Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN PENGIRAAN NADI APAKAH KADAR DENYUTAN JANTUNG? Kadar nadi bagi setiap orang adalah berbeza-beza.

bayi mempunyai kadar nadi yang tinggi manakala seorang atlet yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi mempunyai kadar nadi yang rendah.secara umumnya, kita boleh mengambil bacaan denyutan nadi di arteri radial iaitu di pergelangan tangan. Satu lagi tempat yang paling sesuai untuk diambil bacaan nadi ialah di arteri karotid iaitu di bahagian leher. rasalah nadi anda menggunakan dua jari (jari telunjuk dan jari hantu). Kadar denyutan jantung adalah berapa kali jantung anda berdegup dalam masa seminit. Anda boleh mengukur kadar denyutan jantung dengan merasa nadi arteri-(rentak pengembangan dan pengucupan jantung) apabila darah dipaksa melaluinya dengan pengucupan jantung. Ini dapat mengukur sekuat mana jantung anda bekerja.Nadi anda dapat dirasa pada pergelangan tangan, leher, pangkal peha atau bahagian atas kaki kawasan yang dekat dengan kulit. Selalunya, manusia mengukur denyutan nadi mereka pada pergelangan tangan yang dipanggil 'radial pulse'.

CARA MENGUKUR DENYUTAN NADI Untuk mengukur denyutan nadi tidak memerlukan sebarang peralatan. Walaubagaimanapun, jam yang mempunyai unit kaunter saat digital amat membantu bagi mengukur denyutan nadi. Pusing tapak tangan dengan cara menghadap ke depan. Letakkan indek dan jari tengah tangan yang sebelah lagi ke pergelangan tangan anda sekurangkurangnya seinci di bawah tapak tangan. Tekan jari anda ke bawah antara gugusan tendon tengah dan luaran. Anda akan merasa denyutan nadi. Kira berapa kali ia berdenyut dalam masa 10 saat, dan kemudian gandakan dengan 6. Ini akan memberikan bacaan nadi anda untuk seminit. Contoh : Jika anda mengira 12 denyutan untuk 10 saat, gandakan 12 x 6=72. Ini bermakna kadar denyutan nadi anda ialah 72.

Satu cara lagi yang popular adalah dengan mengukur pada bahagian leher.Ini selalunya dilakukan semasa menjalani senaman.Formulanya adalah sama seperti dengan mengukur pada pergelangan tangan. Mengukur kadar denyutan nadi anda pada waktu pagi atau semasa duduk tanpa sebarang senaman dikenali sebagai 'Kadar Denyutan Masa Rehat'.

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG NORMAL? Denyutan nadi masa berehat dalam anggaran 60-90 boleh dianggap sebagai kadar denyutan jantung yang normal. Denyutan jantung anda adalah bergantung kepada beberapa faktor termasuklah tahap kecergasan dan tekanan anda. Walaubagaimanapun, jika nadi anda berterusan berada pada tahap atas 90, anda patut pergi berjumpa doktor.Keadaan ini dipanggil 'tachycardia' (kenaikkan denyutan jantung). Kebanyakkan atlit mempunyai kadar nadi dalam lingkungan 40-60, bergantung kepada tahap kecergasan mereka. Secara umumnya, kadar nadi yang rendah adalah bagus, tetapi jika kadang kala kadar nadi yang anda kira didapati tidak stabil ( contoh seperti rentaknya hilang), ambil kadar nadi anda untuk satu minit. Jika anda mengalami keadaan ini pada kebanyakkan masa, anda harus berjumpa doktor anda. Keadaan ini dipanggil 'bradycardia' dan boleh menjadi berbahaya terutama bila tekanan darah turut rendah. Simptom-simptomnya adalah seperti letih, kurang tenaga dan pengsan.Jika ini berlaku, anda perlulah mendapatkan bantuan perubatan dengan segera. Banyak faktor yang mempengaruhi kadar nadi. Ini termasuklah emosi, suhu, keadaan postur (duduk, berdiri atau berbaring) dan juga saiz badan anda.

PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI

Anatomi
Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya.Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa sub disiplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop.

Fisiologi
Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan.Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya. Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia. Pada aras ini, atom-atom bergabung untuk membentuk molekul-molekul. Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua kehidupan.