Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: Ke 2 : Kedua

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 7-11 April 2013 Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Masa

1. Masalah / Peristiwa Hari ini (11 April 2013, Khamis) saya telah menghadapi sedikit masalah pengurusan masa. Ini kerana, saya tidak dapat memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan baik dan lancar. Justeru, objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari itu tidak dapat tercapai dengan sebaiknya.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana, pada ketika itu, terdapat pertukaran kedudukan kelas antara kelas-kelas tahun 6 dengan beberapa kelas yang lain bermula pada pukul 12.15 tengah hari. Kelas saya, iaitu 4 Setia terlibat dengan penukaran kelas tersebut dan menyebabkan waktu pengajaran saya yang sepatutnya bermula pada pukul 12.15 tengah hari itu dimulakan agak lewat daripada waktu yang sebenarnya.

3. Cadangan Tindakan Susulan a. Saya perlu menyediakan pelan A dan B pada waktu-waktu tertentu sebagai langkah persediaan apabila sesuatu perubahan jadual berlaku agar pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di samping itu juga, objektif pengajaran pada hari itu juga akan dapat dicapai dengan baik. b. Saya juga perlu memastikan aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti kumpulan tidak menggunakan masa yang terlalu lama. Guru seharusnya menetapkan tempoh masa yang tertentu untuk sesuatu aktiviti tersebut, dan setelah masa yang telah ditetapkan mencukupi, maka langkah yang seterusnya perlu

dilakukan. Ini adalah untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang masalah. c. Saya juga akan mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah dan guru pembimbing tentang cara-cara pengurusan masa yang efektif dalam pengajaran.

4. Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan Saya akan cuba untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan masa merupakan suatu aspek yang sangat penting dan perlu diambil perhatian agar segala perancangan yang telah dirancang untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lancar. Justeru, apabila masalah pengurusan masa dapat diselesaikan, maka objektif pengajaran akan mudah untuk dicapai dan juga sebaliknya.

Disemak oleh Guru Pembimbing :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :