan penerokaan murid perlu kecil, mudah dan ringkas. Aktiviti permulaan yang dirancang iaitu sebagai persediaan meneroka boleh menggunakan teknik permainan cuba mencuba atau suai kenal dengan bahan. Pelajar juga boleh menguji bahan tersebut dan mencari penemuan sendiri dengan bimbingan guru. Selepas setiap aktiviti penerokaan dilakukan, guru perlu terus membimbing pelajarnya membuat suatu penghasilan dengan menggunakan alat atau bahan dan teknik yang sesuai dan betul. Guru perlulah menerangkan tatacara, langkah dan proses membuat dengan cara yang betul. Kebaikan proses penerokaan ini ialah ia dapat membantu pelajar yang lemah atau bermasalah pembelajaran untuk terus belajar. Malah guru juga tidak tersasar jauh daripada objektif yang hendak dicapai.

Dalam proses penerokaan ini, peranan guru adalah penting untuk menerangkan cara melakukan sesuatu aktiviti dengan tertib, keselamatan dan membantu pelajar di dalam penyampaian kandungan subjek, idea, hal benda dengan bentuk hasil. Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik. Penggiat seni sering menggunakan proses artistik ini semasa menghasilkan karya. Terdapat tiga disiplin dalan proses artistik iaitu tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga disiplin tersebut tidak menjadi keutamaan dalam proses penghasilan kerana yang penting adalah objektif menghasilkan karya seni tercapai. Bagi menggalakkan pelajar menghasilkan karya seni, seseorang guru itu sendiri perlu mempunyai pengalaman luas di dalam penghasilan karya seni. Guru yang mempunyai pengalaman luas adalah penting untuk memberi tunjuk ajar dan ilmu kepada pelajarpelajarnya. Dalam seni visual, pengalaman pengajar adalah sama penting dengan pengalaman pelajarnya. Pengajar menjelas gambaran sesuatu seni itu berdasarkan pengalamannya dan pelajar menggambarkan imaginasi tersebut dan menukarkannya ke dalam bentuk seni. 2.2.1 Meneroka Alat dan Bahan Sebelum meneroka alat dan bahan, guru-guru perlu menyediakan bahan-bahan tersebut dengan

mengambil kira keperluan, kesesuaian dan keselamatan murid. Sebagai contoh penerokaan bahan ialah apabila guru ingin memperkenalkan seni kraftangan tradisional untuk diajar kepada pelajar, maka guru perlu

menyediakan beberapa kraftangan tradisional seperti kain sarung, tikar mengkuang, alat pertahanan diri seperti senjata tumpul, ukiran kayu seperti congkak dan sebagainya. Guru mungkin boleh menyuruh murid membuat satu simulasi tentang aktiviti orang-orang zaman dahulu yang memakai kain sarung, bermain congkak, berlatih silat dan sebagainya untuk mendapatkan pengalaman peralatan. Biasanya peralatan yang diimprovisasikan atau dimanipulasikan menjadi kegemaran pelajar untuk melakukannya. Mereka boleh diperkenalkan kepada alatan tertentu dengan cara menggalakkannya untuk meninjau dan meneliti alat tersebut. Guru dilarang memaksa pelajar melakukan atau menggunakan sesuatu peralatan.

Setelah mahir menggunakan peralatan, barulah digalakkan untuk memindahkan aktiviti menggunakan peralatan yang sebenarnya. Pelajar pada tahap aplikasi bolehlah mencuba berbagai cara untuk masuk ke dalam sesuatu ruang alat; melompat, melintasinya dan membuat bentuk-bentuk dengan menggunakan anggota-anggota semasa beraksi.

