Anda di halaman 1dari 7

SET 1 Menyihatkan badan Memupuk perpaduan

Koleksi Tatabahasa dan Karangan

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah program Satu Murid Satu Sukan

Memupuk semangat kerjasama Mendisiplinkan diri

SET (

) Kertas 2 T2 2013

Karangan berTemakan usaha/langkah 1. Umpama patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan -Terus berusaha tidak putus asa mengerjakan sesuatu dgn sehabis-habis usaha; 2. Umpama patah tongkat berjermang ,hulubalang habis bersiak meneruskan usaha sampai berjaya 3. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya 4. Yang bulat tidak datang bergolek , yang pipih tidak datang melayang 5. yg bulat datang ~, yg pipih datang melayang prb keuntungan (kemewahan dll) datang drpd berbagai-bagai punca; 6. Jangan lakukan kerja sekerat jalan 7. Sekarang bukanlah masa bertopang dagu atau menunding jari kesalahan pihak lain 8. Jalan penyelesaian secara konkrit dan bijaksana perlu difikirkan 9. Usah biarkan masalah ....terus membebani ................. 10. Usaha secara kolaboratif 11.Menuntut sinergi pelbagai pihak 12.Janganlah usaha ---umpama mencurahkan garam ke laut 13. Mencari resepi terbaik

Langkah-langkah mengawal pencemaran sungai

Sungai merupakan sumber air bersih yang paling utama. Sungai sumber pendapatan penduduk berhampiran daripada tangkapan ikan. Sungai yang tercemar kini semakin banyak. Usaha perlu dilakukan untuk mengawal pencemaran sungai. Isi penting Mencegah pembuangan sampah ke dalam sungai. Mengadakan kempen kepada penduduk berhampiran sungai agar tidak membuang sampah ke sungai. Pihak berkuasa lebih kerap membersihkan sampah sarap di dalam sungai. Mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuang sampah ke sungai. Mengawal pembangunan di pinggir sungai. Penebangan dan meruntuhkan kawasan berhampiran sungai menyebabkan hakisan yang mengalir ke sungai. Sungai berkeladak dan cetek. Membersihkan air kumbahan dari rumah dan kilang-kilang sebelum dialirkan ke sungai. Memastikan setiap kawasan perumahan berhampiran sungai tidak membuang sisa kumbahan ke dalam sungai. Penutup Usaha perlu dilakukan untuk mengelakkan pencemaran sungai berlaku secara berleluasa. Pencemaran sungai secara tidak langsung akan menjejaskan kehidupan manusia.
2 SET ( ) Kertas 2 T2 2013

cara-cara mencegah wabak demam denggi daripada terus menular dalam kalangan masyarakat.

kes-kes demam denggi kerap disiarkan dalam media massa ada yang menyebabkan kematian virus penyakit ini disebarkan oleh nyamuk aedes Isi-isi Penting (a) amalkan sikap cinta akan kebersihan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk buang bekas-bekas yang dapat menakung air sentiasa menggantikan air dalam pasu bunga (b) ahli keluarga bekerjasama membersihkan dan menghapuskan tempat nyamuk bertelur mengambil berat aspek kebersihan di rumah masa cuti umum dimanfaatkan meletakkan bahan kimia tertentu untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes (c) jiran tetangga di kawasan kejiranan bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal menghapuskan tin-tin kosong, tayar-tayar buruk, bekas-bekas makanan yang dapat menakung air menyertai kempen menghpuskan aedes yang dianjurkan (d) media massa perlu sentiasa menguar-uarkan kempen pencegahan wabak denggi pihak Kementerian Kesihatan mengadakan kempen dan penerangan tentang perlunya nyamuk aedes dihapuskan (e) mengenakan denda yang tinggi terhadap individu yang mengabaikan kebersihan membiarkan nyamuk bertelur di kawasan tempat tinggal mereka sebagai pengajaran kepada semua pihak Penutup semua pihak perlu memainkan peranan menghapuskan nyamuk aedes sikap mementingkan diri sendiri perlu dikikis cegah sebelum parah
Latihan:

Kes pembuangan bayi sering menjadi tajuk utama akhbar-akhbar perdana di negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani kes ini. 1. masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program 2. mengadakan ceramah atau kempen 3. menyediakan perkhidmatan kaunseling 4. pesalah laku yang disabitkan kesalahan merogol perlu dikenakan hukuman yang berat. 5. kursus keagamaan
Huraikan pendapat anda tentang unsur-unsur nilai murni yang boleh ditanamkan ke dalam jiwa pelajar.

SET (

) Kertas 2 T2 2013

Modal Jawaban:

(AR) Dewasa ini, masalah sosial dalam kalangan masyarakat 1 semakin menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. (AR) Antaranya termasuklah kes pembuangan bayi yang 2semakin leluasa di negara kita. (AR) Dalam siaran berita di radio atau di televisyen, berita-berita seperti ini begitu kerap dilaporkan. (AR) Hal ini bukan sahaja menyusahkan banyak pihak malah 3imej negara kita akan terjejas. (AA) Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah harus diambil untuk membendung masalah ini. (AJ) Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah 4semua lapisan masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. (AH) Pendidikan ini bertujuan 5membibitkan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. (AH) Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang. (AH) Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. (AC) Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. (AH) Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi. Selain itu, (AJ) pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah mahupun peringkat kebangsaan. (AH) Melalui program tersebut, masyarakat dapat disuntik kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. (AH) Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi warga urban kini. (AH) Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut 6supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah. (AH) Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besarbesaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. (AP) Usaha dinamik dan secara konsisten ini diperlukan 7untuk membimbing rakyat supaya sentiasa berada di landasan yang betul dalam kehidupan. (AJ) Langkah yang seterusnya ialah menyediakan perkhidmatan kaunseling yang perlu 8diurus oleh pihak kebajikan masyarakat. (AH) Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. (AH) Hal ini disebabkan mangsa 9mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. (AC)
4 SET ( ) Kertas 2 T2 2013

Sebagai contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar. (AP) Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut. Di samping itu, (AJ) 10pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu dikenakan hukuman yang berat. (AC) Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. (AH) Perogol atau orang yang mencabul kehormatan wanita merupakan 11manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. (AH) Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan 12terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. (AH) Perkara tersebut juga akan 13 menconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa. (AP) Oleh sebab itu, 14 undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina 15berasa serik atau takut untuk melakukan perkara tersebut. Seterusnya, (AJ) pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk 16menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. (AH) Ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. (AH) Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah 17disemaikan dalam sanubari rakyat. (AC) Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. (AH) Cara ini adalah 18amat efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi. Kesimpulannya, (A Ksmpln) pelbagai pihak perlu 19berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita. (A Pnln) Masalah tersebut akan 20menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. (A Pndpt) 21Kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting untuk membendung masalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. (A Pnln)Melalui usaha ini, hasrat kerajaan 22untuk melahirkan masyarakat yang sihat dari segi lahiriah dan rohani dapat direalisasikan.

SET (

) Kertas 2 T2 2013

Huraikan pendapat anda tentang unsur-unsur nilai murni yang boleh ditanamkan ke dalam jiwa pelajar. Sepotong hadis menyatakan bahawa Seseorang itu akan memperoleh kebahagiaan apabila memiliki tubuh badan yang sihat, anak isteri yang soleh dan solehah, serta jiran atau kawan rakan yang baik justeru, untuk melahirkan masyarakat yang baik, 23penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar adalah amat penting. Budaya ramah mesra perlu ditanam sejak awal-awal lagi agar pelajar akan berfikiran terbuka. Antara unsur nilai murni yang wajib dipupuk ke dalam jiwa pelajar termasuklah sikap saling menghomati. 24Sikap tersebut perlu disuburkan dalam kalangan pelajar merentasi batasan bangsa, agama, dan warna kulit. Usaha ini boleh 25dilaksanakan dalam program gerak mesra seperti bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah atau tempat-tempat awam. Semasa menjalankan aktiviti tersebut, mereka hendaklah 26diberi peluang untuk berinteraksi secara langsung. Langkah tersebut dapat dipupuk dengan cara 27mewujudkan kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada berbilang kaum. Dari sinilah akan 28tumbuh bibit-bibit kemesraan dan saling memahami. Sikap yang sentiasa mengutamakan kebersihan perlu ditanamkan juga ke dalam jiwa anak-anak. Mereka harus 29dibiasakan hidup dalam persekitaran yang bersih, ceria, dan tenang. Suasana seperti itu dapat 30 membentuk personaliti pelajar menjadi insan yang berperibadi mulia. Mereka akan lebih mencintai tempat-tempat yang bersih, indah, dan selamat. Tabiat yang kurang baik seperti 31mementingkan diri sendiri dan tabiat suka membuang sampah di merata-rata tempat hendaklah dielakkan sama sekali. Oleh itu, 32kerja-kerja kebajikan seperti membersihkan tandas di sekolah, bergotong-royong membersihkan kelas, dan menjalankan aktiviti secara bersama hendaklah diteruskan dari semasa ke semasa.
33

Nilai-nilai keterbukaan dan sentiasa menghormati insan lain hendaklah didedahkan kepada pelajar sedari mereka masih di bangku sekolah lagi. Sikap mengutamakan kaum dan kelompok sendiri hendaklah dielakkan sama sekali. Pelajar perlu ditanami 34sikap saling memberi dan menerima
6 SET ( ) Kertas 2 T2 2013

dalam apa-apa jua perkara yang menyentuh hubungan yang merentasi kaum dan bangsa. Sikap memandang orang lain dan kaum lain sebagai tidak baik boleh membawa 35bibit-bibit perpecahan yang akhirnya membawa kepada perselisihan faham yang lebih memudaratkan. Sebagai rakyat Malaysia, kita wajib bersyukur kerana dengan 36 penghayatan nilai baik dan nilai murni sejagat itulah justeru 37tonggak keamanan sosial dapat dipertahankan. Walaupun di sesetengah negara agenda perpaduan masih menjadi konflik sosial yang utama, namun 38kita di Malaysia mampu tidur lena dek keamanan dan kesejahteraan sosial yang kita bina bersama-sama.
Latihan huraikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam membentuk keperibadian mulia anak-anak. 1. Memberi didikan agama. 2. Memberi pendidikan di sekoLah. 3. Melibatkan anak-anak dalam program kemasyarakatan. 4. Menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti berfaedah. Langkah-langkah untuk menjadi murid cemerlang

SET (

) Kertas 2 T2 2013

Anda mungkin juga menyukai