Anda di halaman 1dari 2

Hari ini tanda-tanda dan krisis alam sekitar sedang giat berlaku dapat kita lihat di

sekeliling kita. Jerebu tebal, banjir dan taufan yang tidak disangka-sangka,
kemerosotan sumber-sumber perikanan, kekurangan air bawah tanah, hakisan
tanah, tasik dan sungai yang mati dan kepupusan spesis hanya merupakan
sebahagian daripada msalah yang melanda alam sekirar dan dengannya kehidupan
kita. Iklim dunia masakini telah berubah. Perubahan yang berlaku adlah kerana
kecuaian manusia sendiri akibt terlalu ghairah mengejar arus pemodenan dan pada
masa yang sma meminggirkan niali-nilai penghayatan kepada alam sekitar. Oleh itu
tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa fenomena El Nino yang telah merubah
hmpir seluruh iklim duni kini merupakan satu implikasi baru dunia akibat
kegagalan manusia menghargai alam sekitar. Dari itu, penghayatan kepada alam
sekitar amat penting agar generasi akan datang tidak lagi menjadi pemusnah alam
sekitar.

Untuk itu kesedaran dan sikap perihatin terhadap alam sekitar perlulah dipupuk di
semua peringkat. Kesedaran hanya akan timbul dan sikap hanya boleh berubah
apabila individu dan masyarakat benar-benar memahami melalui ilmu dan
pengalaman yang sebenar tentang apa dia alam sekitar dan bagaimana ia telah
berubah hasil daripada aktiviti manusia.

Berdasarkan keinsafan bahawa tugas mendidik masyarakat tentang isu-isu alam


sekitar adalah sesuatu yang harus dilaksanakan oleh semua pihak, khususnya
NGO, maka IKD, Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan KAS telah
mengadakan satu program Khemah Penghayatan Alam Sekitar. Melalui khemah ini
diharap ahli-ahli PPIM akan turut sama memainkan peranan yang lebih bermakna
dalam konteks pemerliharaan alam sekitar di negara-negara kita khususnya dan
peringkat global amnya.

Objektif utama

Mendidik peserta agar mengenali dan memahami alam sekitar melalui


penjelasan tentang konsep-konsep dan prinsip-prinsip asas seperti ekosistem dan
ekologi;
Memberi peluang kepada peserta untuk menghayati keunikan ekosistem-
ekosistem tertentu melalui lawatan-lawatan sebenar ke kewasan-kawasan
berkenaan;
Memberi peserta kemahiran-kemahiran tertentu yang boleh membantu proses
memelihara alam sekitar seperti bagaimana mengitar semula bahan-bahan
tertentu seperti kertas;
Mendidik peserta supaya dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam
memelihara alam sekitar sama ada secara individu atau berkumpulan;
Meningkatkan kesedaran peserta bahawa amalan-amalan seperti menanam
pokok, menghormati pelbagai spesis hidupan, menjaga kebersihan dan
mengelakkan pencemaran adalah amalan yang sangat penting dalam proses
menggerakkan hati nurani insan untuk sama-sama melakukan amalan
penjagaan alam sekitar dengan lebih berkesan lagi.
alam sekitar oleh tokoh-tokoh seperti Dr. Azizan Baharudin, Fellow IKD (Cintai dan
Hayatilah Alam Sekitar); Puan Suzana Mohkeri dari Wetlands (Ekologi Tanah Paya);
Puan Christa Hashim dan Leela dari Treat Every Environment Special Sdn. Bhd
(Bersihkan Alam Sekitar).

Anda mungkin juga menyukai