Pengalaman yang melibatkan kebolehan memindah beban ke pelbagai bahagian anggota, melakukan imbangan-imbangan bukan simetri serta imbangan-imbangan terbalik adalah sesuai bagi pelajar di tahap ini. Apabila pelajar telah meninjau pada tahap kecekapan, mereka perlulah pula memberi perhatian kepada lakuan imbangan, bentuk, cara bergerak dan cara menyokong beban anggota yang jauh lebih mencabar. Sepanjang aktiviti penerokaan bahan, pelajar harus digalakkan untuk memberi perhatian terhadap kualiti pergerakan mereka semasa menjalani latihan pola-pola pergerakan dan mengadunkannya ke dalam suatu bentuk urutan dengan sempurna. Tematema yang paling sesuai seperti melompat, mendarat, mengguling, membongkok, melentur, memusing dan mengayun bertujuan untuk membina tubuh yang mantap, kesedaran ruang dan kesedaran kinestetik ketika berada di atas sesuatu perlatan. 2.2.2 Aktiviti Penerokaan dalam Seni Visual Dalam aktiviti seni visual, penerokaan boleh dilakukan terhadap subjek atau hal benda yang perlu diterokai sebagai contoh alam flora, fauna, objek buatan manusia dan alam sekeliling. Penerokaan yang dilakukan perlu disertai dengan catatan yang dapat membuktikan penerokaan yang dilakukan bersesuaian dengan objektif dan keperluan aktiviti meneroka. Penerokaan alat dan bahan juga penting di sepanjang proses pembelajaran. Setiap pelajar perlu sedar bahawa mereka sedang melalui proses berfikir, menjana idea dan mengumpul maklumat berdasarkan aktiviti yang sedang mereka lalui. Penerokaan juga boleh dilakukan kepada sesuatu hasil seni yang dihasilkan oleh artis atau rakan mereka. Perbincangan dan soal jawab yang dilakukan akan memberi ruang kepada pelajar untuk meneroka secara lebih mendalam dan bersungguh-sungguh.

2.3

PENGHASILAN IDEA Dalam konteks penghasilan seni visual, pelajar perlu diberi peluang untuk

mengaplikasikan kefahaman dalam penghasilan kerja seni berdasarkan asas seni reka melalui pelbagai teknik. Terdapat lima bidang penghasilan seni visual iaitu : (i) Asas Seni Reka Asas seni reka memperkenalkan unsur-unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna. Pelajar perlu mempunyai pengetahuan melukis garisan untuk memastikan hasil yang diperolehi dapat menggambarkan imaginasi pelajar yang sebenar. Selain itu, pelajar juga perlu didedahkan dan mahir tentang prinsip rekaan yang terdiri daripada harmoni, penegasan, imbangan, kontra, irama dan pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan. Asas seni reka ini adalah sangat kompleks tetapi jika pelajar dapat memahami prinsip-prinsip seni tersebut, sudah tentu mereka akan dapat menghasilkan seni yang mengagumkan. (ii) Seni Halus Terdiri daripada lukisan, catan, arca dan cetakan (iii) Komunikasi Visual Komunikasi visual adalah reka bentuk grafik dan multimedia. Murid akan menggunakan komputer atau gambar-gambar melalui majalah dan surat khabar untuk menghasilkan seni. (iv) Reka Bentuk Reka bentuk adalah seperti reka bentuk industri, reka bentuk persekitaran (hiasan dalaman dan lanskap). e) Kraf Tradisional dan Dimensi Baru Terdiri daripada tembikar,seramik, batik, ukiran kayu, anyaman, tenunan dan tekat 2.3.1 Proses Penjanaan Dan Penghasilan Idea Semua idea dan kebolehan menjana minda perlulah digunakan dalam melaksanakan penerokaan dan aktiviti membina pengalaman pelajar. Antara kebolehan yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir. Untuk meluahkan idea-idea yang bernas seseorang pelajar itu perlulah mengetahui kemahiran berfikir. Ciri-ciri kemahiran berfikir adalah seperti berikut : Membanding dan membeza. Merumus, membuat inferens dan meramal. Mencetuskan atau menjanakan idea dalam sesi perbincangan. Menentukan sumber sama ada boleh dipercayai atau tidak.

Mengusul dan memeriksa andaian. Mencari pelbagai alternatif kepada idea/andaian. Mencipta metafora atau analogi. Menganalisis dan menilai. Menyelesaikan masalah. Membuat keputusan. Proses penjanaan idea dalam seni visual yang dihasilkan baik berdasarkan aktiviti

menggambar, kemahiran berfikir, arahan lisan dan bukan lisan serta perasaan adalah merupakan ekspresi diri pelajar dalam melaksanakan sesuatu perkara. (i) Menggambar Aktiviti menggambar penting untuk menjadi sebahagian daripada cara untuk mengawal emosi pelajar. Apabila guru melaksanakan aktiviti menggambar, maka ia akan membolehkan pelajar itu mengalihkan tumpuannya kepada kertas yang ada di hadapannya. Semasa aktiviti menggambar segala masalah yang ada akan dipindahkan dari dalam minda ke atas kertas. Manakala setiap hasilan menggambar itu boleh didefinisikan sebagai tafsiran terhadap tingkah lakunya. (ii) Membentuk dan Membuat Binaan Aktiviti membentuk dan membuat binaan memerlukan kesabaran dan ketekunan pelajar dalam menghasilkan idea dan kesungguhan membuat penerokaan bahan dan alatan. Proses berfikir pelajar sangat penting dan pelajar mungkin tidak akan mendapat pengalaman yang membuahkan hasil dari aktiviti yang dilakukan. (iii) Membuat Corak dan Rekaan Membuat corak dan rekaan adalah suatu proses penghasilan seni yang mungkin melalui beberapa peringkat. Pelajar akan membuat penerokaan berdasarkan kepada penerokaan dan penjanaan idea melalui pemerhatian sebelum ini. Setiap aktiviti corak dan rekaan tersebut akan menyediakan pengalaman pembelajaran kepada pelajar.

2.3.2

Kreatif Dan Kreativiti Mengikut Gardner, kreativiti adalah aspek yang penting dalam fungsi kognitif. Aspek

kreatif otak ini boleh membantu menerang dan menterjemahkan konsep-konsep abstrak dengan melibatkan kemahiran-kemahiran seperti ingin tahu, penerokaan, penciptaan, kekaguman dan minat. Semua kualiti ini terdapat pada para pelajar. Aspek ini boleh dimanfaatkan dan diperkembangkan agar pelajar boleh memindahkan kreativiti dalam

pembelajaran yang lain. Laura H. Capman menyatakan proses kreativiti ialah proses penghasilan atau artistik. Guru seni visual harus menguasai bidang dan menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya kreatif. Pembelajaran bagi pelajar di sekolah adalah satu proses yang aktif dan melibatkan pembuatan keputusan. Mereka perlu diberikan ruang dan masa untuk meneroka dan mencuba idea dengan cara mereka tersendiri. Mengikut Gowan, Khatena dan Torrance (1981), ciri-ciri berikut yang terdapat pada para pelajar membantu mereka belajar secara kreatif. Pelajar juga: Mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lama; Berkeupayaan untuk menyusun; Mampu melihat dari sudut atau perspektif yang berlainan; Dapat meneroka sebelum pengajaran formal; Dapat menggunakan silence dan hesitation; Mampu melihat dengan lebih dekat; Dapat menggunakan fantasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalah; dan Dapat bercerita dan menyanyi. Kreatif juga merupakan satu bentuk kecerdasan. Melaui Gardner (1978), beliau mengganggap kreativiti sebagai salah satu daripada multiple intelligence yang meliputi pelbagai fungsi otak. Fantasi atau imaginasi adalah penggerak kepada kreativiti.Tetapi apabila pelajar itu meningkat dewasa, sifat kreatif itu akan semakin berkurangan. Pemikiran, sikap dan idea kreatif pelajar tidak mengenal sempadan penerokaan dan angan-angan (fantasi) berdasarkan persekitaran mereka. Ia disebabkan tekanan ke atas pelajar untuk mengikut norma sosial dan pelbagai hukum dan peraturan yang ditetapkan agar boleh menyesuaikan diri dan berfungsi dalam masyarakat. Tidak semua pelajar akan memberi respon yang sama kepada kreativiti. Oleh yang demikian, setiap pelajar perlu diberi peluang yang sama dan akses yang sepenuhnya kepada bidang-bidang kreatif dalam kurikulum. Oleh itu, sebagai guru, adalah amat penting bagi kita untuk mempunyai konsep yang jelas mengenai kreativiti dan kriteria-kriteria yang boleh digunakan sebagai kayu pengukur dalam menentukan kreativiti pelajar.

10

2.4

APRESIASI

Pelajar akan terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Apresiasi seni visual akan memberi pengalaman kepada pelajar mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah. If treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny itsvalue and character. (Laura Chapman, 1978)

Terdapat dua jenis utama aktiviti apresiasi iaitu aktiviti yang dirancang khas dan aktiviti mudah yang dirancang di setiap akhir pelajaran. Aspek ini merujuk kepada perasaan pelajar semasa dan setelah melakukan aktiviti seni di dalam kelas. Pelajar dapat

menghargai hasil kerja masing-masing serta menghormati mengakui sesuatu karya yang telah dilakukan atau dicipta. Melalui apresiasi seni, pelajar dapat melihat perkaitan antara sesuatu kandungan dan hal benda, penggunaan bahasa yang sesuai dengan memanipulasi alatan dan teknik yang digunakan. Guru juga dapat menerangkan kepada pelajar perkaitan antara aspek bahasa yang dapat dikaitkan dengan istilas seni contohnya perkaitan antara sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk.

Apresiasi seni berkait rapat dengan aspek pemahaman seseorang dari aspekaspek kognitif. Apresiasi didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau

tukang mahir mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema serta gaya dan stail tertentu mereka. Apresiasi berkomunikasi seni secara aktif akan lain melibatkan penggunaan bahasa untuk

dengan orang

tentang perasaan dan fikiran seseorang pelukis.

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dinilai melalui pemerhatian sementara arca

11

dan binaan melalui sentuhan. Dalam konteks ini pengetahuan serta teori dan prinsip rekaan yang cukup sangat penting bagi melahirkan sebuah pendapat yang rasional dan memberi inspirasi mengenai seni. Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:

Rajah 2 menunjukkan aktiviti bagi proses apresiasi seni

Apresiasi seni visual akan memberi pengalaman kepada pelajar mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi sesuatu perkara. Pelajar mungkin perlu melibatkan diri dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.

12

3.0

RUMUSAN Pengajaran pendidikan seni yang berkesan memang bermula daripada guru

kemudian berkembang kepada kaedah dan teknik pengajaran, bahan yang digunakan hinggalah kepada produk yang dihasilkan. Selain itu pelajar-pelajar juga penting untuk mempunyai minat dan bakat yang merupakan dimensi-dimensi yang wajar digilap dan diasuh oleb guru sehingga menjadi satu sumber penting dalam pengajaran yang lebih berkesan. Empat aspek karya seni yang dikemukakan oleh Laura H. Chapman adalah panduan yang lengkap untuk membantu guru menilai keberkesanan kaedah pengajaran seni visual dalam penghasilan media dan hasil pembelajaran di bilik darjah. Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Bagi menilai kefahaman dan pengetahuan seseorang pelajar dalam aspek kreativiti, seseorang guru harus menggunakan pendekatan yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika pendekatan yang digunakan mempunyai kekurangan, maka hasil yang diperolehi daripada proses pembelajaran yang dijalankan juga tidak akan memenuhi empat aspek yang dibincangkan. Kesimpulannya, melalui pemerhatian dan penerokaan pelajar di persekitarannya akan dapat menghasilkan satu karya seni yang kreatif dan seterusnya sesuai untuk diapresiasikan sebagai hasil karya seni yang bermutu dan kreatif.

13

RUJUKAN

Bandura, Albert." Psychologists and Their Theories for Students. Ed. Kristine Krapp. Vol. 1. Detroit: Gale, 2005. 3966. Gale Virtual Reference Library. Web. 3 Apr. 2012.

Torrance, E. P. (1981). Cross-cultural studies of creative development in seven selected societies. In J.C. Gowan, J. Khatena, and E. P. Torrance (eds.). Creativity: Its educational implications. Toronto, Ontario: Kendall Hunt Publishing Company.

Khatena, J. (1971). Adolescents and the meeting of deadlines in the production of original verbal images. Gifted Child Quarterly, 15 (3), 201-204.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual, KBSR.Dewan Bahasa Pustaka: Kuala Lumpur

Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual , KBSR. Dewan Bahasa Pustaka: Kuala Lumpur

Laura H. Chapman. (1978). Approaches to Art in Education . New York : Harcout, Brace, Jovanovich.

Open University Malaysia. (2006). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual, UNITEM Sdn.Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Unit Pendidikan Seni Visual Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia

http://www.scribd.com/doc/7266711/Membuat-Corak-dan-Rekaan-Dalam-Pendidikan-Seni

http://sumberilmu.info/2008/02/07/membuat-topeng-dengan-limbah-kertas/

http://www.arteducators.org/learning/learning-in-a-visual-age/summit-participants/laurachapman

14